Category: Pinjaman Koperasi

  • Koperasi Tentera KT: Pinjaman Ekspres Terbaru

    Koperasi Tentera KT: Pinjaman Ekspres Terbaru

    Koperasi Tentera KT (KATMB)

    Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang. Dapatkan maklumat pinjaman, tatacara, nombor telefon koperasi, dan maklumat lain hanya di halaman kami!

    Berita baik kepada anggota tentera kita dengan pengumuman terbaik kenaikan gaji skim SSPA. Kini, koperasi ada menyediakan pakej pembiayaan terbaik kepada anda.

    Pengenalan

    Kami adalah koperasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai kemudahan kewangan khusus untuk anggota tentera dan penjawat awam di bawah Kementerian Pertahanan.

    Sejarah

    Ditubuhkan pada tahun 1960, KATMB telah berkembang pesat dari sebuah koperasi kecil untuk penjimatan dan pinjaman anggota tentera, menjadi salah satu koperasi kredit terbesar di Malaysia. Sehingga kini, kami berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 154,933 anggota, termasuk anggota ATM dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan.

    Kami juga berusaha untuk menjadi Bank Koperasi Sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (CCM), bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan yang lebih luas melalui produk dan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip Islam dan patuh Syariah.

    Keahlian

    KATMB terbuka kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan, termasuk pesara. Menjadi ahli KATMB membolehkan anda menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk:

    • Skim pembiayaan yang menarik.
    • Pakej insurans yang eksklusif.
    • Pajak gadai serta bantuan kebajikan.

    Pinjaman Peribadi

    Kami menawarkan pelbagai pakej pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan anggota ATM dan penjawat awam. Anda boleh memilih sama ada pinjaman dengan atau tanpa penjamin, bergantung pada situasi anda.

    Dengan Penjamin

    • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM200,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
    • Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: Hanya 5 hari bekerja

    Kelayakan

    • Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar pemohon atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.
    • Pemohon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM10 (RM20 untuk penyertaan semula), modal saham minimum RM100, dan yuran 6 bulan sebanyak RM180.

    Syarat Penjamin

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: Seorang penjamin diperlukan.
    • Pembiayaan lebih dari RM15,001: Dua penjamin diperlukan.
    • Penjamin mesti ahli koperasi dan masih aktif bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia.

    Yuran Bulanan

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 hingga RM200,000: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Tanpa Penjamin

    • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM100,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
    • Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 5 hari bekerja

    Kelayakan

    • Terbuka kepada anggota ATM atau penjawat awam di Kementerian Pertahanan yang memegang jawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
    • Pemohon mestilah memegang keahlian koperasi selama lima tahun atau berpangkat Lans Koperal dan ke atas.
    • Jumlah pinjaman tidak melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.

    Yuran Bulanan

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 hingga RM100,000: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Pembiayaan Yuran

    Selain pinjaman peribadi, kami juga menawarkan pembiayaan berdasarkan yuran terkumpul yang dibayar oleh ahli koperasi. Ini adalah pilihan yang baik untuk mereka yang telah membayar yuran secara berterusan.

    • Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 hingga RM100,000 atau 90% daripada jumlah yuran terkumpul (mana yang lebih rendah).
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan.
    • Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 3 hari bekerja

    Yuran Bulanan

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 ke atas: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Pinjaman Ekspres 1

    Spesifikasi 

    • Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 sehingga maksimum RM20,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 96 bulan
    • Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja

    Kelayakan

    • Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.

    Syarat Pembayaran Balik

    • Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan Baharu: RM10
    • Pembiayaan Bertindih: RM20
    • Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.

    Pinjaman Ekspres 2

    Spesifikasi

    • Jumlah Pembiayaan: Dari RM500 sehingga maksimum RM10,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 60 bulan
    • Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja

    Kelayakan

    • Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.

    Syarat Pembayaran Balik

    • Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan Baharu: RM10
    • Pembiayaan Bertindih: RM20
    • Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.

    Pinjaman Ekspres 3

    Spesifikasi

    • Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 sehingga maksimum RM6,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 48 bulan
    • Kadar Keuntungan: 4.25% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja

    Kelayakan

    • Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.

    Syarat Pembayaran Balik

    • Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).

    Caj Perkhidmatan

    • Pembiayaan Baharu: RM10
    • Pembiayaan Bertindih: RM20
    • Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.

    Hubungi Kami

    Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Peribadi Ekspres dan pilihan pembiayaan yang tersedia, hubungi menggunakan maklumat berikut:

    Alamat:
    Koperasi Tentera KT (KATMB)
    1, Jalan 2/65c, Pekeliling
    50786 Kuala Lumpur

    Telefon:
    1-300-8000-58

    *Source: katmb.com.my official website

  • Koperasi Guru KGMMB: Pinjaman Bijak & Mudah

    Koperasi Guru KGMMB: Pinjaman Bijak & Mudah

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaburkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

    Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan KGMMB masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran.

    Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

    Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang telah digariskan.

    Pengenalan

    Keanggotaan

    Keanggotaan koperasi terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

    Syarat-Syarat

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Berumur lapan belas tahun ke atas.
    3. Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Pinjaman Peribadi

    Jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah tanpa penjamin dan fleksibel.

    Pembiayaan Khas

    Pembiayaan khas ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM10,000 kepada anggota.

    Pembiayaan Tunai

    Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM100,000 kepada anggota.

    Pembiayaan Pengguna

    Pembiayaan ini menawarkan pembelian barangan pengguna sehingga RM50,000 kepada anggota.

    Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota

    Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota atau nama singkatannya TPKA telah diujudkan pada Januari 2014 bagi memberi manfaat tambahan kepada anggotanya.

    Faedah TPKA

    Melanjutkan PelajaranAnggota/Suami/Isteri : PHD: RM1,500
    SARJANA: RM1,000
    IJAZAH/DIPLOMA RM500
    Anak: PHD/SARJANA/IJAZAH/DIPLOMA
    RM300
    Kecemerlangan Dalam PelajaranAnak: STPM/STAM (3.0) RM250
    TAHFIZ RM250
    SPM(6A)RM200
    PT3(8A)RM150
    UPSR(5A)RM100
    KematianANGGOTA RM1,000
    SUAMI/ISTERI ANGGOTA RM1,000
    IBUBAPA/MERTUA RM200
    ANAK RM300
    BENCANA ALAM (Tertakluk kelulusan Mesyuarat A.Lembaga)RM1,000(Maksima)
    FAEDAH HOSPITAL (Masuk wad 3 hingga 20 hari dalam tahun semasa)RM30 sehari
    FAEDAH BERSARA Hubungi kami untuk perjelasan

    Perniagaan

    Hotel Mutiara

    Selamat Datang Ke Hotel Mutiara KGMMB

    Sebuah hotel milik penuh KGMMB yang mempunyai 31 bilik beserta 7 dorm. Hotel ini boleh memuatkan 130 orang pengunjung dalam sesuatu masa. Hotel ini dilengkapi bilik berhawa dingin dan juga mempunyai satu dewan yang boleh memuatkan 110 orang.

    Hubungi Hotel Mutiara

    No 14, Jalan Bpm 2
    Taman Bukit Piatu Mutiara,
    75150 Melaka.

    06-2819073, 013-6761500
    kgmmb@yahoo.com

    Hubungi Kami

    • Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad,
      Wisma KGMMB, 88, Wisma KGMMB, Jalan Dato Haji Eusoff,
      Kompleks Damai, Jalan Datuk Haji Eusoff, Titiwangsa Sentral,
      50400 Kuala Lumpur,
    • Tel: 03-4041 7633 / 03-4041 1723
    • admin@kopkgmmb.com.my
  • Koperasi Belia Islam: Pinjaman Mudah & Bijak

    Koperasi Belia Islam: Pinjaman Mudah & Bijak

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI)

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) terus melangkah ke hadapan dengan tawaran pembiayaan Islamik dan pinjaman peribadi yang fleksibel serta patuh Syariah. Sesuai untuk belia yang mencari sokongan kewangan beretika dan berbaloi.

    Dapatkan maklumat lengkap dan lihat bagaimana KBI boleh membantu anda capai matlamat kewangan dengan lebih mudah.

    Pengenalan

    Latar Belakang

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah.

    Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI.

    Sepanjang operasinya, koperasi telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi bagi kategori “Koperasi Model” pada tahun 1985 dan “Anugerah Kualiti” pada tahun 1993.

    Misi dan Visi

    Matlamat :Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

    Konsep : Bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta’awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.

    Visi

    Menjadi sebuah Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

    Misi

    Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

    Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan KBI menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

    Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

    Nilai

    • Ikhlas
    • Amanah
    • Adil
    • Kasih Sayang
    • Cemerlang
    • Bermakna

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu jual-beli yang akan menyelamatkan kamu dari penyeksaan yang perit? Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kamu berjuang dijalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang baik untuk kamu sekiranya kamu benar-benar tahu!” ( as-saff:10-13 )

    Keanggotaan

    Skim pembiayaan KBI mengikut prinsip dan kaedah syariah. Setiap anggota yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon skim pembiayaan berikut:

    • Al-Qardhul Hassan
    • Peribadi (Bai al-Inah)
    • IPT
    • Kenderaan
    • Tanah
    • Ubahsuai rumah
    • Pembelian atau pembinaan rumah.

    Tabung Kebajikan

    Berdasarkan konsep khairat kematian; anggota akan memperoleh sumbangan bagi kes kematian, kemalangan, perubatan dan musibah am mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KBI. Melalui tabung kebajikan juga KBI menawarkan sumbangan Insentif Anak Cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

    Kursus

    Kursus dan latihan anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi; selain kursus meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain. Semua kursus dan latihan adalah anjuran Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA. Menikmati peluang perniagaan anak syarikat dan subsidiari melalui bidang perniagaan seperti pelaburan dan hartanah, anggota berpeluang ditawarkan pembelian unit-unit rumah dan bangunan atau menyertai skim pelaburan melalui anak syarikat dan subsidiari.

    Tabungan sambil memperoleh pulangan mendidik anggota KBI menabung melalui caruman saham dan simpanan, dengan kelebihan anggota boleh memperoleh pulangan (berdasarkan prestasi tahunan KBI dan anak syarikat) dengan pembayaran dividen, saham bonus atau bonus simpanan.

    Bersama memperkasa ekonomi ummah cita-cita dan komitmen KBI untuk ‘memperkasa ekonomi ummah’ seharusnya disambut dengan penyertaan aktif anggota melalui caruman baik dalam bentuk saham, simpanan mahupun Tabung Kebajikan. Wang yang terkumpul tentunya dibelanjakan untuk manfaat anggota, ummah dan perjuangan menegakkan kekuatan ekonomi umat Islam.

    Permohonan

    Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-

    • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.
    • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM110.00.
    • Bulanan caruman minimum RM35.00.
    • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
    • Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari laman web ini.
    • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
    • Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
    • Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.

    Kelayakan

    Kelayakan untuk menjadi anggota koperasi ialah:-

    1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia beragama Islam yang berstatus kerja tetap mahupun kontrak.
    2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah:-
    3. Warganegara Malaysia.
    4. Berumur lapan belas tahun ke atas.
    5. Beragama Islam.
    6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam Koperasi.
    7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Perkhidmatan

    Simpanan dan Pelaburan

    Terdapat 3 pakej simpanan dan pelaburan iaitu Skim Simpanan Tahayyu’ (tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah), Dana Pelaburan Al-Husna dan Simpanan Khas.

    Infaq dan Kebajikan

    Perkhidmatan yang ditawarkan adalah tabung kebajikan dan Dana Tabarru’ Al-Ehsan (Berkonsepkan Infaq & Jariah).

    Lain-Lain

    Selain dari produk dan perkhidmatan yang seperti di atas, KBI juga memberi perkhidmatan lain seperti Jual beli Dinar & kepingan Emas, Agen Takaful iaitu menyediakan perkhidmatan Takaful, Pengurusan dan Perancangan Harta Pusaka Islam (Wasiyyah Shoppe Berhad).

    Selanjutnya, perkhidmatan lain seperti Pendidikan peringkat Diploma di Kolej Dar Al- Hikmah dan Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif dan Bakeri di Pusat Latihan Kemahiran KBI-Caltech

    Pinjaman Peribadi

    Inginkan pembiayaan murah dan mudah Koperas KBI? Dengan kadar interest rendah yang mangkagumkan anda, anda pasti akan memohon dengan mudah sekali.

    Dana Bank Rakyat

    Selain itu, koperasi KBI menyediakan pembiayaan peribadi khas dana Bank Rakyat dengan jumlah RM3,000 minimum sehingga RM150,000 maksimum dan tidak ketinggalan pembiayaan peribadi Warga Emas dengan amaun loan RM5,000 maksimum.

    Produk pembiayaan lain yang ditawarkan oleh kepada anggota adalah pembiayaan tanah, pembiayaan Al-Qardhul Hassan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan perumahan (Belian & Ubahsuai), pembiayaan pendidikan untuk anak yang ke IPT juga pembiayaan Mawaddah iaitu pembiayaan perkahwinan. Pembiayaan Saham ESOS/IPO juga ditawarkan kepada anggota yang layak.

    Skim Pinjaman Peribadi Khas

    Kaedah

    • Bai Al Inah atau;
    • Tawarruq

    Jumlah Pembiayaan

    Maksimum jumlah adalah RM150,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Ribu sahaja)

    Kelayakan

    1. Umur minima 18 tahun hingga 58 tahun sahaja.
    2. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap, mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA dan disahkan jawatan. Syarikat swasta tersebut perlu menjadi panel angkasa sekurang-kurangnya setahun;
    3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
    4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
    5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
    6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.
    7. Telah berkhidmat selama satu (1) tahun.

    Keuntungan

    Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

    Tempoh Bayaran Balik

    Tidak melebihi Satu Ratus Lapan Puluh (180) bulan atau jumlah maksimum yang dipersetujui oleh institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan.

    Cagaran

    Sekirannya pemohon tidak mempunyai penjamin, pemohon perlu mengemukakan cagaran asset. Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman, duti setem dan takaful ditanggung oleh pemohon.

    Penjamin

    1. Sektor Awam: Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai pendapatan tetap dan ada kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA.
    2. Sektor swasta: Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM50,000Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM50,000 ke atas.
    3. Bagi bekerja Swasta/Sendiri yang tidak mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (Sekirannya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)
    4. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000.
    5. Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.

    Pembiayaan Semula

    • Pembiayaan semula hanya untuk jenis rumah yang boleh dicagarkan atas nama koperasi ini.
    • Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan nilai harga semasa rumah (dibuat oleh penilai yang sah)dan penyata baki hutang di bank terdahulu.

    Dokumen

    1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
    2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
    3. Segala bukti sokongan termasuk salinan geran tanah, surat perjanjian jual beli dan yang berkaitan dengannya hendaklah dikemukakan bagi tujuan pembiayaan ini. (Yang telah
    4. Geran tanah yang dikemukakan hendaklah menyatakan nama penjual.
    5. Salinan bil letrik
    6. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
    7. Salinan penyata KWSP
    8. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

    Caj Yang Akan Ditolak

    • Takaful – mengikut jadual
    • Bayaran caj proses RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus)
    • Lain-lain caj yang diputuskan oleh Lembaga / dibenarkan oleh SKM.

    Kenderaan

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli kenderaan baru atau terpakai dengan usia tidak melebihi 180 bulan (15 tahun).

    Kaedah Pembiayaan

    • Murabahah
    • Bai Bithaman Ajil

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman kenderaan adalah RM45,000 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Ribu Sahaja).

    Rumah & Ubahsuai Rumah

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli, membina, atau mengubahsuai rumah.

    Kaedah Pembiayaan

    • Al-Bai Bithaman Ajil
    • Musyarakah Mutanaqisah
    • Bai Al Inah
    • Tawarruq

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    • RM100,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi pembelian rumah dengan cagaran/penjamin.
    • RM45,000 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Ribu Sahaja) bagi tujuan ubahsuai rumah dengan penjamin.

    Pinjaman IPT

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai pengajian anggota dan tanggungan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah. Keutamaan diberi kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), KBI Caltech, atau Kolej Instech.

    Kaedah Pembiayaan

    • Bai Al Inah
    • Tawarruq

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman pelajaran adalah RM30,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu Sahaja).

    Skim Pembiayaan Tanah

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli tanah.

    Kaedah Pembiayaan

    • Al-Bai Bithaman Ajil
    • Musyarakah Mutanaqisah
    • Murabahah

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pembiayaan untuk tanah adalah RM65,000 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Lima Ribu Sahaja).

    Skim Mawaddah (Pembiayaan Perkahwinan)

    Tujuan

    Pembiayaan ini disediakan untuk tujuan perkahwinan.

    Kaedah Pembiayaan

    • Bai Al Inah
    • Tawarruq

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman untuk perkahwinan adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja).

    Al Qardhul Hassan (Skim Kebajikan)

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk keperluan kebajikan anggota.

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM3,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).

    Saham ESOS/IPO

    Pembiayaan Saham Secara Syariah

    Di KBI, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan peluang dan produk yang berasaskan prinsip syariah untuk kebaikan ummah.

    Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah adalah produk terbaru kami yang memberi kemudahan pembiayaan kepada individu yang berminat untuk membeli saham-saham tersenarai di Bursa Malaysia. Skim ini khususnya ditujukan untuk pekerja di syarikat-syarikat tersenarai awam (Public Listed Companies) yang layak mendapat peruntukan Skim ESOS (Employee’s Share Option Scheme).

    Jika anda berminat untuk memohon pembiayaan ini, kami mengalu-alukan pertanyaan dan permohonan anda.

    Hubungi Kami

    Pembiayaan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Ibu Pejabat

    KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD
    NO. 10, JALAN TC 2A/2
    TAMAN CEMERLANG
    GOMBAK 53100
    KUALA LUMPUR

    Email: kbihq@kbi.com.my

    Urusan Jual Beli emas & perak

    basariah@kbi.com.my
    No. Telefon:603- 4147 2143 603- 4147 2145 603- 4147 2142
    No. Fax: 603- 4147 4942

    Waktu berurusan

    Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
    Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat di bulan Ramadhan 9.00 pagi hingga 4.00 petang

    Bank urus niaga KBI

    Maybank – 564061102115
    Bank Islam Malaysia Berhad – 14014010002564
    Bank Muamalat Malaysia – 14140002661712
    Bank Simpanan Nasional Berhad – 1410029000004560

    Nota: Segala urusniaga atas nama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Sila call hq KBI terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan.

  • Koperasi KOBANAS: Pinjaman Bijak & Cepat

    Koperasi KOBANAS: Pinjaman Bijak & Cepat

    Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

    Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) adalah koperasi terbaik yang menawarkan banyak perkhidmatan pembiayaan kepada anggotanya. Dapatkan pembiayaan insurans takaful diri dan kenderaan. Anda boleh menginap di Homestay Kobanas dengan harga yang berpatutan dan lain-lain aktiviti perniagaan dengan nilai hebat kepada anggota.

    Pengenalan

    Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad atau ringkasnya KOBANAS telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993. Idea penubuhan koperasi ini telah dipelopori oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Berhad ketika itu iaitu Dato’ Mohd Kassa Abd. Aziz. Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhanya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat.

    Sehubungan dengan itu pihak Bank telah membantu dalam bentuk pembiayaan bagi membolehkan KOBANAS menjalankan aktiviti yang meliputi pemberian pinjaman kepada anggota.

    Jumlah Ahli

    Jumlah keahlian pada masa penubuhan adalah seramai 2000 orang dan bilangan tersebut terus meningkat sehingga 3580 orang pada masa ini.

    Perkhidmatan

    Pelan Insurans Takaful

    Dimaklumakan bahawa KOBANAS ada menyediakan perkhidmatan insurans/takaful terutama untuk kemudahan anggota-anggota.

    Jenis-Jenis

    Terdapat dua jenis perniagaan takaful/insurans utama yang dikendalikan oleh pihak KOBANAS:

    • Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
    • Takaful/Insurans Kenderaan
    • Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
    • Takaful ini terbahagi kepada beberapa pelan berkelompok iaitu:
    • Pelan Takaful Mutiara Plus
    • Pelan Takaful Kredit Berkelompok

    Pelan Takaful Mutiara Plus

    Tujuan

    Diwujudkan bagi membantu anggota KOBANAS disamping mempunyai insurans perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.

    Syarat-Syarat

    • Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan.
    • Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada hari jadi akan datang.
    • Umur matang peserta tidak akan melebihi 60 tahun.

    Jumlah Sumbangan & Perlindungan

    Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000.

    Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.

    Jadual Perlindungan Takrif Keilatan

    • Kehilangan kedua-dua belah tangan.
    • Kehilangan kedua-dua belah kaki.
    • Kehilangan sebelah tangan dan kaki.
    • Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya.
    • Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan.
    • Kehilangan kedua-dua belah mata.
    • Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya.

    Jumlah Simpanan

    Daripada jumlah sumbangan ini 43% akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57% akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru.

    Simpanan 43% ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun.

    Pembahagian Keuntungan Pelaburan

    Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat insurans.

    Pengecualian Pemeriksaan Kesihatan

    Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa.

    Cara Penyertaan

    Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS.

    Pihak kami akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional Berhad. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui.

    Pihak kami akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan.

    Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional Berhad.

    Cara Membuat Tuntutan

    Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

    • Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan/ketua bahagian (bagi kematian).
    • Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
    • Salinan resit hospital (bagi tuntutan hospital).
    • Kad pengenalan awris/penuntut.
    • Surat pengesahan penuntut.

    Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional Berhad akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.

    Pelan Takaful Kredit Berkelompok

    Tujuan

    Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi KOBANAS sebagai pemberi pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan di KOBANAS.

    Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin.

    Ciri-Ciri Am Pelan

    Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pembiayaan daripada KOBANAS.

    Tarikh penyertaan pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir.

    Penyertaan pelan ini dilindungi selama 24 jam sehari seluruh dunia.

    Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS.

    Syarat-Syarat Kelayakan

    1. Anggota yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjaman daripada KOBANAS.
    2. Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM50,000 mengikut kelulusan.
    3. Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 60 tahun.
    4. Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama 10 tahun.

    Manfaat Takaful

    1. Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.

    Takrif Keilatan Meyeluruh

    • Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata.
    • Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
    • Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
    • Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.

    Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful

    Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada:

    1. Umur akan datang.
    2. Tempoh kemudahan pembiayaan pinjaman.
    3. Jumlah pembiayaan yang diluluskan.

    Cara-Cara Penyertaan

    Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pembiayaan anggota melebihi RM1,000.

    Cara Pembayaran

    Bagi pembiayaan tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pembiayaan yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

    Bagi pembiayaan barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan.

    Cara Membuat Tuntutan

    1. Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    2. Salinan sijil kematian peserta.
    3. Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
    4. Jumlah baki pembiayaan yang masih belum berbayar.

    Setelah ianya lengkap diterima pihak KOBANAS akan membuat pelarasan baki pembiayaan anggota dengan Tabung Takaful Kredit Berkelompok.

    Takaful Insurans Kenderaan

    Tujuan

    Takaful/Insurans kenderan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.

    Wakil Takaful/Insurans

    Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful/insurans motor ini. Syarikat takaful/ insurans tersebut adalah seperti berikut:

    1. Allianz Insurans: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara konvensional.
    2. Etiqa Takaful: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara Islamik.

    Kemudahan Yang Ditawarkan

    Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful/insurans motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:

    Pembelian melalui tunai

    Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.

    Pembelian melalui Skim Pembiayaan Jangka Pendek. Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.

    Cara Permohonan Pembelian Secara Tunai

    Perkhidmatan takaful/insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar.

    Pengiraan Premium Takaful/Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Takaful/Insuran dan harga pasaran semasa.

    Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut :

    1. Salinan geran kenderaan.
    2. Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful/insuran sebelum pengiraan dibuat.
    3. Dokumen i,ii hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.

    Cara Permohonan Melalui Pembiayaan

    1. Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja.
    2. Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
    3. Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
    4. Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/ cawangan.
    5. Pengiraan insurans yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insurans.
    6. Salinan kad pengenalan penjamin.
    7. Polisi insurans yang lama.
    8. Salinan geran kenderaan.
    9. Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.

    Perkhidmatan Homestay

    Dimaklumkan bahawa KOBANAS telahpun mempunyai empat(4) buah homestay yang sedia untuk diduduki/ditempah oleh anggota-anggota pada kadar sewaan yang amat berpatutan.

    Senarai homestay adalah sepertimana berikut:

    Bil1
    LokasiNo. 24, Lorong Batu Hitam 13 Taman Mewah Sri Bayu, Batu Hitam, 26100 Beserah, Pahang
    Jenis KediamanRumah Berkembar 3 bilik
    Kadar sewa AnggotaRM50.00
    Pegawai BertugasNoor Aznieta Ibrahim – 019-9801196Nur Syazwini Zakaria – 019-3300585 KOBANAS – 03 -42521293
    Bil2
    Lokasi

    Jalan Solehah 3C, PT 28874, Taman Desa Solehah, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

    Jenis KediamanRumah Berkembar 3 bilik
    Kadar sewa AnggotaRM50.00
    Pegawai BertugasAhmad Fauzi Yusof – 012-9010049 Mohd Hadafi Ali – 012-9567495 KOBANAS – 03 -42521293
    Bil3
    Lokasi

    No. 7, Jalan Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya, 75150 Bukit Baru Melaka

    Jenis KediamanRumah Teres dua Tingkat 3 bilik
    Kadar sewa AnggotaRM50.00
    Pegawai BertugasAl Naim Jenal -017-6798892 Jeffri Kamaruddin – 011-38085830 Jainal Muhidan – 017-6057155 Mohd Faizal Hashim – 012-2792422 Fatimah Salleh – 019-6588069 KOBANAS – 03 -42521293
    Bil4
    Lokasi

    Marina Court, D3-08, Blok D, Tingkat 3, Kota Kinabalu, Sabah

    Jenis KediamanApartment 3 bilik
    Kadar sewa AnggotaRM120.00
    Pegawai BertugasMohd Ahyar Ahmad – 019-8015939 Roseni Stephen – 013-8666275 Judy D Satiwang – 013-8808471 Jaounah Ompongoh – 010-2216362 Junaidi Ali – 013-8517176 Asmadi Sidin – 016-8032101 Ali Salleh – 016-8029096 KOBANAS – 03 -42521293

    Pembiayaan Peribadi Popular

    Pelancongan

    Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk pelancongan.

    Kelayakan

    Anggota KOBANAS

    Had Kelayakan

    1. Jumlah pembiayaan pelancongan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).
    2. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    Penjamin

    Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

    Takaful

    Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.

    Dokumen sokongan

    Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.

    Pengesahan Perwakilan

    Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

    Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Kecemasan

    Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk kecemasan dapat diterangkan seperti dibawah.

    Kelayakan

    Anggota KOBANAS

    Had Kelayakan

    Jumlah yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    Penjamin

    Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

    Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

    Takaful

    1. Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
    2. Sokongan: Setiap pembiayaan kecemasan mestilah mempunyai alasan bagi menyokong pembiayaan tersebut seperti kematian, perubatan, bersalin dan lain-lain alasan yang difikir munasabah.
    3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Insuran/ Cukai Jalan

    Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.

    Kelayakan

    Mestilah anggota yang masih aktif lagi.

    Had Kelayakan

    Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit). Jumlah pembiayaan diluluskan hanya berdasarkan kepada jumlah premium insurans dan cukai jalan pada tahun terkini. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah diantara sehingga 1 tahun sahaja.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
    2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
    3. Dokumen sokongan: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
    4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Kebajikan

    Had Kelayakan

    Jumlah pembiayaan Kebajikan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 10 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    Penjamin

    • Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

    • Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

    Potongan Jimat Cermat (CJC): Kadar potongan CJC adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan dan ianya dipotong terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. CJC boleh dikeluarkan setelah pembiayaan selesai dan CJC akan diselaras dengan pembiayaan sekiranya anggota membuat penjelasan awal.

    Takaful

    • Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun Pembiayaan.
    • Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    • Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Konsumer

    Pembiayaan yang seterusnya adalah pembiayaan jualan dengan bayaran tertangguh (Barangan Pengguna)

    Kelayakan Pembiayaan

    Anggota KOBANAS.

    Had Kelayakan

    Jumlah yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM15,000.00 (Lima belas Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    Penjamin

    Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

    1. Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan yang ditandatangani oleh penjamin.
    2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah Pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
    3. Dokumen sokongan: Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga barangan yang hendak dibeli samada daripada pembekal yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
    4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Perayaan

    Had Kelayakan

    Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk perayaan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    1. Penjamin Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
    2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
    3. Pengesahan Perwakilan. Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    4. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

    Persekolahan

    Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk persekolahan:

    Had Kelayakan

    1. Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit).
    2. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

    Tempoh bayaran

    Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

    Kadar Faedah Perkhidmatan

    Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

    Syarat-Syarat Lain

    1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
    2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
    3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
    4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.
    Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional KOBANAS Personal Loan

    Hubungi Kami

    • Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
      Wisma KOBANAS, Jalan Jelatek 2,
      Jelatek Business Park,
      54200 Kuala Lumpur, Selangor
    • Tel: (+06) 03 – 4252 1293
    • koperasibsn@gmail.com
      kobanaskredit@yahoo.com
  • Kobaru Berhad: Pinjaman Peribadi Hebat

    Kobaru Berhad: Pinjaman Peribadi Hebat

    Koperasi Kobaru Berhad

    Jom mohon pinjaman peribadi Koperasi Kobaru dengan kadar yang istimewa. Koperasi pilihan dan mesti anda pilih. Pilihan muktamad anda! Semua orang mengenali koperasi popular di Malaysia seperti Koperasi Perdanajaya, Koperasi Kekal dan banyak lagi tempat untuk anda memohon pinjaman peribadi. Carilah agen kewangan yang benar-benar dipercayai.

    Sejarah

    KOPERASI KOBARU BERHAD adalah sebuah Syarikat Koperasi dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang didaftarkan pada tarikh 29.08.1981, No pendaftaran Bil Koop Negeri No. 62.

    Syarikat ini telah dimulakan oleh sekumpulan rakyat berpendapatan rendah di pinggir Kuala Lumpur kini dikenali sebagai Bandar Tun Razak. Ia adalah sebuah bandar kecil dinamakan sempena bekas Perdana Menteri sebelum ini.

    Keanggotaan ahli Kobaru yang terbaru adalah seramai 8,500 orang.

    Hubungi Kami

    No 14 Jalan Jaya 5,
    Taman Jaya, Bandar Tun Razak,
    56000 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel: +60 3-9132 0026
    Fax: +60 3-9131 0026

    Koperasi Kobaru Berhad

    *Source: kobaru.net official website

  • Koperasi KOPEN: Pinjaman Bijak & Dipercayai

    Koperasi KOPEN: Pinjaman Bijak & Dipercayai

    Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN)

    Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) menawarkan pelbagai pembiayaan kepada anggota koperasi seperti pinjaman peribadi bai al-inah, pembiayaan pengguna dan lain-lain dengan kadar interest rendah. Mohon sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad ataupun singkatannya KOPEN adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Ordinan Koperasi Malaysia Bil. 33 Tahun 1984. Ianya telah ditubuhkan pada 6 hb. November 1981.

    Kegiatan Utama

    Memberikan kemudahan untuk menyimpan dan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada anggota Koperasi.

    Pinjaman Peribadi

    Bai Al-Inah

    Sehingga RM150,000.00 mengikut kelayakan (pekeliling koperasi bil: 01/2006 had potongan gaji adalah sebanyak 60% daripada jumlah pendapatan) dengan kadar faedah 5.9% setahun.

    PEMINJAM

    1. Borang pinjaman
    2. 1 keping salinan akaun bank
    3. 2 keping kad pengenalan (Disahkan)
    4. 2 keping slip gaji terkini – 1 bulan (Disahkan)

    PENJAMIN

    1. RM 5000 ke atas 2 ahli KOPEN
    2. 1 keping slip gaji terkini

    Pengguna

    Pinjaman peribadi pengguna meliputi pinjaman barangan elektrik (sehingga RM20,000.00), pinjaman barangan kemas (RM20,000.00), pinjaman telefon bimbit (RM10,000.00) dan pinjaman komputer yakni semua jenis dan dihadkan sehingga RM10,000.00.

    Manakala bagi pinjaman motosikal, amaun pinjaman peribadi yang dibenarkan sehingga RM20,000.00, pinjaman perabot sehingga RM20,000.00, pinjaman pelajaran (RM10,000.00) dan pinjaman pelancongan dihadkan kepada RM20,000.00.

    Perumahan

    yang lain bagi anggota KOPEN adalah pinjaman perumahan dan juga pinjaman untuk membeli kereta dan nilai pinjaman ini adalah sehingga RM150,000.

    Bagi mereka yang sudah mempunyai kediaman, pemohon boleh memohon pinjaman pembaikan rumah dengan pinjaman max sehingga RM150,000.00. Bagi anggota yang ada perniagaan boleh memohon Pinjaman Modal Pusingan Perniagaan sehingga RM150,000.00.

    Perkahwinan dan Lain-Lain

    Bentuk pinjaman peribadi yang lain kepada anggota adalah seperti pinjaman perkahwinan (sehingga RM10,000.00), pinjaman pedang istiadat, pinjaman lesen kereta & motosikal (Metro Driving / Surfine serta memperbaharui cukai jalan & insuran kenderaan.

    Selain itu, KOPEN juga membantu dalam menyediakan pinjaman membuat cermin mata (Permata Optical) dan membeli basikal.

    Pinjaman 90% Atas Yuran

    Pinjaman peribadi 90% atas yuran terkumpul semasa dengan kadar faedah 3% setahun.

    Perkhidmatan dan Aktiviti

    Insuran Berkelompok

    KOPEN menyediakan kemudahan insuran berkelompok etiqa takaful untuk anggota dengan minimum potongan sebanyak RM 10/bulan. Bagi skim khairat kematian, KOPEN akan memotong sejumlah RM 100.10/tahun dari akaun anggota untuk melayakkan anggota, pasangan dan anak-anak menerima faedah sekiranya berlaku kematian. Jika anda adalah ahli KOPEN sebanyak RM 20,000.00, pasangan RM 3000.00 dan anak yang berumur seminggu hingga 21 tahun maksima 4 orang akan mendapat RM 700.

    Aktiviti Lain

    Berikut adalah aktiviti lain koperasi seperti dibawah:-

    • Simpanan wang anggota
    • Pembiayaan peribadi
    • Pembiayaan pengguna
    • Agen Etiqa Takaful / Takaful Ikhlas
    • Sewaan bangunan / kediaman
    • Percutian di Port Dickson
    • Menganjurkan aktiviti umrah / bercuti
    • Pasarmini Kopeniaga
    • Pembekalan barangan keperluan banduan
    • Pembekalan peralatan keselamatan
    • Pembekalan alat telekomunikasi
    • Pembekalan uniform dan aksesori
    • Menganjurkan kem-kem motivasi dan latihan
    • Memberi perkhidmatan katering

    Keanggotaan

    Keanggotaan bagi tahun 2017 sebanyak 8,158 ahli dan modal yuran anggota Disember 2017 ialah sebanyak RM 30,754,440.39. Jumlah aset KOPEN sehingga Disember 2017 ialah sebanyak 48,085,410.81

    Hubungi Kami

    KOPERASI JABATAN PENJARA MALAYSIA BERHAD
    NO. 17, JALAN PUSAT PERNIAGAAN 2
    PUSAT PERNIAGAAN SUNGAI JELOK
    43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
    Tel: 03-87415541
    Fax: 03-87416641
    E-Mail: admin@kopen.com.my

    *Source: kopen.com.my official website

  • KOPSYA Angkasa: Pelaburan & Emas Selamat

    KOPSYA Angkasa: Pelaburan & Emas Selamat

    Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA)

    Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) adalah koperasi terbaik Malaysia kerana menawarkan pelbagai pinjaman peribadi tunai dan perkhidmatan pelaburan berasaskan syariah. Dapatkan info TERLENGKAP disini.

    Pengenalan

    Untuk memahami penubuhan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA), adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.

    Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA, dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB).

    Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.

    Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA ANGKASA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya.

    Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA ANGKASA disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA ANGKASA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

    Produk dan Perkhidmatan

    Deposit Pelaburan

    Terdapat banyak produk pelaburan KOPSYA untuk anda pilih seperti dibawah.

    Pelaburan Al-Jadwa

    Pelaburan Khas Al-Jadwa adalah istimewa untuk Koperasi Sekolah

    Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar

    Pelaburan minima RM1,000.00

    TempohKadar Keuntungan
    1 Tahun4%
    2 Tahun & ke atas4.25%

    Pelaburan Al-Muin

    1. Produk pelaburan jangka panjang
    2. Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
    3. Istimewa untuk Anggota KOPSYA
    4. Pelaburan KHAS* dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi
    5. Tempoh pelaburan 3 tahun
    6. Pelaburan minima RM10,000.00 * Kadar ditentukan dari masa ke semasa

    Pelaburan Al-Tathmir

    1. Produk pelaburan jangka pendek
    2. Berasaskan kontrak Mudharabah (Perkongsian Keuntungan)
    3. Pelaburan minima RM1,000.00
    4. Kadar jangkaan keuntungan 3.45%

    Pelaburan Al-Wafi II

    1. Produk pelaburan jangka panjang
    2. Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
    3. Istimewa untuk Anggota KOPSYA
    4. Diurus bersama dengan Institusi Kewangan Islam
    5. Kadar jangkaan keuntungan 4%
    6. Tempoh minima 2 tahun
    7. Pelaburan minima RM1,000.00

    Kopsya Gold

    Produk Kopsya Gold ini adalah produk berasaskan emas dan dikeluarkan dalam bentuk kepingan atau wafer.

    Berat wafer adalah 1gram dan 2gram dan mudah dibawa dan disimpan

    KELEBIHAN

    • Emas adalah aset bernilai walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu
    • Kalis inflasi
    • Peluang membuat keuntungan
    • Kualiti tinggi
    • Harta mudah cair
    • Nilai dalaman hakiki (Instrinsic value)

    KEISTIMEWAAN

    • Ketulenan KOPSYA GOLD 999
    • Mudah dan mampu untuk dimiliki
    • Pelaburan yang selamat
    • Jaminan belian semula
    • Disertakan sijil ketulenan

    WAKIL JUALAN

    • Ejen yang dilantik untuk menjual dan mengedarkan KOPSYA GOLD kepada pembeli akhir
    • Semua anggota adalah layak untuk menjadi Wakil Jualan KOPSYA GOLD
    • Minima Pembelian:
      • 1gram – 20 keping
      • 2gram – 10 keping
    • Harga Jualan – mengikut harga yang telah ditetapkan oleh KOPSYA
    • Pembayaran – Tunai / Cek / Kredit ke Akaun KOPSYA
    • Penyerahan – apabila pembayaran telah dibuat
    • Komisyen – 5 % dari harga KOPSYA GOLD
    • Penghantaran – Wakil Jualan perlu mengambil sendiri KOPSYA GOLD di pejabat KOPSYA
    • Jualan Balik – KOPSYA akan membeli dengan harga diskaun 6%
    • Borang – Wakil Jualan perlu mengisi borang

    Produk Pembiayaan

    Al-Aqari

    Pembiayaan Al-Aqari adalah salah satu produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh KOPSYA. Skim pembiayaan ini menggunakan konsep Musyarakah Mutanaqisah, iaitu suatu bentuk perkongsian modal untuk membeli hartanah seperti unit perumahan, blok kedai, atau premis perniagaan.

    Melalui sistem ini, koperasi akan membeli sebahagian daripada hartanah tersebut dengan pembiayaan dari KOPSYA dan secara beransur-ansur membeli bahagian perkongsian tersebut sehingga koperasi memiliki hartanah tersebut sepenuhnya. Ini memberi peluang kepada koperasi yang ingin memiliki aset hartanah tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar secara sekaligus.

    Syarat dan Terma

    • Jenis Pembiayaan: Pembiayaan untuk membeli hartanah (unit perumahan, kedai, premis perniagaan)
    • Konsep Pembiayaan: Musyarakah Mutanaqisah (perkongsian modal)
    • Tempoh Pembayaran: Bergantung kepada jenis hartanah, biasanya dalam tempoh jangka panjang
    • Bayaran Ansuran: Mengikut kemampuan koperasi, sehingga hartanah dimiliki sepenuhnya

    Keistimewaan

    • Peluang memiliki hartanah dengan modal yang lebih rendah
    • Sistem ansuran fleksibel untuk memudahkan pembayaran
    • Berdasarkan prinsip Syariah yang mengikut hukum Islam tanpa riba

    Pembiayaan Al-Intaj

    Pembiayaan Al-Intaj adalah produk pinjaman yang direka khas untuk koperasi sekolah yang memerlukan modal kerja untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka. Produk ini menyediakan pembiayaan untuk keperluan pembangunan prasarana dan perniagaan seperti kantin, bas sekolah, atau kedai koperasi. Selain itu, pembiayaan ini turut memperkasa ekonomi koperasi sekolah dan memperluaskan perkhidmatan kepada anggota sekolah.

    Syarat dan Terma

    • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM50,000
    • Tempoh Pembayaran: Hingga 10 tahun
    • Aktiviti yang Dibiayai:
      • Perniagaan (Kantin, Bas Sekolah, Kedai Koperasi)
      • Pembangunan prasarana (Makmal Komputer, Makmal Sains, Gimnasium, Parkir Berbumbung)

    Manfaat

    • Membantu koperasi sekolah dalam mengembangkan perniagaan dan prasarana
    • Menambah baik kualiti pendidikan dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar
    • Mengukuhkan ekonomi koperasi dalam jangka panjang

    Pembiayaan Al-Mumtaz

    Pembiayaan Al-Mumtaz menawarkan modal kerja kepada koperasi yang ingin mengembangkan perniagaan mereka, khususnya dalam bidang perusahaan kecil-kecilan seperti perusahaan kerepek, kuih tradisional, roti, kek, dan biskut, serta makanan sejuk beku. Produk ini bertujuan untuk memperkasakan ekonomi koperasi dan anggotanya dengan memberikan modal yang diperlukan untuk meningkatkan operasi dan penghasilan koperasi.

    Syarat dan Terma

    • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM50,000
    • Tempoh Pembayaran: 5 hingga 10 tahun
    • Bidang Aktiviti: Perusahaan kecil seperti perusahaan makanan, jahitan, dan lain-lain

    Keistimewaan

    • Modal yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan koperasi
    • Pembiayaan jangka panjang yang memberi fleksibiliti dalam pembayaran ansuran
    • Meningkatkan pendapatan koperasi dan memberi manfaat kepada anggota koperasi

    Pembiayaan Al-Tijari

    Pembiayaan Al-Tijari adalah produk pembiayaan yang direka untuk koperasi yang ingin menceburi bidang perniagaan atau projek yang berdaya maju. Pembiayaan ini memberi koperasi modal kerja untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka, dan memberi sokongan dalam memenuhi keperluan ekonomi yang semakin berkembang.

    Syarat dan Terma

    • Jenis Pembiayaan: Pembiayaan modal kerja untuk perniagaan dan projek
    • Kelayakan: Koperasi yang mempunyai projek dan perniagaan yang berdaya maju
    • Tempoh Pembayaran: Bergantung kepada jumlah pembiayaan dan jenis perniagaan

    Manfaat

    • Membantu koperasi dalam memperkenalkan dan mengembangkan perniagaan baru
    • Memberikan sokongan kewangan kepada projek yang berdaya maju
    • Meningkatkan kemampuan koperasi dalam bersaing di pasaran

    Hubungi Kami

    • Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
      Ground & First Floor, Unit 111 & 211
      Block C, Glomac Business Centre
      No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
      47301 Petaling Jaya Selangor
    • Tel: 03-78031214
    • Fax: 03-78031204
  • Koperasi TNB: Perkhidmatan Dipercayai

    Koperasi TNB: Perkhidmatan Dipercayai

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB)

    Dapatkan info produk Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) seperti takaful insurans, pembiayaan dan perkhidmatan Hotel dan lain-lain.

    Pengenalan

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad ataupun singkatannya KOPTNB telah membuat mesyuarat pertama yang diadakan pada awal tahun 1951, dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan. Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

    Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951. Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

    Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara. Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

    Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

    Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

    Perkhidmatan

    Takaful Insurans Berkelompok – Skim Pilihan

    Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

    KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota KOPTNB yang mana pelan Takaful Mutiara Plus 1 ini Julung Kali di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

    Faedah

    • Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal TANPA sambungan tambahan.
    • Elaun harian kemasukan ke wad / hospital bagi tempoh minima 6 jam.
    • Sumbangan ehsan (perbelanjaan pengebumian) RM 1,000 untuk pasangan dan RM 500 (anak-anak – maksimum 4 orang).
    • Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.
    • Perlindungan keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan.
    • Pasangan dan anak-anak boleh menyertainya

    Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

    Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota KOPTNB selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

    Ciri Ciri Utama dan Premium Bulanan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1

    Insurans Berkelompok Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

    Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM15,000 ke RM100,000.

    Faedah

    • Simpanan dikembalikan beserta keuntungan.
    • Isteri / suami yang bukan anggota boleh menyertainya.
    • Pampasan kehilangan keupayaan.
    • Pampasan berganda atau
    • Perbelanjaaan pengebumian.

    Keistimewaan

    • Anggota yang menyertai skim ini boleh membuat pembiayaan tanpa perlu menyediakan penjamin.
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Perlindungan dan pampasan bagi 36 penyakit kritikal dengan premium yang rendah.
    • Perlindungan 24 jam yang merangkumi seluruh dunia

    Takaful / Insurans Motor Kenderaan & Cukai Jalan

    1. Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan.
    2. 5 (lima) kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.
    3. Pembiayaan termasuk Takaful / Insurans kenderaan dan cukai jalan.

    Nota perlindungan dikeluarkan dengan serta merta. Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke rumah anda.

    Kebajikan

    Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal

    Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal. Dibahagikan kepada 3 bahagian

    1. Sekolah Rendah
    2. Sekolah Menengah
    3. Universiti / Profesional

    Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak

    1. Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
    2. Bayaran balik RM150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
    3. Anak anggota layak memohonnya.
    4. Dua orang penjamin.

    Sumbangan untuk Anggota Setia

    1. Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.

    Pencarum terbaik.

    1. Keanggotaan terbaik.
    2. Pendidikan
    3. Seminar Keanggotaan

    Anugerah

    1. Anugerah anak cemerlang
    2. Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

    Khairat Kematian

    Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

    Wasiat

    Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

    • KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Amanah Raya Berhad, syarikat amanah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memberi perkhidmatan penulisan Wasiat atau ‘Will’ kepada semua anggota Koperasi TNB dengan kos yang berpatutan. Faedah Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad
    • Pelantikan Wasi (pemegang amanah) untuk mentadbirkan harta pusaka selepas kematian. Memudahkan proses pentadbiran harta pusaka. Memudahkan pengagihan harta pusaka kepada waris yang tinggal. Mengelakkan harta pusaka dibekukan dan mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
    • Mengelakkan perbalahan di kalangan ahli keluarga
    • Penulisan Wasiat atau ‘Will’ ini boleh dibuat dengan mudah, cepat dan ringkas dengan kos sebanyak RM210.00 seorang sahaja.

    Kemudahan pembayaran

    1. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji untuk anggota KOPTNB. Ciri-ciri utama Wasiat atau ‘Will’

    Dokumen

    1. Sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil dan waras
    2. Pewasiat menandatangani Wasiat atau ‘Will’ dalam keadaan waras
    3. Pelantikan Amanah Raya Berhad sebagai Wasi (pemegang amanah)
    4. Hubungi pegawai kami En. Zulfaqhar 03-22823670 atau 019-3558119 untuk penerangan lanjut. Boleh juga merujuk laman web www.moreclass.com.my untuk maklumat lanjut.

    Koptown Hotel Address

    KopTown Hotel Kuala Lumpur
    NO 68, Wisma Pantai
    Jalan Pantai
    59200, Bangsar Kuala Lumpur
    Malaysia

    CONTACT

    Tel. No: +603 2202 2722
    Fax No: +603 2201 2251

    E-mail: kualalumpur@koptown.com.my
    koptown.com.my

    Pembiayaan Peribadi

    Bai’ Al-‘Inah

    Definisi

    Pembiayaan Bai’ Al-‘Inah merupakan salah satu produk kewangan yang ditawarkan oleh KOPTNB. Skim ini bertujuan menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak perniagaan jual beli dan bayaran tertangguh dengan prinsip syariah. Pembiayaan ini sesuai untuk anggota yang ingin mendapatkan wang tunai bagi tujuan peribadi dengan syarat dan terma yang jelas dan adil menurut hukum syariah.

    Koperasi TNB menawarkan beberapa jenis pembiayaan Bai’ Al-‘Inah dengan ciri dan syarat yang berbeza, sesuai dengan keperluan anggota. Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan yang boleh dipohon oleh anggota:

    Bai’ Al-Inah Berjamin

    Pembiayaan Bai’ Al-Inah berjamin adalah jenis pembiayaan yang memerlukan penjamin untuk kelulusan. Berikut adalah terma utama pembiayaan ini:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM35,000
    • Penjamin: Minimum 2 orang penjamin diperlukan
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 84 bulan
    • Levi Pembiayaan: RM5 bagi setiap RM1000 pembiayaan

    Bai’ Al-Inah Yuran

    Jenis pembiayaan ini ditawarkan berdasarkan yuran yang dikenakan kepada anggota koperasi. Syarat utama adalah seperti berikut:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: 90% daripada jumlah yuran
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 84 bulan

    Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin

    Bagi anggota yang tidak mempunyai penjamin, Bai’ Al-Inah tanpa penjamin menawarkan pembiayaan dengan syarat tertentu:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM15,000
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 48 bulan
    • Kewajipan: Anggota wajib mencarum
    • Takaful/Insurans: Minimum RM20 sebulan

    Pembiayaan Qard

    Selain Bai’ Al-Inah, Koperasi TNB juga menawarkan pembiayaan Qard yang bertujuan membantu anggota untuk tujuan peribadi seperti perayaan, perubatan, kemalangan, persekolahan anak, dan pengebumian. Berikut adalah terma dan syarat untuk pakej pembiayaan ini:

    • Jumlah Pembiayaan Minimum: RM1000
    • Jumlah Pembiayaan Maksimum: RM3000 (dalam gandaan RM100)
    • Bayaran Proses:
      • RM50 untuk pembiayaan RM1000 – RM1500
      • RM75 untuk pembiayaan RM1600 – RM2000
      • RM125 untuk pembiayaan RM2100 – RM3000
    • Tempoh Bayaran Ansuran:
      • 12 bulan untuk pembiayaan RM1000 – RM2000
      • 18 bulan untuk pembiayaan RM2001 – RM3000
    • Tanpa Penjamin: Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin

    Kelebihan Pembiayaan

    Kadar Perkhidmatan Kompetitif

    Kadar perkhidmatan yang ditawarkan adalah 5.9% setahun (sama rata), yang sangat kompetitif berbanding dengan produk pembiayaan lain yang ada di pasaran.

    Tempoh Bayaran Yang Fleksibel

    Pembiayaan ini menawarkan tempoh bayaran ansuran yang fleksibel antara 48 hingga 84 bulan, memudahkan anggota menguruskan kewangan mereka.

    Pembiayaan Tanpa Penjamin

    Pembiayaan Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin membolehkan anggota yang tidak mempunyai penjamin untuk memohon pembiayaan sehingga RM15,000.

    Kewajipan Mencarum

    Anggota yang mengambil pembiayaan ini diwajibkan untuk mencarum, yang memberi faedah tambahan dalam jangka masa panjang.

    Hubungi Kami

    • Koperasi Tenaga Nasional Berhad
      96, Jalan Bangsar
      59200 Kuala Lumpur
    • Tel: 03–22824660
    • membersmail@ktnb.com.my
    • Fax: 03–22827680
  • KOSMAS Selangor: Pelaburan & Pembiayaan Bijak

    KOSMAS Selangor: Pelaburan & Pembiayaan Bijak

    Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

    Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad ataupun singkatannya KOSMAS adalah firma ekuiti swasta yang memberi tumpuan kepada bekerjasama dengan usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan bertaraf dunia di Selatan dan Asia Tenggara. Dapatkan minyak enjin KOSMAS yang ternyata hebat dan menjimatkan minyak anda. Terdapat juga pelbagai produk automotif yang boleh anda dapati. Jom kita saksikan bersama-sama.

    Pengenalan

    Kami komited untuk memanfaatkan pengalaman serantau kami, pengetahuan pasaran kami yang mendalam dan kepakaran operasi kami untuk mewujudkan nilai unggul bagi rakan kongsi kami dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka.

    Misi Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad berazam untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk, perkhidmatan, dan perniagaan untuk kepentingan ekonomi anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan selaras dengan matlamat dan nilai-nilai koperasi serta memupuk budaya inovatif dalam penggunaan teknologi baru di kalangan masyarakat serantau.

    Visi Menjadi koperasi berprestij berteraskan kecemerlangan dalam bidang pembangunan perniagaan dan pusat pembangunan sumber manusia di serantau.

    Objektif

    • Menjana pulangan yang munasabah kepada ahli kami.
    • Bertekad untuk berinovasi dalam penggunaan teknologi baru untuk mencapai kelebihan daya saing. Nilai Teras

    MEMBAHARUI Kami sentiasa mencabar diri kami untuk menghasilkan penyelesaian yang akan mengubah perniagaan dalam meningkatkan prestasi kepada tahap yang lebih baik.

    KUALITI Kami menyediakan proses yang kukuh untuk memastikan kami tidak memberikan apa-apa selain yang terbaik.

    MENGHORMATI Kami mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi & memeluk kepelbagaian sebagai cara untuk berkongsi amalan & kepakaran yang terbaik.

    KEBERTANGGUNG-JAWABAN Kami mengambil pemilikan penuh dalam menyediakan pelanggan sokongan strategik untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

    Aktiviti

    1. Aktiviti: Lawatan ke Centrus Mall, Cyberjaya Januari 29, 2019
    2. Laporan: Hasil Tanaman Ubi Kayu di hantar ke pengedar untuk membuat kerepek Januari 26, 2019
    3. Aktiviti: Presiden KOSMAS Lawat Kilang Palm Fiber di Raub, Pahang. Januari 22, 2019
    4. Aktiviti: Lawatan ke Ladang Ubi Kayu Januari 19, 2019
    5. Produk : Windscreen Cleaner- Keluaran KOSMAS 2019 Januari 18, 2019

    Pembiayaan Pendidikan

    Program Pendidikan Aplikasi

    Kelas Aplikasi Pertama di Malaysia- Kadar Pembayaran Bulanan Pertama di Malaysia – Pembayaran Mudah 60 bulan Pertama di Malaysia

    Dalam era moden teknologi ini, kebanyakan perniagaan dan kerjaya yang berjaya berada di dalam industri teknologi. Oleh itu, KOSMAS menawarkan kursus kepada orang-orang yang berminat untuk belajar Perisian pembangunan yang merupakan pembangunan Aplikasi Mudah Alih, pembangunan laman web dan pemasaran digital.

    Kami berusaha untuk memperkaya minda orang dengan menyediakan pendidikan yang terhebat dan memastikan kami menyediakan pengalaman holistik untuk dihargai sepanjang hayat. Kami bangga menawarkan pelbagai pilihan kursus fleksibel dan mudah difahami yang diperlukan oleh orang untuk membina kerjaya yang berjaya.

    Ia membolehkan anda menyelam lebih mendalam ke kawasan pengajian tertentu yang menarik minat anda. Ini berlaku dari hari kursus anda dan membolehkan anda untuk benar-benar mengejar semangat anda.

    Perniagaan Emas

    Program Perniagaan Emas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

    Bahagian 1: Kisah Emas

    1. Perkembangan sejarah emas
    2. Emas fizikal China purba
    3. Emas fizikal dari Malaysia lama
    4. Evolusi dari emas ke duit syiling emas dan nota kertas.
    5. Standard Emas
    6. Pelaburan Emas
    7. Emas– pelaburan yang paling disukai
    8. Mengapa pelaburan emas
    9. Mata Wang vs emas: kuasa beli dan minat negatif

    Bahagian 2: Pasaran Emas

    1. Analisis perkembangan dan prospek pasaran emas
    2. Analisis corak pasaran emas dan ramalan trend masa hadapan
    3. Permintaan emas global
    4. Gambaran keseluruhan pasaran emas antarabangsa
    5. Pasaran emas China: pembangunan dan prospek
    6. Pasaran emas Malaysia: pembangunan dan prospek
    7. 5 pasaran emas antarabangsa utama

    Ciri-ciri pasaran emas

    • 4 ciri utama pasaran emas antarabangsa semasa
    • 3 elemen utama yang dipengaruhi oleh pasaran emas
    • 3 faktor utama yang mempengaruhi harga emas

    Bahagian 3: Komoditi Emas

    Pengenalan kepada pelaburan emas

    Jenis emas:-

    3 jenis pelaburan emas fizikal utama

    • Bar Emas
    • Duit syiling emas
    • Perhiasan emas

    Jenis pelaburan untuk emas bukan fizikal

    • emas antarabangsa yang sedia ada
    • Kertas emas
    • T + D emas
    • Niaga hadapan emas
    • Saham Emas
    • Amanah emas

    Bahagian 4: Kelas Emas Fizikal

    1. Kebenaran mengenai pelaburan dan kekayaan
    2. Kebenaran mengenai pelaburan dan kekayaan
    3. Kesilapan dalam pelaburan dan definisi keuntungan
    4. Rahsia sebenar membuat keuntungan dari dagangan emas fizikal
    5. Emas vs Harta – Yang memenangi pertarungan?
    6. Akaun simpanan emas – Mendedahkan rahsia keuntungan dari pelaburan emas fizikal

    Inklusi:

    • pengiraan pengukuran emas
    • Unit kawal selia antarabangsa dan Malaysia
    • Pembelajaran istilah berkaitan
    • Pengenalan kepada perniagaan perdagangan antarabangsa dan Malaysia, emas dan perak.

    Pengurusan Hospitaliti

    Program Pengurusan

    Perhotelan adalah kategori luas dalam industri perkhidmatan yang termasuk penginapan, perancangan acara, taman tema, pengangkutan, pelayaran, perjalanan dan bidang tambahan dalam industri pelancongan.

    Industri perhotelan adalah industri yang bergantung kepada adanya masa lapang dan pendapatan boleh guna. Unit perhotelan seperti restoran, hotel, atau taman hiburan terdiri daripada pelbagai kumpulan seperti penyelenggaraan kemudahan dan operasi langsung (pelayan, pembantu rumah, porter, pekerja dapur, pelayan bar, pengurusan, pemasaran, dan sumber manusia).

    Produk dan Perkhidmatan

    Pelaburan Saham

    Definisi

    Perkhidmatan pelaburan saham KOSMAS merupakan satu peluang untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dengan risiko minimum. Melalui pelaburan ini, pemegang unit dapat menikmati faedah daripada pertumbuhan dana melalui pengagihan pendapatan dan pelaburan semula.

    Pelaburan ini dikelola oleh Najah Success Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad, yang bertindak sebagai pengurus pelaburan dan pemegang amanah kepada koperasi. Misi utama KOSMAS adalah untuk memberi peluang kepada pelabur yang memahami risiko dan pulangan, serta menjanjikan pulangan yang kompetitif dan konsisten.

    Objektif

    Tujuan Utama Pelaburan

    Objektif utama pelaburan KOSMAS Selangor adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang unit sambil mengekalkan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. Pelaburan ini merangkumi beberapa sektor yang berbeza, memastikan dana yang dilaburkan dapat berkembang dengan baik melalui pelbagai saluran yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

    Sektor Pelaburan Utama

    Koperasi KOSMAS mengutamakan pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi yang dilihat mampu memberikan pulangan yang stabil dan berterusan, seperti:

    • Pendidikan (7-9% return)
    • Pelancongan (3.2-3.8% return)
    • Satu Bisnis Satu Aplikasi (4.5-5.5% return)
    • Pembiayaan Mikro (1-1.5% return)
    • CSR (Tanggungjawab Sosial Perusahaan) (4.5-5.5% return)
    • Program Pertanian (2.2-2.3% return)

    Melalui pelaburan dalam sektor-sektor ini, Koperasi KOSMAS bertujuan untuk memberikan keuntungan jangka panjang yang mampan kepada semua pelabur.

    Kelayakan

    Siapa Yang Layak Melabur?

    Pelaburan ini terbuka kepada dua kategori individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

    1. Akaun Dewasa – Pelabur berumur 18 tahun ke atas.
    2. Akaun Remaja – Pelaburan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga sah. Sijil kelahiran yang sah diperlukan sebagai bukti.

    Syarat Kelayakan

    Pelabur harus mempunyai pengetahuan mengenai risiko dan potensi pulangan pelaburan. Mereka yang berminat untuk melabur harus mengharapkan manfaat daripada pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan semula atau pengagihan pendapatan yang diterima dari pelaburan mereka.

    Pengurus Pelaburan: Najah Success Sdn Bhd

    Peranan Najah Success Sdn Bhd

    Sebagai pengurus pelaburan, Najah Success Sdn Bhd bertanggungjawab mengurus dan menilai portfolio pelaburan koperasi, serta menyusun semula pelaburan berdasarkan keadaan pasaran semasa. Dengan kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan dana, mereka memastikan pelaburan KOSMAS sentiasa berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan koperasi.

    Tahun Kewangan

    Tahun kewangan bagi pelaburan KOSMAS berakhir pada 31 Disember setiap tahun, yang bermakna laporan kewangan dan keputusan pelaburan akan diumumkan selepas tarikh tersebut.

    Potensi Pulangan

    Pulangan yang Diharapkan

    KOSMAS menawarkan pulangan yang konsisten dari pelaburan dalam sektor-sektor terpilih. Walau bagaimanapun, pelabur harus memahami bahawa nilai pelaburan boleh naik atau turun bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi semasa. Oleh itu, pelaburan ini lebih sesuai untuk individu yang ingin menikmati pertumbuhan jangka panjang dan dapat menanggung risiko tertentu.

    Strategi Pengurusan Risiko

    Koperasi ini mengutamakan pengurusan risiko yang berhemah dan memastikan portfolio pelaburan sentiasa disesuaikan dengan keadaan pasaran terkini. Ini membolehkan mereka memastikan pulangan yang stabil dan mengurangkan risiko kerugian yang besar.

    Minyak Enjin

    Kosmas 5W – 40 API SN/CF

    Nak Jimat Petrol? Perlukan Pickup Maksima Untuk Kereta Anda?

    Kini anda boleh guna minyak pelincir enjin sintetik terbaik untuk mengatasi masalah anda yang dihasilkan dari Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad.

    Kosmas 5W-40 API SN/CF merupakan minyak enjin sintetik penuh yang bermutu & berkualiti. Kelebihan minyak pelincir enjin kereta KOSMAS 5W-40 API SN/CF ialah ia mempunyai tahap ketahanan panas yang lebih tinggi dan mempunyai daya ketahanan yang kuat. Oleh itu, ia tidak mudah terbakar (menjadi hitam). Minyak sintetik juga lebih bersih. Oleh itu, ianya dapat memberi penjagaan yang lebih baik kepada enjin berbanding dengan minyak mineral. Sintetik juga mempunyai kelikatan yang rendah, kadar kelikatan yang rendah bermakna ‘pick up’ kenderaan akan menjadi lebih baik (enjin lebih ringan).

    Ciri-ciri luar biasa Kosmas 5W-40 API SN/CF dalam memastikan semua komponen dari injap enjin dilincirkan sepenuhnya untuk memberi prestasi dan perlindungan enjin yang optimum.

    • Ia elah diformulasikan untuk kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel * kenderaan komersil ringan ‘turbocharged’ juga sesuai menggunakan produk ini.
    • Minyak ini melebihi standard prestasi pelincir yang terdapat dipasaran dan melebihi keperluan perkhidmatan Eropah, Amerika dan Jepun.
    • Ia telah diluluskan oleh majoriti pengeluar motor yang telah membuat ujian ke atas produk ini.

    * Produk ini tidak sesuai untuk kenderaan yang dilengkapi dengan Penapis Particulate Diesel (DPF).

    Kelebihan

    1. Memberi perlindungan maksima terhadap enjin kereta dan meningkatkan kuasa pecutan yang luar biasa.
    2. Mengurangkan deposit enjin untuk membantu memaksimumkan tindak balas enjin dan meningkatkan kecekapan enjin.
    3. Membantu menyejukkan enjin yang akan memanjangkan jangka hayat enjin.
    4. Direka khas untuk meminimumkan penggunaan minyak, memastikan potensi yang maksimum dari minyak yang terdapat dipasaran.
    5. Ciri-ciri aliran luar biasa pada suhu yang rendah juga memastikan perlindungan enjin dan meminimumkan kerosakan.
    6. Prestasi enjin diesel yang sangat ringan; sesuai dengan enjin suntikan langsung tanpa DPF.

    Oil Power Save Fuel

    Oil Power Save Fuel yang dihasilkan oleh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad adalah minyak enjin sintetik penuh yang membolehkan anda memandu sehingga 380km p.a. Ia boleh menjimatkan bahan api, meningkatkan kuasa, melindungi silinder, melincirkan kereta dan mengurangkan bunyi bising, mengeluarkan karbon dan asap yang disimpan, dan mengurangkan pelepasan.

    Jom cuba produk yang bagus ini.

    Kelebihan

    • Membantu mengurangkan geseran dan kehilangan tenaga
    • Manfaat penjimatan bahan api pelincir kelikatan yang rendah
    • Potong penggunaan bahan api

    Kosmas Windscreen Cleaner

    KOSMAS Windscreen Cleaner adalah pembersih cermin kereta yang berkuasa untuk membersih dan menanggalkan kesan degil yang tidak boleh di tanggal dengan menggunakan sabun biasa. Bukan itu sahaja, malah ia mampu membuang kesan-kesan air, gurisan-gurisan kecil, bitnik-bintik buta dan kesan-kesan degil seperti gris,najis burung dan nikotin di bahagian dalam kereta.

    Penggunaan pencuci cermin kereta KOSMAS dengan kerap akan menjadikan cermin kereta anda bersih berkilat tanpa sebarang kesan kotor yang akan memberi kesan kepada pemanduan yang lebih jelas dan selamat di jalan raya.

    Alat Penstabil Voltan Kereta Qmax

    Alat Penstabil Voltan Kereta Qmax- Qmax Super Voltage Stabilizer adalah alat penstabil voltan serba canggih berfungsi untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda secara keseluruhan dan memberi penjimatan minyak terhadap kenderaan yang menggunakannya.

    Qmax Super Voltage Stabilizer (Easy)

    (Palamkan pada Rokok Lighter Rokok) Cuma pasang untuk mengurangkan bunyi semasa, menstabilkan voltan dan membolehkan ECU berfungsi dengan cekap, meningkatkan ekonomi bahan api dan kurang pelepasan. Unit v. boleh dengan mudah dicabut dan menggunakannya dalam kereta lain.

    Qmax Super Voltage Stabilizer (Exceed)

    (Palam pada Rokok Lighter Rokok) Cuma pasang untuk mengurangkan bunyi semasa, voltan penstabil, yang membolehkan ECU berfungsi dengan cekap. Pencapaian yang lebih baik, ekonomi bahan api yang lebih baik dan mengurangkan pelepasan untuk persekitaran yang lebih mesra.

    Penggunaan alat penstabil voltan kereta QMAX dapat:

    1. Memperbaiki jarak perjalanan gas -sehingga 21% bahan api yang lebih baik.
    2. Mengurangkan ‘emissions’ – “pengurangan sehingga 80% HC.”
    3. Memberi kecekapan enjin yang lebih baik.
    4. Mengurangkan litar pintas.
    5. Papan litar berlapis berganda
    6. Memanjangkan jangkat hayat komponen-komponen elektrik dan elektronik. Meningkatkan kecekapan komponen-komponen elektrik / elektronik.
    7. Memanjangkan jangka hayat bateri.
    8. Dipatenkan di beberapa buah negara dalam dunia.
    9. Menawarkan waranti yang paling lama: 1 + 4 tahun.
    10. Diiktiraf oleh SIRIM QAS International.
    11. Pemasangan yang mudah. Tiada pengubahsuaian yang diperlukan, hanya penambahan alat penstabil voltan kereta.

    Laporan Antarabangsa SIRIM QAS

    Sewaktu ujian ini dilakukan, kereta petrol sedan Proton Saga BLM telah dimuatkan ke mesin Dyno untuk mengukur ‘output’ kuasa dan ‘tourque’. Ujian ini dijalankan sebelum dan selepas memasang produk Qmax. Pertama, output maksimum telah diukur tanpa produk Qmax.

    Kemudian, setiap langkah -langkahnya ujian diulang dengan produk Qmax. Bacaan diambil pada setiap ujian.

    Plant Essential Oil Xingfuhuli

    Minyak Pati Herba Ajaib Xingfuhuli ialah sejenis produk semburan minyak pati herba yang diekstrak daripada pelbagai akar kayu yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi biotransformasi moden. Ianya terbukti amat berkesan bagi merawat lebih dari 20 jenis penyakit dengan hanya semburan pada bahagian sakit.

    Dengan hanya satu semburan pada bahagian sakit, ianya akan meresap ke dalam kulit selama 3 saat. Selepas 10 saat semburan, anda akan rasa kehangatan minyak selama dua jam yang mana dalam masa empat (4) jam, bahagian sakit akan mula beransur pilih.

    Dengan hanya satu semburan pada bahagian sakit, ianya akan meresap ke dalam kulit selama 3 saat. Selepas 10 saat semburan, anda akan rasa kehangatan minyak selama dua jam yang mana dalam masa empat (4) jam, bahagian sakit akan mula beransur pilih.

    Minyak Pati Herba Ajaib Xingfuhuli terbukti berkesan untuk:

    1. Angin Bisa Sejuk
    2. Gout
    3. Sakit sendi
    4. Hiperplasia payudara
    5. ‘Tenosynovitis’
    6. Sakit kepala
    7. Tekanan otot
    8. Tenggelam
    9. Masalah tidur
    10. Periarthritis bahu
    11. Sakit bahu
    12. Keletihan
    13. Arthritis
    14. Sakit tulang belakang
    15. Sakiti tumit
    16. Masalah kahak yang banyak

    Penginapan

    Perkhidmatan penginapan yang ditawarkan oleh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad adalah seperti berikut:-

    • Penginapan dan sarapan
    • Hotel
    • Motel
    • Penginapan
    • Tempat Peranginan
    • Servis Pangsapuri
    • Restoran dan bar
    • Bar
    • Kafe
    • Kelab malam
    • Pub dan rumah Awam
    • Restoran
    • Kedai teh
    • Kedai-kedai wain
    • Perjalanan dan pelancongan
    • Ejen pelancongan
    • Pengendali pelancongan
    • Pusat Keselesaan
    • Kasino
    • Lain-lain
    • Konvensyen dan biro pelawat
    • Hospitaliti
    • Pengurusan Hospitaliti
    • Perkhidmatan Hospitaliti
    • Industri riadah
    • Institusi Pendidikan American Hotel & Lodging

    Program Rawatan Tradisional & Rawatan Spa

    Pelatih kami mestilah mempunyai latihan komprehensif dan pengalaman yang mencukupi untuk mengajar ahli pelbagai teknik urut.

    Urut adalah ubat tradisional untuk menyembuhkan penyakit atau sakit dan dapat membantu meringankan masalah otot, tendon dan ligamen. Perbezaan utama urut tidak dalam kaedah rawatan, tetapi pada orang yang melaksanakannya.

    “Nikmati tidur dan tekanan emosi yang lebih baik … semuanya adalah manfaat keurutan.”

    Manfaat urut adalah jauh lebih banyak daripada yang kita tahu. Adakah anda tahu manfaat lain selain bersantai dan penjagaan kesihatan?

    • Meningkatkan tidur
    • Melegakan kesakitan
    • Meningkatkan emosi dan mengurangkan tekanan
    • Meningkatkan imuniti
    • Menggalakkan pertumbuhan rambut

    Teknik urutan biasa

    • Tekan:Berirama menekan pada kulit atau titik akupunktur dengan jari atau telapak tangan anda
    • Geseran: Menggosok lembut pada kulit atau titik akupunktur dengan jari atau telapak tangan anda
    • Tekan: Tekan otot kulit ke depan, ke atas atau ke luar dengan jari atau telapak tangan anda.
    • Ambil: Pegang kulit, otot atau cakera dengan satu atau kedua tangan, angkatnya, kemudian turunkannya.
    • Menguli: Gunakan jari atau telapak tangan anda untuk berputar pada kulit atau titik akupunktur. kedua tangan
    • Cubit: Gunakan jari anda untuk menekan titik akupuntur.
    • Titik: Klik pada titik akupunktur dengan jari tunggal.
    • Ketuk: Gunakan telapak tangan atau tangan anda untuk memukul anggota badan anda.
    • Menggulungkan: Bahagian belakang jari digunakan untuk menfokuskan pada bahagian permukaan badan, melalui sambungan sendi pergelangan tangan dan putaran bawah lengan, dan menggulungkan gerakan yang diselaraskan.
    • Cubit: Gunakan ibu jari dan jari-jari lain untuk melakukan penyemperitan simetri di laman web ini.
    • Lap: Di dalam ikan besar dengan telapak tangan anda, ikan kecil atau akar sawit menggosok lurus ke belakang di bahagian yang terjejas.

    Perniagaan

    Jenis perniagaan Kosmas seperti dibawah:-

    • Kilang Fibre
    • Syarikat Pembinaan Aplikasi
    • Pertanian Ubi Kayu

    Hubungi Kami

    Ibu Pejabat

    • KOPERASI SERBAGUNA MAJU SELANGOR BERHAD (KOSMAS)(HQ)
      (HQ) No.52-2, The Trillium,
      Jalan Tasik Utama 5,
      Medan Niaga Tasik Damai,
      Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
    • Tel: 03-90554474
    • admin@kosmasmalaysia.com

    Cawangan

    Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad @ Kepong
    21-1, Jalan Metro Perdana Timur 1,
    Taman Usahawan Kepong,
    52100 Kuala Lumpur.
    Telefon: +603 -6258 3608

    Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad @ Sibu, Sarawak
    Lot 2151, S/L 2, Tingkat Dua,
    Lorong Pahlawan 7A4,
    96000, Sibu, Sarawak.

  • Koperasi Koswip: Pembiayaan Anggota Dipercayai

    Koperasi Koswip: Pembiayaan Anggota Dipercayai

    Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Koperasi Koswip Malaysia Berhad menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi yang fleksibel, termasuk Al-Murabahah, AL-Qardul Hasan, dan Bai Al-Inah. Skim ini bertujuan untuk membantu ahli dengan keperluan kewangan yang berbeza. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kewangan yang sesuai dengan keperluan anda.

    Pengenalan

    Koperasi Koswip Malaysia Berhad merupakan salah satu koperasi kredit terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun terpilih. Koperasi ini menyediakan perkhidmatan pembiayaan peribadi Islamik serta pelbagai kemudahan lain seperti Insurans Takaful dan perkhidmatan sokongan tambahan untuk ahli-ahli koperasi.

    Koswip telah ditubuhkan pada tahun 1922 dengan tujuan utama untuk membantu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan kewangan akibat daripada penerimaan gaji yang rendah. Pada masa itu, ramai kakitangan kerajaan terpaksa meminjam daripada sumber yang tidak sah seperti ceti haram atau pihak yang mengambil kesempatan, yang meningkatkan beban kewangan mereka.

    Sejarah Penubuhan

    Koperasi ini didaftarkan pada 27 Julai 1923 dengan nama “The Selangor Government Servant Cooperative Thrift and Loan Society Limited”. Nama tersebut menggambarkan tujuan asal penubuhan koperasi ini, iaitu untuk memberi pinjaman dan bantuan kewangan kepada kakitangan kerajaan. Seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa, koperasi ini telah melalui beberapa perubahan nama sepanjang sejarahnya.

    Perubahan Nama

    1. 1964: Nama pertama ditukar kepada “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.
    2. 1964 (Sekali lagi): Nama selanjutnya adalah “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.
    3. 19 April 1996: Koperasi ini akhirnya mengambil nama yang dikenali hingga kini, iaitu “Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad”, atau lebih dikenali sebagai Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad.

    Pengembangan

    Pada awal penubuhannya, koperasi ini hanya melibatkan kakitangan kerajaan di Selangor dan Kuala Lumpur. Namun, dengan perkembangan masa, KOSWIP berkembang untuk menyertakan kakitangan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia, serta di Sabah dan Sarawak. Ini membolehkan koperasi ini menyediakan perkhidmatan kewangan kepada lebih ramai individu yang memerlukan bantuan kewangan yang sah dan berpatutan.

    Pengawasan dan Pengurusan

    Koswip adalah sebuah koperasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Semua aktiviti koperasi ini adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan Koperasi 1995, serta Undang-Undang Kecil Koswip. Keputusan mengenai pengurusan dan aktiviti koperasi ini dibuat oleh Lembaga Pengarah, yang memastikan koperasi ini beroperasi dengan cekap dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

    Keanggotaan

    Koperasi Koswip bermula pada tahun 1923 dengan keanggotaan seramai 138 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada kaum India, diikuti oleh kaum Melayu, Cina, dan pelbagai bangsa lain. Pada 31 Disember 2013, keanggotaan koperasi ini telah meningkat kepada 18,741 orang.

    KOSWIP berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam Undang-undang Kecil, antaranya adalah:

    Prinsip-Prinsip

    1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
    2. Kawalan Demokratik oleh Anggota
    3. Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
    4. Autonomi dan Kebebasan
    5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat
    6. Kerjasama antara Koperasi
    7. Mengambil Berat Terhadap Masyarakat

    Perkhidmatan

    Sewaan Ruang Niaga

    KOSWIP menawarkan ruang niaga untuk disewa di Semenyih Sentral, Semenyih. Berikut adalah unit-unit yang tersedia:

    • UNIT 5-1, 7-1, 7-2, 9-1, 9-2

    Semenyih Sentral adalah pusat komersial yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan seperti Taman Gembira, Taman Seri Mawar, dan Kampung Sentosa. Kemudahan sekitar pusat ini termasuk ATM, Stesen Bas, dan Klinik Swasta. Keluasan ruang niaga adalah antara 4500 hingga 9960 kaki persegi.

    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pentadbiran di talian 03-22735422 (En. Syukor).

    Sewaan Ruang Pejabat

    Ruang pejabat komersial di Plaza Sentral juga tersedia untuk disewa. Unit 2B-07-02 & 2B-08-02 terletak di tengah Kuala Lumpur, berhampiran Stesen KL Sentral, menjadikannya lokasi yang strategik untuk perniagaan. Plaza Sentral adalah hub niaga yang berstatus MSC Malaysia Cybercentre.

    Rumah Rehat

    Untuk ahli koperasi yang ingin bercuti, Koperasi KOSWIP menawarkan sebuah rumah tumpangan di Port Dickson:

    Alamat:
    No. 33, Taman Eastern
    Jalan Pantai, Batu 4
    Port Dickson, Negeri Sembilan

    • Kadar sewa:
      • RM200 (semalam) untuk ahli koperasi
      • RM500 (semalam) untuk bukan ahli

    Perkhidmatan Insurans

    Cukai Jalan dan Insurans Kenderaan

    KOSWIP menawarkan perkhidmatan insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan dengan kemudahan pembiayaan selama 10 bulan bagi yang layak. NCD (No Claim Discount) boleh dipindahkan dari insurans terdahulu. Sumbangan premium yang ditawarkan adalah berpatutan, mengikut kehendak pelanggan atau harga pasaran kenderaan. Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan pintu ke pintu juga disediakan.

    Sebarang pertanyaan mengenai insurans boleh diajukan kepada:

    • Pn. Afiza bt. Ibrahim
    • Pn. Norliza bt. Busu
    • Pn. Suhana bt. Ismail

    Bahagian Pentadbiran: 03-22747009

    Pelan Takaful Mutiara Plus 1

    Koperasi KOSWIP bekerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk menawarkan Pelan Takaful Mutiara Plus 1 kepada semua anggota. Berikut adalah manfaat yang ditawarkan:

    • Manfaat:
      • Kematian akibat biasa (penyakit) atau kemalangan
      • Keilatan kekal menyeluruh akibat biasa (penyakit) atau kemalangan
      • Belanja pengkebumian (ahli atau pasangan)
      • Elaun harian wad hospital (lebih 6 jam)
      • Keilatan separa kekal
    • Sumbangan: Dari RM10.00 hingga RM100.00 sebulan
    • Perlindungan: Terbuka untuk ahli dan pasangan (suami/isteri) serta anak-anak
    • Penyimpanan dan Pelaburan: Sebanyak 44% daripada sumbangan bulanan disimpan untuk pelaburan tabungan peserta
    • Pembahagian Keuntungan: 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad
    • Had Umur Penyertaan: Dari umur 18 hingga 55 tahun

    Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pn. Aisyah di 03-22735422.

    Koswip Trading Sdn Bhd

    Lembaga Pengarah

    • Hj. Abd. Rahim b. Azizi
    • Shaari bin Zakaria

    Alamat Utama Perniagaan:
    No. 60, Jalan Padang Belia
    Off Jalan Tun Sambanthan
    50706 Kuala Lumpur

    Setiausaha:
    Nor Azila Binti Abdul Wahab (L.S.082240)

    Alamat Berdaftar:
    KNS Associates Sdn Bhd. [292081-v]
    No. 2F-1, Jalan Raya 2
    Kawasan Perusahaan Seri Kembangan
    43300 Seri Kembangan, Selangor D.E.

    Juruaudit:
    Azman Ahmad & Co. (Akauntan Bertauliah, Malaysia)

    Bank Utama:
    CIMB Bank Berhad

    Travel & Tours Sdn Bhd

    KOSWIP Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat berdaftar yang terlibat dalam bidang agensi pelancongan. Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan:

    • Penempahan Tiket Penerbangan (domestik dan antarabangsa)
    • Pakej Pelancongan Dalam dan Luar Negara
    • Pakej Umrah dan Ziarah
    • Airport Pick-up Services untuk VIP
    • Tempahan Bilik Hotel / Penginapan
    • Tempahan Bas Persiaran Berhawa Dingin
    • Pengendalian Seminar / Hari Keluarga

    Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi KOSWIP di talian 03-22735422 atau melalui e-mel koswip@gmail.com.

    Pembiayaan Peribadi Popular

    Al-Murabahah

    Tujuan

    Koperasi Koswip menawarkan produk pinjaman peribadi yang menggunakan skema pembiayaan Al-Murabahah, memberikan bantuan kewangan kepada ahli untuk pelbagai tujuan. Skim ini menyasarkan beberapa keperluan utama, antaranya:

    • Pelancongan – Pembiayaan untuk ahli yang ingin melancong bersama keluarga atau rakan.
    • Pelaburan dalam Koperasi – Membolehkan ahli membuat pelaburan di koperasi yang diluluskan oleh Lembaga.
    • Pembekalan Barang Pengguna – Menyediakan pembiayaan untuk membeli barang keperluan pengguna yang dijalankan atau dianjurkan oleh koperasi.
    • Pembelian Motosikal – Pembiayaan untuk membeli motosikal.
    • Bayaran Insurans Kereta/Motor dan Cukai Jalan – Memberi sokongan kewangan untuk membayar insurans dan cukai jalan.
    • Perkhidmatan Kereta – Pembiayaan untuk servis, mengecat, atau pembaikan kereta.
    • Tujuan Lain yang Munasabah – Keperluan kewangan lain yang dianggap relevan oleh Lembaga Koperasi.

    Tempoh Bayaran Balik

    Tempoh bayaran balik untuk pinjaman peribadi ditentukan oleh jumlah pinjaman yang diluluskan. Berikut adalah jadual tempoh pembayaran berdasarkan jumlah pinjaman:

    • Pinjaman RM5,000 ke bawah: Tempoh bayaran balik selama 60 bulan.
    • Pinjaman RM5,001 hingga RM7,000: Tempoh bayaran balik selama 72 bulan.

    Pinjaman akan bermula dengan pembayaran balik pada bulan berikutnya selepas pembiayaan dikeluarkan.

    Kadar Keuntungan

    Pinjaman peribadi yang dikeluarkan oleh Koswip dikenakan kadar keuntungan mengikut tempoh pinjaman:

    • 12 bulan hingga 36 bulan: 4.30% setahun.
    • 37 bulan hingga 72 bulan: 4.99% setahun.

    AL-Qardul Hasan

    Tujuan

    Skim AL-Qardul Hasan diperkenalkan untuk membantu ahli yang mengalami kesulitan kewangan akibat situasi tertentu yang memerlukan bantuan segera. Antara tujuan pinjaman ini termasuk:

    • Kematian – Kematian ahli keluarga terdekat, seperti ibu bapa, isteri/suami, anak-anak, atau anak angkat (dengan surat akuan sah).
    • Sakit – Pembiayaan untuk rawatan perubatan anggota atau keluarga.
    • Bersalin – Pembiayaan untuk isteri anggota yang bersalin.
    • Bencana Alam – Kebakaran, banjir, atau bencana alam lain yang dianggap kecemasan.
    • Persediaan Persekolahan Anak – Pembiayaan untuk pendidikan anak-anak atau anak angkat anggota.
    • Perayaan – Pembiayaan untuk perayaan besar seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, dan Krismas.
    • Keperluan Lain yang Syariah – Pembiayaan untuk keperluan yang dibenarkan dalam prinsip Syariah.

    Had Pemberian 

    Bagi pinjaman AL-Qardul Hasan, jumlah maksimum yang boleh dipinjam adalah RM3,000. Anggota boleh membuat pinjaman peribadi dua kali atau lebih dalam tempoh 36 bulan, selagi jumlah keseluruhan pinjaman tidak melebihi had ini.

    Bai Al-Inah

    Tujuan

    Produk Bai Al-Inah menyediakan pembiayaan untuk pelbagai tujuan peribadi, termasuk:

    • Perjalanan ke luar negara – Pembiayaan untuk perjalanan ke luar negara.
    • Pelajaran tinggi – Pembiayaan pendidikan untuk anggota atau tanggungannya.
    • Pembelian dan pembaikan rumah – Untuk membina, membeli atau membaiki rumah.
    • Pembelian tanah – Pembiayaan untuk membeli tanah.
    • Perbelanjaan agama dan perayaan – Untuk tujuan ibadah seperti Hari Raya, Haji, Deepavali, dan perayaan lain.
    • Perbelanjaan perubatan – Pembiayaan perubatan untuk anggota dan tanggungan.
    • Perbelanjaan perkahwinan – Untuk majlis perkahwinan anggota dan tanggungan.
    • Pembelian perabot – Untuk membeli kelengkapan dan perabot rumah.

    Had Pembiayaan

    Bagi produk Bai Al-Inah, jumlah maksimum pembiayaan yang boleh diberikan adalah RM150,000. Pembiayaan ini ditawarkan berdasarkan pendapatan pemohon dan yuran terkumpul semasa anggota.

    Tempoh Bayaran Balik

    Tempoh pembayaran balik bagi pinjaman Bai Al-Inah adalah:

    • Pinjaman RM5,000 ke bawah: Tempoh bayaran balik selama 60 bulan.
    • Pinjaman RM5,001 hingga RM10,000: Tempoh bayaran balik selama 72 bulan.
    • Pinjaman RM10,001 hingga RM150,000: Tempoh bayaran balik selama 120 bulan.

    Pembiayaan bertindih dibenarkan hanya selepas 6 bulan bayaran ansuran terdahulu dilunaskan.

    Kadar Keuntungan

    Semua pinjaman yang dikeluarkan di bawah Bai Al-Inah akan dikenakan kadar keuntungan berdasarkan tempoh pembiayaan:

    • 12 bulan hingga 36 bulan: 4.30% setahun.
    • 37 bulan hingga 96 bulan: 4.99% setahun.
    • 97 bulan hingga 120 bulan: 5.35% setahun.

    Hubungi Kami

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk pembiayaan dan cara memohon pinjaman, sila hubungi:

    Koperasi Koswip Malaysia Berhad
    No. 66, Jalan Padang Belia,
    Off Jalan Tun Sambanthan,
    50706 Kuala Lumpur

    • Telefon: 03-22735422 / 03-88884011 / 4014 (Putrajaya)
    • Sambungan:
      103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan
      112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit
      115/116 – Unit Kawalan Kredit
      215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset
      210/217/214/205 – Bahagian Kewangan
      202 – Bahagian Insurans
    • Emel: koswip@gmail.com


    *Source: KOSWIP official website

  • Koperasi KOTAMAS: Servis Pembiayaan Hebat

    Koperasi KOTAMAS: Servis Pembiayaan Hebat

    Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS)

    Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi koperasi terbaik dan lain-lain produk. Sila dapatkan cara memohon disini.

    Pengenalan

    Koperasi Telekom Malaysia Berhad ataupun singkatannya KOTAMAS komited menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para anggota. Pelbagai program telah dijalankan bagi memastikan anggota dapat menikmati keistimewaan, ganjaran dan kelebihan sebagai anggota koperasi.

    Perkhidmatan

    Insurans

    Perkhidmatan Insurans Anda

    Matlamat kami adalah untuk memberi anda ketenangan fikiran apabila anda memerlukannya. Pakar Tuntutan kami terkenal dengan kecekapan dan semangat bertekad untuk memastikan penyelesaian tuntutan yang cepat.

    • Insurans Kenderaan
    • Mutiara Plus Takaful Etiqa
    • Insurans Perlindungan Kemalangan AIG

    Pinjaman Peribadi Popular

    Kami menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi KOTAMAS untuk ahli dengan kadar bayaran balik yang rendah.

    Jenis Pinjaman

    Jenis, Jumlah Pinjaman dan Kadar Faedah Tahunan
    P3K 12 BULAN RM3,000 3%
    PINJAMAN PERAYAAN (PPP) 12 BULAN RM3,000 3%
    PINJAMAN PERAYAAN (PPP) 12 BULAN RM3,000 3%
    PINJAMAN PERSEKOLAHAN (PKS) 12 BULAN RM3,000 3%
    PINJAMAN INSURANS KENDERAAN (PIK) 12 BULAN RM60,000 3%
    PINJAMAN TABUNG UMRAH PAKEJ /HAJI 24 BULAN RM60,000 0% (QUARDHUL HASSAN)
    PINJAMAN BARANG PENGGUNA ANPA PENJAMIN (PTP) 84 BULAN RM30,000 RM3k-10k : 4.9% RM10,001 -RM30,000 : 4.8%
    PINJAMAN KENDERAAN BERMOTOR (PKB) 120 BULAN RM60,000 4.5%
    PINJAMAN BERJAMIN(PPB)RM60,000 RM3k-RM10k: 4.9% RM10,001-RM30,000: 4.8% RM30,001-RM60,000: 4.7%
    PINJAMAN KREDIT (PPK) 80% DARI YURAN
    PINJAMAN BAIKI KENDERAAN (PBK) RM5,000: 3%
    PINJAMAN PELANCONGAN RM60,000 RM3k-RM10k: 4.9% RM10,001-RM30,000: 4.8% RM30,001-RM60,000: 4.7%

    Ar-Rahnu

    Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menawarkan pinjaman tunai segera dan mudah dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah.

    Apa Itu Ar-Rahnu?

    Ar-Rahnu adalah satu produk pinjaman jangka pendek (Qardh) di mana pelanggan akan mencagar Emas atau mana-mana sekuriti yang diterima (dirujuk sebagai Emas) sebagai cagaran bagi pinjaman yang diberikan.

    Skim Pajak Gadai Islam ini berkonsepkan:

    1. Qard (pinjaman tanpa faedah)
    2. Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
    3. Ujrah (upah simpan)

    Banglo

    Kemudahan penginapan untuk anggota-anggota koperasi beristirehat bersama keluarga. Banglo Port Dickson

    Koperasi Telekom Malaysia Berhad KOTAMAS menyediakan kemudahan penginapan untuk anggota-anggota koperasi beristirehat bersama keluarga. Rumah Banglo Kota Mas berdekatan dengan pantai, mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air, kelengkapan perabot dan juga perkakas dapur untuk memasak. Banglo ini terletak di Batu 9 1/12, Jalan Pantai, Port Dickson (berhampiran Politeknik Port Dickson).

    Penempahan banglo boleh dibuat dengan En Mohd Farhan bin Ramli (011-1038 1016) atau Puan Nohayati binti Mohd Noor di talian 03-4045 4822 ( Kota Mas Travel & Tours)

    Hubungi Kami

    • Koperasi Telekom Malaysia Berhad
      No. 94, Tingkat 3, Wisma Kotamas
      Kompleks Damai
      Jalan Dato’ Haji Eusoff
      50400 Kuala Lumpur
    • Tel: 03 4042 7766
    • admin@kotamas.com.my
    • Fax: 03 4043 9071
  • KOTANI: Koperasi Pertanian Dipercayai Malaysia

    KOTANI: Koperasi Pertanian Dipercayai Malaysia

    Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)

    Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI menjalankan promosi pinjaman peribadi dan perkhidmatan koperasi lain. Dapatkan sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada tahun 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92.

    Keanggotaan terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

    Perkhidmatan

    KOTANI menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu, global dan berekonomi tinggi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

    Skim Perlindungan Insurans Berkelompak

    Setiap ahli yang mencarum secara tidak langsung merupakan ahli insurans Great Eastern. Great Eastern menawarkan beberapa insurans menarik yang dapat membantu ahli KOTANI.

    Kiosk

    Perniagaan

    Untuk memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama

    Kiosk Wisma Tani Putrajaya

    Penubuhan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak koperasi selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini.

    Kiosk ini telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

    Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, kami turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian.

    Sehingga kini, pihak koperasi masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk KOTANI.

    Kedai Ar-Rahnu

    Penubuhan Kedai Ar-Rahnu KOTANI merupakan salah satu gerbang kejayaan yang amat bermakna. Bersesuaian dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah.

    Kini Kedai Ar-Rahnu telah berjaya memasuki tahun ke sembilan operasi dengan peningkatan bilangan pelanggan dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan perniagaan Ar-Rahnu KOTANI.

    Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 telah meluluskan pegangan saham bernilai 3.5 juta untuk dimiliki oleh anggota dan kakitangan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad iaitu AKAUN SIMPANAN KHAS AL-MUDHARABAH (ASKA).

    ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, Koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan mengikut jumlah pelaburan dan masih lagi dibuka kepada semua anggota tertakluk kepada syarat-syarat pelaburan.

    Resort Travel & Tours

    KOTANI Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) diperbadankan di Malaysia sebagai anak syarikat Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang menumpukan kepada pemasaran dan pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negara, khususnya pelancongan agro. KRTT juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No Pendaftaran Kew: KKKP 2820 (287119-K)

    Pakej Pelancongan

    • Ibadah dan ziarah – Umrah
    • Dalam negeri – Pulau Redang, Kuching, Sabah, etc.
    • Luar Negara – Phuket Thailand, Beijing China, Padang Indonesia, etc.
    • Menganjurkan seminar, team building, dan kursus.

    Pembekalan Barang dan Perkhidmatan

    Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad juga membekalkan barang-barang keperluan jabatan dan agensi mahupun swasta.

    Kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan No Rujukan : 357-01011157 untuk melaksanakan aktiviti di atas.

    Antara barangan ataupun perkhidmatan yang kami sediakan adalah menerima tempahan dan membekal barangan seperti:

    • Barangan alatulis pejabat
    • Barangan perabut untuk keperluan pejabat
    • Permaidani / ambar
    • Topi dan t-shirt beserta sulaman, pakaian sukan, tuala dan barang-barang berjahit
    • Barangan elektrik/ mesin untuk keperluan pejabat
    • Alat dan sistem cegah kebakaran
    • Pakaian / alat keselamatan
    • Alat perhubungan, GPS
    • Kanopi beserta peralatan kanopi untuk tujuan majlis
    • Beg seminar, cenderahati atau barangan premium
    • Barangan minuman dan penapis air
    • Diesel dan minyak pelincir
    • Baja pertanian, racun perosak dan akuarium
    • Bahan binaan
    • Peralatan sukatan makmal dan ukuran
    • Kenderaan dan jentera berat serta aksesori termasuk peralatan marin
    • Kelengkapan bengkel, motor dan alatubah
    • Alat hawa dingin
    • Stesyen janakuasa letrik dan peralatan generator serta alat ganti
    • Mechanisation system (conveyor, lift dll)
    • Penyediaan pameran / pentas serta tenaga pengajar kursus
    • Penyediaan taman / ladang / tempat letak kereta
    • Hiasan jalan / kawasan, cuci bangunan dan kolam renang

    Pembiayaan Popular

    Al-Bainah

    KOTANI menawarkan pinjaman peribadi untuk membantu anggotanya mendapatkan wang tunai bagi pelbagai tujuan. Pinjaman ini, yang diberikan melalui pembiayaan Al-Bainah, menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan mengikut keperluan individu. Dengan kadar keuntungan yang berpatutan dan syarat pembayaran yang fleksibel, KOTANI menyasarkan untuk membantu anggota mereka mengatasi masalah kewangan dengan lebih mudah.

    Jumlah Maksima Pembiayaan

    Pinjaman peribadi yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM 50,000. Jumlah yang layak diterima oleh pemohon bergantung pada dua faktor utama:

    1. Gaji Pokok Pemohon – Pinjaman maksimum adalah sebanyak 16 kali gaji pokok pemohon.
    2. Modal Yuran Terkumpul – Jika jumlah ini lebih rendah, maka jumlah pinjaman yang layak diberikan akan ditentukan oleh jumlah modal yuran terkumpul yang dimiliki oleh anggota.

    Had Pembiayaan Berdasarkan Gaji

    • Gaji Pokok adalah asas dalam menentukan had pinjaman, yang mana 16 kali gaji pokok akan menjadi had maksimum pembiayaan.

    Tempoh Pembiayaan

    KOTANI menawarkan pelbagai pilihan tempoh bayaran balik, bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan:

    • RM5,000 dan ke bawah: Tempoh bayaran balik adalah 60 bulan.
    • RM5,001 hingga RM10,000: Tempoh bayaran balik adalah 72 bulan.
    • RM10,001 hingga RM50,000: Tempoh bayaran balik adalah 120 bulan.

    Pembayaran ansuran dimulakan sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan, dan anggota diharapkan untuk mematuhi jadual bayaran balik.

    Pinjaman Bertindih (Overlap)

    Definisi

    Pinjaman bertindih atau overlap merujuk kepada pembiayaan tambahan yang diberikan selepas pemohon telah membuat 6 kali bayaran ansuran pinjaman pertama.

    • Baki pembiayaan lama akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan.

    Kadar Pengambilan

    Kadar keuntungan bagi pinjaman peribadi KOTANI berbeza-beza berdasarkan tempoh pembiayaan yang dipilih. Berikut adalah kadar keuntungan yang dikenakan:

    Tempoh PembiayaanKadar Pengambilan Keuntungan
    6 hingga 18 bulan6% setahun
    24 hingga 30 bulan6.25% setahun
    36 hingga 42 bulan6.50% setahun
    48 hingga 54 bulan6.75% setahun
    60 hingga 120 bulan7% setahun

    Kadar Keuntungan

    • Tempoh pembiayaan pendek (6 hingga 18 bulan) dikenakan kadar keuntungan lebih rendah (6% setahun).
    • Tempoh pembiayaan panjang (60 hingga 120 bulan) akan dikenakan kadar keuntungan lebih tinggi (7% setahun).

    Al-Inah Kecemasan

    Untuk menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan pembiayaan segera, Pinjaman Al-Inah Kecemasan membolehkan anggota mendapatkan bantuan kewangan dengan cepat.

    Al-Inah Pendidikan

    KOTANI juga menawarkan Pembiayaan Al-Inah Pendidikan untuk membantu anggota membayar yuran pengajian mereka atau keperluan pendidikan lainnya. Ini adalah pilihan yang ideal untuk keluarga yang ingin memastikan pendidikan anak-anak mereka berjalan lancar tanpa gangguan kewangan.

    Pembiayaan Pelancongan

    Pinjaman Pelancongan ditawarkan kepada anggota yang ingin menunaikan percutian atau perjalanan. Dengan pinjaman ini, anggota dapat menikmati pengalaman pelancongan tanpa perlu bimbang tentang kos yang tinggi.

    Bantuan Khas Perayaan

    Bantuan Khas Perayaan membolehkan anggota mendapatkan pinjaman bagi tujuan membiayai perbelanjaan semasa musim perayaan. Pembiayaan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota semasa perayaan utama di Malaysia.

    Bai’ Bithaman Ajil / Barangan

    Untuk pembelian barangan atau peralatan, Bai’ Bithaman Ajil membolehkan anggota membeli barangan tertentu dengan cara ansuran. Ini memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin membuat pembelian secara berperingkat.

    Insurans dan Cukai Jalan

    KOTANI turut menyediakan pembiayaan untuk insurans kenderaan dan cukai jalan. Ini memastikan bahawa anggota dapat memenuhi kewajipan kewangan mereka untuk kenderaan tanpa rasa terbeban.

    Hubungi Kami

    • No. 33-1, Wisma KOTANI
      Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre
      Bandar Tasik Selatan
      57000 Kuala Lumpur
    • Tel: 03-90564730 / 03-90564731
    • pengurus@kotani.com.my
    • Fax: 03-90564729
  • KoUniMAP Perlis: Pinjaman Kecemasan Mudah

    KoUniMAP Perlis: Pinjaman Kecemasan Mudah

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad (KoUniMAP)

    Dapatkan maklumat Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP seperti perkhidmatan dan pinjaman peribadi terbaik untuk anggota dan penjawat awam, umrah & ziarah, dan perkhidmatan kredit yang istimewa. Mohon sekarang dengan rebat tertinggi!

    Pengenalan

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993.

    Tujuan penubuhan adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP.

    Sejarah

    Sejarah awal penubuhan KoUNIMAP ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini lebih dikenali ramai dengan nama singkatannya KoUNIMAP seperti di atas.

    Pada mulanya, KoUNIMAP didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut, kami telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain.

    Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli koperasi telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

    Justeru, KoUNIMAP telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi.

    Unit Koperasi

    Terdapat tiga unit yang berada di bawah pengurusan iaitu KOUNIMAP TADBIR yang menyelia aktiviti koperasi secara menyeluruh, KOUNIMAP KEWANGAN yang menguruskan perkhidmatan kredit serta kewangan kepada anggota dan KOUNIMAP BISNES yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sampingan selain dari aktiviti kredit.

    MISI

    • Memperkasakan permuafakatan untuk memastikan imej koperasi terjamin
    • Melaksanakan pengurusan berkualiti, berkesan, beramanah dan bertanggungjawab
    • Menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
    • Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti

    VISI

    Visi yang utama adalah menjadi sebuah koperasi peneraju yang berjaya dan mengutamakan kebajikan anggotanya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Koperasi Malaysia.

    OBJEKTIF

    • Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kebajikan anggota
    • Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti
    • Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota
    • Menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat
    • Bertindak secara proaktif dalam meninjau peluang perniagaan yang berdaya saing
    • Berusaha menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan stabil
    • Mengamalkan budaya muafakat yang jitu
    • Memantapkan jalinan kerjasama dengan pihak UniMAP dan agensi luar

    Tadbir

    No 30,Tingkat 1 & 2,
    Persiaran Putra, Taman Putra Utama,
    01000 Kangar Perlis

    No tel : 019-4800936

    KoUNIMAP Tadbir telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dalam usaha untuk melicinkan hal ehwal pentadbiran Koperasi.

    Hal ini bagi memudahkan urusan hal ehwal pentadbiran di Koperasi UniMAP Perlis Berhad dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

    Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat caruman bolehlah berurusan dengan pihak KoUNIMAP  Tadbir. Pihak KoUNIMAP Tadbir akan menguruskan segala maklumat berkaitan dengan:

    • Pengurusan syer dan juga caruman ahli-ahli koperasi.
    • Pendaftaran keahlian baru serta penamatan keahlian.

    Berikut adalah merupakan maklumat secara terperinci berkenaan dengan syarat keahlian untuk menjadi anggota koperasi:

    (SYARAT KEAHLIAN)

    PERMOHONAN MENJADI ANGGOTAPemohon yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah mengisi borang rasmi koperasi dan diserahkan kepada Kounimap Tadbir. Borang ini perlu ditandatangani oleh pemohon dan dikepilkan bersama 1 salinan kad pengenalan.
    KELAYAKAN MENJADI ANGGOTAKeanggotaan koperasi adalah terbuka kepada: Semua kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetap/kontrak Bekas kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    SYARAT KEANGGOTAAN BARUSetiap anggota baru perlu menjelaskan bayaran Fi masuk sebanyak RM50 dan syer anggota minimum RM100 sewaktu pendaftaran. Fi Masuk adalah caj yang dikenakan kepada ahli bagi memproses pendaftaran dan tidak akan dikembalikan. Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
    ANGGOTA BARU UUK 13 (1) – Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00. Fi masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
    BEKAS ANGGOTA UUK 13 (2) – Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 70.00. Syer adalah bahagian dalam modal syer koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota di dalam koperasi. Syer minimum ditetapkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad adalah sebanyak RM100.00. Syer ini akan dipulangkan apabila anggota menamatkan keanggotaannya.
    – Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP: UUK 16 – Menurut Seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00, syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung dalam undang-undang kecil.
    Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada Koperasi UniMAP Perlis Berhad berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. Justeru, untuk menjadi ahli aktif, seseorang itu hendaklah mempunyai share sekurang-kurangnya RM100. Sebagai syarat untuk menjadi ahli aktif, maka yuran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM30.
    YURANYuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang kecil apabila tamat keanggotaannya. Setiap anggota wajib mencarum dengan koperasi sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan selagi mana masih menjadi ahli koperasi. Yuran bulanan ini tidak boleh dikeluarkan selagi mana anggota masih terikat dengan peraturan koperasi. Yuran ini akan dikembalikan setelah anggota tamat keanggotaannya. Walaubagaimanapun, yuran ini boleh dikeluarkan sebagai ‘’pinjaman kecemasan’’ (rujuk bahagian kecemasan) dengan kadar faedah yang lebih rendah. Berpandukan undang-undang kecil koperasi UniMAP Perlis Berhad UUK 55 – Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat cermat dan pinjam meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan Mesyuarat Agung.
    DIVIDENDividen adalah bahagian keuntungan koperasi ini yang dibahagikan dii kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer yuran yang dipegang oleh mereka.
    TABUNG KHAIRAT KEMATIANMemberi bantuan kewangan kepada waris dan anggota kerana kematian anggota, ibu dan bapa atau suami/isteri dan anak bagi perbelanjaan mengurus jenazah.
    WANG KEBAJIKAN AMMemberi bantuan kepada anggota-anggotanya di waktu kesusahan disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Kebakaran rumah Banjir Tanah runtuh Kemalangan

    Kewangan

    KoUniMAP Kewangan telah ditubuhkan pada Julai 2012 dan kini telah beroperasi di Pauh. Bahagian ini diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan lagi hal ehwal pembiayaan bagi kemudahan warga UniMAP.

    Bagi menjamin keperluan dan kemudahan warga UniMAP, KoUniMAP Kewangan dengan senang hati menyediakan pelbagai faedah yang boleh dinikmati oleh semua warga UniMAP.

    Kounimap Kewangan
    No 30, Tingkat 1 & 2,
    Persiaran Putra,
    Taman Putra Utama,
    01000 Kangar Perlis

    No. Tel: 019-4882700

    Pinjaman Peribadi

    Anda tidak perlu bimbang lagi kerana KoUniMAP Kewangan telah menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi khususnya kepada semua ahli koperasi untuk membuat pembiayaan.

    Justeru, ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua kakitangan UniMAP bagi membiayai keperluan peribadi seperti membuat bayaran pendahuluan kereta, rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan sebagainya.

    Pembiayaan Am

    Terma dan Syarat

    Berikut merupakan terma & syarat kepada sesiapa yang berminat untuk memohon :

    1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap – sahaja (termasuk kakitangan tetap/kontrak/alumni UniMAP & Kounimap).
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM1,000.00 sehingga RM30,000.00.
    3. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun dengan kadar hibah serendah 4.10% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.
    4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan.
    5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan.
    6. Tiada caj perkhidmatan atau caj-caj tersembunyi dikenakan.

    Pembiayaan Kecemasan

    Pihak Kewangan telah menawarkan perkhidmatan pembiayaan bagi membiayai keperluan hal-hal kecemasan kepada ahli Koperasi UniMAP Perlis Berhad dengan caruman bulanan aktif.

    Sekiranya anda mempunyai tabung caruman, pihak kami akan membantu anda untuk membiayai hal-hal kecemasan seperti yang anda inginkan.

    Terma dan Syarat

    Berikut adalah merupakan terma & syarat yang telah ditetapkan:

    1. Terbuka kepada semua ahli Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP sahaja (kakitangan tetap/kontrak/alumni).
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga 60% dari jumlah tabung caruman individu.
    3. Hibah adalah serendah 2.0% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.
    4. Tiada caj perkhidmatan (0%)/ caj-caj tersembunyi.
    5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan.

    Perkhidmatan Kredit dan Barangan Pengguna

    Memandangkan keperluan asas menjadi faktor terpenting dalam kehidupan seharian. Maka, pihak Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan kredit dan barangan pengguna kepada semua kakitangan UniMAP untuk memenuhi keperluan asas tersebut. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna ini adalah meliputi pembelian perabot, barangan elektrik & elektronik, servis dan baik pulih kenderaan, pengubahsuaian kediaman dan sebagainya.

    Dengan adanya kemudahan yang disediakan, diharap ianya akan dapat memudahkan urusan seharian anda.

    Terma dan Syarat

    Berikut adalah Terma & Syarat bagi sesiapa yang berminat:

    1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad sahaja samada tetap atau kontrak
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga RM 3000.00
    3. Tiada hibah dikenakan atas pembiayaan
    4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan
    5. Hanya yuran pengurusan RM30 dan caj perkhidmatan (pengurusan kredit) serendah 0.5% sebulan sepanjang tempoh perkhidmatan
    6. Tiada caj-caj tersembunyi dikenakan
    7. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan

    Manakala, prosedur pembiayaan adalah seperti berikut:

    1. Pemohon diminta mengisi borang (KU-K001) bagi membuat permohonan Perkhidmatan
    2. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Kewangan.
    3. Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
    4. Ahli Lembaga Kounimap Kewangan Koperasi UniMAP Perlis Berhad yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
    5. Surat Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K002) akan dikeluarkan.
    6. Perjanjian Akad (KU-A004), Surat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K003) dan Kebenaran Potong Gaji (KU-G020/ KU-G022) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap (KU-A004).
    7. Wang Tunai berdasarkan jumlah yang diluluskan akan dikeluarkan terus kepada pemohon di Pejabat Urusan.
    8. Resit haruslah diberi kepada pihak kami sebagai bukti pembelian terus ke kaunter atau ke emel.
    9. Kegagalan memberi salinan resit akan menganggu kelicinan permohonan pemohon yang berikutnya (sekiranya ada).
    10. Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan. Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter.

    Pembiayaan Umrah dan Ziarah

    Bermula dari Januari 2013, anda boleh melaksanakan Umrah dan merealisasikan impian perjalanan untuk menikmati keindahan serta keamanan di Baitullah Al-Haram. Kami semakin hampir kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman ini untuk mencipta hubungan yang kukuh sesama ahli.

    Kami benar-benar mahu memastikan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan dengan melancarkan Pembiayaan Umrah dan Ziarah.

    Terma dan Syarat

    Justeru, kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah merupakan terma & syarat:

    1. Terbuka kepada semua ahli kakitangan UniMAP samada tetap atau kontrak
    2. Jumlah pembiayaan ialah sebanyak RM 3,000 hingga RM 10,000
    3. Tempoh pembiayaan ialah sehingga 5 tahun
    4. Hibah serendah 4.10% setahun
    5. Bayaran ansuran bulanan adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan (lampiran I)
    6. Jaminan sekuriti adalah serendah 1.0%
    7. Tiada caj pengurusan dan tiada caj tersembunyi dikenakan

    Sementara ini adalah prosedur pembiayaan:

    • Pemohon diminta mengisi borang (KU-U001) bagi membuat permohonan pembiayaan.
    • Umrah dan Ziarah.
    • Borang permohonan ini boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap.
    • Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
    • Ahli Lembaga yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kounimap Perlis Berhad.
    • Surat Tawaran Pembiayaan Umrah Ziarah (KU-U002) akan dikeluarkan.
    • Perjanjian Akad (KU-A003), Surat Penerimaan Tawaran Pembiayaan Umrah dan Ziarah (KU-U003) dan kebenaran Potongan Gaji (KU-G010) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad (KU-A003).
    • Cek akan dikeluarkan setelah siap diluluskan dan ditandatangani oleh dua daripada tiga Ahli Lembaga Koperasi Tertinggi.
    • Cek akan diberi terus kepada pemohon/cek akan dideposit ke akaun pemohon atas permintaan.
    • Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan.

    Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter Kewangan.

    Hubungi Kami

    • Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
      Jalan Kangar – Alor Setar,
      01502 Kangar, Perlis
    • Tel: 019-480 0936
  • Koperasi KPAT: Pinjaman Anggota Terbaik

    Koperasi KPAT: Pinjaman Anggota Terbaik

    Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT)

    Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi khusus untuk anggota tentera. Mohon pinjaman peribadi sekarang dan nikmati proses yang mudah dan cepat.

    Pengenalan

    Sejarah

    Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) atau yang dahulunya dikenali sebagai The Malaysian Armed Forces Co-operative Housing Society Limited, pertama kali didaftarkan pada 5 April 1965. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan kemudahan kewangan, khususnya dalam bidang perumahan, kepada anggota tentera dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.

    Pada mulanya, KPAT beroperasi sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjaman wang yang berasaskan perumahan. Sejak itu, koperasi ini telah berkembang pesat, dengan keanggotaan kini melebihi 16,000 orang yang terdiri daripada anggota tentera dari pelbagai cabang – darat, laut, dan udara, serta kakitangan awam yang bekerja di sektor pertahanan. Dengan modal saham dan caruman yuran yang mencecah lebih RM50 juta, KPAT terus memberikan sokongan kewangan yang penting kepada anggotanya.

    Aktiviti Utama

    Aktiviti utama KPAT adalah untuk menyediakan pinjaman perumahan kepada anggotanya. Pinjaman ini dirancang untuk membantu anggota tentera dan kakitangan awam dalam memiliki rumah mereka sendiri, sama ada untuk membeli rumah sedia ada atau membina kediaman baru. Dengan menyediakan pembiayaan yang mudah, koperasi ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup anggotanya.

    Selain pinjaman perumahan, KPAT juga menawarkan beberapa kemudahan kewangan lain yang bertujuan untuk meningkatkan kebajikan sosial anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan lebih daripada 16,000 ahli, koperasi ini terus berusaha memperluaskan akses dan peluang bagi anggotanya.

    Keanggotaan

    Keanggotaan KPAT terbuka kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat asas untuk menyertai koperasi ini adalah:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
    3. Bermastautin atau bekerja di kawasan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan
    4. Tidak mempunyai rekod jenayah yang masih berkuat kuasa, tidak disabitkan kesalahan, tidak bankrap, atau pernah dibuang dari mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun

    Keanggotaan terbuka kepada anggota tetap dan sukarela Angkatan Tentera Malaysia serta kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

    Cara Mendaftar

    Proses pendaftaran menjadi ahli sangat mudah. Untuk memohon, individu perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh koperasi dan menyerahkan beberapa dokumen penting, termasuk salinan Kad Pengenalan atau MyTentera. Sebagai sebahagian daripada proses ini, bayaran masuk sebanyak RM20 diperlukan untuk anggota baru, sementara bekas anggota yang memohon semula dikenakan bayaran RM100.

    Setiap ahli baru juga perlu membuat bayaran modal syer sebanyak RM100. Di samping itu, terdapat potongan bulanan yang dikenakan dengan jumlah yang fleksibel antara RM30 hingga RM500. Bayaran ini akan digunakan untuk memperkukuhkan dana koperasi dan menyokong aktiviti kewangan koperasi.

    Keistimewaan Ahli

    Menjadi ahli KPAT membawa banyak kelebihan. Antaranya:

    1. Pinjaman Perumahan
      Anggota boleh memohon pinjaman perumahan untuk membeli atau membina rumah dengan kadar faedah yang lebih rendah dan syarat pembayaran yang lebih fleksibel berbanding pinjaman biasa.

    2. Keuntungan Koperasi
      Ahli berhak menerima dividen tahunan berdasarkan keuntungan koperasi, memberi peluang untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan syer mereka.

    3. Pelbagai Kemudahan Kewangan
      Selain pinjaman perumahan, KPAT juga menawarkan pinjaman peribadi dan pelan simpanan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota dalam pelbagai aspek kehidupan.

    4. Kebajikan Sosial Anggota
      Sebagai koperasi yang berorientasikan kebajikan, KPAT memberikan sokongan dalam aspek lain kehidupan anggota, menjadikan ia sebuah platform kewangan yang sangat berfaedah.

    Pinjaman Peribadi

    Pembiayaan Biasa

    Untuk memohon pinjaman, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Telah menjadi anggota KPAT selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan melunaskan yuran bulanan, fi masuk sebanyak RM20, serta syer RM100.
    • Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH), dengan potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan).

    Had dan Tempoh Pembayaran

    • Pinjaman Minimum: RM500
    • Pinjaman Maksimum: RM100,000
    • Tempoh Pembayaran: Maksimum 120 bulan (10 tahun).

    Penjamin

    • Pinjaman RM1,000 – RM10,000 memerlukan 1 penjamin.
    • Pinjaman RM10,001 – RM100,000 memerlukan 2 penjamin.
    • Penjamin mestilah anggota KPAT yang masih dalam perkhidmatan.

    Skim Perlindungan Pembiayaan (SPP)

    • Bayaran Perlindungan: 2% setahun atas jumlah pembiayaan yang diluluskan, untuk melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian.

    Kadar Keuntungan

    • Kadar Keuntungan: 6.5% setahun, yang akan disebut semasa Akad Jual Beli.

    Bayaran Perkhidmatan

    • Caj Perkhidmatan serta Sinking Fund (1% setahun) akan dipotong dari jumlah pinjaman yang diluluskan.

    Dokumen Sokongan

    Sediakan dokumen berikut untuk memohon pinjaman:

    1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon dan penjamin.
    2. Penyata Gaji bulan terakhir pemohon dan penjamin.
    3. Penyata Gaji tiga bulan terkini (untuk pemohon awam dan penjamin).
    4. Perbah II / Senarai KPJ & K atau Surat Kuasa menyambung perkhidmatan (jika perlu).
    5. Persetujuan Potongan Gaji (untuk penjamin awam).
    6. Surat Pengakuan Penjamin dari Biro Perkhidmatan ANGKASA.
    7. Surat Pengakuan – Biro Perkhidmatan ANGKASA (untuk anggota baru).

    Ekspres I

    Syarat-Syarat

    • Anggota KPAT yang telah menjadi ahli selama enam (6) bulan dan melunaskan yuran bulanan, fi masuk RM20, serta syer RM100.
    • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan).

    Had dan Tempoh Pembayaran

    • Pinjaman Minimum: RM500
    • Pinjaman Maksimum: RM10,000
    • Tempoh Pembayaran: Antara 6 hingga 60 bulan.

    Penjamin

    • Pinjaman RM1,000 – RM10,000 memerlukan 1 penjamin.

    Kadar Keuntungan

    • Kadar Keuntungan: 6.75% setahun, yang akan dijelaskan semasa Akad Jual Beli.

    Bayaran Perkhidmatan

    • Caj Perkhidmatan dan Sinking Fund (0.5% setahun) akan dikenakan atas jumlah pinjaman yang diluluskan.

    Dokumen Sokongan

    Dokumen yang diperlukan adalah sama dengan pinjaman Biasa dan Pinjaman Ekspres I.

    Ekspres II

    Syarat-Syarat

    • Anggota KPAT yang telah menjadi ahli selama enam (6) bulan dan melunaskan yuran bulanan, fi masuk RM20, serta syer RM100.
    • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan).

    Had dan Tempoh Pembayaran

    • Pinjaman Minimum: RM500
    • Pinjaman Maksimum: RM5,000
    • Tempoh Pembayaran: Antara 6 hingga 36 bulan.

    Jaminan

    • Tiada jaminan peribadi diperlukan di bawah kontrak BAI INAH. Anggota bersetuju membayar Wang Jaminan dan Skim Perlindungan Pembiayaan (SPP) sebanyak 1%.

    Kadar Keuntungan

    • Kadar Keuntungan: 6.75% setahun, yang akan disebut semasa Akad Jual Beli.

    Bayaran Perkhidmatan

    • Caj Perkhidmatan dan Sinking Fund (0.5% setahun) akan dikenakan atas jumlah pinjaman yang diluluskan.

    Dokumen Sokongan

    Dokumen yang diperlukan adalah sama dengan pinjaman Biasa dan Pinjaman Ekspres I.

    KPAT 6.50%

    Butir-butir Pinjaman:

    • Kadar Keuntungan: 6.50% setahun
    • Jumlah Pinjaman Maksimum: RM100,000
    • Tempoh Pembayaran: Sehingga 120 bulan (10 tahun)
    • Sinking Fund: 1% setahun

    Hubungi Kami

    Untuk maklumat lanjut atau permohonan pinjaman, sila hubungi kami di:

    • Alamat: No 35A-1-1, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC II), 53300 Kuala Lumpur.
    • Telefon: 03-4142 7071 / 7072
    • Faks: 03-4142 5294
    • Email: kpat_bhd@yahoo.com / kpatb@kpatb.com.my

    *Source: kpatb.com.my official website

  • KPPUMB: Koperasi Perubatan UM Dipercayai

    KPPUMB: Koperasi Perubatan UM Dipercayai

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB)

    Dapatkan borang pinjaman peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB) disini untuk pinjaman baru ataupun pembiayaan kedua. Pinjaman persendirian, tanpa penjamin dan pembiayaan membeli motorsikal disediakan. Koperasi ini ditubuhkan pada 21 Julai 1971 dengan nombor pendaftaran 4654.

    Syer

    Penambahan Syer

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya telah menerima banyak permintaan untuk penambahan syer dari anggota-anggotanya. Ada diantara anggota KPPUMB yang membuat permintaan untuk penambahan syer sehingga ratusan ribu ringgit. Permintaan dari anggota-anggota ini adalah disebabkan oleh pulangan yang tinggi diberikan dalam bentuk dividen iaitu sebanyak 5-6 % bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

    Setelah mengambil kira permintaan dari anggota-anggota dan selepas mendapat pandangan dari SKM, KPPUMB ingin menawarkan penambahan syer kepada semua anggotanya. Untuk berlaku adil kepada semua anggota ingin menawarkan syer ini secara sama rata sehingga maksimum RM10,000.

    Jumlah Syer Tambahan

    Anggota boleh merujuk kepada penyata tahunan atau Anggota perlu membuat semakan jumlah syer sedia ada dan jumlah syer yang layak dipohon dengan menghubungi di talian 03-79493269.

    Kelebihan Syer Tambahan

    Anggota yang memiliki syer tambahan ini akan menikmati dividen yang dibayar pada setiap tahun sehingga syer ini dipulangkan apabila anggota bersara atau berhenti daripada KPPUMB.

    Potongan Gaji Minimum

    Anggota boleh memilih untuk membuat potongan gaji minimum sebanyak RM50 atau RM100. Sekiranya anggota ingin membuat potongan gaji dengan kadar yang melebihi dari jumlah RM50 dan ke atas, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pihak KPPUMB.

    Pinjaman Peribadi

    Pinjaman 90%

    JENIS-JENIS PINJAMAN

    1. Pinjaman Persendirian adalah terhad sehingga 90% dari jumlah yuran anggota yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat.
    2. Pinjaman Dengan Jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran terkumpul pada tarikh permohonan pinjaman dibuat atau RM16,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.
    3. Pinjaman Kedua dengan jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat atau RM11,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.

    Had kelayakan

    ANGGOTA YANG LAYAK

    Anggota-anggota KPPUMB yang telah menganggotai Koperasi ini tidak kurang dari enam(6) bulan adalah layak untuk memohon pinjaman.

    HAD KELAYAKAN

    Had pinjaman yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga KPPUMB adalah mengikut lamanya tempuh keanggotaan mereka seperti berikut :-

    Tempoh Keanggotaan Had Pinjaman

    • 6 bulan hingga 12 bulan RM2,000 + 50% yuran
    • melebihi 12 bulan hingga 24 bulan RM4,000 + 50% yuran
    • melebihi 24 bulan hingga 36 bulan RM6,000 + 50% yuran
    • melebihi 36 bulan hingga 48 bulan RM8,000 + 50% yuran
    • melebihi 48 bulan hingga 84 bulan RM10,000 + 50% yuran
    • melebihi 84 bulan ke atas RM16,000 sahaja

    Jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada 200 kali caruman yuran bulanan anggota dan caruman yuran tidak boleh di kurangkan sehingga pinjaman diselesaikan sepenuhnya. Syarat ini tidak berkaitan dengan pinjaman sendirian 90 % daripada yuran.

    Pakej Pembiayaan

    Terdapat banyak pakej pembiayaan peribadi yang ditawarkan. Antaranya adalah seperti:-

    • Pinjaman Persendirian
    • Permohonan Pinjaman Berjamin
    • Pinjaman Membeli Sebuah Motorsikal

    Permohonan Untuk Pinjaman Peribadi

    Anggota yang ingin membuat pinjaman hendaklah mengisi borang permohonan dan lain-lain dokumen yang disediakan oleh KPPUMB. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan ke Pejabat KPPUMB. Lembaga Koperasi setelah menerima permohonan bolehlah menerima atau menolak permohonan tersebut tertakluk kepada kedudukan kewangan.

    PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BARU

    Pinjaman dengan jaminan, Pinjaman Sendirian dari 90% yuran dan Pinjaman Kedua boleh memohon pinjaman yang baru sekiranya peminjam telah menyelesaikan baki 1/3 daripada jumlah tempuh bayaran balik pinjaman semasa atau 6 bulan potongan gaji telah dibuat dari Pinjaman Semasa.

    Hubungi Kami

    • Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB,
      Lembah Pantai,
      59100, Kuala Lumpur
    • Tel: 03-79493269
    • kppumb@kppumb.com.my / kppumb_ppum@yahoo.com.my
    • Fax: 03-79494615
  • Koperasi KSKMAS: Pembiayaan Dipercayai

    Koperasi KSKMAS: Pembiayaan Dipercayai

    Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

    Dapatkan pinjaman peribadi daripada Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSKMAS) untuk pembiayaan MasKOOP atau insurans cukai jalan. Mohon sekarang untuk maklumat lanjut dan proses permohonan yang mudah!

    Pengenalan

    Sejarah

    KSKMAS adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan pada 15 Januari 1974 dengan tujuan utama untuk memberikan kemudahan pembiayaan kepada kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS). Pada awalnya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad, koperasi ini bermula dengan 150 anggota, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari Jabatan Kejuruteraan.

    Perkembangan

    Koperasi ini berkembang pesat dari tahun ke tahun, dan pada 21 Mei 1985, nama koperasi ini telah ditukar kepada Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSKMAS) yang kekal sehingga kini. Selepas 34 tahun beroperasi, jumlah anggota yang berdaftar telah meningkat melebihi 14,000 orang pada tahun 2005. Walaupun jumlah anggota mengalami penurunan selepas Mutual Separation Scheme (MSS) pada tahun 2007, KSKMAS masih terus berkembang dan sebagai 31 Disember 2015, jumlah anggota berdaftar adalah seramai 11,814 orang.

    Aktiviti Utama

    Aktiviti utama KSKMAS adalah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada anggotanya, khususnya bagi tujuan pinjaman peribadi, pembiayaan pembaharuan insuran, dan cukai jalan kenderaan. Koperasi ini juga menawarkan produk insurans berkelompok dan Takaful Ikhlas kepada anggotanya.

    Perkhidmatan dan Pembiayaan Peribadi 

    KSKMAS menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang dapat memenuhi pelbagai keperluan kewangan anggotanya. Berikut adalah produk pembiayaan yang ditawarkan:

    Pembiayaan Peribadi

    Dijamin Simpanan

    • Jumlah Maksimum: 85% dari Yuran
    • Tempoh Maksimum: 120 bulan

    Peribadi

    • Jumlah Maksimum: RM 5,000
    • Tempoh Maksimum: 36 bulan

    Pembaharuan Insuran dan Cukai Jalan Kenderaan

    • Jumlah Maksimum: RM 2,000
    • Tempoh Maksimum: 6 bulan

    Nota: Tiada penjamin yang diperlukan untuk semua jenis pembiayaan.

    Perkhidmatan Insurans

    KSKMAS juga menawarkan beberapa produk insurans untuk memenuhi keperluan anggotanya, antaranya:

    • Insurans Kenderaan (Moto Takaful Ikhlas)
    • Insurans Berkelompok: Program insurans yang dirancang untuk memberikan perlindungan kewangan kepada anggota koperasi.

    Hubungi Kami

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan, insurans, atau perkhidmatan lain yang ditawarkan, anda boleh menghubungi pejabat urusan di alamat berikut:

    Alamat Pejabat Urusan:

    • Pejabat Urusan Utama:
      Lot E-05-1 & E-06-1, Blok E, Plaza Glomac,
      No 6, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya,
      47301 Petaling Jaya, Selangor.
    • Cawangan KLIA:
      Former MAS Project Site Office,
      Southern Support Zone KLIA,
      64000 Sepang, Selangor.

    Nombor Telefon:

    • Anggota Baru: 012-9292627
    • Sumbangan: 019-2660308
    • Berhenti/Pemulangan: 013-3693656
    • Potongan Gaji: 019-6320096 / 012-3801020
    • Pembiayaan: 017-7095746 / 012-2595980 / 012-3676887
    • Recovery: 012-9370447 / 012-9370448
    • Insurans/Takaful: 03-87772927
    • Ar Rahnu: 012-9292627
    • Akaun: 03-7887 4254/4430

    Waktu Urusan:

    • Urusan melalui Telefon Bimbit: 8.30 pagi – 5.30 petang
    • Waktu Urusan Pejabat: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang
    • Waktu Urusan Kaunter: 9.00 pagi – 5.00 petang (Dibuka pada waktu tengahari)
    • Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

    Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSKMAS) terus komited dalam menyediakan kemudahan kewangan yang bermanfaat kepada anggotanya. Dengan pelbagai jenis produk pembiayaan dan insurans yang ditawarkan, koperasi ini berusaha untuk membantu anggotanya menguruskan kewangan dengan lebih baik. Jangan ragu untuk menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memohon pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda.

    *Source: kskmas.com.my official website

  • Koperasi KTHB: Pilihan Pinjaman Terbaik

    Koperasi KTHB: Pilihan Pinjaman Terbaik

    Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB)

    Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dikenali sebagai koperasi terbaik di Malaysia, menawarkan pelbagai produk kewangan dan pinjaman peribadi daripada koperasi dan bank terkemuka. Dapatkan maklumat lengkap sekarang dan mulakan permohonan anda hari ini untuk menikmati manfaat eksklusif sebagai anggota KTHB!

    Pengenalan

    KTHB atau lebih dikenali sebagai KOPERASI TABUNG HAJI BERHAD ditubuhkan pada 23 Disember 2000 yang dianggotai oleh kakitangan di Lembaga Tabung Haji, anak Syarikat Tabung Haji dan Syarikat bersekutu Tabung Haji.

    KTHB sebuah koperasi serbaguna (multipurpose) dan telah mengorak langkah ke arah yang lebih dinamik sehingga ke hari ini.

    Objektif utama adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota LTH. Selepas 17 tahun penubuhannya telah mencapai jumlah keanggotaan seramai lebih 1400 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM7,409,045.60 .

    KTHB juga telah mencatatkan pegangan aset terkumpul sebanyak RM43,386,093 sejak ia mula ditubuhkan.

    Prestasi kewangan juga telah mencatatkan perkembangan yang membanggakan apabila terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada anggotanya.

    Dalam tempoh 10 tahun (2008-2017), telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM2,474,154 dan RM1,725,208 juta telah dipulangkan kepada anggota dalam bentuk bayaran dividen tunai pada kadar purata 10% setahun.

    Koperasi terus berkembang pesat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggotanya dengan membuat pelaburan hartanah di seluruh Malaysia.

    Keahlian

    Selepas 17 tahun penubuhannya telah mencapai jumlah keanggotaan seramai lebih 1400 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM7,409,045.60. Koperasi Tabung Haji Berhad juga telah mencatatkan pegangan aset terkumpul sebanyak RM43,386,093 sejak ia mula ditubuhkan.

    Perkhidmatan

    Pembiayaan Peribadi

    KTHB menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anggotanya seperti pembiayaan berlandaskan syariah – peribadi dan Insurans – Skim Takaful Berkelompok .

    Pelaburan

    Beberapa aktiviti pelaburan yang strategik bagi menjana keuntungan dan pengekalan modal dengan mengambil kira keseimbangan tahap risiko dan pulangan yang sepadan. Pelaburan strategik terbesar KTHB adalah di dalam Pelaburan Hartanah, tender, jualan keperluan dan kelengkapan Haji.

    Dari segi pengiktirafan pula telah dianugerahkan Sijil Penarafan Bintang iaitu tiga bintang daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2015. Hala tuju KTHB seterusnya adalah untuk menjadi sebuah Koperasi lebih maju.

    Dalam usaha untuk merealisasikan usaha ini telah merangka pelbagai pelan pembangunan baharu di bawah Projek Transformasi KTHB yang bertujuan untuk mencapai dan merealisasikan visi ini dalam jangka masa terdekat.

    Penyewaan

    • Haqqi: 603-5523 4306
    • info@haqqi.com.my

    *Sumber: koperaslth.com.my

    Hubungi Kami

    • Koperasi Tabung Haji Berhad
      Lantai 15, Bangunan Tabung Haji
      201, Jalan Tun Razak
      50400 Kuala Lumpur
    • Tel: 03-2161 9637
    • koperasith@lth.gov.my
    • Fax: 03-2164 4135
  • Koperasi KUPUTRA: Perkhidmatan Dipercayai

    Koperasi KUPUTRA: Perkhidmatan Dipercayai

    Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA)

    Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA) menawarkan perkhidmatan kepada anggota termasuk pinjaman peribadi dengan kadar yang istimewa. Sila baca dengan teliti apakah terma dan syarat bagi membuat permohonan pembiayaan ini. Mohon sekarang dan dapatkan banyak manfaatnya sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad ataupun singkatannya KUPUTRA telah ditubuhkan pada 7 Septembe1976 dan genap ulang tahun ke 40 penubuhannya pada 7 September 2016.

    Majlis Kesyukuran 40 Tahun Penubuhan Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad telah diadakan pada 7 September 2016 bertempat di perkarangan Rumah C5.

    Bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Ketua Jawatankuasa Syariah Dr.Mohd Daud bin Awang. YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Noor bin Hj. Ismail selaku Pengerusi Pengasas Koperasi telah memberi ucapan serta menyampaikan Plak” Jasa Dikenang” kepada mantan Pengerusi/ALK dan JAD Koperasi.

    RINGKASAN MAKNA LOGO

    Bentuk logo terbentuk dari keratan dua huruf K yang berhadapan di antara kedua-duanya.

    • Huruf K bermakna KUPUTRA.
    • Dua huruf K juga bermakna, keteguhan kerjasama, kekuatan urus tadbir yang baik.
    • Keratan huruf K di sebelah kiri, graf peningkatan dari sudut perkhidmatan, keuntungan, pengurusan dan urusan kawal selia.
    • Keratan huruf K di sebelah kanan, perseimbangan timbal balik dalam pengurusan perkhidmatan dan pencapaian koperasi.
    • Huruf K warna emas dan hitam, keteguhan dan kecemerlangan KUPUTRA dalam menjana perkhidmatan dan pencapaian kepada warga kampus.

    Perniagaan & Peruncitan

    Perniagaan

    STESEN MINYAK PETRONAS

    Sebuah stesen minyak petronas adalah perniagaan KUPUTRA.

    HOTEL PLACE2STAY

    Terdapat sebuah hotel iaitu Hotel Place2stay yang boleh ditempah.

    Peruncitan

    • Kedai Buku: Terdapat barangan yang boleh anda beli di Galeri Cenderamata seperti barangan hadiah : cawan, , patung beruang, selimut, T- shirt, jersi dan stationery: pen, pendrive, buku nota, beg galas
    • COOPMART
    • KEDAI BUKU JURUTERA
    • Pusat Gaya Hidup Sihat

    Terdapat beberapa jenis basikal seperti berikut:

    Putra Bike Bicycle

    basikal k4basikal k5

    FRAME: 20 inci

    FORK: RIGID FORK

    RIM: ALLOY

    BRAKE: V BRAKE F/R

    GEAR; SHIMANO 7 SPEED REAR

    SPECIALITY: FOLDING BIKE

    FRAME: 26 inci FORK : SUSPENSION FORK

    RIM: ALLOY

    BRAKE: DISC BRAKE F/R

    GEAR: SHIMANO 7 SPEED REAR

    SPECIALITY: MOUNTAIN BIKE

    Pinjaman Peribadi

    Skim pembiyaan/pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh UNIT PEMBIAYAAN

    Kepada Anggota

    SYARAT – SYARAT

    1. ANGGOTA KOPERASI UPM BERHAD
    2. TARAF JAWATAN TETAP
    3. 6 BULAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI UPM BERHAD *telah jelaskan yuran untuk 6 bulan
    4. KELULUSAN MESYUARAT ALK SETIAP BULAN
    5. DAFTAR ANGGOTA KOPERASI UPM

    KEANGGOTAAN Koperasi UPM TERBUKA KEPADA:

    • Pegawai UPM
    • Pegawai Koperasi UPM Berhad
    • Pelajar Berdaftar UPM
    • Penama atau wakil sah anggota yang meninggal dunia (3 bulan selepas kematian, yuran daftar tidak dikenakan)

    *sumber: kuputra.com

    Hubungi Kami

    • KOPERASI UPM BERHAD
      Tingkat Satu Bangunan Pusat Perniagaan
      Universiti Putra Malaysia
      43400 Serdang Selangor Darul Ehsan
    • Tel: 03-8946 7980
    • Fax: 03-8948 9796
  • Koperasi KUTMB: Pembiayaan Hingga RM150k

    Koperasi KUTMB: Pembiayaan Hingga RM150k

    Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

    Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah seperti Al-Qard, Al-Bainah, express loan dan Al-Tawarruq sehingga RM150,000 kepada anggota yang layak. Sesuai untuk keperluan pendidikan, perniagaan atau peribadi—KUTMB menyediakan pilihan pembiayaan fleksibel dan beretika untuk masa depan anda.

    Dapatkan maklumat lengkap dan mohon pembiayaan terbaik anda hari ini—bersama KUTMB!

    Pengenalan

    Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad adalah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia dengan objektif seperti berikut:-

    • Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, warga kampus dan masyarakat umum.
    • Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
    • Meningkatkan faedah perlindungan kebajikan khairat/insuran secara percuma kepada anggota dan keluarga anggota.
    • Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan negara.
    • Memindahkan sebahagian besar tanggungjawab universiti bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian staf keluarga.
    • Kini anda tidak perlu risau bagaimana nak dapatkan kenderaan untuk disewa.
    • Koop Trading menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk disewa pada harga yang rendah dan berbaloi!

    Perniagaan

    Koop Elektromart

    PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

    • Membekal dan menjual barangan elektrik khususnya kepada anggota Koperasi UTM Berhad. Anggota boleh membuat pembelian secara tunai atau ansuran.
    • Antara barangan elektrik yang dijual di koop elektromart ialah televisyen, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, dan lain-lain.
    • Bekalan dan barangan elektrik dijamin berkualiti dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan.

    JENIS PERNIAGAAN

    A) TRADING

    • Menawarkan perkhidmatan dan barangan pengguna kepada anggota koperasi dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran.
    • Melantik panel perniagaan di sekitar Johor Bahru bagi memenuhi keperluan dan permintaan anggota Koperasi UTM Berhad.
    • Panel perniagaan yang dilantik adalah terdiri daripada beberapa jenis perniagaan

    B) INSURANS

    • Menjadi agen insurans daripada syarikat Insuran Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Berhad dan Etiqa Insuran dan Takaful Sdn. Bhd.
    • Menyediakan perkhidmatan perlindungan insuran dan takaful kepada anggota koperasi UTM Berhad.
    • Antara perlindungan insuran yang ditawarkan kepada anggota adalah perlindungan kewangan, bangunan, nyawa, kenderaan dan pembiayaan trading.

    WAKTU OPERASI

    Ahad – Isnin (8.00 Pagi – 5.00 Petang)

    HUBUNGI KOOP ELEKTROMART

    LOKASI KAMI

    No. 14, Jalan Besi 2
    Taman Sri Putri
    81300 Skudai
    Johor

    TEL: 07 – 558 5719
    FAX: 07 – 557 8549
    EMAIL: elektromart@kutmb.my

    Minimart Kuala Lumpur

    Tujuan utama Minimart KUTMB ini dibuka adalah bagi memenuhi keperluan pelajar dan juga staf seperti makanan dan minuman ringan, akhbar dan majalah, alatulis, kad tambah nilai prabayar dan pelbagai barangan.

    Di samping itu, minimart ini juga menawarkan perkhidmatan Fotocopy, binding dan juga printing dengan harga yang berpatutan.Operasi minimart kini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bagi memudahkan pelajar separuh masa (UTM SPACE) untuk mendapatkan keperluan mereka dan juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

    Bagi staf UTM yang menjadi anggota Koperasi, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    • Memperbaharui Cukai Jalan dan Insuran (Takaful)
    • Pembiayaan Peribadi & Pinjaman
    • Pembelian barangan Elektrik dan Elektronik

    Waktu Operasi

    Isnin – Jumaat (8.00 Pagi – 4.30 Petang)
    Sabtu (11.00 Pagi – 4.00 Petang)
    Ahad (8.00 Pagi – 1.00 Petang)

    HUBUNGI

    Minimart Kuala Lumpur
    Univeristi Teknologi Malaysia
    Jalan Sultan Yahya Petra
    54100 Kuala Lumpur.
    TEL: 03 – 2615 4239
    FAX: 03 – 2692 4830

    Ar-Rahnu

    KONSEP

    • Al-Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan)
    • Al-Wadiah Yad Dhamanah (Simpanan dengan jaminan keatas barang gadaian)
    • Al-Ujrah (Upah)

    KEISTIMEWAAN

    • Pajak gadai bebas daripada unsur riba’
    • Barang kemas disimpan dengan selamat dan diinsurankan (Takaful)
    • Semua urusan dibuat dihadapan pelanggan di bilik khas
    • Margin gadaian yang tinggi.
    • Tiada yuran proses

    SYARAT-SYARAT GADAIAN

    1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas dan bermastautin tetap
    2. Bayaran balik boleh dibuat sekaligus atau ansuran.

    HAD GADAIAN

    • Ar-Rahnu maksimum RM10,000.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM50,000.00
    • Az-Zahab minimum RM10,001.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM100,000.00

    TEMPOH GADAIAN

    • Ar-Rahnu maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan (boleh dirunding).
    • Az-Zahab maksimum 3 tahun jika bayaran sekaligus atau ansuran.

    WAKTU OPERASI

    Ahad – Khamis (9.00 Pagi – 5.00 Petang)

    HUBUNGI

    Ar-Rahnu X’Change
    Koperasi UTM Berhad
    No. 26, Jalan Meranti 2
    Taman Sri Pulai
    81110 Johor Bahru
    Johor

    TEL: 07-520 2909
    FAX: 07-520 2941

    EMAIL: haslinda@kutmb.my

    Personal Loans

    Welfare & Personal Financing

    WELFARE & PERSONAL FINANCING Financial assistance is provided to co-operatives through al-Qard and At-Tawarruq loan methods. Check your personal loan eligibility here. Send your latest payslip to the WhatsApp Hotline below and we will get back to you as soon as possible.

    Al Loan Qard

    LOAN CONCEPT

    A welfare loan, or Al-Qard, is a loan issued by Koperasi UTM Berhad with the aim of providing financial assistance to members in an emergency or reasonable matters that may be considered. The scheme is implemented in accordance with the “Qardhrul Hassan” method, which is to pay a certain amount of money and the member is required to repay within a certain period of the same amount.

    The maximum loan approved is RM2,000.00 (according to eligibility) for which repayment is made via salary deduction of RM181.82 per month and the maximum period is 11 months. This welfare loan only charges RM70.00 to successful applicants. Payment of process money by cash or deducted from the loan.

    TERMS AND CONDITIONS

    1. The applicant must be a member of Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
    2. The number of member salary deductions, including previous loan deductions must not exceed 60% of the member’s salary.
    3. Members can no longer apply if they still have the balance (welfare financing).
    4. The total share capital must be rm1000.00.

    APPLICATION PROCEDURE

    1. Obtain the loan application form from KUTMB office.
    2. Fill in the application form and attach it together: A copy of the applicant’s Identity Card, a copy of the applicant’s latest Salary Statement (without guarantor) and relevant documents such as supporting letter, etc.
    3. Submit the application form and related documents to the nearest KUTMB office.

    Express Loan

    FINANCING CONCEPT

    Express Loan is a personal loan with the aim of providing financial assistance to members who are in emergency or reasonable matters that may be considered.

    The maximum loan approved is RM1,000.00 whereby repayment is made via salary deduction of RM107.00 per month and the maximum tenure is 10 months.

    The scheme is implemented in accordance with the”Qardhrul Hassan”method, which is to pay a certain amount of money and the member is required to repay within a certain period of the same amount.

    This welfare loan only charges RM70.00 to successful applicants.

    TERMS AND CONDITIONS

    1. The applicant must be a member of KUTMB.
    2. The number of member salary deductions, including previous loan deductions must not exceed 70% of the member’s salary.
    3. The total share capital must be RM1000.00.

    APPLICATION PROCEDURE

    1. Obtain the loan application form from KUTMB office.
    2. Fill in the application form and attach it together: A copy of the applicant’s Identity Card, a copy of the applicant’s latest Salary Statement (without guarantor) and relevant documents such as supporting letter, etc.
    3. Submit the application form and related documents to the nearest KUTMB office.

    Al Tawarruq Financing

    FINANCING CONCEPT

    Tawarruq financing is a financing issued by KUTMB to qualified members. Minimum allowable amount RM3,000.00 up to maximum amount of RM 150,000.00. The Profit Rate charged is 6.2% per annum (subject to change).

    The original payment was made through a salary deduction. Maximum period of payment is limited to 120 months or 10 years

    TERMS AND CONDITIONS

    1. The applicant is a member of Koperasi UTM Berhad and has a prescribed number of shares (RM1,000.00)
    2. Permanent post and confirmed position
    3. The number of member salary deductions does not exceed 60% and the Debt Service Ratio (DSR) does not exceed 50%

    APPLICATION PROCEDURE

    1. Complete the application form available at KUTMB office.
    2. You need to submit the following documents for the financing application:
      (a) Copy of applicant and guarantor’s identity card* if available (front and back)
      (b) Latest salary slip of applicant and guarantor* if any
      (c) Other supporting documents* if required

    KUTMB (Koperasi UTM Berhad) will contact the borrower upon review by the Financing Unit for further action.

    * sumber: kutmb.my

    Hubungi Kami

    • Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)
      No. 16 A, Jalan Besi 2
      Taman Sri Putri
      81300 Skudai
      Johor
    • Tel: 07-5563521 / 07-5574922 / 07-5585719 / 07-5543180
    • Fax: 07-556 9244
  • Koperasi Tanjong Keramat: Pinjaman Kerajaan

    Koperasi Tanjong Keramat: Pinjaman Kerajaan

    Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad

    Mohon pinjaman peribadi anda hari ini dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad – pilihan utama kakitangan kerajaan dan badan berkanun! Potongan gaji melalui biro ANGKASA dan perlindungan takaful insuran tersedia. Layari laman rasmi kami untuk maklumat lanjut dan permohonan segera.

    Pengenalan

    Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD (KoopTK) telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.

    KoopTK percaya kepada nilai etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan mengambil berat kepada orang lain dan masyarakat. Koperasi bertujuan untuk menyediakan dan membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan kekayaan dan ekonomi peribadi mereka.

    Koperasi ini juga dimiliki oleh ahli-ahlinya, di mana keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengurusan dan aktiviti harian dilaksanakan oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 9 orang ahli, yang dipilih oleh anggotanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan setiap tahun. Seperti semua koperasi berdaftar yang lain,

    KoopTK dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.

    KoopTK adalah koperasi ke-3 terbesar di Sabah dengan ahli-ahli terkumpul 25,233 dari seluruh Malaysia.

    Anak Syarikat Koperasi

    Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat (subsidiary) Koperasi ini dan telah berdaftar dengan Surhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nombor pendaftaran Keramat Kinabalu Travel & Tours adalah 1090023X dengan tarikh pendaftaran 21 April 2014. Keramat Kinabalu Travel & Tours juga telah memperolehi lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), syarikat ini telah diberi kebenaran oleh Koperasi Tanjong Keramat Kinabalu Bhd untuk ditempatkan di pejabat beralamat:

    Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
    Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
    88200 Putatan, Sabah

    Pinjaman Peribadi

    Pembiayaan Kewangan

    Terbuka untuk kakitangan kerajaan negeri / badan berkanun yang ada potongan BPA (Angkasa). Potongan melalui BPA (Biro Angkasa).

    Opsyen bersara sehingga 60 tahun & Perlindungan Insurans Takaful.

    Produk dan Perkhidmatan

    Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu

    Pajak gadai Islam tunai segera. Tulus dan patuh syariah yang pertama di Malaysia. Harga gadaian yang tinggi sehingga 80% dari nilai marhun dan juga upah simpah yang rendah dan berpatutan.

    Medicare

    Program Manfaat Penjagaan dan Perlindungan Kesihatan, Kemalangan dan Hayat “Sayangi Hidupku Medicare”. Program ini juga terbuka kepada golongan B40 untuk mendaftar mengikut kemampuan masing-masing.

    Travel & Tours

    Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah perkhidmatan swasta yang menyediakan perkhidmatan pelancongan dan pelancongan yang berkaitan kepada orang awam bagi pihak pembekal seperti aktiviti, pakej pelancongan, sewa kereta dan banyak lagi.

    e-Dagang MYSINBAD

    PORTAL e-Dagang koperasi pertama negara MYSINBAD memberikan manfaat kepada lebih 14,000 koperasi di seluruh negara.

    Kewujudan kemudahan ini sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup sejajar dengan hasrat kerajaan terutama membantu golongan B40.

    Hubungi Kami

    • Koperasi Tanjung Keramat
      Blok B-03-09-06 Designer Office
      Lingkaran SV sunway velocity
      55100 Kuala Lumpur
    • Tel: 0327189167 / 088-734 950
    • Fax: 03-27189166
    • Opening Hours: 8.30am-5.30pm (Monday-Friday)
  • Koperasi KOBOPEM: Pinjaman Peribadi Mudah

    Koperasi KOBOPEM: Pinjaman Peribadi Mudah

    Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad

    Perlukan pembiayaan segera dan mudah? Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) menawarkan pinjaman peribadi sehingga RM20,000 tanpa memerlukan penjamin. Sesuai untuk anggota yang ingin mengurus kewangan dengan lebih fleksibel dan selamat.

    Mohon sekarang untuk maklumat lanjut dan mulakan permohonan anda hari ini!

    Pengenalan

    Sejarah

    Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) ditubuhkan pada 14 April 1984 dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi ahli koperasi. KOBOPEM menjalankan aktiviti kredit untuk memudahkan ahli memohon pembiayaan apabila diperlukan. Dengan komitmen untuk mencapai tahap profesionalisme dan kredibiliti yang tinggi, KOBOPEM berusaha menjadi peneraju dalam pengurusan koperasi di Malaysia.

    Fungsi Utama

    Menyediakan Perkhidmatan Kredit dan Kewangan

    KOBOPEM memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan kewangan yang cekap serta pelbagai pilihan pembiayaan untuk ahlinya. Dengan penekanan pada kebebasan kewangan dan menyokong keperluan ekonomi ahli, KOBOPEM menyediakan perkhidmatan kredit dan bantuan kewangan berterusan untuk memastikan ahli dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

    Pinjaman Peribadi

    Pembiayaan RM 20,000 Tanpa Penjamin

    Kelulusan Mudah untuk Ahli Lama

    KOBOPEM menawarkan pembiayaan tanpa penjamin sebanyak RM 20,000 untuk ahli yang telah menjadi ahli koperasi sekurang-kurangnya 10 tahun. Ini adalah peluang yang baik bagi ahli yang telah lama berkhidmat dalam koperasi untuk mendapatkan pembiayaan tanpa memerlukan penjamin. Berikut adalah butiran utama:

    • Jumlah Pembiayaan: RM 20,000
    • Kelayakan: Ahli yang telah menjadi ahli selama sekurang-kurangnya 10 tahun.
    • Tanpa Penjamin: Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin.
    • Proses Permohonan Mudah: Ahli yang layak hanya perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti slip gaji atau pengesahan pendapatan.

    Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon pembiayaan ini, sila hubungi KOBOPEM melalui butiran yang disediakan di bawah.

    Hubungi Kami

    Jika anda berminat untuk memohon pembiayaan peribadi atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOBOPEM, sila hubungi kami:

    • Alamat:
      Koperasi Pekerja Bomba Malaysia Bhd
      74, Jalan Haji Hussein, Chow Kit,
      50300 Kuala Lumpur
    • Telefon: 03-40508994 / 03-40400043
    • Faks: 03-40400116
    • Emel: koperasibomba@gmail.com

    Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) telah menjadi rakan kepercayaan ahli-ahlinya selama lebih 30 tahun, menyediakan perkhidmatan kewangan penting yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi mereka. Jika anda seorang ahli atau berminat untuk menjadi ahli, KOBOPEM sedia membantu dengan pelbagai produk kewangan dan perkhidmatan. Untuk pertanyaan lanjut atau untuk memohon pembiayaan peribadi, jangan ragu untuk menghubungi kami.

    *Source: kobopem.com.my official website

  • Koperasi UNIKEB: Pinjaman & Perkhidmatan

    Koperasi UNIKEB: Pinjaman & Perkhidmatan

    Koperasi UNIKEB Berhad

    Koperasi UNIKEB Berhad menawarkan pembiayaan Bai Al Inah dan pembiayaan ekspress disaat memerlukan adalah produk yang sangat popular.

    Pengenalan

    Sejarah

    Mulai tahun 2010, perkembangan dan pembangunan perniagaan Koperasi UNIKEB Berhad semakin meningkat dan ia merupakan era yang mencatatkan sejarah dalam lembaran hayat. Tahun demi tahun melakar sejarah yang membanggakan. Pada tahun 2016 Koperasi UNIKEB Berhad telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Koperasi Terbaik di dalam Sektor Pemborongan & Peruncitan Negeri Selangor. Terkini telah diiktiraf sebagai Koperasi Terbaik Ke 17 di dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018.

    Berdasarkan kedudukan ini juga, Koperasi UNIKEB Berhad adalah terbaik #1 di Selangor dan #1 di kalangan koperasi Universiti Awam Tempatan. Ini adalah berkat usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh Anggota, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan pekerja untuk terus membangun dan menyokong aktiviti koperasi ke arah yang lebih cemerlang.

    Perkhidmatan

    Di Koperasi UNIKEB Berhad ada menyediakan beberapa perkhidmatan bukan hanya sekadar untuk anggota sahaja bahkan kepada bukan anggota juga boleh menikmati perkhidmatan kami.

    1. Kasut kesihatan dan Insurans Kenderaan
    2. Pinjaman peribadi dengan pembiayaan sehingga RM150K khas untuk anggota sahaja
    3. Bilik seminar dan latihan

    Kami juga ada menyediakan modul latihan khusus untuk sesiapa yang berminat. Kami juga mempunyai dobi layan diri di bandar puteri bangi dan mempunyai 1 umart di wisma unikeb,3 umart di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan 1 umart di Kampus Kuala Lumpur UKM.

    Unit Pembiayaan

    Objektif Perkhidmatan Unit Pembiayaan

    Unit Pembiayaan bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis pembiayaan, termasuk kewangan, barangan, dan perkhidmatan. Kami memberi fokus kepada pembiayaan yang patuh syariah, adil, dan tidak membebankan ahli koperasi. Ini bertujuan untuk mengelakkan ahli daripada terjebak dalam aktiviti pembiayaan yang tidak sah atau daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.

    Pembiayaan ini adalah melalui potongan gaji majikan UKM, manakala pembayaran balik dilakukan dengan mudah dan efisien. Sebagai anggota koperasi, anda layak untuk memohon kemudahan pembiayaan yang kami tawarkan.

    Jenis Pembiayaan

    Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb menawarkan pelbagai jenis pembiayaan untuk memenuhi keperluan kewangan ahli koperasi.

    Cara Memohon

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon pembiayaan peribadi Unikeb:

    1. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan slip gaji terkini, MyKad, dan dokumen sokongan lain.
    2. Hubungi pegawai kami di Unit Pembiayaan untuk mendapatkan bantuan lanjut.
    3. Lengkapkan borang permohonan dan serahkan ke pejabat kami.
    4. Jika diperlukan, dapatkan surat full settlement untuk penyelesaian awal atau reloan pinjaman sedia ada.

    Siapa Yang Layak Memohon?

    Pembiayaan di Koperasi Unikeb hanya tersedia untuk anggota koperasi yang memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Anggota Koperasi UNIKEB Berhad sahaja.
    • Penjamin: Boleh diambil daripada kalangan anggota koperasi.
    • Tanpa Penjamin: Bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

    Pastikan anda memenuhi semua syarat kewangan yang ditetapkan oleh koperasi untuk memastikan permohonan anda diluluskan.

    Pinjaman Peribadi

    Unit Pembiayaan bagi tahun 2019 terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan secara keseluruhannya. Unit Pembiayaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pembiayaan Wang, Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan dan Perkhidmatan Potongan Gaji.

    Bagi memenuhi keperluan dan kehendak anggota, penawaran produk pembiayaan telah dipelbagaikan. Produk-produk yang terdapat di Unit Pembiayaan ialah :

    • Pembiayaan Bai Al Inah berpenjamin
    • Pembiayaan Bai Al Inah tanpa penjamin
    • Pembiayaan Ekspress berpenjamin
    • Pembiayaan Ekspress tanpa penjamin
    • Pembiayaan Persekolahan
    • Pembiayaan Emas
    • Pembiayaan Aidilfitri
    • Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan

    Jadi hubungi dengan segera jika ada pertanyaan dan kemuskilan mengenai apa sahaja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

    Bai Al Inah

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM150,000
    • Kadar Keuntungan: Mengikut prinsip Bai Al-Inah yang patuh syariah.
    • Tempoh Pembayaran: Sehingga 5 tahun.
    • Pinjaman ini memberi kemudahan kepada ahli koperasi dengan jumlah pembiayaan yang lebih besar untuk pelbagai keperluan peribadi.

    Pembiayaan Ekspres

    Merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan anggota . Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan maksimum berjumlah RM 20,000 berjaya mencatatkan bilangan tinggi.

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM20,000
    • Kadar Keuntungan: Berdasarkan prinsip syariah yang kompetitif.
    • Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
    • Pinjaman ekspres ini memudahkan ahli koperasi mendapatkan pembiayaan segera tanpa proses yang rumit.

    Pembiayaan Ekspres Warga Emas

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM10,000
    • Kadar Keuntungan: Sangat rendah dan mengikut syariah.
    • Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
    • Produk ini sesuai untuk warga emas yang memerlukan pembiayaan dengan syarat yang mudah dan faedah yang rendah.

    Pembiayaan Hari Raya

    Kami juga menawarkan Pembiayaan Aidilfitri khusus untuk membantu meringankan beban kewangan para anggota supaya dapat menyambut lebaran dengan lebih ceria disamping keluarga. Kami dalam perancangan untuk mempelbagaikan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan anggota.

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM5,000
    • Kadar Keuntungan: Sangat rendah dan mengikut prinsip syariah.
    • Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 2 tahun.
    • Pinjaman ini memberi kemudahan kewangan untuk persiapan Hari Raya, memastikan anda boleh merayakan bersama keluarga tanpa tekanan kewangan.

    Persekolahan

    Kami amat prihatin dengan keperluan para anggota dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat dan mencabar. Pembiayaan Persekolahan mula ditawarkan pada Disember 2015 khusus untuk membantu para anggota dalam menangani keperluan persekolahan anak-anak.

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM5,000
    • Kadar Keuntungan: Kompetitif dan mengikut prinsip syariah.
    • Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 3 tahun.
    • Kami memahami pentingnya pendidikan. Pinjaman ini membantu pembiayaan keperluan persekolahan anak-anak.

    Barangan & Perkhidmatan

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: Mengikut keperluan ahli.
    • Kadar Keuntungan: Berpatutan dan tidak membebankan.
    • Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
    • Pinjaman ini memberi kemudahan pembelian barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli koperasi.

    Perkhidmatan

    Unit Hartanah

    Perkhidmatan Sewaan

    OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

    Unit Hartanah Koperasi Unikeb Berhad bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi yang boleh disewakan kepada orang ramai.

    Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.

    Selain daripada itu, Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.

    PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

    Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;

    • Wisma UNIKEB (Ruang Legar, Lot Kedai di tingkat bawah dan 1 dan Kiosk)
    • Bangi Gateway (Bangi Street & Bilik Seminar)
    • Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (rumah kedai)
    • Seksyen 4, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
    • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
    • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
    • Seksyen 1, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
    • Seksyen 18, Ipoh (rumah kedai)
    • Southville City, Bangi (lot kedai – sedang dalam proses pembelian)

    Hubungi Kami Sekarang di 03-8925 2540 ext 105

    Unit Ar-Rahnu

    Produk yang ditawarkan adalah Skim Pajak Gadai Islam. Dapatknn perkhidmatan ini sekarang.

    OBJEKTIF

    Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

    KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU

    Wadiah yad DhamanahSimpanan dengan jaminan keselamatan
    UjrahUpah simpan barang gadaian

    HAD PEMBIAYAAN

    • Pembiayaan Tunai yang diberikan adalah 70% atas nilai marhun.
    • Pembiayaan maksimun sehingga RM150,000 bagi setiap pelanggan.

    SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI

    1. Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
    2. Berusia 18 tahun ke atas
    3. Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)

    KELEBIHAN

    Berikut adalah kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu yang dikendalikan oleh koperasi seperti berikut:

    1. Mematuhi Garis Panduan Syariah
    2. Bebas Daripada Unsur Riba
    3. Kadar Upah Simpan Yang Rendah
    4. Tiada Semakan CCRIS & CTOS
    5. Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
    6. Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
    7. Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai

    Unit Kedai Emas

    Mulai tahun 2016 kami menawarkan Pembiayaan Emas untuk kemudahan para anggota memiliki emas di Kedai Emas. Sepanjang tahun 2019, anggota telah menggunakan kemudahan ini untuk memiliki emas yang ditawarkan di Kedai Emas secara potongan gaji

    Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)

    PERKHIDMATAN

    1. Menjual barang kemas 916
    2. Membeli barang kemas terpakai
    3. Membaiki emas putus, patah dan rosak
    4. Menilai gred emas
    5. Mencuci emas dan perak
    6. Menjual barang kemas secara potongan gaji

    Hubungi Kami Sekarang

    03-8922 2619 / 03-8741 3936 Kajang

    Ar-Rahnu & Kedai Emas- Wisma
    Aras 2, Wisma UNIKEB
    43600 UKM Bangi, Selangor
    NomborTelefon : 03-8722 2619

    Waktu Perniagaan

    9.00pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
    9.00pagi – 12.30tgh | Jumaat
    2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
    Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup

    Ar-Rahnu & Kedai Emas – Kajang

    C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana
    43000 Kajang, Selangor
    Nombor Tel : 03-8741 3936

    Waktu Perniagaan

    9.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
    9.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
    2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
    9.30pagi – 2.00ptg | Sabtu
    Ahad & Cuti Umum – Tutup

    Unit Dagang & Pemasaran

    Pemasaran

    UNIT DAGANG & PEMASARAN

    Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan Koperasi Unikeb.

    Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.

    Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan

    PRODUK & PERKHIDMATAN

    1. Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
    2. Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
    3. Kasut Kesihatan jenama Footlink
    4. Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
    5. Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
    6. Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
    7. Pakej Pelancongan dan Umrah
    8. Kaunter pembayaran bil utiliti

    Hubungi Kami Sekarang di talian 03-8921 4022/ 4026/ 4037

    Stesyen Minyak

    Perkhidmatan

    UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB

    Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan turut mencebur diri dalam perniagaan Steseen Minyak.

    Sebuah steseen minyak Petronas di bawah pengurusan Koperasi Unikeb telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.

    PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA

    SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN

    1. Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
    2. Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
    3. Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
    4. Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.

    Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.

    Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%

    Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota

    Hubungi Kami Sekarang di talian telefon: 03-89269921, 03-8912 7866

    Hubungi Kami

    • Tel: 03-8925 2540
    • lot 5, Wisma Unikeb,
      43600 Bandar Baru Bangi, Selangor
    • Opening Hours: Monday to Friday 8.30m-5.30pm

    Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb

    Alamat:
    Aras 2, Wisma UNIKEB
    43600 UKM Bangi, Selangor

    Telefon:
    03-8921 4031

    Waktu Pejabat

    • Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi – 5.00 petang
    • Jumaat: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.45 petang – 5.00 petang
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
  • UiTMKoop Berhad: Pinjaman Peribadi Selamat

    UiTMKoop Berhad: Pinjaman Peribadi Selamat

    Koperasi Kakitangan UiTM Berhad

    Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UitmKoop) menyediakan pinjaman peribadi dengan pembiayaan 25 bulan gaji pokok atau RM150,000. Interest rendah. Dapatkan maklumat pembiayaan anda disini.

    Mengenai

    Sejarah Penubuhan

    KKUiTM Koop telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425.

    Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.

    Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.

    Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Keanggotaan terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17 orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.

    KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.

    Matlamat

    Ditubuhkan untuk meningkat kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Disamping itu,koperasi juga ditubuhkan bagi membantu kakitangan UiTM yang menganggotai koperasi. Oleh itu, koperasi telah menyediakan satu rangkaian aktiviti yang membolehkan setiap anggotanya menikmati kemudahan serta perkhidmatan dalam bentuk kebajikan atau tanggungan mudah.

    Fungsi

    Fungsi utama koperasi ini adalah untuk menjalankan aktiviti :-

    • Kredit
    • Pengguna
    • Perkhidmatan

    Prinsip

    Prinsip keanggotaan adalah : –

    • Keanggotaan sukarela dan terbuka
    • Kawalan demokratik oleh anggota
    • Penglibatan ekonomi oleh anggota
    • Autonomi dan kebebasan
    • Pendidikan, latihan dan maklumat
    • Kerjasama antara koperasi
    • Mengambil berat terhadap masyarakat

    Faaedah

    Faedah yang di perolehi oleh ahli adalah :-

    • Mewujudkan tabungan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
    • Menyimpan sebahagian dari pendapatan dan memberi pinjaman bagi maksud yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan kepada anggota.
    • Menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan / termasuk fungsi pengguna.
    • Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendiri, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih.
    • Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta.
    • Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat-syarikat swasta dan menjadi anggota Koperasi lain.
    • Menjalankan aktiviti insuran kepada anggota dan bukan anggota.

    Keanggotaan

    Keanggotaan Ahli

    Terbuka kepada kakitangan UiTM bergaji tetap dan kakitangan koperasi termasuk kakitangan di dalam subsidiarinya

    Syarat Menjadi Ahli

    Mestilah warganegara Malaysia, bermastautin dalam kawasan operasi koperasi, tiada sabitan kesalahan serta upaya daripada segi mental.

    Permohonan dan Bayaran

    Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 10.00 dan bekas anggota yang memohon menjadi ahli semula dikenakan bayaran RM 50.00.

    Pembiayaan Popular

    Pembiayaan Tunai Berjamin

    Pembiayaan tunai berjamin ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.

    Kelayakan

    Bagi pembiayaan tunai berjamin, kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.

    Pembiayaan Pengguna (Barangan)

    Pembiayaan ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.

    Kelayakan

    Kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.

    Pembiayaan Tunai 90% Caruman

    Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin tetapi jaminan adalah di atas caruman anggota yang meminjam. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi.

    Kelayakan

    • 90% daripada jumlah caruman terkumpul.
    • Kadar faedah 4% dan 5%
    • Pengiraan Kelayakan = Jumlah Caruman x 90% = Kelayakan

    Pinjaman IPT

    Pinjaman IPT ni disediakan untuk anggota atau tanggungan yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi

    Kelayakan

    • Kelayakan memohon adalah sehingga RM2,500.00.
    • Setiap anggota layak memohon sekali bagi seorang anak sahaja.
    • Kadar faedah 4% setahun.

    Pinjaman Kecemasan

    Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.

    Perkhidmatan Lain

    Kebajikan dan Sosial

    Terdapat beberapa sumbangan dan perkhidmatan yang diwujudkan kepada anggotanya dengan tujuan hanyalah membantu mereka.

    Perkhidmatan Takaful Kenderaan

    UitmKoop menyediakan perkhidmatan takaful kenderaan kepada anggota dan juga bukan anggota koperasi

    Ar-Rahnu

    Pihak UitmKoop juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu dan terbuka kepada semua anggota dan bukan anggota.

    Hubungi Kami

    14, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

    • Tel: +603 5519 5912, +603 5510 4512, +603 5512 0689
    • Faks: +603 5513 0540
    • E-mel: info@uitmkoop.com.my

    *Source: uitmkoop.my official website

  • Koperasi KIMB: Pinjaman & Takaful Selamat

    Koperasi KIMB: Pinjaman & Takaful Selamat

    Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)

    Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menawarkan pinjaman peribadi kadar rata (flat rate) dengan amaun max RM100,000. Tiada caj terselindung. Dapatkan keterangan lanjut untuk mohon!

    Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) merupakan sebuah koperasi yang bersifat nasional. Penglibatan ahli tidak terhad kepada sesebuah organisasi sahaja, tetapi ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara amnya.

    Mengenai

    Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosio ekonomi anggota khususnya dan umat Islam amnya, bertepatan dengan tuntutan “bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa”

    Koperasi Islah Malaysia Berhad telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1994 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran Koop Nasional No 15.

    Visi

    Menjadi Koperasi Nasional Yang Unggul Berteraskan Syariah

    Misi

    1. Menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan di kalangan anggota
    2. Melibatkan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan
    3. Menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui pengurusan yang amanah dan kompeten.

    Keahlian

    3 Langkah mudah untuk memohon keahlian Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB):

    1. Lengkapkan borang permohonan keanggotaan – Download Borang permohonan anggota atau isi secara online di borang_permohonan_ahli_kimb_2.0
    2. Kembalikan borang semula sama ada melalui :
      Pos/hantar ke Pejabat KIMB di Lot 300.1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100, Kuala Lumpur, atau
      Emel ke customer.service@kimb.com.my, atau
      Fakskan borang ke 03-41086319
    3. Buat Bayaran permohonan keahlian sebanyak RM 530 (RM 500 Saham, RM 30 Yuran keahlian) boleh dibayar tunai atau bank-in ke akaun berikut atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD :
      Maybank : 5622 0961 8419
      Bank Islam : 1211 30100 24343
      (Bukti pembayaran boleh diserahkan melalui emel atau faks seperti di atas, atau whatsapp ke 011.2078.5903)

    Selepas diluluskan, kami akan menghantar surat pengesahan kelulusan beserta kad keanggotaan dan buku undang-undang kecil koperasi ke alamat yang diberi di dalam borang permohonan keanggotaan.

    Syarat Keanggotaan

    Keanggotaan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) terbuka kepada:

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Berfikiran waras
    • Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969″.

    Setiap permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan keanggotaan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Yuran Keanggotaan RM 30 dan Modal Syer minima RM 500 (dilunaskan dalam tempoh 6 bulan selepas keanggotaan didaftarkan)

    Perkhidmatan

    Takaful Kenderaan & Cukai Jalan

    Anda sibuk dengan tanggungjawab seharian? Tidak sedar takaful kereta dan cukai jalan anda tamat tempoh? Pening kepala bagaimana hendak menguruskannnya, sementelah dengan segala kelam-kabut kehidupan.

    Jangan bimbang…. kami sentiasa di sisi anda, sedia berkhidmat dan mohon Takaful KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad!

    KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan memperbaharui insuran kenderaan (takaful) dan cukai jalan secara ‘Perkhidmatan Terus Ke muka Pintu Anda – Door-Step Services!

    Segala-galanya dihujung jari!

    Di era digital ini segalanya amat mudah, tidak perlu ke kedai insuran, tidak perlu ke pejabat pos, tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan tidak perlu beratur menunggu giliran anda dan tidak perlu keluarkan keringat langsung!

    CAJ YANG DIKENAKAN

    1. Bayaran dan caj perkhidmatan sangat berbaloi! Cuma ada 4 jenis bayaran sahaja yang dikenakan:
    2. Takaful Kenderaan – Bayaran memperbaharui takaful kenderaan – seperti yang dicaj oleh syarikat insuran/takaful atau pejabat pos
    3. Bayaran Cukai Jalan – Bayaran memperbaharui cukai jalan seperti yang dicaj oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
    4. Caj MYEG – termasuk perkhidmatan penghantaran (Lembah Klang RM 8.75, Luar Lembah Klang RM 10.75, Sabah & Sarawak RM 12.75)
    5. Caj Perkhidmatan KIMB – Bayaran untuk caj perkhidmatan cuma RM15.00 sahaja.

    Penghantaran cukai jalan akan dibuat terus ke pintu anda!

    Takaful Medic

    • Pelaburan untuk manfaat aset penting syarikat anda.
    • mySME Partner direka bagi menguruskan pelan manfaat pekerja dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana, terutamanya untuk 5 – 150 orang pekerja.
    • Manfaat ini menawarkan perlindungan untuk keadaan yang tidak dijangka terutamanya dalam keadaan kos perubatan yang semakin meningkat.

    Kelebihan

    1. Pengeluaran Surat Jaminan untuk kemasukan ke hospital.
    2. Rangkaian Penyedia Perubatan di Seluruh Negara – akses mudah, pillihan dan selesa.
    3. 24 Jam Pusat Panggilan – hanya satu panggilan.
    4. Reka Bentuk Pelan Yang Fleksibel – pilihan untuk perlindugan perubatan dan Takaful.
    5. Akses ke perkhidmatan kesihatan dan perubatan Tanpa Bayaran Tunai bagi penjagaan Pesakit Luar GP – perkhidmatan pilihan.

    Takaful Kembara

    Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju.

    Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.

    Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful Kembara, salah satu produk takaful yang menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga adalah produk yang bersesuaian untuk anda yang mahukan ketenangan untuk pengembaraan,percutian atau program yang anda anjurkan.

    Takaful Perlindungan Rumah

    Takaful Houseowners & Householders adalah skim komprehensif untuk melindungi rumah, harta benda dan aset anda daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut :

    • Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah
    • Letupan
    • Pesawat dan peralatan udara dan/atau artikel yang dijatuhkan
    • Impak di mana-mana bangunan oleh kenderaan jalan raya, haiwan yang tidak bertuan atau bukan di bawah jagaan peserta atau keluarganya
    • Pecahan atau limpahan tangki air, radas atau paip domestik
    • Kecurian yang disebabkan oleh kemasukan ke dalam bangunan secara ganas dan paksaan
    • Puting beliung, taufan, angin ribut
    • Gempa bumi, letupan gunung berapi
    • Banjir

    Pembiayaan Runcit

    Pembiayaan peribadi runcit ini dengan kadar rata (flat rate).

    Margin Pembiayaan

    Berdasarkan had kelayakan pinjaman peribadi dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM 1,000 dan amaun maksimum sebanyak RM 100,000

    Tempoh Pembayaran

    • Amaun RM 1,000 – RM 5,000: Maksimum 24 bulan (2 tahun)
    • Amaun RM 5,001 – RM 100,000: Maksimum 60 bulan (5 tahun)

    Kadar Keuntungan

    Kadar rata pinjaman peribadi sebanyak 8% setahun untuk semua yang berkelayakan.

    *Kadar ini boleh berubah bergantung kepada terma dan syarat, akan dimaklumkan melalui surat tawaran sekiranya permohonan diluluskan.

    Kelayakan Permohonan

    • Telah menjadi ahli KIMB sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
    • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
    • Telah disahkan jawatan dan mempunyai pendapatan tetap.
    • Mempunyai seorang penjamin.

    Dokumen Yang Diperlukan

    1. Borang permohonan yang diisi lengkap.
    2. Borang kebenaran penzahiran maklumat.
    3. Satu salinan kad pengenalan.
    4. 3 bulan slip gaji terkini.
    5. Surat pengesahan jawatan terkini.
    6. Dan sekurang-kurangnya satu daripada dokumen berikut :
      • Penyata KWSP terkini ; atau
      • Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC) ; atau
      • Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji)
      • Sebarang dokumen sokongan jika perlu.

    Kaedah Pembayaran

    Terdapat 2 kaedah pembayaran pembayaran pinjaman peribadi Koperasi Islah Malaysia Berhad seperti berikut:-

    • Potongan Gaji.
    • Arahan tetap daripada bank lain.

    Manfaat

    • Tanpa caj terselindung
    • Harga jualan – tetap dan diketahui.
    • Kadar pembiayaan yang kompetitif.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Simpanan Pelaburan Khas

    SIMPANAN PELABURAN KHAS memberi peluang kepada anggota untuk melabur dalam projek-projek jangka pendek. Peluang pelaburan yang ditawarkan menawarkan potensi keuntungan yang berbeza, dengan kadar risiko yang berbeza.

    Selaras dengan kontrak syariah, KIMB tidak menjanjikan keuntungan namun KIMB mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengurus risiko yang dikenalpasti.

    Melalui skim ini kita menjayakan perniagaan anggota melalui kerjasama modal dan anggota yang melabur mempunyai potensi berkongsi keuntungan.

    Ini adalah kaedah taawun menang-menang sesama anggota.

    Produk Jualan

    • Buku “Taawun Dalam Koperasi”
    • Al-Quran & Terjemahan
    • Tafsir Fi-Zilal-il-Quran (11 Jilid)
    • The Higher Objective of Humanity

    Hubungi Kami

    Koperasi Islah Malaysia Berhad
    Lorong Selangor, Taman Melawati
    53100 Ampang, Selangor
    Tel: 03-4108 6339
    E-Mail: customer.service@kimb.com.my

    *Source: kimb.com.my official website

  • Koperasi KOPUBI: Pinjaman Anggota Mudah

    Koperasi KOPUBI: Pinjaman Anggota Mudah

    Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad

    Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dengan interest rate terbaik sekarang dengan tawaran mickro kredit dan skim bai al-inah yang boleh merubah kehidupan anda. Segera dapatkan info dan mohon pembiayaan anda sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. Dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa persatuan maka gerak kerja untuk menubuhkan koperasi ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017.

    Sehubungan itu penubuhan koperasi telah diluluskan secara rasminya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta sijil penubuhan telah dikeluarkan pada 15hb Disember 2017 dengan nombor pendaftaran, A-5-1611.

    Kini KOPUBI Perak Bhd telah mula bergerak dan menyasarkan seramai 1,000 anggota akan menyertai koperasi ini pada tahun 2018 ini. Yuran masuk dikenakan adalah sebanyak RM150.00 dan 1 unit saham koperasi dijual pada harga RM150.00 sahaja. Saham maksima dihadkan sehinggga 25 unit untuk setiap anggota. Tiga aktiviti utama yang bakal dijalankan oleh koperasi adalah Pinjaman Mikro Kredit kepada anggota, Perniagaan di dalam bidang pemasaran serta Pelaburan di dalam bidang hartanah.

    Semoga KOPUBI Perak Bhd ini berjaya menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya dan disegani di Negeri Perak serta menjadi contoh kepada koperasi-koperasi yang lain.

    Pinjaman Peribadi

    Mikro Kredit

    Pembiayaan Peribadi (Mikro Kredit) KOPUBI dapat membantu anggota yang memerlukan bantuan kewangan tertutamanya di dalam usaha untuk memantapkan perniagaan masing-masing atau memerlukan modal tambahan. Anggota yang ingin memulakan perniagaan juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi ini.

    Pada peringkat awal penubuhan koperasi ini, Ahli Lembaga Koperasi telah meluluskan peruntukkan untuk memberi pinjaman di antara RM1,000 sehingga RM5,000 kepada anggota dan jumlah pinjaman ini dijangka akan meningkat apabila prestasi kewangan koperasi semakin kukuh serta memiliki modal yang lebih besar.

    Ahli Lembaga Koperasi juga mensasarkan pinjaman ini ditingkatkan kepada RM250,000 apabila prestasi kewangan koperasi mencapai satu tahap yang benar-benar menyakinkan serta koperasi pula mencatatkan keuntungan yang berlipat ganda.

    i-Mikro Bai’ Al-Inah

    Pinjaman i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI adalah merupakan berita baik untuk semua warga Negeri Perak. Sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan skim pembiayaan peribadi i-Mikro kini dibuka kepada semua.

    Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.

    Anda boleh memohon pembiayaan peribadi mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

    Syarat Permohonan

    Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

    1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan
    2. Telah membayar Modal Syer sekurang sekurang-kurangnya RM 150.00 berserta fi masuk sebanyak RM150.00
    3. Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan
    4. Had maksima pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada 10x nilai saham dan jumlah maksima pembiayaan peribadi ini adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.
    5. Mempunyai seorang penjamin yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi
    6. Melengkapkan permohonan melalui sistem iKoop serta membekalkan maklumat serta dokumen yang diperlukan.

    *Nota: Pihak KOPUBI berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pemohon.

    Syarat Penjamin

    Syarat-syarat menjadi penjamin:-

    1. Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan.
    2. Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.
    3. Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.
    4. Penjamin bukan dari kalangan ahli keluarga anggota yang meminjam dan bukan pasangan kepada anggota tersebut.
    5. Penjamin hanya bertindak sebagai pengutip hutang pinjaman dan BUKAN bertindak sebagai pembayar hutang (jika peminjam gagal membayar bayaran pinjaman yang sepatutnya).
    6. Demi menjaga kepentingan anggota-anggota Koperasi dan keupayaan kawalan modal yang positif maka pihak koperasi menetapkan syarat pembiayaan peribadi sebanyak RM2,000 ke atas memerlukan seorang penjamin dari kalangan anggota KOPUBI Perak Bhd.

    Hubungi Kami

    • 57B, Susunan Stesen 18, Station 18,
      31650 Ipoh, Perak
    • Tel: 05-322 7297
    • Opening Hours: Monday to Friday 9.00am-5.30pm
  • Koperasi KIMB: Pinjaman & Umrah Mudah

    Koperasi KIMB: Pinjaman & Umrah Mudah

    Koperasi Muslimin Malaysia Berhad

    Terdapat banyak pembiayaan peribadi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB yang boleh anda dapatkan seperti pembiayaan tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan tunai, umrah, perkahwinan dan lain-lain. Dapatkan info disini.

    Introduction

    Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.

    Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB.

    Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

    Visi

    Untuk menjadi koperasi Islam terunggul yang mendapat keredhaan ALLAH S.W.T
    Misi

    Menjalankan muamalah Islamiah secara berkoperasi dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan sebagai ibadah.

    Matlamat

    Penglibatan secara bersama dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan dengan tujuan melaksanakan syariat dan mengharap keredhaan Allah S.W.T

    Objektif

    Melaksanakan amanah dengan memenuhi objektif pemegang kepentingan (Stakeholders)

    Pinjaman Peribadi Popular

    Bai Bithaman Aajil

    Bai Bithaman Aajil dari KMMB meliputi pinjaman Rumah/Tanah iaitu pembiayaan, membeli tanah, membeli rumah dan membina rumah atau mengubahsuai rumah. Nilai pembiayaan sehingga RM300,000 (kaveat / PA).

    Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang kedua meliputi pembiayaan kenderaan iaitu pembiayaan, membeli kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai dan amaun pinjaman yang dibenarkan adalah Pembiayaan sehingga RM100,000.

    Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang ketiga meliputi pembiayaan Peralatan. Pinjaman peralatan yang dibenarkan adalah pembiayaan, membeli perabot, membeli barangan elektrik / komputer, membaiki / alat ganti kenderaan dan membaiki / alat ganti rumah.

    Selain itu pembiayaan peralatan yang disediakan adalah seperti membeli peralatan persekolahan, membeli peralatan perniagaan, membeli barangan perniagaan dan amaun Pembiayaan sehingga RM25,000.

    Pembiayaan Perkahwinan

    Pakej Perkahwinan adalah seperti perunding perkahwinan, tempahan kad jemputan, katering, khemah / Kanopi, Dewan / Hotel, jurugambar profesional dan sewaan P.A sistem. Perkara lain yang dibolehkan adalah mestilah perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan syara’.

    Pembiayaan sehingga RM30,000

    Pembiayaan Umrah Ziarah

    Pembiayaan yang disediakan oleh KMMB adalah pakej Umrah, pakej Pelancongan, pakej Seminar / Mesyuarat dan pakej Hotel

    Skim Al-Qardhul Hasan 

    Pinjaman akan diberikan sehingga RM5000 dengan tujuan pendidikan & perubatan tanpa caj keuntungan. Kelayakan bergantung kepada gaji & tempoh persaraan.

    How to Apply

    To apply:

    1. Applicant’s General Documents: Complete the application form Certified copy of Identity Card Latest 3 months original salary slip & certified copy.
    2. Letter of confirmation of service Eligibility form Salary Deduction Limit 60% (Government Employees).
    3. Latest 3 months Bank Statement (Private) Guarantor General Document (For private applicants):
      Complete the Guarantor Bond form Certified copy of Identity Card Copy of latest 2 months salary slip & certified Letter of confirmation of service Form 1/79A (red) – Government Servants.

    Skim Bantuan dan Produk

    Terdapat banyak skim bantuan dan juga produk koperasi sediakan khusus untuk anggota-anggotanya. Ini dapat diterangkan seperti dibawah:

    Al Abrar

    Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang

    Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang pula meliputi kategori seperti Hafiz Al-Quran – 30 Juzu’ RM2,000, PhD – Anggota sahaja RM2000, Ijazah Sarjana – Anggota sahaja RM1,500, Ijazah Kepujian Kelas Pertama RM1000 dan Diploma / Matrikulasi RM300

    Untuk kecemerlangan di peringat sekolah adalah STPM (4A) / STAM (Mumtaz) RM300, SPM (9A+ / A) / SMU (Mumtaz) RM200, PMR (8A / 9A) & PMRU RM100 dan UPSR (5A)) RM50.

    Pemohon mesti menyertakan lampiran seperti Sijil / Ijazah & Transkrip yang berkaitan (Salinan disahkan), salinan kad pengenalan pemohon & anak dan salinan sijil nikah (Suami / Isteri)

    Skim Bantuan Khairat Kematian

    Kategori

    Skim bantuan Khairat Kemation terdiri dari3 kategori. Bagi anggota koperasi, anggota akan mendapat sumbangan sehingga RM5,000. Bagi suami / isteri akan mendapat sumbangan RM500 dan anak (Lelaki <= 18 / Perempuan belum berkahwin (RM300).

    Bagi ibu / bapa anggota akan mendapat RM200.

    Anggota atau pemohon perlu menyediakan lampiran bersama-sama ketika membuat permohonan iaitu sijil kematian / permit perkuburan, salinan sijil kelahiran pemohon (jika ibu yang meninggal) dan salinan sijil nikah (suami / isteri). Selain itu, anggota perlu menyertakan salinan kad pengenalan penerima sumbangan

    Skim Bantuan Musibah

    Kategori

    • Kemalangan yang kritikal
    • Bencana Alam
    • Kebakaran
    • Penyakit Kronik

    Kelulusan & Kadar

    Berdasarkan tahap kerugian yang ditanggung

     #koperasi #personalloan #KMMB 

    Hubungi Kami

    • Tel: 03-4021 0033
    • muslimin@koperasimuslimin.com.my
    • Fax: 03-4021 4099 / 5227
    • Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
      Alamat: 17-3-1, Tingkat 3
      Blok A, Jalan Semarak Api 1
      Pusat Perniagaan Diamond Square
      Off Jalan Gombak
      53000 Kuala Lumpur
  • Pinjaman ATM: Tawaran Eksklusif Tentera

    Pinjaman ATM: Tawaran Eksklusif Tentera

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

    Rebut peluang pinjaman peribadi khas untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan promosi terkini. Hubungi kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai pembiayaan peribadi. Dapatkan info terkini loan di sini dan terus mohon sekarang!

    Pengenalan

    Pinjaman peribadi untuk Anggota Tentera Malaysia (ATM) telah lama wujud, namun pilihan yang tersedia agak terhad berbanding kakitangan kerajaan lain. Salah satu sebab utama adalah tempoh perkhidmatan yang singkat dan perlu diperbaharui secara berkala, menjadikannya cabaran bagi koperasi untuk menawarkan pembiayaan jangka panjang kepada anggota tentera.

    Meskipun begitu, terdapat beberapa pilihan yang masih boleh dipertimbangkan oleh anggota ATM yang ingin memohon pinjaman peribadi. Di sini, kami akan membincangkan beberapa pilihan terbaik yang tersedia.

    Sejarah

    Ditubuhkan pada tahun 1960, Koperasi Tentera (KT) telah berkembang pesat dari sebuah koperasi kecil untuk penjimatan dan pinjaman anggota tentera, menjadi salah satu koperasi kredit terbesar di Malaysia. Sehingga kini, kami berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 154,933 anggota, termasuk anggota ATM dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan.

    Kami juga berusaha untuk menjadi Bank Koperasi Sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (CCM), bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan yang lebih luas melalui produk dan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip Islam dan patuh Syariah.

    Keahlian

    KT terbuka kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan, termasuk pesara. Menjadi ahli membolehkan anda menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk:

    • Skim pembiayaan yang menarik.
    • Pakej insurans yang eksklusif.
    • Pajak gadai serta bantuan kebajikan.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anggota ATM:

    1. Koperasi Tentera (KT)

      • KT menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman peribadi untuk anggota ATM. Mereka biasanya menawarkan kadar faedah yang lebih rendah dan syarat kelulusan yang lebih fleksibel berbanding bank tradisional.
      • Syarat Kelayakan: Anggota ATM boleh memohon dengan KT, yang biasanya memberi kelulusan yang lebih mudah berbanding dengan bank komersial.
    2. Bank Rakyat

      • Selain KT, Bank Rakyat juga merupakan pilihan untuk anggota ATM yang ingin memohon pinjaman peribadi. Bank Rakyat sering menawarkan produk pembiayaan untuk kakitangan kerajaan dengan kadar faedah yang kompetitif.
      • Maklumat: Bank Rakyat boleh menjadi pilihan yang baik kerana kadar faedahnya lebih rendah, dan proses kelulusannya lebih mudah bagi kakitangan kerajaan termasuk anggota ATM.

    Dengan Penjamin

    • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM200,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
    • Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: Hanya 5 hari bekerja

    Kelayakan:

    • Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar pemohon atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.
    • Pemohon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM10 (RM20 untuk penyertaan semula), modal saham minimum RM100, dan yuran 6 bulan sebanyak RM180.

    Syarat Penjamin:

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: Seorang penjamin diperlukan.
    • Pembiayaan lebih dari RM15,001: Dua penjamin diperlukan.
    • Penjamin mesti ahli koperasi dan masih aktif bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia.

    Yuran Bulanan:

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 hingga RM200,000: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan:

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Tanpa Penjamin

    • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM100,000
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
    • Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 5 hari bekerja

    Kelayakan:

    • Terbuka kepada anggota ATM atau penjawat awam di Kementerian Pertahanan yang memegang jawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
    • Pemohon mestilah memegang keahlian koperasi selama lima tahun atau berpangkat Lans Koperal dan ke atas.
    • Jumlah pinjaman tidak melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.

    Yuran Bulanan:

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 hingga RM100,000: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan:

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Pembiayaan Yuran

    Selain pinjaman peribadi, kami juga menawarkan pembiayaan berdasarkan yuran terkumpul yang dibayar oleh ahli koperasi. Ini adalah pilihan yang baik untuk mereka yang telah membayar yuran secara berterusan.

    • Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 hingga RM100,000 atau 90% daripada jumlah yuran terkumpul (mana yang lebih rendah).
    • Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan.
    • Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
    • Tempoh Pemprosesan: 3 hari bekerja

    Yuran Bulanan:

    • Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
    • Pembiayaan RM15,001 ke atas: RM40 sebulan

    Caj Perkhidmatan:

    • Pembiayaan baharu: RM10
    • Pembiayaan bertindih: RM50
    • Duti setem: RM5 setiap RM1,000

    Isu-Isu

    Kesukaran Mendapatkan Pinjaman Koperasi

    Koperasi-koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi biasanya mengutamakan pelanggan dengan tempoh perkhidmatan yang panjang dan stabil. Bagi anggota tentera, cabaran utama adalah tempoh perkhidmatan yang terbatas dan perlu diperbaharui, yang membuatkan koperasi lebih berhati-hati dalam menawarkan pembiayaan kepada mereka.

    Walaupun begitu, pilihan tetap ada, dan kami akan sentiasa mengemas kini maklumat terkini untuk membantu anggota tentera yang ingin mendapatkan pembiayaan peribadi.

    Ramai anggota ATM yang kecewa kerana tidak dapat mendapatkan kelulusan, meskipun mereka adalah kakitangan kerajaan. Ini boleh berlaku atas beberapa sebab:

    • Promosi Terhad: Koperasi dan bank sering kali mengadakan promosi yang terbuka hanya kepada pelanggan tertentu. Pada waktu tertentu, anggota ATM mungkin tidak dapat memohon kerana promosi tersebut tidak melibatkan kategori mereka.
    • Kriteria Kelayakan: Beberapa bank atau koperasi mungkin mempunyai syarat kelayakan yang lebih ketat, seperti had umur atau tempoh perkhidmatan.

    Cara Memohon

    Bagi anggota ATM yang ingin memohon, disarankan untuk sentiasa menghubungi agen kewangan atau perunding pinjaman yang dapat memberi maklumat terkini mengenai produk pembiayaan yang boleh dipohon. Perubahan dalam promosi atau tawaran baru dari koperasi atau bank mungkin membuka peluang bagi pinjaman peribadi untuk anggota ATM.

    Hubungi Kami

    Bagi anggota ATM yang berminat, anda boleh menghubungi mereka di:

    • Alamat: Koperasi Tentera Wisma Perwira MINDEF, Lorong Keramat Tepi, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
    • Telefon: 03-23030000

    Kesimpulan

    Walaupun pilihan pinjaman peribadi untuk anggota tentera lebih terhad berbanding dahulu, masih terdapat beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan. KT dan Bank Rakyat adalah antara pilihan terbaik untuk anggota ATM. Jangan lupa untuk sentiasa menghubungi agen kewangan atau koperasi untuk mendapatkan maklumat yang paling terkini mengenai pembiayaan peribadi.

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi Sejati: Pinjaman Mudah & Selamat

    Koperasi Sejati: Pinjaman Mudah & Selamat

    Koperasi Sejati

    Dapatkan pembiayaan tunai patuh syariah dengan kadar faedah tetap, proses pantas, dan kelulusan mudah. Sesuai untuk penjawat awam yang inginkan penyelesaian kewangan yang selamat dan menguntungkan. Mohon sekarang dan rasai kemudahan pembiayaan dari Koperasi Sejati yang dipercayai ramai!

    Koperasi Sejati

    Pengenalan

    Koperasi Sejati diyakini zaman berzaman dan tidak asing lagi kerana ianya sudah lama ditubuhkan. Suatu ketika dahulu pernah bekerjasama dengan Al-Rajhi Bank dan Bank Rakyat. Kadar payout yang tinggi membuatkan ramai yang ingin memohon tetapi kadar kelulusan yang rendah menyebabkan banyak permohonan ditolak disebabkan faktor komitmen tinggi iaitu CCRIS dan CTOS. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Di manakah HQ Koperasi Sejati? HQ koperasi Bandar Sri Damansara. Koperasi terawal dan mudah tanpa pengesahan majikan. Proses permohonan tidak ketat kerana semakan menggunakan sistem SPIKA.

    Sejarah

    KOPERASI SEJATI BERHAD incorporated in 1983, is a nation-wide cooperative society with members located throughout Malaysia. We are governed by the Malaysian Cooperative Societies Commission under the umbrella of the Ministry of Entrepreneur Development.

    Vision To be a role model Cooperative Society in Malaysia.

    Mission In line with our vision, we strive to provide the best services and benefits for our members.

    Objectives To ensure satisfactory profit towards meeting dividend payments to our members.

    Social Responsibility To maintain an initiative that is relevant and sustainable corporate social responsibility through contribution to health, education and welfare concerns to the community at large.

    Product Range To innovate and deliver our products and services with sincerity and accountability.

    Commitment Governing Bodies We are committed to full compliance with the laws of Malaysia and to keep abreast with the initiatives and guidelines of the governing bodies.

    Stakeholders It is our end-goal to maintain a healthy and mutually beneficial working relationship with all our stakeholders.

    Staff We recognise our staff as our most valuable assets and strive to provide a rewarding employment experience that also reflects loyalty, integrity, accountability and recognition.

    Refund of Shares

    Membership NOTICE: Refund of shares By ksbsejati on October 10, 2009

    Membership: Refund of share

    1. We are in the process of preparing refund of shares to members who have resigned and ended their loans between July 2007 and June 2009.
    2. Such members would be receiving a letter/fax/email informing them on this matter. If you receive such a letter, kindly help us to fill up the confirmation slip and send it back to us.

    Thank you for your patience and cooperation.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Sejati 5.99% & 6.5%

    Pembiayaan terbaik kerana mendapat kerjasama dari AL-Rajhi Bank

    • Payout 98%.
    • Proses 2-3 minggu.

    Untuk membuat permohonan, tuan/puan perlu mendapatkan pengesahan borang Biro Angkasa dari ketua pengarah atau ketua jabatan ataupun dari unit gaji. Boleh juga mendapatkan pengesahan dari mana-mana pegawai yang dilantik oleh majikan untuk mengesahkan borang. Sekiranya anda mendapatkan pengesahan dari pegawai yang tidak dilantik oleh majikan untuk mengesahkan, permohonan anda akan digantung sementara sehingga anda berjaya mendapatkan pengesahan dari pegawai yang benar-benar dan dilantik oleh majikan.

    Anggota polis juga layak memohon pembiayaan dari Koperasi Sejati. Begitu juga dengan tentera tetapi buat masa ini peluang untuk anggota tentera membuat permohonan amat terhad.

     #pinjamanperibadi #koperasi #Sejati 

    Hubungi Us

    • Tel: 03-6272 1366
    • Fax: 03-62728296
    • 1-2, Jalan Cempaka SD12/2,
      Bandar Sri Damansara,
      52200 Petaling Jaya, Selangor
  • Koperasi Ukhwah: Pinjaman Mudah & Selamat

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Mudah & Selamat

    Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

    Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad menawarkan pembiayaan tunai terbaik yang mengikut prinsip syariah antarabangsa dan interest flat rate. Ini adalah pilihan terbaik untuk penjawat awam yang memerlukan pembiayaan yang mudah dan menguntungkan. Jom mohon sekarang dan nikmati proses permohonan yang cepat dan mudah!

    Pengenalan

    Koperasi Ukhwah adalah koperasi yang terkenal yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan AG, kerajaan negeri dan Polis. Untuk yang bertaraf sementara atau kontrak atau belum disahkan jawatan (bermaksud yang masih ada potongan KWSP) tidak layak untuk memohon pembiayaan dari Ukhwah. Sejak dari info ini diketahui, Ukhwah banyak menerima dana kewangan dari Maybank sebagai rakan strategik pasaran kewangan di Malaysia.

    Sejarah

    Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali sebagai Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad di Kuala Lumpur dengan keanggotaan permulaan seramai 100 orang.

    Aktiviti perniagaan awal adalah mengendalikan kantin makanan ringan di sebuah Ma’ahad Tahfiz di Kuala Lumpur.

    Kemudian perniagaan beralih kepada memasarkan produk makanan yang diusahakan oleh masyarakat Islam, iaitu kicap soya, cili sos dan cuka. Malangnya aktiviti pemasaran produk tersebut menghadapi cabaran besar yang memerlukan modal pusingan yang besar, akhirmya koperasi menamatkan aktiviti pemasaran ini.

    Pada tahun 2002 koperasi ini telah meningkatkan sistem pentadbirannya dan telah menukarkan nama kepada Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH).

    Ukhwah telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh Ambank Berhad, untuk memasarkan produk Kewangan Islam Bai Al-Inah kepada masyarakat Malaysia. Ia bermula dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, dan seterusnya koperasi mendapat kepercayaan Ambank sehingga peruntukan ditambah kepada RM50 juta.

    Serentak dengan itu juga turut melancarkan kelab UKHWAHCare, dengan tujuan sebagai “added value” kepada masyarakat yang terlibat dengan gerakan koperasi. “Aded value” ini berupa pelbagai kebajikan dan faedah yang disediakan oleh Ukhwah kepada angota-anggotanya. Sekaligus ini menarik kesetiaan atau “loyalty” anggota koperasi dan juga masyarakat luar.

    Ambank terus memberi sokongan dengan meningkatkan dana sebanyak RM800 juta untuk produk pembiayaan Bai Al Inah.

    Serentak dengan itu juga, pihak Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) juga memberikan kepercayaan dengan memperuntukan dana “working capital” sebanyak RM110 juta, sesuai dengan semangat kerjasama antara dua koperasi ini ternyata konsep “added value” UKHWAHCare menjadi faktor daya penarik hingga keanggotaan Koperasi Ukwah meningkat kepada 50,000 orang.

    Sekitar tahun 2008, Ukhwah telah menambah rangkaian perniagaannya dalam bidang emas dan perhiasan dengan membuka cawangan Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’change. Ar-Rahnu X’change merupakan francais Bank Rakyat yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai berteraskan sistem perundangan Islam

    Pada tahun 2011 Koperasi UKHWAH telah melakukan penjenamaan semula kepada Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Mula berkembang pesat dalam sektor Hartanah sehingga ke peringkat Antarabangsa seperti London, Melbourne dan Beijing.

    Ini adalah satu perniagaan yang sangat strategik serta pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.

    Tahun 2014 sekali lagi Ukhwah melebarkan sayap perniagaan dengan membuat pelaburan dalam bidang kuari. Pemilikan ekuiti di dalam Bertam Quarry Sdn Bhd mampu memberikan impak yang positif kepada perniagaan untuk terus bersaing di bidang perniagaan di Malaysia bahkan di peringkat Asia dan antarabangsa.

    Dengan kepelbagaian bidang perniagan yang diceburi menjadikannya salah sebuah koperasi sebagai pemangkin dalam meningkatkan martabat koperasi ke peringkat yang lebih tinggi.

    Syarat Kelayakan

    Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

    • Kakitangan kerajaan, badan berkanun, agensi kerajaan, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.
    • Pemohon mestilah berumur 19 hingga 56 tahun.
    • Pemohon mestilah berjawatan tetap, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan berkhidmat.
    • Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) mestilah tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan.
    • Pendapatan minimum sebanyak RM1500 atau lebih untuk layak memohon.
    • Tempoh bayaran balik adalah antara 24 bulan hingga 120 bulan.
    • Pembiayaan bertindih (overlap) dan penyelesaian akaun disenarai hitam (blacklist) dibenarkan.

    Dokumen Sokongan

    Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon:

    • Kad Pengenalan (3 salinan)
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan bagi setiap bulan)
    • Penyata penyelesaian terkini untuk menyelesaikan pinjaman lama (overlap)
    • Surat Pengesahan Jawatan
    • Salinan Penyata atau Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan)
    • Surat opsyen bersara (untuk pemohon yang berumur 50 tahun ke atas)
    • “Allotment Form” untuk pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan)
    • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan)
      (Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan)

    Pinjaman Peribadi Popular

    Ukhwah menyediakan kemudahan pembiayaan yang mudah untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, agensi kerajaan, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak. Pinjaman ini direka untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan pembiayaan dengan syarat yang fleksibel dan mesra.

    Ukhwah Cash-i

    Produk pembiayaan yang masih popular lagi untuk dimohon. Dibawah adalah syarat2nya.

    Syarat / Kelayakan

    1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih
    2. Berumur 19 hingga 56 tahun
    3. Berjawatan tetap (minima 6 bulan berkhidmat)
    4. Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan
    5. Pendapatan minimum RM1500 ke atas layak memohon
    6. Tempoh bayaran balik 24 bulan sehingga 120 bulan
    7. Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

    Dokumen Sokongan

    • Kad Pengenalan (3 salinan)
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan)
    • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama
    • Surat Pengesahan Jawatan
    • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan)
    • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas
    • “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan)
    • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan)

    * Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan.

    Ukhwah 4.65%

    Kriteria seperti berikut:

    • Tempoh 10 tahun sahaja max.
    • Kiraan had kelayakan pinjaman adalah 60% dari gaji kasar (AG, Polis, kerajaan negeri, majlis dan GLC terpilih sahaja).
    • Proses kelulusan dan dapat duit 4-8 minggu. Jika ada blacklist dengan mana-mana institusi kewangan perlu diselesaikan terlebih dahulu.
    • Koperasi akan membuat semakan dengan sistem OCCIS yang digunapakai oleh Maybank, jadi sekiranya mempunyai pinjaman perumahan, kenderaan, kredit kad Maybank atau apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh Maybank, permohonan adalah sukar untuk mendapat kelulusan dan kebanyakan permohonan akan ditolak.

    Jadual Pembayaran

    Repayment table (jadual pembayaran) Koperasi Ukwah.

    Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia.

    Perkhidmatan Lain

    Ukhwah Care

    KEBAJIKAN UKHWAH Care

    • Khairat kematian
    • Perkahwinan
    • Kelahiran Anak

    *Mengikut Terma dan Syarat

    DERMASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG

    UKHWAH menawarkan biasiswa kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    *Mengikut Terma dan Syarat

    PENGINAPAN DI KUALA LUMPUR

    Koperasi menyediakan kemudahan penginapan hotel bajet kepada anggota di sekitar Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.*Mengikut Terma dan Syarat

    AGEN KORPORAT TAKAFUL (Etika Takaful & Takaful Ikhlas)

    Menawarkan perkhidmatan perlindungan takaful am dan bermotor kepada semua anggota koperasi dan rebat khas buat anggota yang layak.

    Hartanah

    Pelaburan

    Maxim Residences merupakan suite yang eksklusif terletak di lokasi strategik dan ia cantik, direka bagi melengkapkan gaya hidup urban kontemporari dengan tiga komponen utama yang merangkumi golongan profesional muda, “Live, Work and Play”.

    Berdasarkan lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan Taman Bukit Cheras, Taman Len Seng, Taman Connaught, Alam Damai dan sekitarnya serta

    Konsep yang menepati kehendak pasaran, maka Ukhwah mengambil peluang untuk meningkatkan pemilikan hartanah dengan membeli 18 unit ruang perniagaan.

    Alamat: Jalan 9, Taman Len Seng, 43200 Batu 9 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

    Pejabat Koperasi

    Medan Tuanku merupakan salah satu kawasan perniagaan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dengan lokasi yang strategik, Medan Tuanku dihubungkan dengan jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

    Selain itu Medan Tuanku juga turut dikelilingi kawasan kejiranan yang menjadi titik utama tarikan para peniaga dan pelancong seperti Kg. Baru, Bukit Nenas, Masjid India, Masjid Jamek, Chow Kit dan Bukit Bintang.

    Selain itu, dengan kepelbagaian capaian pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, Komuter, bas dan teksi menjadikan Medan Tuanku sebuah kawasan perniagaan yang berprestij.

    Plaza Damas, Sri Hartamas

    Plaza Damas merupakan pusat pembangunan komersial bercampur di Sri Hartamas. Pembangunan pegangan bebas telah dibangunkan oleh Mayland, salah satu pemaju yang lebih mantap di Lembah Klang.

    Ia terdiri daripada ruang perniagaan, pejabat dan 4 menara pangsapuri servis, yang dinamakan Dorchester, Mayfair, Menara Waldorf dan Windsor Tower.

    Di tengah-tengah pusat komersial Plaza Damas terletaknya Pusat Beli-belah Hartamas yang menempatkan lebih daripada 70 kedai-kedai makan dan 200 unit kedai dalam premisnya. Dengan nama-nama besar seperti TGIF, Starbucks dan Pasta Zanmai,

    Plaza Damas memenuhi keperluan untuk golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi serta masyarakat Jepun dan Korea yang tinggal di kawasan Sri Hartamas dan Mont Kiara.

    ZetaPark

    Penjelmaan aspirasi dan inspirasi, ZetaPark bertujuan untuk memberi keseimbangan persekitaran untuk semua peringkat umur. ZetaPark adalah pembangunan bersepadu yang terbesar di Setapak terdiri dari gabungan penginapan dan pusat membeli-belah iaitu KL Festival City.

    ZetaPark merupakan pembangunan komersial dan kediaman yang melambangkan objektif utama untuk menjadi kreatif & inovatif. Penghuni kediaman akan dihiasi dengan landskap yang mesra alam disertai dengan pemandangan yang menakjubkan dari tasik Danau yang indah.

    Ar-Rahnu Xchange

    Pajak Gadai Emas

    Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:

    Skim Ar-Rahnu Skim Az-Zahab

    Tujuan

    1. Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
    2. Menghapuskan unsur ‘riba’ dalam urusan pajak gadai.
    3. .Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

    Penulisan Wasiat

    Apa itu Wasiat

    Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

    Syarat-syarat

    Wasiat Islam

    1. Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
    2. Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
    3. Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

    Wasiat Konvensional

    1. Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
    2. Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958

    Ukhwah Computer

    Berkaitan pembelian komputer secara bayaran ansuran mudah

    Penginapan/ Dewan

    Seven Residence

    Ukhwah Seven Residence @ hotel bajet merupakan salah satu kemudahan penginapan yang disediakan oleh Ukhwah untuk anggota.

    Dengan harga yang berpatutan serta tempat yang strategik iaitu Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Seven Residence merupakan satu pilihan tepat bagi para pengunjung.

    Sistem perhubungan yang mudah kerana berhampiran stesen pengangkutan awam seperti LRT Putra (Stesen Bandaraya & Sultan Ismail) dan Monorail (Stesen Medan Tuanku).

    Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan kompleks-kompleks membelibelah terkenal seperti SOGO, Pertama Complex, Busana (Mara Digital), Maju Junction dan Quill City Mall serta Jalan Tunku Abdul Rahman.

    Hotel ini mempunyai 7 bilik selesa selain dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil Double/Single, bilik air di setiap bilik, kelengkapan bilik air, kemudahan akses internet (Wifi), LCD TV & ASTRO dan sebagainya.

    Kemudahan serta dan lokasi yang sangat baik membuatkan Ukhwah Seven Residence @ Kuala Lumpur menjadi asas yang sempurna untuk menikmati penginapan anda di Kuala Lumpur.

    Kemudahan Hotel

    • LCD TV & Astro*, penghawa dingin, kelengkapan asas bilik air, kemudahan akses internet (WiFi)

    Lokasi

    Ukhwah Seven Residence
    No.6, Tingkat 2 Lorong Medan Tuanku 1,
    50300 Kuala Lumpur

    Untuk Tempahan :
    Tel : +603 – 2694 4970/106
    Fax : +603 – 2694 1530
    Mail : booking@ukhwah.com.my
    [ Pn.Yanti & Pn.Faridah ] booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

    Regalia Service Apartment

    Regalia (juga dikenali sebagai Regalia @ Sultan Ismail) adalah kediaman servis mewah dibangunkan oleh Mayland. Ia terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, hanya beberapa minit dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Kediaman perkhidmatan memenuhi keperluan yuppies canggih dan warga kota yang menikmati gaya hidup bandar.

    Regalia mencerminkan gaya hidup moden yang mewah dengan keseimbangan yang betul antara ruang berfungsi dan dalaman yang bergaya.

    Setiap unit artistik dibina dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan setiap penduduk bijak yang melayan reka bentuk dalaman yang kreatif dan eksklusif.

    Kemudahan yang disediakan

    Hotel Facilities : Parking, Reception desk, Air-conditioning in public areas, Garage, Elevator/Lift, Air Conditioning, Wireless internet.

    Room Facilities : Cable/satellite, Air Conditioning, Complimentary toiletries, Private Bathroom, Flat screen LCD TV, ASTRO, WiFi

    Kadar Penginapan

    RM 300 / Malam

    Untuk Tempahan:

    Tel : +603 – 2694 4970/106
    Fax : +603 – 2694 1530
    Mail : booking@ukhwah.com.my

    [ Pn.Yanti & Pn.Faridah ] booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

    Ukhwah London Stay

    Ukhwah London Stay merupakan hartanah pertama Koperasi Ukhwah di luar Negara. Ukhwah London Stay adalah sebuah kediaman jenis ‘Townhouses’, terletak di kawasan kediaman West 3, menawarkan gaya hidup yang bergaya dan kontemporari di dalam kawasan pembangunan yang selesa ini.

    Ukhwah London Stay menawarkan persekitaran yang tenang dan inovatif bagi mereka yang mencari hidup kontemporari yang selesa. Rangkaian pengangkutan yang sangat baik membuatkan West 3 tempat yang ideal dan dihubungkan melalui jalan raya, kereta api atau udara.

    Kemudahan yang disediakan

    Kemudahan Rumah : Rumah 3 tingkat, ruang menonton, ruang dapur, ruang makan, 3 bilik, 3 bilik air & ruang rehat luar.

    Kelengkapan yang disediakan : LCD TV, dapur, mesin basuh & pengering, akses internet (WiFi)

    Kadar Penginapan

    £150 Paund / hari (Minimum 7 hari)

    Alamat :

    193 Napier House,
    W3 7FN London

    Untuk Tempahan:
    Tel : +603 – 2694 4970/106
    Fax : +603 – 2694 1530
    Mail : booking@ukhwah.com.my

    [ Pn.Yanti ]booking.com, agoda.com, tripadvisor, trivago.com

    UCC

    Kadar sewaan dewan/dewan utama/dewan B. * PA Sistem, ‘white board’ & flipchart termasuk dalam sewaan dewan

    Hubungi Kami

    • Tel: +603-2692 9222 / +603-2694 2530
    • Fax: +603-2694 6922
    • 8, Lorong Medan Tuanku 1, Medan Tuanku,
      50300 Kuala Lumpur
    • Opening Hours:
      9am-5pm (Monday to Friday
  • Koperasi Kopusamaju: Loan Murah 3.99%

    Koperasi Kopusamaju: Loan Murah 3.99%

    Koperasi Kopusamaju

    Dapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah tetap dan proses pantas melalui kerjasama eksklusif bersama Alliance Bank. Sesuai untuk kakitangan kerajaan dan swasta yang inginkan kelulusan mudah dan pembayaran fleksibel. Koperasi Kopusamaju adalah pilihan terbaik anda untuk pembiayaan yang dipercayai.

    Pengenalan

    Sejarah Penubuhan

    Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad ini telah ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan yang dikuatkuasa mulai 16 September 1993. Koperasi ini telah pun didaftarkan dengan mengikut kehendak Seksyen 7(1) sebagai satu koperasi asas dengan liabiliti terhad dan Undang-undang Kecil Koperasi yang diluluskan oleh mesyuarat agung permulaan dan telah didaftarkan bertarikh 4 Julai 2002

    Merujuk undang-undang kecil seksyen 5 dan memenuhi kehendak asas koperasi 1993 perenggan 26(c) kawasan operasi ini ialah daerah Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudi, Kudat, Keningau, Tenom, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Daerah Kecil Putatan, Tamparuli, Membakut dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

    Walaubagaimanapun, pada 29 september 2008, kawasan operasi Koperasi Pusamaju sudah meliputi seluruh Malaysia. Kelulusan rujukan MECD: PK(KOP)SOK/1(70).

    Produk dan Perkhidmatan

    Berikut adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan:

    • Program TUKAR & ATOM
    • Kedai Alat Ganti Kenderaan
    • Pemasaran Perumahan & Bangunan Komersil
    • Pengurusan & Penyelenggaraan Bangunan
    • Dewan Serbaguna (Mesyuarat, Latihan & Seminar)
    • Pelaburan Hartanah / Saham: Koperasi juga melabur dalam Bursa Saham, mempunyai 110,000-unit saham Bumi Armada Bhd.
    • Pengedaran Barang-Barang Kawalan: Tepung, Gula, Minyak

    Sejarah Menjadi Agen

    Anda dapati banyak fylers mengenai KOPUSAMAJU ~ Alliance Bank berlegar-legal di lobi masuk pintu utama bangunan kerajaan dan ada juga yang diletakkan di bakul atau raga motosikal, di depan cermin kereta ataupun di tempat handle pintu pemandu. Ramai sekali agen atau wakil jualan koperasi yang begitu giat mempromosikan pembiayaan peribadi dari Alliance Bank~ Kopusamaju ini. Hampir disetiap pelusuk negara flyer ini ditaburkan. Terdapat juga agen atau wakil jualan koperasi yang betul-betul berani dengan mengedar flyers pinjaman di hadapan masjid-masjid sesudah solat Jumaat. Ini dapat dilihat contohnya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur dan di Masjid Putrajaya.

    Dengan berbekalkan interest yang sangat menarik iaitu hanya 3.99% FLAT RATE selama 20 tahun, mana tidaknya begitu banyak permohonan diterima sampai bahagian memproses borang tidak cukup tangan untuk mengendalikan proses semakan dan kelulusan. Kadang-kala proses permohonan yang sepatutnya sekitar 2 minggu telah menjadi 4-6 minggu disebabkan kesesakan borang permohonan di bahagian semakan.

    Boleh dikatakan gabungan antara koperasi dan bank ini menampakkan kejayaan yang luar biasa sama seperti kejayaan sebelum ini yang pernah dikecapi oleh Koperasi KPUNB dengan usahasama Al-Rajhi Bank. Tidak ketinggalan juga pusat kewangan seperti Coshare dan Ikhtiar Destinasi (dikenali dengan idsb /i-destinasi) bekerjasama dengan Kuwait Finance House Bank.

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa KOPUSAMAJU telah lama beroperasi sejak dari tahun 2002. Ibupejabat di Sabah dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat di Kuching, Sarawak. Sangat popular suatu masa dahulu kerana flyers sangat banyak di kenderaan penjawat awam dan di letter box kuarters kerajaan. Anda juga dapat melihat hampir saban hari flyer diletakkan di kenderaan parkir di Klinik Tanglin Kuala Lumpur.

    Seperkara lagi yang menarik perhatian ramai warga kerajaan untuk memohon adalah pamplet Pusamaju yang berwarna. Kebiasaannya flyer yang berunsurkan pinjaman peribadi tidak berwarna iaitu hitam putih. Tetapi fylers bagi koperasi ini menggunakan kertas tebal dan cetakan berwarna menunjukkan perniagaan agen koperasi sedang berkembang pesat. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Pusamaju 3.40%-4.99%

    Kriteria bagi pembiayaan kewangan ini adalah seperti berikut:-

    • Kadar keuntungan 3.4% dan 4.8%.
    • Tempoh pinjaman selama 20 tahun.
    • Payout yang tinggi 94% tolak advance 3 bulan.
    • Proses dalam 3-4 minggu. Ccris/ Ctos layak memohon.
    • Bayaran ansuran bulanan melalui Biro Angkasa (potongan gaji).

    Untuk pengetahuan, promosi ini ditutup buat sementara waktu. Sila layari laman web ini dari semasa ke semasa untuk promosi terkini dan terbaru dari kami. Koperasi ini dibuka semula pada tahun 2019 dan ditutup setelah fund sudah habis. Sila ke laman web utama untuk memohon pinjaman peribadi yang lain dengan tawaran promosi pembiayaan dan menarik. Pembiayaan ini adalah Islamic dan patuh syariah.

    Hubungi Kami

    Koperasi Kopusamaju

    KOPERASI KOPUSAMAJU
    Lot 2-02, Block J, Platinium Plaza
    Jln Putatan, Bandar Putatan
    88869 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel: 088-734 358 

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi Perdanajaya: Loan Cepat & Mudah

    Koperasi Perdanajaya: Loan Cepat & Mudah

    Koperasi Perdanajaya

    Promosi pinjaman peribadi Koperasi Perdanajaya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun GLC terpilih. Maksima pembiayaan RM200,000 dimana ansuran bulanan dipotong melalui potongan Biro Angkasa. 

    Pinjaman Peribadi Popular

    Perdanajaya 5.5%

    Promosi terbaru dari Perdanajaya khas untuk penjawat awam yang layak. Promosi ini bermula pada bulan Februari 2011. Menawarkan pembiayaan dengan interest 5.5% setahun (flat rate), pinjaman maksima sehingga 20 tahun dan kadar payout sebanyak 94.5%. Blacklist CTOS, CCRIS layak memohon.

    Bagi kakitangan berjawatan tetap yang bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baru bekerja 3 bulan layak memohon dengan jumlah yang akan ditentukan oleh koperasi kelak.

    Bagi mereka yang hampir pencen, anda dinasihatkan untuk mendapatkan surat opsyen pencen 58/60 tahun untuk melayakkan anda untuk kelulusan pembiayaan peribadi Perdanajaya.

    Kakitangan kerajaan pusat di Putrajaya, Pusat Bandar Damansara ataupun di kuarters kerajaan Jalan Kuching, Kuala Lumpur juga adalah pelanggan yang biasa membuat permohonan kewangan dan sudah ramai yang berjaya mendapatkan pembiayaan ini dengan hati yang tenang walaupun agak lama menunggu proses kelulusan dari koperasi.

    Jika anda mempunyai masalah ccris, ctos, akpk, blacklist (senaraihitam) dan ada rekod dalam pemerhatian (under special attention) juga layak mencuba pembiayaan dari Koperasi Perdanajaya.

    Interest rate yang terakhir adaah 5.5% di mana yang terendah dalam kelasnya yang tersendiri.

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Kini ada banyak tempat yang boleh anda pilih selain dari Perdanajaya seperti Yayasan Ihsan Rakyat (Yir), Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (RCE Yayasan), Koperasi Borneo dan MCCM Resources. Kesemua yang disebutkan ini menawarkan pembiayaan kewangan yang terbaik untuk anda mohon. Jadi jom hubungi pihak kami di talian seperti di atas untuk mendapatkan keterangan lanjut.

    Kelebihan

    Kelebihan membuat pinjaman peribadi dengan Koperasi Perdanajaya adalah seperti berikut:-

    1. Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan dan badan berkanun termasuk POS dan lain-lain GLC.
    2. Kadar interest 5.5% setahun bagi permohonan baru manakala 5.2% bagi permohonan kali kedua atau seterusnya (dengan syarat perlu membuat overlap bagi pinjaman lama Koperasi Perdana).
    3. Amaun maksima RM200,000. Tempoh pembiayaan (loan tenure upto 20 years) sehingga 20 tahun. Yuran koperasi (fee) RM30 akan dikenakan.
    4. Blacklist CTOS/ CCRIS RM50,000-RM100,000 boleh dipertimbangkan asalkan tempoh dikenakan rekod blacklist tidak terlalu lama.
    5. Perlu menggunakan borang Asal (original form). Borang tidak boleh difotostat ataupun dicetak dari emel. Menggunakan konsep pembiayaan berasaskan Syariah (Bai Al-Inah).

    Lakukan Perkara Berikut

    Sila pastikan slipgaji yang anda hantar adalah slipgaji terkini dalam bentuk PDF Files untuk memudahkan pihak kami membuat pengiraan dengan cepat. Jika anda menghantar slipgaji yang kabur dan tidak berapa jelas, dikhuatiri pengiraan pembiayaan peribadi anda akan menjadi salah dan tidak sah. Jadi kerjasama anda amat dihargai dalam memastikan kelancaran proses pengiraan kelayakan pembiayaan peribadi. Anda akan dimaklumkan samada layak atau tidak selepas pengiraan dibuat.

    Untuk maklumat, pembiayaan peribadi ini adalah melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) dan menggunakan kemudahan Biro Angkasa (BPA). Biasanya kami akan menyemak rekod intransit pemohon untuk memastikan bahawa tiada potongan baru dibuat dalam proses menunggu (intransit) untuk dipotong ke dalam slipgaji. Sekiranya anda rekod booking intransit dari sistem Angkasa, maka jumlah pembiayaan peribadi anda akan dikurangkan bagi mengelakkan potongan melebihi 60% dari jumlah pendapatan dalam slipgaji.

    Pendapatan lain di luar slipgaji tidak akan diambilkira sebagai sokongan kepada sesuatu permohonan pembiayaan peribadi kerana jika diambilkira maka tiada keseimbangan dalam slipgaji pemohon. Hanya pendapatan tetap dalam slipgaji pemohon sahaja yang akan diambilkira dalam membuat pengiraan had kelayakan pembiayaan peribadi pemohon.

    Hubungi Kami

    • No. 16A, Jalan 2/6, Dataran Templer,
      68100 Batu Caves, Selangor
    • Opening Hours:
      9am-6pm (Monday-Friday)
    • Tel: 03-6120 7072
    • Fax: +603-6120 7066
  • Dana Bank Rakyat: Loan Mudah & Cepat

    Dana Bank Rakyat: Loan Mudah & Cepat

    Dana Bank Rakyat

    Ingin mengetahui mengenai pinjaman peribadi dana Bank Rakyat? Jika gagal mendapat pembiayaan Bank Rakyat, anda boleh mencuba dengan Koperasi dana bank.

    Pengenalan

    Adakah anda boleh memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat sekiranya telah berdaftar dengan AKPK?

    Jawapannya tidak dibenarkan untuk memohon dengan mana-mana institusi kewangan ataupun koperasi kerana pihak AKPK sendiri sudah membuat penstrukturan semula keseluruhan hutang anda.

    Jadi sebarang permohonan baru pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, permohonan kredit kad tidak boleh dilakukan. Tetapi ada sesetengah kes di mana terdapat kelulusan bagi pemohon yang mempunyai AKPK.

    Jadi peluang untuk lulus tetap ada. Jadi mohon sekarang!

    Koperasi Popular Dana Bank Rakyat

    Terdapat beberapa koperasi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat antaranya dari Koperasi Kekal (Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad), Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (Kogemilang), Koperasi Perdanajaya Berhad dan Koperasi Kobena.

    Komitmen luar yang tinggi dan rekod ccris ataupun ctos yang tinggi menyukarkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dana dari Bank Rakyat kerana skema kelulusan adalah mengikut ketetapan dari bank manakala proses kelulusan menjadi lambat kerana perlu proses menyaring di bahagian koperasi dan bank.

    Koperasi Terlibat

    Berikut adalah serba sedikit koperasi yang menjalankan kegiatan pinjaman peribadi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat

    1. Koperasi Kekal
    2. Koperasi Gemilang kogemilang
    3. Koperasi Perdanajaya
    4. Koperasi Kobena

    Gagal Permohonan

    Sekiranya tidak berjaya, apa yang anda harus lakukan?

    Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah blacklist / senaraihitam bolehlah memohon untuk mendapatkannya tetapi harus diingat proses kelulusan mengambil masa yang agak lama kerana permohonan harus diproses oleh pihak koperasi dan bank.

    Sekiranya tidak boleh menunggu kerana desakan dan keperluan kewangan yang meruncing, anda disarankan untuk memohon dengan koperasi lain yang menggunakan dana sendiri tanpa melalui mana-mana bank.

    Koperasi Yang Dibenarkan

    Penjawat awam (kakitangan kerajaan dan badan berkanun terpilih) masih mempunyai ruang untuk memohon sekiranya anda gagal mendapatkan pembiayaan peribadi menggunakan dana Bank Rakyat.

    Terdapat beberapa institusi kewangan yang menguruskan dana sendiri tanpa melalui dana bank seperti Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Perlis RCE (YYP) dan Petronesa.

    Kami akan dikemaskini dalam entri yang lain sekiranya terdapat beberapa koperasi yang menjalankan khidmat pembiayaan peribadi menggunakan dana sendiri.

    Kategori Yang Layak

    Kategori yang layak memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat

    1. Kerajaan berjawatan tetap sahaja.
    2. Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
    3. Badan berkanun terpilih sahaja.
    4. Swasta, peniaga, pelajar, mahasiswa, surirumah, anggota tentera (askar) tidak layak sama sekali

    Penyelesaian

    MBSB Waslah

    Sekiranya tuan/puan sudah menerima surat dari MBSB yang menyatakan bahawa MBSB sudah membuat booking in-transit lebih awal dari tahun sebenar peningkatan ansuran bulanan (contohnya ansuran baru tahun 2018 tetapi telah diblok tahun ini), maka cara yang boleh dilakukan oleh pemohon buat masa ini adalah dengan pergi ke ibu pejabat Angkasa dan dapatkan surat Angkasa 2/79 yang menyatakan dengan jelas bila MBSB akan membuat pemotongan baru.

    Pemohon masih boleh membuat pinjaman baru (fresh loan) dengan mana-mana koperasi tetapi dihadkan untuk tahun yang belum ada peningkatan bayaran bulanan MBSB Waslah.

    Contohnya tempoh pinjaman selama 4 tahun sahaja dari max 10 tahun (tempoh pembiayaan yang dibenarkan max 10 tahun sepatutnya sehingga tahun 2024 tetapi diluluskan sehingga tahun 2018 sahaja kerana selepas dari tahun 2018 akan berlaku peningkatan dalam bulanan pinjaman Waslah.

    Permohonan Selepas Hari Raya Aidilfitri 2014

    Pemohon yang mempunyai pinjaman MBSB Waslah sebelum ini akan menghadapi sedikit kesulitan untuk membuat pembiayaan peribadi bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 kerana pihak MBSB sudah block booking in-transit dalam Angkasa.

    Sebagai contoh, sekiranya potongan ansuran MBSB Waslah yang baru akan dipotong dalam tahun 2017, bermakna semua permohonan baru dengan koperasi tidak boleh sehingga max 10 tahun lagi kerana diambil dari perbezaan tahun pembayaran ansuran baru dengan tahun semasa.

    Jadi dalam contoh di atas, pemohon layak meminjam untuk tempoh pembiayaan selama 3 tahun (yakni 2017 tolak 2014 tahun semasa).

    Jadi jumlah pembiayaan akan berkurangan disebabkan tempoh pembiayaan yang pendek. Harap maklum.

  • Koperasi MOCCIS: Pinjaman & Keahlian

    Koperasi MOCCIS: Pinjaman & Keahlian

    Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS)

    Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) adalah pembiayaan melalui skim potongan gaji majikan (PGM). Pinjaman yang sangat popular untuk penjawat awam di Malaysia.

    Pengenalan

    Membuat pinjaman peribadi Moccis adalah gaya hidup terkini yang mesti anda rebut peluangnya. Ramai kakitangan kerajaan yang telah memohon dengan jayanya sebelum ini. Ia sangat mudah kerana potongan adalah melalui skim potongan gaji (PGM) menggunakan borang biro angkasa (BPA).

    Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga (berkahwin), menguruskan belanja kahwin, membeli kenderaan baru dan untuk kegunaan percutian, ramai juga yang memohon. Ini kerana kadar keuntungannya yang kompetitif sehingga mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu.

    Berdasarkan pengalaman, ramai yang ingin membuat overlap dengan pinjaman koperasi yang baru pada masa itu seperti petronesa, Yayasan RCE dan koperasi kekal juga Kowamas.

    Kepada pemohon yang mendapati agak sukar untuk mendapatkan cop biro angkasa dari majikan inilah jalan penyelesaiannya kerana permohonan pembiayaan ini tidak memerlukan pengesahan biro angkasa (tertakluk kepada terma dan syarat dibawah).

    Jadi apa yang ditunggu lagi, jom apply dengan segera!

    Syarat Permohonan

    • Kadar keuntungan untuk kakitangan AG serendah 3.99% iaitu bagi 1-2 tahun pembiayaan
    • Interest berdasarkan tempoh pembiayaan: 4.49% bagi 3-5 tahun dan 4.99% bagi tempoh pembiayaan 5-10 tahun.
    • Bagi non-AG seperti kerajaan negeri, Majlis Daerah, Pos Malaysia dan GLC terpilih seperti LKIM, MARDI, RISDA dll kadar keuntungan adalah 5.8% flat rate.

    Syarat Lain

    Pembiayaan peribadi tidak memerlukan cop pengesahan untuk borang Biro Angkasa (BPA) untuk kakitangan AG tetapi pengesahan borang angkasa diperlukan bagi kakitangan non-AG.

    Komitmen yang rendah. Buat masa ini, pembiayaan peribadi Coshare ditutup buat sementara waktu.

    Tidak boleh mempunyai rekod CTOS/ CCRIS (blacklist). Jika ada maka permohonan tidak diluluskan.

    Proses permohonan sama seperti memohon dengan bank-bank yang lain. Sekiranya gagal mendapatkan pembiayaan peribadi dengan bank lain, maka permohonan dengan Coshare dan Ikhtiar Destinasi (IDSB) juga akan mendapat keputusan yang mengecewakan. Jadi jangan membuang masa lagi, terus mohon pembiayaan peribadi koperasi dengan pihak kami kerana kami menawarkan semua pakej dan semua koperasi.

    Jadual Pembayaran

    Proses 2-4 minggu tertakluk kepada dokumen mestilah lengkap. Payout 91%. tolak 2% angkasa. Untuk keterangan lanjut mengenai jumlah pembiayaan dan tunai bersih ditangan (payout), sila klik link dibawah.

    jadual personal loan i destinasi 3.99

    (Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh bagi semua permohonan Coshare dan Ikhtiar Destinasi (IDSB) telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia)

    (Harap maaf, Koperasi Moccis telah memberhentikan seketika permohonan baru pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. Akan dimaklumkan sekiranya permohonan personal loan baru. Tuan/puan bolehlah menyemak koperasi yang lain seperti di laman utama website kami.

    Hubungi Kami

    • Jelatek Business Centre, 27-3, Jalan Jelatek, Au 1,
      54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    • Opening Hours:
      8.30am-5,30pm (Monday-Friday)
    • Tel: 03-4260 4227
    • Fax: 03-42604236
  • Pinjaman KPUNB: Peribadi Popular Penjawat Awam

    Pinjaman KPUNB: Peribadi Popular Penjawat Awam

    Koperasi Permodalan Usahawan (KPUNB)

    Koperasi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (KPUNB) menawarkan personal loan popular dengan pembiayaan RM200,000 blacklist lulus. Mohon sekarang!

    Pengenalan

    KPUNB  merintis pembiayaan kerajaan. Mengamalkan prinsip syariah bai al-inah iaitu skim pinjaman yang berlandaskan prinsip syariah Islam antarabangsa. Rebet atau ibra’ akan diberikan jika membuat penyelesaian awal. Pembiayaan ini dahulunya dengan usahasama bank terkemuka dunia iaitu Al-Rajhi Bank.

    Personal loan ini terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pengalaman

    Apabila semua dokumentasi sudah siap dan dihantar ke pejabat KPUNB, tempoh memproses borang adalah dalam masa 2 minggu dari tarikh penghantaran borang. Apabila permohonan pembiayaan anda lulus, maka pihak KPUNB akan menghubungi pemohon bagi urusan akad jual beli. Ini adalah koperasi yang mula-mula memperkenalkan proses akad kepada pemohon/pembeli setelah permohonan lulus.

    Ketelusan dan kebolehpercayaan amatlah di titikberatkan dalam setiap permohonan ini. Jika terdapat tandatangan yang tidak clear samada dari pemohon atau dari pegawai yang menandatangani borang pengesahan pembiayaan, pihak pemohon haruslah membuat semula borang tersebut sehingga benar-benar lengkap.

    Pinjaman Peribadi Popular

    KPUNB Dana Sendiri

    Sangat popular dan mempunyai operasi yang menguntungkan sehinggga KPUNB ini boleh menggunakan dana sendiri. Interest di antara rendah iaitu:

    • 5.99%-7.99%.
    • Payout: 96% tolak 3 bulan deposit tolak processing fee RM400.
    • Tempoh pembiayaan yang panjang iaitu sehingga 20 tahun.
    • Amaun pembiayaan maksima RM200 ribu.
    • Pembiayaan peribadi tanpa penjamin.
    • Buat masa ini tempoh pemprosesan adalah sekitar 1-2 minggu tertakluk kepada dokumen mestilah lengkap.
    • Pemohon yang mempunyai rekod blacklist yang besar juga layak memohon. Dokumen yang ringkas.

    KPUNB Dana Al-Rajhi

    Pembiayaan kewangan ini menggunakan dana Al-Rajhi Bank. Interest di antara rendah:Iaitu 7.99%. Ada pengesahan majikan dan akad loan melalui panggilan telefon. Duit loan akan reimburse menggunakan mana-mana buku akaun bank. Kriteria seperti berikut:

    • Payout: 82% tolak 3 bulan deposit tolak processing fee RM400.
    • Selepas itu payout dinaikkan kepada 85% dan 87% sebelum promosi tamat.
    • Tempoh pembiayaan yang panjang iaitu sehingga 20 tahun.
    • Amaun pembiayaan maksima RM200 ribu.
    • Pembiayaan peribadi tanpa penjamin. Buat masa ini tempoh pemprosesan adalah sekitar 2-4 minggu tertakluk kepada dokumen mestilah lengkap.
    • Pemohon yang mempunyai rekod blacklist yang besar seperti blacklist housing loan juga layak memohon tetapi perlu menyediakan statement terkini housing loan.

    Dokumen yang ringkas untuk memohon personal loan Koperasi Permodalan Usahawan Nasional Berhad tanpa perlu menunggu lama untuk proses kelulusan.

    Pinjaman Peribadi Koperasi Permodalan Usahawan Nasional Berhad - KPUNB Personal Loan
  • Pinjaman Kowamas: Cepat, Selamat & Fleksibel

    Pinjaman Kowamas: Cepat, Selamat & Fleksibel

    Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)

    Koperasi Wawasan Malaysia Berhad menawarkan produk pinjaman peribadi dengan kadar yang istimewa. Dana diperolehi dari Maybank. Pihak Kowamas akan membuat semakan melalui OCCIS sebelum pinjaman diluluskan. Sekiranya pemohon mempunyai rekod blacklist dari mana-mana bank juga blacklist Maybank wajib untuk settle blacklist.

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja. Mohonlah dengan agen kami sekarang.

    Pengenalan

    Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS), (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.

    Pada penghujung 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi.

    Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.

    Kowamas, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.

    Disamping itu, kami juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.

    Tarikh

    3 Januari 2018: Sekarang ini pihak kami tidak dapat meneruskan urusan permohonan kerana tidak mendapat mandat dari Kowamas urusan permohonan loan baru.

    Anda boleh merujuk dengan koperasi yang lain yang menawarkan pembiayaan yang lebih baik.

    Sila baca halaman laman sesawang kami di laman web ini ataupun di laman web yang lain seperti personalfinancingloan.com untuk mendapatkan informasi terbaik loan dari koperasi dan institusi kewangan yang lain.

    Untuk mendapatkan baki terkini dan surat full settlement, sila berhubung terus dengan HQ Koperasi Kowamas terletak di Kelana Jaya, Selangor.

    Kelebihan

    Dividen dan Keanggotaan

    Keanggotaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa.

    Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

    Kowamas diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

    Keanggotaan Kowamas seperti berikut:

    • Anggota Setakat 2008 – 1,355 Anggota
    • Anggota Setakat 2009 – 5,576 Anggota
    • Anggota Setakat 2010 – 5,183 Anggota
    • Anggota Setakat 2011 – 1,589 Anggota
    • Anggota Setakat 2012 – 2,016 Anggota
    • Anggota Setakat 2013 – 2,279 Anggota
    • Anggota Setakat 2014 – 10,107 Anggota
    • Anggota Setakat 2015 – 4,930 Anggota
    • Anggota Setakat 2016 – 5,225 Anggota
    • Anggota Setakat 2017 – 667 AnggotaJumlah Anggota Setakat 2017 – 38,441 Anggota

    Dividen

    Dividen Kowamas adalah tertakluk kepada Kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui pengistiharan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT).

    Skim Persaraan

    Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa.

    Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

    KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

    Bantuan Pengajian Tinggi

    Bantuan Pengajian Tinggi Kowamas ini adalah merupakan bantuan pengajian kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam pengajian mereka.

    Dan dengan bantuan ini, anak-anak anggota dapat melanjutkan pengajian mereka di universiti tempatan atau luar negara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KOWAMAS.

    Pinjaman Peribadi Popular

    New Rates: 5.95% p.a

    3 August 2016: Pengumuman terkini. Ya ini adalah kadar interest baru. Interest baru 5.95%. Kiraan: Payout 90% tolak advance 5 bulan. Dana dari mbsb, ctos tinggi akan reject.

    Boleh buka akaun kedua tidak perlu overlap. Terbuka kepada kakitangan awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

    Peringatan penting: Sila pastikan salinan IC 3 copy yang disahkan benar-benar jelas. Jika kowamas mendapati tidak jelas, maka pemohon perlu mengesahkan semula 3 salinan ic dan ini tentunya akan membuang masa.

    Jika masa hendak membuat semula salinan IC berlaku antara 20 haribulan ke atas, anda digalakkan untuk mengesahkan juga penyata gaji bulan berikutnya. Contohnya 20hb Julai 2016, sebaik-baiknya ada menunggu empat atau lima hari lagi untuk mencetak penyata gaji ogos 2016 dan dihantar sekaligus (salinan ic 3 copy disahkan dan penyata gaji ogos 2016 sebanyak 3 copy disahkan).

    New Rates: 5.85%

    29 January 2016: Maaf sekarang ini susah untuk approve kerana mengikut rules and regulation dari Bank Negara (BNM) seperti jika alamat ic di bandar, maka gaji bersih selepas kelulusan permohonan mestilah RM1,500. Pemohon harus disertakan payslip pasangan 3 bulan untuk combine gaji bersih kerana mengikut sistem DSR dan proses mengambil masa yang lama untuk lulus. Ramai pemohon gagal kerana prosedur yang ketat dan mereka beralih dengan memohon dengan Kobeta pula.

    Prosedur Pembiayaan

    1 January 2016: Permulaan tahun baru dari yang agak ketat prosedurnya. Salam sejahtera, bermula Januari 2016, promosi adalah seperti kadar interest sama iaitu 5.85%, kadar payout menjadi 90% tolak Rm360 tolak advance 3 bulan.

    Mestilah mempunyai akaun dengan maybank (akaun simpanan, akaun semasa dan lain0lain). Proses dalam 3-4 minggu. Dalam 1-2 minggu jika dokumen lengkap akan dapat panggilan akad dari koperasi. Komitmen tinggi layak.

    Kriteria terbaharu: Sila maklumkan jika alamat pada kad pengenalan anda beralamat di bandar atau kampung kerana buat masa ini akan mengambil kira jika alamat bandar maka selapas membuat loan gaji bersih mestilah tidak kurang dari Rm1,000 manakala bagi pemohon bukan alamat bandar maka gaji bersih selepas buat loan mestilah tidak kurang dari Rm700.

    Berasaskan patuh syariah (shariah compliant). Sekiranya pemohon ingin duit dengan kadar cepat bolehlah memohon dengan loan Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).

    Promosi 2016 Payout 93%

    Ya promosi terkini dari Kowamas telah berlansung sekarang ini. Nikmati kadar keuntungan syariah dari 5.85% dan pinjaman selama 10 tahun maksima. Kini, permohonan pembiayaan ini menggunakan dana Bank Muamalat dan bukannya dari Maybank lagi.

    Setakat ini payout adalah seperti 93% payout tolak processing fee RM530. Proses dalam sebulan dapat duit. Jadi mohonlah sekarang. Anda boleh memohon pinjaman peribadi Yayasan Ihsan Rakyat bersama-sama dengan Kowamas pada masa yang sama.

    Caranya adalah memohon yayasan ihsan dahulu dan selepas itu anda mempunyai pilihan untuk membuat permohonan dengan Kowamas pula sekiranya anda memerlukan lebih banyak duit lagi.

    Komawas 4.99% – 5.15%

    Antara faedah menjadi anggota Kowamas: 

    1. Pulangan dividen yang tinggi
    2. Derma khairat kematian bagi kematian anggota, isteri/suami serta anak-anak anggota.
    3. Derma untuk meringankan beban sara hidup anggota di timpa bencana alam.
    4. Bantuan melanjutkan pelajaran (further study) kepada anggota atau anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tertentu.

    Kemudahan pembiayaan peribadi berlandaskan konsep syariah. Promosi terkini ini didatangkan dengan kriteria seperti berikut iaitu:

    • Dikhaskan Kerajaan (AG dan non-AG) serta badan berkanun GLC terpilih sahaja
    • Berjawatan tetap dan kontrak layak memohon. (Kontrak di Jabatan Kebajikan Masyarakat diterima. Selain dari itu setakat ini tidak dibenarkan).
    • Bagi tempoh pembiayaan sekarang ini selama 10 tahun. Cara bayaran balik melalui potongan gaji menggunakan potongan biro angkasa.
    • Kadar keuntungan serendah 4.99% untuk tempoh 2 tahun pembiayaan. Jika tempoh melebihi 2 tahun, maka interest rate automatically menjadi 5.15% flat rate.
    • Kelulusan segera 2-4 minggu tertakluk kepada bahagian processing dan reimburse sistem batch dari bank. Permohonan yang lulus akan masuk ke dalam batch number bagi tujuan bank in duit. Ini bermakna pemohon mendapat duit selepas pembayaran batch number pemohon.

    Untuk mendapatkan jadual pembayaran personal loan yang terbaharu dari Kowamas, sila klik Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi Koperasi.

    Kowamas 5.2%

    Kriteria pembiayaan peribadi seperti dibawah:-

    1. Kadar keuntungan tetap 1-2 tahun 4.99% dan 3-10 tahun adalah 5.2%.
    2. Tempoh pembiayaan (Loan tenure) sehingga 10 tahun max.
    3. Payout 80%.
    4. Berpendapatan Rm1,500 dan ke atas.
    5. Pembiayaan maksima sehingga RM200,000.
    6. Tempoh proses 6-8 minggu. Jika ada blacklist perlu diselesaikan atau sebarang komitmen dengan Maybank, permohonan akan ditolak.
    7. Yuran RM30 tolak Angkasa fee 0.6%.
    8. Mestilah berkhidmat setahun ke atas.

    Sekiranya tidak mahu menunggu lama boleh cuba memohon dengan Koperasi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Perlis RCE masing-masing dengan promosi hebat untuk semua.

    Kowamas 5.60% 20 Tahun

    Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

    1. Interest ada beberapa klasifikasi iaitu 4.99% untuk 2 tahun, 5.20% 3-10tahun, 5.40% untuk 11-15 tahun dan 5.60% untuk 16-20 tahun.
    2. Payout 94% sehingga 10 tahun, 93% sehingga 15 tahun dan 92% untuk 20 tahun.
    3. Tempoh pembiayaan panjang iaitu sehingga 20 tahun.
    4. Amaun pembiayaan maksima RM200 ribu.
    5. Pembiayaan peribadi tanpa penjamin.

    Kakitangan Pos Malaysia juga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sangat dialu-alukan untuk membuat pinjaman dengan Kowamas.

    Buat masa ini tempoh pemprosesan adalah 10 hari bekerja tertakluk kepada dokumen mestilah lengkap. Kakitangan awam, state, Majlis Perbandaran serta lain-lain GLC tidak terkecuali untuk membuat Personal Loan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad.

    Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Malaysia Berhad Kowamas Personal Loan

    Hubungi Kami

    • Kelana Jaya Business Centre,
      207, Jalan SS 7/2, Kelana Business Centre,
      47301 Petaling Jaya, Selangor
    • Tel: 03-78044244 / 4426
    • Opening Hours:
      8.30am-6pm (Monday-Friday)
  • Pinjaman KOWAJA: Mohon Cepat & Mudah

    Pinjaman KOWAJA: Mohon Cepat & Mudah

    Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA)

    Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) terkenal sebagai salah satu pilihan utama untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat. Ramai yang menyatakan bahawa pinjaman KOWAJA mudah diluluskan dengan proses yang sangat efisien. Namun, apakah benar kenyataan tersebut? Mari kita kaji lebih lanjut berdasarkan pengalaman pengguna dan sejarah koperasi ini.

    Pengenalan

    Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) ditubuhkan pada 15 Julai 2003 dengan tujuan untuk menyokong dan memberi kemudahan kewangan kepada pekerja-pekerja di Malaysia. Koperasi ini diasaskan dengan berlandaskan visi Wawasan 2020 dan Dasar Koperasi Negara, dan setakat 31 Mei 2016, KOWAJA telah berjaya mengumpulkan lebih 51,540 ahli. Koperasi ini berperanan sebagai sebuah institusi kewangan yang memberi tumpuan utama kepada kebajikan anggotanya dan untuk membantu mereka keluar daripada budaya “hutang haram” yang semakin berleluasa.

    Matlamat

    Matlamat utama KOWAJA adalah untuk menyediakan pembiayaan peribadi, khidmat nasihat kewangan, serta sokongan berterusan kepada anggotanya. Salah satu misi utama koperasi ini adalah untuk membantu anggota membebaskan diri daripada beban hutang yang tidak sah, terutamanya yang melibatkan pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi dan skim kewangan yang tidak beretika.

    Dengan mengambil kira keperluan kewangan anggota, KOWAJA memberi perkhidmatan yang penuh tanggungjawab dengan mengutamakan prinsip syariah dalam semua urusannya, terutama melalui produk pembiayaan peribadi-i yang mengikut konsep Tawarruq. Untuk maklumat lanjut di 03-4048 2000 atau emel di keanggotaan@kowaja.com.my.

    Perkhidmatan dan Promosi

    KOWAJA bukan hanya menawarkan pembiayaan peribadi tetapi juga sering mengadakan promosi istimewa untuk anggotanya. Sebagai contoh, sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019, KOWAJA melancarkan promosi “Riang Ria Raya Bersama KOWAJA” dengan kadar keuntungan serendah 6.99%. Selain itu, anggota yang mengambil bahagian dalam promosi ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik, antaranya:

    • Hadiah Utama: 1 x Samsung Note 9
    • Hadiah Kedua: 1 x OPPO F9
    • Hadiah Ketiga: 1 x Vivo Y85
    • Hadiah Saguhati: 5 x Baucer AEON bernilai RM300

    Lebih menarik, setiap pembiayaan yang lulus juga berpeluang mendapat beg travel sebagai hadiah percuma.

    Pengalaman Pengguna KOWAJA

    Pada tahun 2008 dan sebelumnya, KOWAJA menjadi pilihan utama bagi ramai peminjam, terutamanya mereka yang sudah mempunyai akaun dengan koperasi ini. Proses permohonan seringkali dipermudah tanpa perlu dokumen tambahan yang rumit. Agen atau wakil koperasi secara aktif menghubungi anggota yang layak untuk menawarkan pinjaman tambahan dengan syarat yang sangat mudah.

    Panggilan telefon biasa kepada pelanggan seperti berikut:
    “Tuan/Puan nak tambah pinjaman? Kami boleh tambah 10K atau 20K, esok sudah dapat duit!”

    Ini adalah salah satu cara KOWAJA mempermudah proses permohonan pinjaman. Pelanggan hanya perlu memberikan pengesahan mudah seperti pengesahan payslip terkini dan mereka boleh mendapat duit dalam masa 24 jam tanpa sebarang kesulitan.

    Perkhidmatan

    Skim Pembiayaan Peribadi-i

    Kelayakan

    Untuk memohon pinjaman peribadi-i dengan KOWAJA, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi:

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 19 tahun ke atas, dan tidak melebihi 56 tahun semasa tamat pembiayaan.
    • Anggota koperasi (keahlian perlu didaftarkan terlebih dahulu).
    • Berjawatan tetap atau kontrak (tertakluk kepada terma dan syarat).
    • Gaji minima RM1,200 sebulan.

    Had dan Jangka Masa 

    KOWAJA menawarkan pinjaman dengan had pembiayaan maksimum yang bergantung kepada kelayakan pemohon. Pinjaman ini boleh diluluskan dengan potongan maksimum 60% daripada pendapatan bulanan tetap pemohon. Tempoh pembiayaan bergantung pada produk pinjaman, dengan kadar faedah 10% dikenakan.

    Dokumen yang Diperlukan

    Untuk memohon, pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

    1. Slip gaji terkini dan dua bulan sebelumnya yang disahkan oleh majikan.
    2. Salinan kad pengenalan pemohon.
    3. Salinan bil utiliti (elektrik, air, telefon) terkini.
    4. Borang BPA 1/79 (2 salinan) yang akan dibekalkan oleh koperasi.
    5. Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00.
    6. Yuran bulanan sebanyak RM30.00.
    7. Saham minima sebanyak RM20.00 yang perlu dibayar sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

    Anggota

    Kelebihan

    Sebagai anggota KOWAJA, anda berhak menikmati kemudahan pembiayaan yang lebih mudah dan berpatutan. Selain itu, ahli koperasi juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kewangan secara percuma untuk membantu mereka merancang kewangan dengan lebih bijak. Keanggotaan ini membuka peluang untuk memperoleh pinjaman berasaskan syariah tanpa sebarang risiko atau beban kewangan yang tidak wajar.

    Hubungi Kami

    Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman peribadi-i, keanggotaan koperasi, atau sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi KOWAJA di alamat berikut:

    • Alamat:
      Tingkat 18, Menara AmMetlife,
      No.1, Jalan Lumut,
      50400 Kuala Lumpur.
    • Telefon: 03-4048 2000
    • Faks: 03-4048 2001
    • Emel: pertanyaan@kowaja.com.my

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Pinjaman Peribadi KOSPEND: Cepat & Mudah

    Pinjaman Peribadi KOSPEND: Cepat & Mudah

    Koperasi Pendidikan (KOSPEND)

    Koperasi Pendidikan ataupun singkatannya Kospend dengan tawaran hebat. Dapatkan surat full settlement dan baki pembiayaan terdahulu anda. Dapatkan sekarang!

    Pengenalan

    Pembiayaan ini adalah yang paling lama ada sebelum munculnya koperasi-koperasi seperti Kowamas, Kekal, Yayasan Ihsan Rakyat dan lain-lain.

    Semasa mula-mula berkecimpung dalam perniagaan sebagai agen perunding kewangan pinjaman peribadi koperasi, kebanyakan penjawat awam yang menghubungi pihak agen perunding kewangan berhasrat untuk membuat overlap loan koperasi kospend.

    Pelanggan akan memohon sendiri surat penyata full settlement Kospend dengan cara call terus dan membuat surat lalu di fakskan surat permohonan penyata full settlement untuk mendapatkan surat full settlement yang terkini. Kebiasaannya KOSPEND akan menyediakan surat baki penyelesaian awal dalam masa 2 minggu dari tarikh permohonan. Tempoh sah sesuatu surat full settlement loan biasanya 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

    Mudah Lock

    Bagi institusi kewangan seperti Petronesa di mana proses kelulusannya agak panjang iaitu sekitar 2 minggu hingga 4 minggu (bergantung kepada jumlah permohonan). Lebih banyak permohonan masuk, maka masa proses lebih lambat. Koperasi/ pusat kewangan akan membayar dahulu loan lama pemohon dan menunggu ‘payment receipt’.

    Kadang-kala untuk mendapatkan ‘payment receipt’ memakan masa yang agak lama membuatkan proses kelulusan menjadi tergendala. Seterusnya pemohon terpaksa mendapatkan cop pengesahan beberapa borang seperti slipgaji, bank statement dari bank yang masuk gaji dan surat pengesahan jawatan. Kelewatan seperti ini membuatkan pelanggan sukar untuk menunggu dan menjadi marah dengan agen koperasi.

    Ini semua adalah asam garam menjadi agen pinjaman koperasi kerana harus bersabar dan akur dengan kehendak koperasi dan pelanggan. Perkara tersebut benar-benar menguji kesabaran. Mana tidaknya, kami terpaksa mengedar risalah pembiayaan/ flyers pinjaman peribadi pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan security dan rungutan dari ketua jabatan yang tidak membenarkan flyers diletakkan di cermin kereta ataupun bakul raga motosikal.

    Dan apabila dapat sales pula, terpaksa menunggu masa yang lama untuk sesuatu permohonan diluluskan disebabkan banyak dokumentasi apabila pelanggan mahu overlap loan lama.

    HQ Koperasi

    HQ koperasi terletak di Kuala Lumpur dan beralamat. Koperasi lama yang telah tertubuh.

    Untuk mendapatkan rate terbaik, sila berurusan dengan pegawai khidmat pelanggan koperasi kospend. Anda boleh berurusan seperti mendapatkan surat full settlement loan, dapatan baki pinjaman, installment bulanan loan dan mendapatkan amaun rebate bagi loan yang habis awal,

  • Pinjaman Peribadi KOSPEM: Selamat & Fleksibel

    Pinjaman Peribadi KOSPEM: Selamat & Fleksibel

    Koperasi Serbaguna Pekerja Malaysia Berhad (Kospem)

    Mohonlah pinjaman peribadi dari KOSPEM khas kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang terpilih. Boleh juga membuat semakan kelayakan pinjaman peribadi. Koperasi terbaru adalah sangat popular pada tahun 2014 sehinggalah menemui pencabarnya. Setakat ini, ia tidak dapat menyaingi kehebatan Yayasan Ihsan Rakyat, Yayasan Perlis RCE dan Petronesa kerana kedua-dua dari segi tempoh memproses pembiayaan dengan begitu cepat.

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi

    Kospem 4.99%

    Koperasi Kospem menawarkan pinjaman peribadi dengan pakej dan kadar keuntungan seperti berikut:-

    • Untuk loan ini, interest rate 4.99% terendah dipasaran.
    • Payout 70% dan tolak advance installment 3 bulan.
    • Yuran ahli Rm30 bulanan.
    • Kelulusan 4-6 minggu. Perlu bekerja sekurang-kurangnya 18 bulan baru layak memohon.
    • Max pembiayaan Rm200,000.
    • Menggunakan dana dari Maybank

    Kospem 4.99% (Borneo)

    Terma dan Syarat

    Pembiayaan peribadi ini untuk SABAH DAN SARAWAK sahaja yang bekerja dengan slipgaji AG sahaja.

    Kreateria Loan

    • Max Loan Rm200K
    • Kadar 4.99%
    • Tempoh 10 tahun
    • Payout sehingga 80%.
    • X cek comitment
    • Ctos < Rm 30k
    • Proses loan 10 hari

    Anda boleh memohon sehingga RM200k dan ini memudahkan anda untuk membuat overlap loan lama. Interest rendah seperti kadar keuntungan bank yang semestinya best. Tempoh pembiayaan standard sekarang ini adalah 10 tahun max.

    Kadar payout buat masa ini adalah 80% di mana banyak juga koperasi yang payoutnya di antara 80%-90%. Perkara yang paling menarik adalah untuk rekod senaraihitam (blacklist) sebanyak RM30,000 masih layak untuk membuat pinjaman peribadi dengan koperasi kospem asalkan tidak diisytihar bankrapsi atau muflis. Tetapi jika anda telah mendapat maklumat yang mengatakan anda muflis, maka anda tidak layak untuk membuat sebarang pembiayaan kewangan dengan koperasi kospem.

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • Umur 18 tahun < 60 tahun.
    • Kakitangan kerajaan & badan berkanun sahaja.
    • Berjawatan tetap 2 tahun keatas (kontrak tidak layak)
    • Bayaran balik melalui Biro Angkasa
    • Min gaji RM1500 + Elaun tetap

    Hubungi Kami

    1-3-6, Kompleks Kantomen Prima No 698
    Jalan Ipoh Batu 4 1/2
    51200 Kuala Lumpur
    Tel: 03-9212 9633

    Pinjaman Peribadi Kospem - Koperasi Serbaguna Pekerja-pekerja Malaysia Berhad

  • Pinjaman Kospek: Tetap & Kontrak

    Pinjaman Kospek: Tetap & Kontrak

    Koperasi Pekerja (Kospek)

    Promosi pinjaman peribadi Koperasi Pekerja (Kospek) untuk berjawatan tetap dan kontrak. Kadar keuntungan 4.99% sahaja. Rebut peluang ini sekarang juga!

    Koperasi Pekerja atau lebih dikenali sebagi KOSPEK dengan usahasama Bank Rakyat (dahulunya EON Bank) telah mengadakan promosi terbaru dengan kadar interest yang kompetitif serta payout yang tinggi untuk para pelanggan.

    Semua produk pembiayaan peribadi koperasi adalah syariah compliant dan mengikut prinsip syariah antarabangsa.

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Kospek 4.99%

    Kelebihan

    Antara kelebihan memohon adalah seperti berikut:

    • Terbuka kepada semua GLC seperti Pos Malaysia, TNB, TM, MPOB, dan lain-lain
    • Koperasi yang menawarkan kadar payout yang tinggi iaitu pada kadar payout 90% tolak 3 bulan advance
    • Kadar interest rata iaitu pada 4.99% hingga 5.65% setahun selama 20 tahun
    • Selain itu, pemohon yang mempunyai rekod blacklist CTOS dan CCRIS dibawah RM 30 ribu layak. Berita baik kakitangan kerajaan status kontrak juga layak memohon.
    • Staf di Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) layak.
    • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Berjawatan kontrak bersambung-sambung tidak kira gred jawatan apa sekalipun layak memohon dengan kadar interest yang istimewa. Pengesahan borang biro angkasa 2 set diperlukan dan panggilan akad akan dilakukan sekiranya pembiayaan peribadi anda lulus.
    • Proses kelulusan dalam masa 2 minggu.
    • Dokumen wajib pembiayaan: Pemohon diwajibkan untuk sertakan muka depan buku Bank Rakyat kerana dana koperasi ini adalah daripada bank rakyat.

    Jadual

    Sila klik untuk jadual pembayaran Kospek 4.99%-5.65%.

    Jika anda tidak dapat memohon, anda boleh mencuba untuk memohon pinjaman dengan koperasi yang lain yang menawarkan pembiayaan yang mudah, cepat dan mengikut kelayakan. Anda boleh melakukan semakan online dengan menghubungi pegawai pengurus loan spt yang tertera di atas.

    Hubungi Kami

    No 3274 & 3275, Jalan Sungai Nibong
    36000, Teluk Intan, Perak
    Tel: 05-622 2596

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pekerja Kospek Personal Financing Loan

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Pinjaman KOPUTRI: Baru Bekerja Pun Boleh

    Pinjaman KOPUTRI: Baru Bekerja Pun Boleh

    Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI)

    Mudah mohon pinjaman peribadi KOPUTRI – Layak walaupun baru bekerja 6 bulan! Buka peluang pembiayaan kepada pemohon yang baru bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan. Syarat utama: sediakan surat pengesahan jawatan asal berletterhead majikan. Jangan tunggu lagi—mulakan permohonan anda hari ini dan capai kestabilan kewangan dengan KOPUTRI!

    Pinjaman Peribadi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad - KOPUTRI Personal Loan

    Pengenalan

    Diterajui oleh YB Dato’ Noraini Ahmad, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) merupakan sebuah koperasi berdaftar yang terletak di No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Koperasi ini mula beroperasi pada Mac 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan.

    Kini, pencapaian Koputri semakin maju baik dalam bidang perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, koperasi ini juga kini mampu memiliki hartanah sendiri yang terletak di kawasan-kawasan elit seperti di Kuala Lumpur.

    KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 0993 sebagai suatu koperasi asa dengan liability terhad.

    Sejarah

    Pada awalnya koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan berkembang sehingga Disember 2012 seramai 22118 anggota berdaftar.

    Kekuatan utama kewangan adalah dengan jumlah keanggotaan yang besar yang dimiliki oleh koperasi. Koperasi menerima pendapatan bulanan tetap yang besar dari kutipan yuran simpanan dan yuran kebajikan daripada anggota-anggota yang mencarum setiap bulan secara tetap.

    Pada tahun 2008, KOPUTRI telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh CIMB bank untuk memasarkan produk kewangan Islam Sektor Awam – I kepada rakyat Malaysia. Dengan itu, koperasi sudah mula memperolehi peningkatan pendapatan yang lebih memuaskan selain daripada pendapatan caruman anggota.

    KOPUTRI juga akan melancarkan kelab kebajikan dalam masa terdekat ini, dengan tujuan sebagai ‘added value’ kepada ahli yang terlibat dengan gerakan koperasi.

    Antara yang masih dalam perbincangan ialah ingin memberi biasiswa dan dermasiswa kepada anak-anak anggota yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, penyediaan taska dan pakej melancong kepada anggota yang terpilih. Faedah ini disediakan bagi menarik kesetiaan atau ‘loyalty’ anggota-anggota koperasi.

    Kemudahan

    Perubatan

    Salah satu dari kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

    Kemudahan ini disediakan adalah sebagai tanda penghargaan terhadap kesetiaan anggota terhadap koperasi ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, dapat memberikan keselesaan kepada anggota. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:

    PERUBATAN COOP Medical Centre (CMC)

    COOP Medical Centre telah dibuka untuk membolehkan anggota KOPUTRI mendapatkan servis perubatan pada harga minimum. Tiada yang lebih baik kerana KOPUTRI akan menganggung sehingga 50% kos perubatan anggotanya. Pusat perubatan ini juga terkenal kerana memiliki kemudahan wad bersalin, teater pembedahan dan lain- lain.

    Sejajar dengan matlamat koperasi, KOPUTRI akan melancarkan skim perubatan yang banyak kelebihannya kepada anggota. Antaranya ialah memperkenalkan Skim Khairat Kesihatan yang berfungsi sebagai perlindungan perubatan. Selain itu, KOPUTRI juga telah melancarkan COOP Medical Card bagi memudahkan anggotanya membuat pendaftaran di kaunter apabila mendapatkan perkhidmatan COOP Medical Centre.

    Penginapan

    Untuk memberikan anda pengalaman yang cukup selesa dalam penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, KOPUTRI telah menyediakan tempat- tempat penginapan seperti banglo- banglo dan hotel- hotel kepada anggota. Tempat penginapan ini boleh dinikmati dilokasi- lokasi strategik seperti berikut:

    • Taman Tasik Titiwangsa
    • Penginapan @ Bandar Sunway
    • Seven Residence @ Medan Tuanku, Kuala Lumpur

    Semua kemudahan ini disediakan kepada anggota dengan harga yang murah dan berpatutan. Kemudahan penginapan ini disediakan kepada anggota-anggota yang datang melawat bandaraya Kula Lumpur terutamanya anggota dari luar Kuala Lumpur yang datang ke sini untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing.

    Pendidikan

    Pendidikan merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjana minda yang cerdas dan efektif. Di zaman ini, pendidikan memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan. Di sebalik kecemerlangan yang dikecapi, pendidikan juga turut memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri dan membentuk disiplin yang mantap.

    Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil di Negara ini, kos pendidikan yang di tanggung oleh rakyat Malaysia semakin meningkat terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    KOPUTRI amat perihatin terhadap masalah yang sedang dialami oleh semua rakyat di Negara ini. Oleh itu pihak koperasi telah memperkenalkan skim pendidikan bagi menghargai kesetiaan semua anggotanya.

    Skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu dan meringankan beban anggota yang kurang mampu untuk menampung kos pendidikan anak- anak mereka terutamanya untuk ke institusi pengajian tinggi. Dengan skim ini, anak- anak anggota yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pembelajaran mereka. Skim ini hanya diberikan kepada anggota yang layak sahaja.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang Maksudnya:

    “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” – Riwayat al- Bazzar

    Coop Assist

    INSURAN PERJALANAN DAN BANTUAN KECEMASAN

    KOPUTRI telah menyediakan kemudahan Insuran Perjalanan dan bantuan Kecemasan atau dikenali sebagai “COOPAssist” bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika di dalam perjalanan. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli koperasi untuk mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya kenderaan bermasalah. Antara

    Perkhidmatan yang disediakan adalah:

    1. PERKHIDMATAN PUSAT PANGGILAN : Tele-perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma untuk ahli-ahli. Bantuan tele-marketing adalah dengan syarat.
    2. YURAN HOSPITAL : Bayaran RM100 setiap hari maksimum 2 hari. Diberi sekiranya anda mengalami kemalangan semasa memandu kenderaan dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.
    3. PERKHIDMATAN MENUNDA : Perkhidmatan menunda adalah percuma sehingga RM300 per kes dan kenderaan berikut boleh dihantar ke bengkel terdekat yang disahkan atau bengkel pilihan anggota. Perkhidmatan menunda kenderaan yang mengalami kemalangan adalah percuma (tidak terhad).
    4. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BATERI : Penghantaran percuma dan perkhidmatan pemasangan disediakan untuk mengganti bateri di rumah pemilik atau pejabat. Kos bateri di caj mengikut harga pasaran bergantung kepada jenama dan jenis.
    5. PERKHIDMATAN ALTERNATIF KE RUMAH SELEPAS KEMALANGAN : Pengangkutan percuma ke rumah jika pemandu kenderaan penunda menggunakan laluan yang sama ketika pergi atau selepas pulang dari tempat kemalangan.
    6. PERKHIDMATAN SEMASA KECEMASAN : Perkhidmatan pengangkutan ke pusat kesihatan, ambulan ataupun lain-lain kenderaan boleh dirunding kepada kemampuan pemilikm kenderaan.
    7. PERPINDAHAN MAKLUMAT SEMASA KECEMASAN : Percuma perpindahan maklumat kepada pemilik kenderaan serta merta ketika berlaku kecemasan di seluruh Negara.
    8. PERKHIDMATAN PERUNDANGAN : Nasihat perundangan untuk kemalangan dan penggunaan jalanraya adalah percuma tetapi kos mengupah peguam bagi kes-kes mahkamah adalah tidak termasuk dalam pakej.
    9. PERKHIDMATAN SEWA KERETA : Bantuan percuma untuk menyewa kereta daripada firma menyewa kereta terbesar pada kadar harga diskaun.
    10. INSURAN PERJALANAN : Diwujudkan khas untuk menyediakn kemudahan dan bantuan kecemasan yang melibatkan kecederaan tubuh badan. Polisi perlindungan kemalangan diri daripada CoopAssist membolehkan permohonan dalam masa 24 jam keatas kemalangan nyawa walau di serata dunia, kecacatan seluruh tubuh badan kekal / kurang upaya, kecacatan seluruh tubuh badan separa / kecacatan fizikal / kurang upaya, dan juga kos perubatan / surgeri.

    ** Mengikut Terma & Syarat

    Kebajikan

    Kelebihan menjadi anggota adalah dengan kebajikan yang telah disediakan kepada ahlinya. KOPUTRI amat menitik beratkan setiap kebajikan anggotanya kerana ianya merupakan penghargaan terhadap kesetiaan anggotanya kepada koperasi.

    Antara kebajikan yang disediakan adalah:

    1. KHAIRAT KEMATIAN : Skim Khairat Kematian telah diperkenalkan bagi mmberi bantuan kepada ahli yang kehilangan anggota keluarganya. Sumbangan akan dihulurkan kepada anggota yang telah meninggal dunia.
    2. PERKAHWINAN: Bagi setiap anggota yang akan melangsungkan perkahwinan, KOPUTRI akan memberi ganjaran bagi menghargai kesetiaan.
    3. KELAHIRAN ANAK : KOPUTRI amat prihatin terhadap perkembangan semasa anggotanya. Sekiranya ada di kalangan anggota yang mendapat kelahiran baru, mereka akan mendapat sumbangan sebagai tanda penghargaan.

    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

    “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. – Riwayat Muslim

    ** Mengikut Terma & Syarat

    Agensi Pelancongan

    UKHWAH TRAVEL & TOURISM

    KOPUTRI telah maju setapak lagi ke hadapan dengan penubuhan agensi perlancongan iaitu UQ Holidays Sdn Bhd. Penubuhan agensi perlancongan ini adalah untuk mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan sama ada percutian secara peribadi atau berkumpulan kepada anggota koperasi dan orang awam. UQ Holidays juga bersedia untuk menguruskan perkhidmatan penempahan tiket, penginapan, seminar, konvokesyen dan ibadah (haji dan umrah) untuk para pelanggan.

    Kami juga telah menyediakan berbagai pakej percutian yang menarik dengan kadar harga yang amat berpatutan untuk anda. Pakej yang kami sediakan ini merupakan pakej yang lengkap termasuk penginapan dan kemudahan perjalanan.

    Dengan pakej percutian serta kemudahan yang disediakan, kami berharap percutian yang bakal anda nikmati menjadikannya satu pengalaman yang istimewa di dalam hidup anda.

    ** Mengikut Terma & Syarat

    Pinjaman Peribadi Popular

    KOPUTRI 5.50% Pakej 82.00%

    Dengan kadar interest hanya 5.50%, pembiayaan ini menarik perhatian semua penjawat awam. Manakala payout 82% tolak coop chages RM440 tolak advance 2 bulan adalah standard pemotongan ke atas mana-mana koperasi. Ada pemotongan awal yang besar dan ada yang kurang bergantung kepada prinsip kewangan koperasi. Kelulusan 2 minggu bergantung kepada permohonan. Sekiranya banyak permohonan bermakna proses akan menjadi lambat. CTOS 30k ke bawah. Pemohon yang baru bekerja 6 bulan layak memohon. Syarat utama: dapatkan surat pengesahan jawatan berletterhead majikan (ASAL).

    Untuk pengetahuan semua, produk personal loan financing ini sama seperti Kobeta Fash Cash..

    KOPUTRI 5.50% PAKEJ 92.50%

    Kriteria:

    • Promosi dengan kriteria iaitu interest rate 5.50%.
    • Payout 92.50% tolak coop chages Rm440 tolak advance 2 bulan.
    • Kelulusan 2-3 minggu bergantung kepada permohonan. Sekiranya banyak permohonan bermakna proses akan menjadi lambat.
    • CTOS 30k ke bawah.
    • Pemohon yang baru bekerja 6 bulan layak memohon.
    • Syarat utama: perlu surat pengesahan jawatan dengan letterhead majikan (ASAL).

    KOPUTRI 6.99% Pakej 88.00%

    Interest lebih tinggi tetapi payout juga tinggi hanya di Koputri.

    • Interest 5.50%.
    • Payout 88.00% tolak coop chages Rm440 tolak advance 2 bulan.
    • Proses kelulusan loan 2-3 minggu bergantung kepada permohonan. Sekiranya banyak permohonan bermakna proses akan menjadi lambat.
    • CTOS 30k dan ke atas layak memohon. Tiada jumlah had amaun blacklist kepada pemohon yang mendapat status blacklist CTOS disebabkan menjadi penjamin atau guarantor.
    • Pemohon yang baru bekerja 6 bulan layak memohon.
    • Syarat utama: perlu surat pengesahan jawatan dengan letterhead majikan (ASAL).

    Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh pembiayaan peribadi bagi semua permohonan KOPUTRI telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia

    Pembiayaan ‘TAWARRUQ’

    KOPUTRI menyediakan kemudahan iaitu skim pembiayaan peribadi CIMB berkonsepkan ‘Tawarruq’. Kemudahan ini memberi keistimewaan kepada peminjam iaitu tanpa penjamin dan rebet keatas pembayaran awal.

    Pembiayaan ini menawarkan jumplah pembiayaan maksima sehingga RM100,000 pada kadar keuntungan serendah 6.90% (flat rate) sehingga 10 tahun (maksimum).

    Kelayakan

    1. Warganegara Malaysia berumur 21 sehingga 54 tahun
    2. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan Polis Diraja Malaysia
    3. Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 8 bulan
    4. Potongan gaji tidak melebihi 50% / 60% daripada jumlah pendapatan
    5. Pendapatan pokok minimum RM1,800.00 dan ke atas
    6. Tempoh bayaran balik dari 12 bulan hingga 120 bulan
    7. Jumlah pembiayaan RM1000.00 sehingga RM100,000.00
    8. Mematuhi peratusan keberhutangan (DSR)

    ** Mengikut Terma & Syarat

    Dokumen

    Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk dana dari CIMB.

    • Salinan kad pengenalan / kad anggota polis (3 salinan)
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini termasuk 1 yang asal
    • Satu salinan pengesahan majikan yang asal.
    • Satu salinan mana-mana bil telefon/elektrik/air yang terkini
    • Surat penyelesaian awal luar *jika perlu
    • Satu salinan muka hadapan akaun bank CIMB / penyata bank
    • Sekiranya akaun selain CIMB caj tambahan bank akan dikenakan

    Hubungi Kami

    • 33, Tingkat, 2, Jalan Medan Tuanku, Chow Kit,
      50300 Kuala Lumpur,
      Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Koperasi Perkasa: Pembiayaan Islamik RM200K

    Koperasi Perkasa: Pembiayaan Islamik RM200K

    Koperasi Perkasa

    Koperasi Perkasa menawarkan pembiayaan peribadi berkonsepkan Bai Al-Inah sehingga RM200,000. Kadar keuntungan 3.49% untuk tempoh bayaran balik 3 tahun dan ke bawah, serta 4.99% untuk tempoh 4 hingga 10 tahun. Tempoh bayaran balik maksimum 10 tahun. Tiada penjamin diperlukan.

    Pengenalan

    KOPERKASA telah ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 124 orang. Sehingga kini keanggotaan telah berkembang sehingga hampir mencecah 25,000 orang anggota dengan milikan aset bernilai kira-kira RM237 juta yang bersamaan dengan kira-kira 50% daripada jumlah aset di seluruh koperasi di negeri Sarawak.

    Pinjaman Peribadi Popular

    KOPERKASA 1

    Pembiayaan 5 Bintang dari KOPERKASA. Terdapat banyak perkhidmatan dan produk pembiayaan yang ditawarkan bertujuan untuk memberikan kemudahan pembiayaan untuk membantu anggota dari segi kewangan untuk kepentingan peribadi.

    KONSEP Bai Al-Inah:

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN *RM200,000
    • KADAR KEUNTUNGAN 3.49% untuk tempoh bayaran balik 3 tahun dan ke bawah, 4.99% untuk tempoh bayaran balik 4 tahun hingga 10 tahun (Promosi dari 1 Nov-31 Dis 2018)
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    • Anggota yang mempunyai potongan aktif.
    • Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
    • Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    • Jumlah layak dipinjam berdasarkan had potongan gaji.

    Dokumen

    1. Salinan slip gaji terkini pemohon & penjamin (yang telah dicop dan disahkan)
    2. Salinan MyKad pemohon(yang telah dicop dan disahkan)
    3. Surat asal pengesahan / borang komitmen dari majikan (jika perlu)

    *Tertakluk kepada terma dan syarat. **Tidak tertakluk kepada pembiayaan yang bertindih. Pembiayaan bertindih akan dikenakan kadar 6.50% Anggota yang dihargai, sila hubungi pejabat Koperkasa yang terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut.

    KOPERKASA 2

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu anggota dari segi kewangan untuk kepentingan peribadi.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN *RM200,000
    • KADAR KEUNTUNGAN 3.49% untuk tempoh bayaran balik 3 tahun dan ke bawah, 4.99% untuk tempoh bayaran balik 4 tahun hingga 10 tahun (Promosi dari 1 Nov – 31 Dis 2018)
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    1. Anggota yang mempunyai potongan aktif.
    2. Pernah memohon pembiayaan terdahulu dan masih sedang dalam bayaran ansuran bulanan melalui potongan gaji.
    3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    4. Had DSR tidak melebihi 60%.
    5. Penyelesaian pinjaman pihak ketiga yang berjumlah RM20,000 dan ke bawah termasuk pembiayaan lain daripada Koperkasa KECUALI Pembiayaan/Pinjaman Peribadi terdahulu.
    6. Pembiayaan bertindih untuk pembiayaan ini adalah TIDAK dibenarkan.
    7. Jumlah layak dipinjam berdasarkan had potongan gaji dan tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan Koperkasa
    8. Syarat-syarat lain / prosedur yang berkaitan dengan Pembiayaan Peribadi yang sedia ada DIKEKALKAN.

    Dokumen

    1. Salinan slip gaji terkini pemohon & penjamin (yang telah dicop dan disahkan)
    2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
    3. Surat asal pengesahan / borang komitmen dari majikan (jika perlu)
    4. Sila klik di sini untuk muat turun brosur Pembiayaan 2018

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Kontrak

    Tawaran hebat bagi pekerja kontrak tetapi mestilah memenuhi syarat seperti berikut:-

    • Kontrak kerajaan/ badan berkanun/ Universiti/ Hospital/ Majlis Perbandaran terpilih.
    • Pemohon yang ingin memohon pinjaman peribadi mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun dan tiada tindakan tatatertib (disiplin).
    • Walaupun tiada potongan Biro Angkasa anda layak.
    • Semak Spika sahaja.
    • Interest 9.99% tolak angkasa 2%.
    • Payout 67%.
    • Proses 3 minggu atau lebih bergantung kepada bahagian proses.
    • Majlis Perbandaran Pulau Pinang layak buat juga DBKL dan lain-lain.

    Pembiayaan 100%

    Pembiayaan 100% bertujuan untuk meringankan beban anggota-anggota KOPERKASA yang memerlukan wang dengan segera dan sebagai persediaan persaraan.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN Tidak melebihi jumlah Modal Yuran Bulanan terkumpul
    • KADAR KEUNTUNGAN 5%
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 5 tahun
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    • Anggota yang mempunyai potongan aktif bagi yang masih berkhidmat.
    • Anggota tidak mempunyai pembiayaan peribadi atau peribadi bertindih.
    • Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    • Had potongan 60% dikecualikan khas untuk anggota yang akan bersara daripada perkhidmatan.

    Dokumen

    1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon.
    2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan).
    3. Pembiayaan Kenderaan

    Pembiayaan Kenderaan

    Pembiayaan kenderaan KOPERKASA bertujuan untuk memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli kenderaan serta memohon wang tunai dalam satu masa.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM60,000
    • KADAR KEUNTUNGAN 5% untuk pembiayaan RM10,000 dan ke bawah. 6% untuk pembiayaan RM10,001 hingga RM60,000
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 5 tahun untuk pembiayaan RM10,000 dan ke bawah. Maksimum 10 tahun untuk pembiayaan RM10,001 hingga RM60,000
    • JAMINAN Daftar hak milik adalah atas nama peminjam dan hak milik dituntut oleh koperasi sepanjang tempoh pembiayaan.
    • INSURAN & CUKAI JALAN Insuran Comprehensive hendaklah diambil menerusi koperasi, sepanjang tempoh pembiayaan.

    Syarat-Syarat

    1. Anggota KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
    2. Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
    3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    4. Jumlah layak dibiaya adalah berdasarkan had potongan gaji dan tertakluk kepada kedudukan kewangan koperasi.

    Dokumen

    1. Surat penjelasan mengenai kelulusan pinjaman daripada KOPERKASA bersama-sama inbois.
    2. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
    3. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan)

    Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan

    Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan KOPERKASA bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anggota untuk membeli alat dan barangan keperluan rumah secara bayaran ansuran.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM20,000
    • KADAR KEUNTUNGAN 5.99%
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 8 tahun
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    1. Anggota yang mempunyai potongan aktif.
    2. Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
    3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    4. Jumlah layak dipinjam berdasarkan had potongan gaji.

    Dokumen

    1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan).
    2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan.

    Pembiayaan Pendidikan

    Pembiayaan Peribadi Pendidikan KOPERKASA bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anggota bagi pembiayaan pendidikan anak-anak atau anggota itu sendiri.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM5,000 untuk peringkat sekolah rendah / menengah >> RM30,000 untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
    • KADAR KEUNTUNGAN 5%
    • TEMPOH BAYARAN BALIK sehingga 5 tahun untuk peringkat sekolah rendah / menengah >> sehingga 15 untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    1. Anggota KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
    2. Anggota telah genap 3 bulan menjadi anggota dan potongan gaji untuk Modal Yuran Bulanan telah dimulakan.
    3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.

    Dokumen

    1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).
    2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleha majikan anggota).
    3. Salinan sijil kelahiran anak (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).
    4. Surat tawaran IPT, jika berkenaan (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).

    Pembiayaan Kebajikan

    Pembiayaan Kebajikan bertujuan untuk memberikan kepada anggota dalam urusan berikut:

    1. Kematian keluarga terdekat;
    2. Ketika ditimpa mala petaka seperti kebakaran, banjir, ribut taufan dan kemalangan serius lain;
    3. Rawatan Kesihatan / Rawatan doktor pakar / pembelian produk kesihatan.

    KONSEP Bai Al-Inah

    1. JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM10,000
    2. PERATUS KEUNTUNGAN serendah 5%
    3. TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
    4. JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    1. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan kepada Peraturan Kewangan Jabatan/Majikan.
    2. Anggota telah genap 3 bulan menjadi anggota dan potongan gaji untuk Modal Yuran Bulanan telah dimulakan.

    Dokumen

    1. Dokumen-dokumen asal yang sah seperti Laporan Polis, syor dan sokongan Doktor atau Doktor Pakar, resit atau Sijil Kematian sebagai bukti kejadian yang berlaku,
    2. Salinan asal slip gaji pemohon,
    3. Salinan MyKad Pemohon.

    Pembiayaan Pelancongan

    Pembiayaan Pelancongan bertujuan memberikan kemudahan kepada anggota untuk membeli tiket penerbangan luar atau dalam negara dan penambahan wang saku semasa pemergian. Pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk tujuan UMRAH.

    KONSEP Bai Al-Inah

    • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM10,000
    • KADAR KEUNTUNGAN 6%
    • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
    • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

    Syarat-Syarat

    • Anggota yang mempunyai potongan aktif.
    • Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
    • Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
    • Permohonan hendaklah tidak kurang dari 45 hari bekerja daripada tarikh keberangkatan.
    • Anggota hendaklah mendapatkan Pakej Umrah daripada Syarikat yang dilantik oleh koperasi.

    Dokumen

    1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
    2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
    3. Dokumen-dokumen sokongan lain yang diperlukan.

    *Sumber: Koperkasa Website

    Pinjaman Peribadi Koperasi Perkasa - Personal Loan Koperkasa

    Hubungi Kami

    HQ

    • Tel: 03-4025 5071
    • Koperasi Perkasa Malaysia Berhad
      No. 10, Jalan Pahang Barat, Jalan Pahang,
      53000, Kuala Lumpur

    Sarawak

    • Koperasi Koperkasa Berhad
      Wisma Koperkasa, 16-20, Jalan Simpang Tiga
      93300 Kuching Sarawak
    • Tel: 082-424596 / 082-424597 / 082-425610 / 082-426771
    • Pejabat Cawangan Sri Aman 083-320487 (T) 082-320227 (F)
      Pejabat Cawangan Sarikei 084-656673 (T) 084-658279 (F)
      Pejabat Cawangan Sibu 084-210445 (T) 084-210439 (F)
      Pejabat Cawangan Bintulu 086-338199 (T) 086-332198 (F)
      Pejabat Cawangan Miri 085-410644 (T) 085-417644 (F)
      Pejabat Cawangan Limbang 085-216825 (T) 085-216542 (F)
    • Fax: 082-421278
    • general@koperkasa.com.my
  • Koperasi KWWMB: CTOS & Blacklist Lulus

    Koperasi KWWMB: CTOS & Blacklist Lulus

    Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad (KWWMB)

    Adakah anda layak memohon pinjaman peribadi Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad atau singkatannya KWWMB? Jom mohon walaupun CTOS bawah RM30k. AKPK dan CCRIS layak. Dapatkan info disini.

    Pengenalan

    Sejarah dan Penubuhan

    Sejak penubuhannya pada tahun 2006, Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad (KWWMB) telah berperanan sebagai sebuah organisasi yang komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang bermanfaat dan memenuhi keperluan anggota masyarakat, terutamanya dalam bentuk pinjaman berasaskan prinsip Syariah. Didftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan, KWWMB berperanan sebagai penyedia pelbagai jenis produk kewangan dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada anggota koperasi.

    Misi

    KWWMB bertujuan untuk membantu individu yang memerlukan sokongan kewangan dan pendidikan kewangan untuk meningkatkan pengurusan kewangan peribadi mereka. Misi utama koperasi ini adalah untuk:

    • Menyediakan pinjaman berasaskan Syariah kepada ahli-ahli koperasi bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.
    • Menyediakan latihan dan kemahiran kewangan untuk membantu anggota mengurus kewangan peribadi dengan lebih baik.
    • Menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti, dengan memberi respons kepada perubahan permintaan pelanggan.
    • Mencapai keunggulan dalam inovasi dan menggunakan teknologi terkini untuk memberi kelebihan daya saing.
    • Menghasilkan pulangan yang berpatutan kepada ahli-ahli koperasi.
    • Menghargai dan memberi ganjaran kepada prestasi pekerja serta menyediakan peluang untuk pembangunan profesional dan kenaikan pangkat.

    Perkhidmatan dan Produk Kewangan

    KWWMB menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kewangan ahli. Berikut adalah beberapa perkhidmatan utama yang disediakan oleh KWWMB:

    1. Pinjaman Peribadi

    KWWMB menawarkan solusi kewangan untuk membantu ahli mengatasi masalah kewangan peribadi mereka. Pinjaman ini didasarkan pada prinsip Syariah, memastikan bahawa semua transaksi mematuhi peraturan yang sah menurut hukum Islam.

    • Kadar faedah menarik sebanyak 9.99% setahun.
    • Payout sehingga 81% daripada jumlah pinjaman.
    • Terbuka untuk individu dengan CTOS di bawah RM30,000.

    2. Pembiayaan Kereta

    KWWMB bekerjasama dengan ahli untuk memenuhi keperluan pembiayaan kereta, memberikan penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah untuk mendapatkan kenderaan idaman.

    3. Pembiayaan Perumahan

    KWWMB menawarkan pembiayaan rumah yang fleksibel. Dengan perunding kewangan profesional, KWWMB memastikan penyelesaian terbaik bagi masalah kewangan ahli yang berkaitan dengan pembelian rumah.

    4. Pelaburan

    KWWMB menyediakan peluang pelaburan kepada ahli melalui Skim Simpanan Khas dan Skim Pelaburan Khas. Ini membolehkan ahli meningkatkan nilai simpanan dan pelaburan mereka dalam jangka panjang.

    5. Produk-produk Keperluan

    Selain pinjaman dan pembiayaan, KWWMB juga menawarkan produk-produk keperluan untuk ahli, termasuk:

    • Jam tangan eksekutif
    • Pakaian eksekutif
    • Pinggan mangkuk berkualiti
    • Vacuum pintar
    • Kerusi pejabat ergonomik
    • Kamera drone

    6. Kursus dan Latihan

    KWWMB turut menganjurkan kursus pengurusan kewangan dan kursus perniagaan yang dirancang untuk membantu ahli dalam mempertingkatkan kemahiran kewangan dan keusahawanan mereka.

    Promosi Pinjaman Peribadi

    KWWMB kini menawarkan promosi pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 9.99% untuk warga koperasi yang memenuhi syarat tertentu. Berikut adalah kriteria:

    • Kadar faedah: 9.99%
    • Payout: Sehingga 81%
    • Syarat CTOS: Di bawah RM30,000

    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah menarik dari KWWMB, terutamanya jika anda sudah tidak layak untuk memohon pinjaman dari yayasan lain seperti Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan RCE.

    Kesimpulan

    KWWMB telah berkhidmat kepada masyarakat Malaysia sejak 2006, memberikan penyelesaian kewangan yang efektif dan beretika. Dengan komitmen untuk memenuhi keperluan kewangan ahli dan memberikan pendidikan kewangan yang berterusan, KWWMB terus berkembang dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memperbaiki pengurusan kewangan peribadi dan mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.

    Hubungi Kami

    • Alamat: 50B-3, Kelana Mall, Jalan SS6/7, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
    • Telefon: 03-78748888

    Jika anda mencari penyelesaian kewangan yang mesra Syariah dan ingin menjadi sebahagian daripada komuniti koperasi yang memberi manfaat kepada ahlinya, KWWMB adalah pilihan yang tepat.

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi Sujana: Pembiayaan Tunai Proses Cepat

    Koperasi Sujana: Pembiayaan Tunai Proses Cepat

    Koperasi Sujana Malaysia Berhad (KSMB)

    Koperasi Sujana Malaysia Berhad menawarkan pinjaman peribadi dengan kemudahan potongan gaji. Sesuai untuk pemohon dengan komitmen tinggi, AKPK, CCRIS, atau CTOS. Mohon sekarang dan ketahui cara mudah untuk memohon. Ketahui dengan lebih lanjut di sini untuk maklumat lanjut dan mulakan permohonan anda hari ini!

    Pengenalan

    Sejarah

    Koperasi Sujana Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai KopSujana telah didaftarkan pada 23 Ogos 1974. Sejak penubuhannya, koperasi ini telah aktif dalam menjalankan aktiviti kredit makro, memberikan pinjaman makro kepada anggota koperasi. Pinjaman makro pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk membantu golongan tertentu dalam memenuhi keperluan kewangan mereka.

    Pada 29 Mac 2011, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan dan mendaftarkan Undang-Undang Kecil sebagai koperasi kredit. Sejak itu, KSMB berkembang pesat menjadi sebuah koperasi kredit yang beroperasi secara syariah dan telah mendapat sijil pengiktirafan untuk mengamalkan prinsip pembiayaan Tawarrouq.

    Visi dan Misi

    Bertujuan untuk memberi manfaat kepada anggota melalui pembiayaan yang adil dan mengikut prinsip syariah. Misi koperasi ini adalah untuk menyediakan pinjaman peribadi yang fleksibel dan mudah bagi membantu keperluan kewangan ahli.

    Pinjaman Peribadi

    Tawaran Hebat

    KSMB menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang menarik bagi mereka yang memerlukan pembiayaan peribadi. Pinjaman ini memberikan peluang kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun untuk mendapatkan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang kompetitif.

    Kelayakan

    Pinjaman peribadi di KopSujana menawarkan kelayakan sehingga 70% hingga 75% berdasarkan pendapatan bulanan. Dengan kelulusan yang cepat dan syarat yang mudah, koperasi ini menyediakan pinjaman untuk pelbagai tujuan, seperti membeli kereta, melancong, atau membeli barangan rumah.

    Syarat dan Kriteria

    • Kelayakan: Kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang terpilih sahaja.
    • Kadar Faedah: 12% setahun.
    • Jumlah Pinjaman: Sehingga RM40,000.
    • Tempoh Bayaran Balik: Maksimum 8 tahun.
    • Cara Pembayaran: Potongan gaji melalui Biro Angkasa (SPGA).

    Prinsip Kerahsiaan Dijaga

    Proses permohonan pinjaman dijalankan dengan menjaga kerahsiaan penuh mengenai data peribadi pemohon. KSMB memastikan bahawa setiap langkah dalam proses permohonan adalah telus dan mudah diakses.

    Kelayakan Berdasarkan Slip Gaji

    Untuk memohon, kelayakan adalah bergantung kepada kekuatan kelayakan slip gaji dan jumlah pendapatan bulanan kasar pemohon. Pinjaman ini terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

    Proses Permohonan Pinjaman

    1. Hubungi wakil rasmi koperasi untuk maklumat lanjut.
    2. Hantar slip gaji dan dokumen berkaitan.
    3. Pemeriksaan kelayakan berdasarkan pendapatan dan slip gaji.
    4. Kelulusan dalam masa singkat (biasanya dalam 7-10 hari bekerja).

    Faedah

    • Proses permohonan yang cepat dan mudah.
    • Potongan gaji melalui Biro Angkasa (SPGA) untuk kemudahan pembayaran.
    • Jumlah pembiayaan sehingga RM40,000.

    Maklumat Am Pembiayaan

    Jenis Pembiayaan yang Ditawarkan

    KSMB menawarkan pembiayaan peribadi dengan syarat dan kelayakan yang mesra pemohon. Berikut adalah maklumat am mengenai pembiayaan yang ditawarkan oleh koperasi ini:

    Jumlah Pembiayaan dan Tempoh Bayaran Balik

    • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM40,000 atau ansuran tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan.
    • Tempoh Bayaran Balik: Maksimum 8 tahun, memberikan fleksibiliti untuk pembayaran.

    Sistem Pembayaran Melalui Potongan Gaji

    Pembayaran pinjaman dilakukan melalui sistem Potongan Gaji Biro Angkasa (SPGA), yang memudahkan proses pembayaran bulanan dengan pemotongan secara automatik dari gaji.

    Hubungi Kami

    Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan pinjaman peribadi, anda boleh menghubungi Koperasi Sujana Malaysia Berhad melalui:

    Alamat:
    No 9-3, Kompleks Udarama,
    Jalan 1/64A, Off Jalan Sultan Azlan Shah,
    50350 Kuala Lumpur, Malaysia

    Telefon: 03 4040 0333
    Faks: 03 4040 0222

    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang menarik dari KSMB! Hubungi kami hari ini untuk semakan kelayakan dan permohonan pinjaman.

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi AID: Dana Islamik Penjawat Awam

    Koperasi AID: Dana Islamik Penjawat Awam

    Koperasi Serbaguna Pertanian (AID)

    Perlukan bantuan kewangan segera? Koperasi Serbaguna Pertanian (AID) menawarkan pinjaman peribadi mudah sehingga RM200,000, walaupun anda mempunyai rekod CCRIS, CTOS atau AKPK. Proses permohonan yang ringkas, kelulusan fleksibel dan potongan gaji melalui Biro Angkasa menjadikan AID pilihan terbaik untuk kakitangan kerajaan dan GLC. Mohon sekarang dan dapatkan ganjaran terbaik dari kami.

    Pengenalan

    Koperasi Serbaguna Pertanian Perusahaan Kemajuan Berhad atau singkatannya AID adalah koperasi yang mula-mula sekali daftar kerana sudah penat menghantar borang permohonan pinjaman peribadi kepada kawan-kawan (kira jadi introducer atau belum official lagi jadi agen berdaftar). Pada mulanya agak ragu-ragu juga kerana mungkin akan mendapat layanan yang tidak sepatutnya kerana terlambat mendaftar.

    Tetapi sangkaan meleset. Pendaftaran permohonan menjadi agen adalah mudah dan hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan juga saham ahli sudah melayakkan anda menjadi agen/ perunding kewangan Koperasi AID yang sah dan berdaftar. Tidak ingat nombor ahli yang keberapa masa jadi agen berdaftar tetapi berada di antara kelompok otai-otai lah pada masa itu.

    Anda akan mendapat 10 set borang permohonan  beserta kriteria kelayakan seperti cara pengiraan had kelayakan loan, elaun yang boleh diambilkira dan dimasukkan dalam pengiraan dan elaun tetap yang tidak boleh diambilkira dalam pengiraan loan.

    Pihak AID juga menyediakan jadual pemfaktoran, iaitu sejenis formula bagi pengiraan had kelayakan supaya pengiraan menjadi lebih mudah dan efisien. Anda akan mendapat latihan hands-on dan diberikan panduan dari boss bahagian pembiayaan koperasi.

    Masih segar diingatan masa mula-mula menjejakkan kaki di pejabat Koperasi AID yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Anda dilayan dengan begitu baik sekali. Pada masa itu, pinjaman peribadi ini adalah sangat-sangat popular kerana antara koperasi yang terawal membuka permohonan loan dan mengambil agen dari luar (bukan full time sales executive yang bekerja di koperasi). Banyak juga permohonan yang dihantar dan mendapat kelulusan. Inilah antara kejayaan awal sebelum zaman 100% payout dan MBSB Waslah potongan 75% muncul!

    Menurut beberapa pihak master agen, ini adalah koperasi yang paling stabil kerana telah lama ditubuhkan. Koperasi ini mempunyai beberapa premis bangunan. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi

    AID 5.99%

    Ini adalah produk Koperasi AID yang paling popular. Interestnya yang rendah dan proses yang cepat tetapi bergantung kepada bahagian yang memproses borang.

    1. Interest rate 5.99% flat rate.
    2. Process standard 3-4 minggu.
    3. Jika pemohon ada blacklist perlu dapatkan surat penyata baki terkini.
    4. Tempoh pembiayaan pendek yakni 10 tahun sahaja.
    5. Fi yuran koperasi RM30.

    AID 7.99%

    Mendapat kerjasama dengan Al-Rajhi bank sebagai dana utama dalam pakej pinjaman ini. Walaubagaimanapun pakej pinjaman ini telah tamat promosi. Kriteria untuk loan seperti interest rate 7.99%, tempoh pembiayaan 20 tahun dan max loan RM200,000. Loan Koperasi AID ini adalah untuk kakitangan kerajaan berjawatan tetap sahaja. Bagi anggota tentera, askar, pencen dan peniaga sendiri sila layari koperasi.info

    Koperasi Serbaguna Pertanian - (AID)

    Hubungi Kami

    • Tel: 03-78758880
    • Koperasi AID,
      9A, Jalan 20/14, Paramount Garden
      46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    • Opening Hours: Monday to Sunday 8.30am-6.30pm. Close on friday.
  • Koperasi Kuasa: Pinjaman Segera Sejak 2015

    Koperasi Kuasa: Pinjaman Segera Sejak 2015

    Koperasi Kuasa (KoKuasa)

    Jangan lepaskan peluang untuk mohon pinjaman peribadi KoKuasa melalui potongan Biro Angkasa, walaupun anda mempunyai komitmen tinggi, rekod CCRIS, CTOS atau AKPK. KoKuasa memahami keperluan anda dan menawarkan kelulusan yang fleksibel serta proses permohonan yang mudah. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – bantu capai kestabilan kewangan anda dengan lebih yakin!

    Pengenalan

    Potongan pembiayaan adalah melalui potongan biro angkasa (bpa). Mesti mendapat pengesahan majikan dan dokumen mestilah lengkap untuk diproses. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Jika ada rekod CCRIS, CTOS, AKPK layak memohon. Pemohon yang mempunyai high commitment seperti ada loan kereta, rumah, pinjaman peribadi yang dibayar diluar payslip juga layak untuk memohon pembiayaan koperasi.

    Caranya mudah, untuk memohon pembiayaan Kokuasa, anda hanya perlu WhatsApp ke nombor telefon dalam laman web ini. Pihak kami akan terus memaklumkan kepada tuan/puan dari semasa ke semasa jika terdapat promosi terhebat. Jika tidak, izinkan kami untuk menguruskan pembiayaan anda dengan koperasi/institusi kewangan lain.

    Sekarang ini apabila masuk tahun 2020, ramai di antara penjawat awam mendapat kesukaran mendapatkan pembiayaan peribadi dari bank kerana kelayakan sudah tinggal sedikit. Maka anda tidak ada banyak pilihan lagi selain membuat pinjaman peribadi dengan koperasi.

    Pemilihan koperasi untuk anda membuat loan juga penting kerana anda yang akan membayar installment tiap-tiap bulan. Jadi berfikir panjang dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon pembiayaan kerana anda yang akan menanggung hutang yang banyak bertahun-bertahun. Membuat pinjaman peribadi bermakna anda akan mendapat duit yang banyak dalam sekelip mata tetapi cairan wang gaji anda setiap bulan akan berkurangan dan terus berkurangan dari tahun ke tahun.

    Tambah Pinjaman Bermakna Menambah Komitmen

    Tidak ramai di antara kita yang tidak sedar dengan istilah di atas iaitu ‘tambah pinjaman bermakna menambah komitmen’. Memang banyak promosi dari bank dan koperasi yang memang terlajak menarik. Yang paling penting adalah tepuk dada tanya iman anda. Persoalan seperti apa objektif anda untuk membuat permohonan, tempoh pembiayaan panjang atau pendek dan adakah potongan bulanan akan meningkat selepas setahun atau selepas 3 tahun dari tarikh mula bayar.

    Perkara ini harus anda fikir semasak-masaknya sebelum keputusan dibuat. Biasanya perasaan seronok itu hanyalah sementara mungkin untuk beberapa bulan atau beberapa tahun sahaja. Dan selepas itu anda akan mula merasa keperitan kerana komitmen anda bertambah. Contohnya jika dahulu, gaji bersih anda (gaji kasar tolak jumlah potongan) adalah Rm1800 pada sesetengah orang (berjawatan sederhana) merasakan bahawa duit gaji bersih mencukupi untuk mengharungi hidup selama sebulan sebelum dapat gaji pada bulan berikutnya.

    Tetapi jika anda membuat loan dan bayaran installement bulanan katakanlah Rm250 selama 10 tahun, maka sebenarnya anda telah mengurangkan perbelanjaan dan cairan wang anda dari Rm1,800 menjadi Rm1,550. Ini membahayakan diri anda kerana anda akan terkurang Rm250 sehinggalah pinjaman yang dibuat sudah dibayar sepenuhnya.

    Walaupun ramai di antara kita berpendapat bahawa ‘oh takpe, kami akan dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun…jadi tahun depan boleh buat loan lagi’ adalah sangkaan yang meleset kerana anda tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada diri anda dan keluarga anda pada masa hadapan. Mungkin tidak sampai setahun anda memerlukan duit kecemasan dan pada masa itu langkah terakhir adalah dengan membuat pinjaman.

    Sebenarnya tidak ada salahnya dengan meminjam asalkan anda tahu apa yang anda lakukan itu memberi kebaikan kepada anda dalam jangkamasa pendek, sederhana dan masa panjang. Dalam terma kewangan, tempoh pembiayaan jangkamasa pendek dibayar dalam masa 1-2 tahun, jangkamasa sederhana di antara 3-5 tahun dan masa panjang antara 10 ke 20 tahun. Contoh pinjaman jangkamasa pendek seperti pinjaman kecemasan, pinjaman belanja persekolahan tahun dll.

    Contoh pembiayaan jangka sederhana adalah pembiayaan yang tidak memerlukan anda memanjangkan tempoh maksima sehingga 10 tahun atau 20 tahun kerana anda yakin masalah anda dapat diselesaikan dalam masa 3-5 tahun. Manakala contoh pinjaman jangka panjang adalah seperti pembiayaan perumahan dan membeli aset tetap yang tidak mungkin anda akan dapat membayar installement bulanan jika anda menukarkan kepada pinjaman jangkamasa sederhana atau pendek. Memang mustahil!

    Berminat untuk memohon pinjaman peribadi Koperasi Kuasa? Sila berhubung dengan nombor talian hotline kami untuk urusan lebih lanjut.

  • Koperasi KKMB: Rekod Intransit Pun Layak

    Koperasi KKMB: Rekod Intransit Pun Layak

    Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

    Jangan biarkan rekod Intransit menghalang anda daripada mendapatkan bantuan kewangan. KKMB menawarkan pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan dan GLC yang menghadapi kesukaran kelulusan di tempat lain. Dengan proses permohonan yang mudah, kadar faedah berpatutan dan kelulusan fleksibel, KKMB sedia membantu anda capai kestabilan kewangan. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – peluang anda untuk lulus bermula di sini!

    Pengenalan

    Rasional logo Koperasi Konsumer Malaysia Berhad. Logo ini adalah diilhamkan daripada rimbunan pokok banyan yang tegap lagi menarik. Cabang tujuh helai daunnya mewakili 7 prinsip koperasi. Secara simbolik, tunas-tunas daun ini menggambarkan pertumbuhan dan kepelbagaian kegiatan KKMB yang bermula dari tunas utamanya. Tunas ini juga memaparkan gabungan serta gerakan utama KKMB menuju ke arah dimensi baru.

    Aturan Skim pinjaman persendirian atau pembiayaan Islam Koperasi Konsumer Malaysia Berhad.

    Pinjaman Peribadi

    KKMB adalah sebuah koperasi yang menawarkan pembiayaan dengan kadar interest yang menarik. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Loan Julai 2017: Intransit MBSB boleh lepas: Betul ke boleh lepas ini? Ya jika intransit MBSB anda akan dipotong selepas 6 bulan dari tarikh buat loan. Anda akan dapat full loan tanpa perlu tolak mbsb intransit dalam booking angkasa. Koperasi yang lain seperti Kobeta dan YIR dan YYP akan tolak walaupun intransit akan potong lama lagi selepas 6 bulan. Walaubagaimapun, loan public islamic bank (pb) tidak akan tolak amount intransit mbsb tetapi kalau kurang dari 6 bulan akan ditolak.

    23 Februari 2016: Proses Cepat:Mulakan langkah tahun 2016 ini dengan pembiayaan peribadi terbaik dari KKMB. Kriteria pembiayaan seperti dibawah:

    • Tiada yuran dikenakan sepanjang tempoh pembiayaan peribadi
    • Kadar interest 8% bagi pemohon di semenanjung dan 8.5% untuk Sabah dan Sarawak.
    • Payout nett 70%.
    • Mesti mempunyai buku Bank Rakyat untuk tujuan bank-in duit masuk ke dalam akaun pemohon.
    • Kena buka akaun jika tiada. Opsyen bersara sehingga 57 tahun. CTOS tidak boleh lebih 25k. Pengesahan borang BPA (angkasa).

    Konsumer 5.99%

    Berikut syarat-syarat dan kelayakan bagi memohon pinjaman peribadi:

    Syarat-Syarat

    1. Pinjaman maximum sehingga RM150,000. Proses kelulusan 4-5 minggu bergantung kepada bhg processing. Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun (tiada 20 tahun lagi).
    2. Blacklist layak selagi hutang tidak melebihi RM30,000 (perlu mohon penyata baki terkini sekiranya dalam rekod CTOS tidak dinyatakan jumlah amaun. Kadar keuntungan adalah untuk 10 tahun dari 5.99% setahun. Gaji minima RM1,500 dan berkhidmat 6 bulan ke atas layak.
    3. Status Kerja mestilah berjawatan tetap. Kontrak, jawatan sementara, kontrak berterusan sehingga pencen, bayaran gaji melalui baucer bayaran tidak layak sama sekali memohon.
    4. Untuk kakitangan kerajaan persekutuan sahaja (AG). state government, pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT), universiti dan lain-lain tidak layak.
    Pinjaman Peribadi Koperasi Konsumer Malaysia Berhad - KKMB Personal Loan

    Hubungi Kami

    • Alamat: 34, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields,
      50470 Kuala Lumpur
    • Opening Hours: 9am-5pm Monday to Friday
    • Tel: +603-2260 2726 / +603-2260 1431 / +603-2260 1433
    • Fax: +603-22604 834
  • Koperasi Borneo: Potongan 60% Pun Layak

    Koperasi Borneo: Potongan 60% Pun Layak

    Koperasi Borneo (KOPBORNEO)

    Mencari pinjaman peribadi Koperasi Borneo? Potongan melebihi 60%? Tidak boleh buat pembiayaan lagi? Overlap pun sudah tidak lepas. Jangan khuatir, kami boleh lakukan. Dapatkan maklumat lanjut disini.

    Pengenalan

    KOPBORNEO ini adalah pinjaman untuk semua, bukan untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak sahaja! Ia mempunyai cawangan di Petaling Jaya dan menyalurkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam dengan pantas bila-bila masa diperlukan. Kalau sudah melebihi 60% kelayakan, anda boleh membuat overlap, inilah tempatnya untuk menenangkan jiwa dari masalah kewangan yang serius. Tetapi maaf, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk kelayakan potongan yang melebihi 60%.

    Bagi mereka yang ingin membuat potongan dengan kelayakan over 60%, anda dinasihatkan untuk menyimpan hasrat anda kerana pinjaman peribadi ini akan merugikan anda pada masa akan datang. Anda dinasihatkan supaya memilih agen/wakil perunding kewangan koperasi yang dipercayai bagi menguruskan pembiayaan anda.

    Notis Pemberitahuan

    KOPBORNEO ingin memaklumkan bahawa kami tidak berurusan dengan sebarang agensi-agensi untuk mempromosikan dan memproses pinjaman koperasi. Sebarang urusniaga atau transaksi yang dibuat antara pelanggan-pelanggan dan agensi-agensi adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Bagi tujuan semakan personal loan tuan/puan, para pelanggan boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai pinjaman koperasi.

    Sejarah

    Koperasi kami didaftarkan pada 28 September 2008 di bawah nama Koperasi Borneo Berhad dengan kawasan operasi di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan kemudiannya telah meluaskan kawasan operasi ke seluruh Malaysia. Atas kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 27 November 2015, nama baru telah didaftarkan sebagai Koperasi Borneo Malaysia Berhad.

    Perkhidmatan Utama

    Perkhidmatan utama kami adalah memberi pembiayaan peribadi kepada anggota Koperasi, yang kebanyakannya adalah pejabat awam dengan kemudahan potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA. Kami berhasrat untuk mengembangkan aktiviti dalam bidang lain.Antara aktiviti-aktiviti yang mampu dilaksanakan adalah termasuk :- Pelaburan dalam bidang pertanian dan ternakan dan mendapatkan tanah untuk membina rumah mampu milik bagi anggota-anggota Koperasi.

    Selain itu kami juga menguruskan kemudahan perumahan dan anggota-anggota yang berhijrah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat dan menubuhkan pusat latihan kemahiran di kawasan luar bandar.

    Maklumat Korporat

    Lokasi Pejabat

    Koperasi Borneo Malaysia Berhad mempunyai dua pejabat utama yang terletak di dua lokasi utama di Malaysia:

    1. Pejabat Selangor
      Alamat:
      50 – 1, Jalan PJU 5/21,
      The Strand, Kota Damansara,
      47810 Petaling Jaya, Selangor.
      Tel: 03-6142 3801
      E-mel: kopborneo@yahoo.com

    2. Pejabat Sabah
      Alamat:
      F-44-2, Lot No 44, 2nd Floor, Block F,
      Lorong Plaza 333-5,
      Plaza 333, Kobusak Commercial Centre,
      Jalan Pintas Penampang,
      89500 Penampang, Sabah.
      Tel: 088-701 776
      Fax: 088-720 925

    *Source: kopborneo.com official website

  • Pinjaman Koperasi Komuja: Mohon Segera & Mudah

    Pinjaman Koperasi Komuja: Mohon Segera & Mudah

    Koperasi Komuja

    Mohon pinjaman peribadi Koperasi Komuja kerana blacklist, CTOS, CCRIS RM28k layak mohon. Potongan Biro Angkasa. Kelulusan pantas. Ketahui lebih lanjut mengenai kelayakan anda sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Komuja menawarkan pinjaman peribadi terbaik yang sangat disyorkan bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang memerlukan pembiayaan mudah dan pantas. Pinjaman ini dirancang untuk membantu individu yang berkhidmat di sektor awam mengatasi masalah kewangan peribadi, dengan kelulusan yang lebih mudah berbanding produk kewangan lain.

    Koperasi Komuja membolehkan pemohon memohon pinjaman baru atau overlap (menggabungkan pinjaman sedia ada) dengan potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). Sistem potongan gaji melalui Biro Angkasa ini menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan pembayaran balik pinjaman, tanpa perlu risau mengenai kelewatan pembayaran.

    Mengapa Memilih Komuja?

    Pinjaman peribadi dari Koperasi Komuja adalah pilihan utama kerana proses permohonan yang mudah dan kelulusan cepat. Selain itu, pinjaman ini menawarkan kemudahan untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun, dengan beberapa kelebihan utama yang membezakannya daripada produk kewangan lain:

    • Proses Permohonan Mudah: Anda hanya perlu mengemukakan borang yang disahkan oleh majikan atau pegawai yang dilantik untuk mengesahkan permohonan.
    • Potongan Gaji Melalui Biro Angkasa: Potongan dilakukan secara automatik melalui gaji, memudahkan pembayaran.
    • Boleh Overlap: Pinjaman baru atau gabungan hutang lama boleh dilakukan, memberi ruang untuk penyelesaian kewangan yang lebih baik.
    • Kadar Faedah yang Berpatutan: Walaupun kadar faedah adalah 12%, ia masih dianggap berpatutan dengan syarat kelulusan yang lebih mudah.

    Syarat-Syarat Permohonan

    Koperasi ini didatangkan dengan syarat-syarat permohonan yang mudah. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum memohon pinjaman:

    Syarat-syarat Utama:

    • Kadar Faedah: 12% setahun.
    • Tempoh: Maksimum 10 tahun.
    • CTOS dan CCRIS: Di bawah RM28,000.
    • Payout: Sehingga 70% daripada kelayakan pinjaman.

    Walaupun kadar faedahnya sedikit lebih tinggi daripada beberapa produk pinjaman lain, Komuja menawarkan proses kelulusan yang lebih mudah untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Ini adalah salah satu sebab mengapa ia menjadi pilihan utama mereka yang bekerja dalam sektor awam.

    Kelayakan Bagi CTOS dan CCRIS:

    • CTOS dan CCRIS antara RM28,001 hingga RM40,000: Payout akan dikurangkan kepada 65%.
    • CTOS dan CCRIS antara RM40,001 hingga RM50,000, dengan status summon atau disenaraikan dalam AKPK: Payout akan dikurangkan lagi kepada 62%, tetapi pemohon masih layak untuk memohon.

    Amaun Maksimum:

    • RM150,000 tanpa perlu penjamin.
    • Pembayaran melalui potongan gaji (Biro Angkasa).

    Proses Permohonan

    Proses permohonan adalah mudah dan cepat. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memohon:

    1. Dapatkan Borang Permohonan: Anda perlu mendapatkan borang hard copy daripada pihak Komuja. Borang tidak boleh dimuat turun secara dalam talian.
    2. Isi Borang Permohonan: Lengkapkan borang dengan maklumat yang diperlukan dan sahkan dengan tandatangan majikan atau pegawai yang dilantik.
    3. Sediakan Dokumen Sokongan: Sertakan dokumen seperti salinan slip gaji terkini dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
    4. Serahkan Borang: Hantar borang yang lengkap kepada pihak Koperasi Komuja untuk pemprosesan.
    5. Tunggu Proses Kelulusan: Biasanya, proses kelulusan mengambil masa 7 hari bekerja.

    Penggabungan Hutang

    Koperasi Komuja merupakan penyelesaian yang tepat bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang memerlukan bantuan kewangan. Keistimewaan pinjaman peribadi ini termasuk kemudahan kelulusan yang lebih cepat, potongan gaji melalui Biro Angkasa, dan kadar faedah yang kompetitif. Koperasi Komuja juga menawarkan kemudahan overlap untuk mereka yang ingin menggabungkan hutang lama, menjadikannya pilihan yang fleksibel dan mudah bagi individu yang mencari solusi kewangan.

    Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan pinjaman peribadi Koperasi Komuja. Daftar hari ini dan nikmati kemudahan kewangan yang telah membantu ramai kakitangan kerajaan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik!

    Pinjaman Peribadi Koperasi Komuja Personal Loan

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi KOPESADIK: Pembiayaan Guru Terhebat

    Koperasi KOPESADIK: Pembiayaan Guru Terhebat

    Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK)

    KOPESADIK menyediakan pelbagai kemudahan kewangan termasuk pinjaman peribadi, pembiayaan patuh Syariah, dan sokongan ekonomi untuk kakitangan kerajaan, GLC, dan pekerja sektor swasta. Dengan proses permohonan yang mudah, kadar faedah kompetitif, dan kelulusan pantas, KOPESADIK membantu anda mencapai kestabilan kewangan dengan yakin. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – masa depan kewangan anda bermula di sini!

    Kelebihan

    Ini antara sebab mengapa wajib memilik Kopesadik seperti berikut:-

    1. DIPERCAYAI: Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
    2. MUDAH: Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
    3. TELUS: Permohonan diproses secara telus dan jujur
    4. CEPAT: Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja

    Pengenalan

    Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah didaftarkan dibawah subsekyen 18(3) Akta Koperasi 1993 pada 2 Mei 1972. Ia pada asalnya dinamakan Koperasi Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Anggota pada ketika itu hanyalah terhad kepada perkhidmatan kakitangan kerajaan dalam sektor pendidikan.

    Pada 10 Mei 1998, nama Koperasi Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Pendidikan telah ditukarkan kepada Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK) dimana anggota dibuka kepada semua kakitangan berumur 18 tahun keatas yang bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta. Kawasan operasi Koperasi ialah diseluruh Malaysia.

    Misi dan Visi

    MISI: Membina asas kemajuan Koperasi melalui aset dan kemudahan kredit.
    VISI: Peneraju dalam urusan pembiayaan kredit dengan membantu Anggota menyelesaikan masalah kewangan.
    OBJEKTIF: Untuk menjadikan Koperasi antara salah satu Koperasi yang mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
    MATLAMAT: Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya mengikut prinsip Koperasi.

    Kelebihan

    • Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
    • Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
    • Permohonan diproses secara telus dan jujur
    • Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja

    Dipercayai Sejak 1972

    Kami menyediakan kemudahan perkhidmatan Pembiayaan Berkonsepkan Syariah Al-Tawarruq khas untuk penjawat awam, badan berkanun dan swasta. Pelbagai perkhidmatan lain seperti penyewaan unit kondominium dan rumah kedai, pembekal barangan kesihatan, kecantikan dan banyak lagi.

    Melancong Dulu Bayar Kemudian

    Jangan risau, Kopesadik boleh membantu masalah kewangan anda untuk meluangkan masa bersama keluarga. Jom mohon pembiayaan pelancongan di Kopesadik! Melancong dulu baru bayar tau. Banyak manfaat nya, Inshaallah

    Pembiayaan untuk Perniagaan

    Setiap orang mempunyai cita-cita untuk memulakan perniagaan yang boleh membantu mendapatkan pendapatan sampingan. Sesetengah perniagaan memang memerlukan modal permulaan yang agak besar. Kami di sini bersedia menyelesaikan masalah kewangan anda. Pembiayaan peribadi kami yang cepat dan tidak rumit boleh mempercepatkan proses perniagaan anda.

    Shopee – Kopesadikshop

    Sekarang anda boleh buat pembelian di Shopee Kopesadikshop kami! Dapatkan barangan face mask, hand sanitizer, dan Unico base cream di sini. Banyak lagi product yang bakal menanti anda! Tunggu okay? Layari: www.shopee.com.my/kopesadikshop. Terima kasih sudi menyokong Kopesadik

    Aset dan Bangunan

    Pejabat Kopesadik

    Pejabat Kopesadik mula beroperasi pada tahun 1972 sehingga kini. Ia merupakan ibu pejabat rasmi Warga Kopesadik menjalankan operasi harian dan Anggota yang mahu berurusan dengan pihak Pegawai Koperasi. Waktu Operasi dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat sahaja. Tidak dibenarkan berurusan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum.

    Sri Impian Kondominium, Brickfields

    Koperasi memiliki 2 unit aset rumah di Sri Impian Kondominium, Brickfields. Kondominium ini berkeluasan 1,500 persegi, 4 bilik dan 2 bilik air. Kondomnium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, trek jogging, dewan squash dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan KL Sentral, Kuil, Sekolah, The Little India, Gereja, Mid Valley Megamall dan Stesen LRT Bangsar. Terdapat banyak kemudahan awam seperti LRT, MRT, ETS, Bas Rapid KL , KL Monorail, Kedai Serbaneka, Restoran dan juga Dobi.

    Danau Murni Kondominium

    Koperasi memiliki 3 unit aset rumah di Danau Murni Kondominium. Kondominium ini berkeluasan 714 persegi, 3 bilik dan 2 bilik air. Kondominium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, taman permainan dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti KTM dan Bas Rapid KL

    Bangunan Bangsar Utama

    Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan Bangsar Utama. Bangunan Bangsar Utama ini terletak berdekatan dengan Etika, Dataran Maybank, The Little India, Brickfields, KL Sentral, KTM Komuter Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, Angkasapuri dan Bangsar South. Kemudahan awam juga mudah didapati di sini seperti LRT, KTM, KLIA EXPRESS, KL Monorail, Rapid KL Bus dan Shuttle Bus.

    Bangunan MITC, Melaka

    Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan di MITC Melaka. Keluasan bangunan ini ialah 148 persegi. Bangunan MITC Melaka ini terletak berdekatan dengan MITC Melaka, Restoran, Taska, kedai haiwan peliharaan, kedai percetakan, spa dan banyak lagi. Kawasan ini merupakan tumpuan penduduk Ayer Keroh, Melaka.

    Keanggotaan

    Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad

    Kelayakan terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan pekerja swasta.

    Syarat

    Syarat menjadi anggota

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 tahun ke atas
    3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan Koperasi
    4. Bebas dari berkuatkuasa sabitan bagi kesalahan boleh daftar, bankrap atau pernah dibuang daripada keanggota mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun

    Kelebihan

    Kelebihan menjadi anggota:

    1. Sumbangan Kematian ahli keluarga Anggota Koperasi (Ibu, Bapa, Anak, Isteri dan Suami)
    2. Sumbangan Anggota yang telah bersara mencukupi umur 55 tahun dan keatas
    3. Sumbangan Pendidikan
    4. Pembayaran dividen mengikut keuntungan Koperasi
    5. Sumbangan Kematian Anggota

    *Tertakluk pada terma & syarat

    Pengalaman Sebagai Agen

    Pada masa lalu, pembiayaan Kopesadik atau KOMAJU ini sangat popular bagi kebanyakan penjawat awam di seluruh negara. Pada masa itu, walaupun banyak koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan, tetapi Koperasi Kopesadik masih lagi menjadi pilihan utama di kotak fikiran penjawat awam untuk memohon pinjaman kewangan.

    Nama panjang koperasi adalah Koperasi Usahawan Maju Johor Berhad. Berdasarkan pengalaman peribadi, Koperasi Kopesadik ini banyak sekali menjadi tumpuan warga kerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pejabat koperasi yang terletak berhampiran dengan tempat kerja pemohon.

    Lama-kelamaan pinjaman peribadi ini menjadi semakin popular dan ramai pemohon sektor kerajaan yang membuat pinjaman baru dan selepas itu melakukan transaksi overlap loan lama dan buka akaun baru. Pada masa dahulu, tiada istilah buka akaun kedua atau ketiga ataupun beberapa akaun dalam satu koperasi kerana tiada kemudahan sebegitu rupa disediakan. Tidak seperti sekarang ini di mana hampir semua koperasi boleh menawarkan pinjaman peribadi tanpa overlap loan terdahulu.

    Rancak Bisnes

    Memang rancak bisnes menjadi perunding kewangan profesional KOPESADIK pada masa dulu kerana kebanyakan kakitangan kerajaan yang ditemui masih ada banyak kelayakan dalam slipgaji mereka. Jadi amat mudah bagi mereka untuk memohon sesuai dengan kelayakan potongan gaji yang mereka ada. Mereka boleh memilih untuk membuat loan seminima RM10k sehingga RM200k. Ramai pemohon yang mengatakan bahawa sebab mereka memohon pembiayaan peribadi KOMAJU – KOPESADIK adalah kerana ingin memulakan bisnes / perniagaan kecil-kecilan.

    Tidak kurang juga untuk menambah modal perniagaan mereka. Jadi begitulah sedikit sebanyak gambaran yang dapat diberikan pada masa yang lalu. Berdasarkan pengalaman sendiri juga, ramai pemohon yang ingin membuat overlap untuk tutup terus akaun pinjaman Koperasi KOMAJU/ KOPESADIK dan membuka akaun baru dari koperasi baru. Contohnya membuka akaun baru dari Koperasi Wawasan Malaysia atau Kowamas. Kowamas menjadi antara koperasi yang teratas sebab interest ratenya rendah. Jadi ramai agen jualan/ wakil koperasi yang berpindah untuk menghantar borang ke Koperasi Kowamas.

    Sedikit info: Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad ataupun dalam bahasa Inggerisnya The Employee’s Economy Progress Co-operative Society Ltd dikenali sebagai Kopesadik atau nama lain KOMAJU telah didaftarkan dibawah akta Koperasi 1948, Bill Daftar 4721/02.05.72. Berpejabat di Rumah Kopesadik 2, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar dan Jalan Abdullah Kuala Lumpur. Koperasi ini telah lama ditubuhkan. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Interest Rate Serendah 8.99%

    Pinjaman Peribadi Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad KOMAJU - KOPESADIK

    Berikut merupakan maklumat yang perlu diketahui:

    1. Interest rate personal financing KOMAJU ini 8.99% flat rate.
    2. Tempoh pembiayaan minima 2 tahun sehingga 10 tahun.
    3. Yuran ahli koperasi Rm30.
    4. 2 keping borang biro angkasa original perlu disahkan.
    5. Payslip tidak boleh discan cop dan pengesahan dari pegawai/ majikan.

    Borang boleh di download, tidak perlu original form. Perlu mendapat kebenaran penzahiran maklumat kredit individu dari Angkasa melalui SPGA (sistem potongan gaji Angkasa), RAM kredit info (agensi pelaporan kredit) atau CCRIS termasuk bank dan institusi kewangan. Organisasi yang disebutkan tidak bertanggungjawab secara lansung atau tidak lansung di atas pendedahan sedemikian.

    Low Interest 8.99% (Contract staff)

    Harap maaf pinjaman peribadi Koperasi KOMAJU KOPESADIK untuk contract staff telah tamat. Kadar keuntungan 8.99%. Tetapi anda masih boleh apply loan koperasi lain. 

    Hubungi Kami

    • Rumah Kopesadik
      2, Jalan Kemuja Bangsar,
      59000 Kuala Lumpur
    • Tel: 03-2282 3933 / 03-2282 1884
  • Koperasi GEMILANG: Pinjaman Terbaik Penjawat Awam

    Koperasi GEMILANG: Pinjaman Terbaik Penjawat Awam

    Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (KOGEMILANG)

    Dapatkan pinjaman peribadi terbaik dengan kelulusan segera daripada Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (KOGEMILANG). Pinjaman ini terbuka kepada kakitangan kerajaan. Hubungi agen koperasi yang sah sekarang untuk maklumat lanjut dan permohonan!

    Pengenalan

    KOGEMILANG adalah sebuah koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah kompetitif, serta tempoh pemprosesan yang lebih cepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun begitu, terdapat beberapa perubahan dalam proses kelulusan dan kestabilan dana yang perlu dipertimbangkan oleh pemohon.

    Sejarah dan Perkembangan

    Ditubuhkan sebagai Koperasi Gemilang Siswazah, koperasi ini telah berkembang sejak tahun 1997 dan kini menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap. Pada asalnya, koperasi ini dikenali dengan proses kelulusan ‘super express’, namun sejak kebelakangan ini, kelulusan pinjaman boleh menjadi lebih perlahan disebabkan oleh perubahan dana yang kerap dan keperluan semakan yang lebih terperinci.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Kogemilang 6.50%

    Kadar Faedah dan Pembiayaan

    KOGEMILANG menawarkan pelbagai produk pembiayaan, dan kadar faedah pinjaman peribadi mereka berbeza mengikut tahun dan kestabilan dana. Berikut adalah beberapa kadar faedah terkini yang ditawarkan:

    1. Februari 2016:
      • Kadar faedah serendah 6.50%.
      • Proses kelulusan yang dijanjikan dalam seminggu, tetapi ia bergantung kepada ketersediaan dana.
      • Pemohon dengan rekod blacklist atau komitmen kewangan yang tinggi mungkin tidak layak mendapat kelulusan.

    Kogemilang 6.50%

    1. 2015:
      • Kadar faedah 6.05% dengan payout 96.5% setelah ditolak advance installment.
      • Pembiayaan mengikut prinsip syariah dan patuh kepada garis panduan pembiayaan Islamik.
    2. Pinjaman Super Express (5.99%) (ditutup):
      • Kadar faedah sebanyak 5.99% dan payout tertinggi mencapai 97% selepas ditolak deposit dan yuran koperasi.
      • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Kriteria dan Syarat

    Pinjaman peribadi KOGEMILANG terbuka kepada kakitangan kerajaan, universiti awam, dan badan berkanun. Berikut adalah beberapa kriteria penting yang perlu dipenuhi:

    • Kelayakan Kakitangan: Hanya kakitangan kerajaan negeri, universiti awam, dan badan berkanun yang berjawatan tetap layak untuk memohon. GLC (syarikat berkaitan kerajaan) tidak layak memohon.
    • Rekod Kewangan: Pemohon yang mempunyai rekod blacklist masih layak memohon. Syarikat ini juga menerima pemohon yang telah bekerja 3 bulan dan mempunyai pembiayaan maksimum sekitar RM30,000 untuk pemohon yang baru bekerja.
    • Dana Terhad: Dana yang disediakan terhad, dan proses kelulusan boleh berbeza bergantung kepada kestabilan dana yang ada.

    Proses Permohonan dan Kelulusan

    Pemohon yang memenuhi syarat boleh memohon secara langsung dengan koperasi. Berikut adalah langkah-langkah penting dalam proses permohonan:

    1. Proses Permohonan: Pemohon perlu mengemukakan dokumen lengkap. Proses ini biasanya mengambil masa sekitar 4 minggu, walaupun ia boleh dipercepatkan jika pemohon menggunakan buku bank Maybank.
    2. Pembayaran Dana: Setelah pinjaman diluluskan, dana akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon dalam masa 1 hingga 2 hari selepas akad.
    3. Amaun Pembiayaan: Pembiayaan maksimum yang ditawarkan adalah RM200,000, bergantung kepada kelayakan pemohon.

    Terma dan Syarat Pembiayaan

    • Kadar Faedah: 5.99% hingga 6.50%, bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon.
    • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 20 tahun untuk pembiayaan tanpa penjamin.
    • Yuran Koperasi: RM30.
    • Prinsip Pembiayaan: Semua pinjaman berlandaskan prinsip syariah, termasuk Bai Al-Inah.

    Kelebihan

    • Kelulusan Cepat: Walaupun proses pemprosesan boleh memakan masa lebih lama kerana kekangan dana, KOGEMILANG masih menawarkan kelulusan yang cepat bagi pemohon yang memenuhi syarat.
    • Pembiayaan Tanpa Penjamin: Pinjaman peribadi ini tidak memerlukan penjamin, yang menjadikannya lebih mudah bagi mereka yang tidak mempunyai orang yang boleh menjaminnya.
    • Terbuka untuk Rekod Blacklist: Pemohon yang mempunyai rekod blacklist atau masalah kewangan masih berpeluang untuk mendapat kelulusan.

    Hubungi Kami

    Jika anda ingin memohon pinjaman peribadi atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

    • Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (KOGEMILANG)
      No. A, 01-09, Jalan Sri Kenari 10,
      Taman Sri Kenari,
      43000 Kajang, Selangor.
    • 03-8739 4748
    Pinjaman Peribadi Koperasi Gemilang Siswazah Berhad - Koop Kogemilang

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi Kobeta: CCRIS Tinggi Diterima

    Koperasi Kobeta: CCRIS Tinggi Diterima

    Koperasi Kobeta

    Jangan biarkan rekod kewangan menghalang anda! Koperasi Kobeta menawarkan pinjaman peribadi patuh Syariah kepada pemohon dengan CTOS tinggi, blacklist, dan CCRIS – masih layak untuk memohon. Dengan kadar faedah berpatutan, bayaran bulanan fleksibel, dan kelulusan pantas, anda boleh capai keperluan kewangan anda tanpa tekanan. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – peluang kedua bermula di sini!

    Pengenalan

    KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan. Pada peringkat awalnya, KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

    Penstrukturan

    Pada 28 Jun 2003, KOBETA telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi meneruskan aktiviti koperasi dengan lebih berdaya maju. Sebagai langkah ke arah itu ia telah menukar namanya semula kepada KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD (KOBETA) bagi membolehkannya beroperasi diseluruh negara dan penggunaan nama “KOBETA” mula digunakan pada logo secara menyeluruh.

    Kemajuan

    Pada tahun 2004, KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004.

    Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.

    Hartanah

    Unihome The Loft@Zetapark

    Pada tahun 2012, KOBETA telah melangkah setapak lagi dalam bidang hartanah dengan pembelian satu blok 26-unit apartmen servis The Loft @ Zetapark yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Hartanah ini terletak di lokasi 8 KM dari Pusat bandar Kuala Lumpur cukup strategik di tengah bandar Setapak dan berhampiran dengan Pusat Perniagaan Platinum Walk, Hospital Columbia Asia Medical Centre dan beberapa universiti tempatan.

    The Loft @ Zetapak adalah sebuah kediaman jenis apartmen servis yang dibina di atas pusat membeli-belah ‘Setapak City’ dimana terdapat 3 syarikat ternama seperti Parkson, Econsave dan MBO Cinema. Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartmen 3 + 1 bilik tidur dan 3 bilik air yang berkeluasan 1,401 kaki persegi termasuk sebuah ruang tamu dan dapur yang dilengkapi dengan kabinet dapur, penghawa dingin dan mandian air panas.

    The Loft @ Zetapark ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renanang, 1 KM trek jogging, bilik sauna/jakuzi, gimnasium dan dewan serbaguna bagi kemudahan penghuni mengadakan majlis keramaian. Selain dari itu, gelanggang futsal dan badminton juga ada disediakan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan berkumpulan. Bangunan ini mempunyai tahap keselamatan yang ketat dimana ianya dikawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan.

    Unit-unit kediaman ini juga di lengkapi dengan sistem interkom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan keselamatan.

    Maxim Citylight

    Maxim Citylight adalah Servis Apartment yang terletak di daerah Sentul, Kuala Lumpur. Hartanah ini didirikan di atas tanah seluas 90.59 ekar di mana ianya cukup strategik bersebelahan dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur, hanya 2KM daripada stesen LRT Sentul. Maxim Citylight boleh diakses melalui DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway), Sentul Link, Middle Ring 2 (MRR2) dan hanya mengambil masa 15 minit ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

    Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartment 3 + 1 bilik tidur dan bilik air yang berkeluasan bermula daripada 943kps hingga 1095 kps, setiap blok mempunyai 3 Lif. Maxim Citylight dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, landskap yang luas, gimnasium, kedai dobi, pasar mini, dewan serbaguna, kawasan mencuci kereta, surau dan satelit MATV.

    Bangunan Maxim Citylight mempunyai tahap keselamatan yang ketat di mana ianya di kawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan. Unit-unit kediaman ini juga dilengkapi dengan system intercom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan.

    Villa Wedding

    Lake View Villa @ Titiwangsa dahulunya dikenali sebagai Villa Ukhwah. Sebuah villa berkeluasan 17,940.83 kaki persegi yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik bersebelahan Taman Tasik Titiwangsa dan kurang dari 1KM dari stesen LRT dan Monorel Titiwangsa. Villa Wedding menawarkan ruang acara yang pelbagai bergantung kepada penganjuran majlis. Majlis latihan korporat dan seminar yang melibatkan jumlah yang kecil sehingga besar, acara tahunan keluarga, pelancaran produk, berbuka puasa, rumah terbuka hari raya dan perkahwinan.

    Seminar Korporat menawarkan harga yang berpatutan untuk penganjur lengkap bersama kit seminar dan refreshment. Majlis perkahwinan merupakan majlis dimana para tetamu boleh berkumpul dan menikmati suasana acara tradisi perkahwinan. Pakej perkahwinan kami termasuk bermalam selama 3 malam sepanjang majlis berlangsung. Ianya memudahkan bagi pihak keluarga dan saudara mara kerana tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat penginapan yang lain.

    Ahli keluarga juga boleh meluangkan masa bersama sebelum dan selepas majlis berlangsung dengan selesa kerana penginapan kami turut dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya disamping kolam renang untuk ahli keluarga beriadah bersama. Pakej perkahwinan adalah tawaran utama kami kepada anda. Pakej lengkap perkahwinan bermula dengan harga RM59.90/pax ini termasuk menyediakan hidangan sarapan pagi, makan malam atau makan tengahari dan makan semasa majlis kenduri perkahwinan.

    Pakej ini juga menyediakan perkhidmatan pelamin eksklusif, katering, dan fotografi serta khidmat anggota RELA pada hari majlis berlangsung.

    Pembiayaan

    Berita baik kepada pemohon yang bermasalah kerana pihak kami menawarkan pembiayaan kepada pemohon yang mempunyai rekod bankruptcy. Semua produk pembiayaan adalah patuh syariah dan mengikut prinsip syariah antarabangsa.

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja. Buat masa ini terdapat dua (2) pakej baru dikenali sebagai Kobeta KC2 (Fast Cash) dan C1 (Normal).

    Dana Pinjaman

    Terdapat 2 dana yang ditawarkan iaitu dari CIMB dan Bank Rakyat. Terma pembiayaan seperti berikut:

    1. Pemohon tidak boleh mempunyai CTOS jika dana dari CIMB Bank tetapi boleh ada rekod CTOS jika melalui Bank Rakyat.
    2. Pemohon mesti memberikan buku akaun Maybank atau penyata muka depan yang di print di branch untuk tujuan bank in duit loan ke dalam akaun. Selain dari akaun Maybank tidak diterima.
    3. Kadar interest 4.99%. Payout 81% tolak RM1,080 yuran 3 tahun dan tolak deposit 2 bulan. dan yuran RM30. Proses kelulusan AG: 10 hari bekerja, State: 14 hari bekerja. Bank in duit mengambil masa kerana melalui bank.
    4. Jawatan tetap sahaja. Bagi kakitangan kontrak yang ingin memohon (contract staff), sila ke halaman koperasi untuk pekerja kontrak.

    Pinjaman Peribadi Popular

    KC2 Fast Cash

    Bagi yang inginkan proses kelulusan loan dengan cepat dan mudah digalakkan untuk memohon pakej pinjaman peribadi Kobeta KC2 Fast Cash. Terma seperti beriikut:

    1. Terbuka kepada kakitangan awam (AG) berjawatan tetap dan Polis dengan interest 4.99% setahun. Selain dari itu kadar interest adalah 5.99% (bagi slipgaji universiti awam, majlis daerah, dewan bandaraya dsb.)
    2. Kriteria terbaik: Pemohon yang mempunyai rekod blacklist melebihi RM30k juga layak memohon.Bagi amaun CTOS melebihi Rm30k, kadar interest menjadi 6.99%. Payout 82% tolak Rm440 fees deducted tolak advance 2 bulan.
    3. (Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh pinjaman peribadi bagi semua permohonan pinjaman Kobeta telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia).
    4. Amaun pinjaman sehingga RM200 ribu. Yuran koperasi RM30. Baru bekerja 6 bulan layak memohon. Kelulusan sangat cepat iaitu 8 hari bekerja kerana menggunakan dana sendiri.

    Untuk mengetahui jadual pembayaran Cash-i, sila rujuk jadual kobeta cash-i 5.99

    KC1 Normal

    Produk yang dikenali sebagai Kobeta KC1 Normal menggunakan dana dari Bank Rakyat. Payout 92% tolak RM840 fees deducted tolak advance 2 bulan. Yuran koperasi RM30 setiap bulan sebagai caruman ahli. Manakala tempoh proses 3-4 minggu bergantung kepada berapa banyak permohonan yang masuk ke bahagian processing. Kriteria lain adalah sama seperti KC2 (Fast Cash). Untuk mengetahui jadual pembayaran Kobeta Cash-i, sila dapatkan jadual pembayaran di sini

    Menggunakan dana dari Bank Rakyat. Untuk bank in duit loan pemohon mesti membuka akaun simpanan atau akaun semasa Bank Rakyat.

    Bankruptcy

    Produk pembiayaan peribadi ini adalah yang paling popular kerana pemohon yang mempunyai masalah sehingga bankrupts (muflis) boleh memohon dengan mudah sekali. Interest 6.99%, payout 88% nett. Matlamat pakej ini adalah menyelesaikan kesemua amaun bankruptcy yang direkodkan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

    Pihak kami akan menghubungi pemohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang terkini seperti slipgaji. Contohnya sekiranya memohon pinjaman bulan 9, perlu menyediakan slipgaji untuk bulan 9,8 dan 7 masing-masing sebanyak 3 salinan setiap satu. Dari semasa ke semasa sehingga bulan 12, pemohon dikehendaki mendapatkan salinan slipgaji terkini bulan 10,11 dan 12 (disahkan).

    Proses yang lambat iaitu memakan masa 3 bulan kerana proses yang amat sukar dan lambat untuk membuat pinjaman. Tetapi, KOBETA membenarkan pinjaman peribadi kepada yang bankruptcy tetapi harus menunggu tempoh seperti yang ditetapkan.

    Penting: pemohon perlu menghubungi Jabatan Insolvensi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai butiran kebankrapan dan mendapatkan pegawai berkenaan. Pemohon perlu memperolehi surat berkaitan kebankrapan dari Jabatan Insolvensi dan juga dari bank yang mengenakan status bankruptcy kepada pemohon.

    Cash-i

    Ciri-ciri:

    • Pembiayaan: RM2,000.00 (minimum) – RM250,000.00 (maksimum)
    • Tempoh Pembiayaan: 2 tahun (24 bulan) – 10 tahun (120 bulan)

    Keistimewaan:

    • Tiada penjamin diperlukan.
    • Rebat untuk pembayaran awal.
    • Pilihan pembiayaan yang fleksibel mengikut kapasiti pembayaran anda.

    Speed-i

    Ciri-ciri:

    • Pembiayaan: RM2,000.00 (minimum) – RM250,000.00 (maksimum)
    • Tempoh Pembiayaan: 10 tahun (120 bulan)

    Keistimewaan:

    • Tiada penjamin diperlukan.
    • Rebat untuk pembayaran awal.

    Kelebihan

    Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda boleh nikmati apabila memohon pinjaman peribadi dengan Koperasi Kobeta:

    • Kadar keuntungan yang kompetitif – Lebih rendah daripada pinjaman konvensional.
    • Proses kelulusan yang cepat – Pinjaman boleh diluluskan dalam 3-5 hari bekerja.
    • Jumlah pembiayaan maksimum – Sehingga RM250,000.
    • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun – Memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam pembayaran.
    • Pinjaman baru – Membenarkan pinjaman baru tanpa komitmen terdahulu.
    • Boleh membuka akaun kedua, ketiga, dan seterusnya – Tanpa perlu membuat pinjaman bertindan.
    • Tiada penyata penyelesaian awal diperlukan – Memudahkan proses permohonan.
    • Lebih jimat melalui gabungan pinjaman – Rebat yang tinggi bagi penggabungan pinjaman, mengurangkan kos.
    • Pemohon yang disenarai hitam diterima – Rekod CCRIS atau CTOS juga boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.

    https://kobeta.com.my, https://koperasi.info

    Hubungi Kami

    • IBU PEJABAT
      NO. 12-1 JALAN BB19
      TAMAN BACHANG BARU
      JALAN TUN FATIMAH
      75350 MELAKA.
    • Tel: 06-3346998
    • Fax: 06-3346899
    • info@kobeta.com.my
    • PEJABAT URUSAN
      KOBETA BUSINESS SUITE
      NO.27, TINGKAT 1 & 3 JALAN MEDAN TUANKU
      50300 KUALA LUMPUR.
    • Tel: 03-26929511
    • info@kobeta.com.my
    • Fax: 03-26985111
    • PEJABAT CAWANGAN SABAH
      MOHD FAQUZREE BIN SALIM
      LOT 5, 2ND FLOOR
      TAMAN JUMBO COMMERCIAL CENTRE PETAGAS
      88200, KOTA KINABALU SABAH.
    • Tel: 088-761611
    • faquzree@kobeta.com.my
    • PEJABAT CAWANGAN SARAWAK
      TINGKAT BAWAH, LOT 435
      JALAN RUBBER 3A
      93400 KUCHING SARAWAK.
    • Tel: 082-418676
    • info@kobeta.com.my
  • Koperasi KOBESI: Pinjaman Peribadi Mudah Lulus

    Koperasi KOBESI: Pinjaman Peribadi Mudah Lulus

    Koperasi KOBESI

    Dapatkan pinjaman peribadi patuh Syariah daripada Koperasi KOBESI dengan proses permohonan yang mudah, kadar faedah kompetitif, dan kelulusan pantas. Sesuai untuk kakitangan kerajaan dan GLC yang memerlukan pembiayaan fleksibel untuk pelbagai keperluan kewangan. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – bantu capai kestabilan kewangan anda dengan yakin!

    Pengenalan

    Koperasi KOBESI telah ditubuhkan pada 24 April 1969. No daftar 4478. Juga telah mempunyai bangunan sendiri iaitu WISMA KOBESI. Bergiat aktif dalam pengurusan hartanah dan sewa beli, pinjaman peribadi dan Mikrokredit. Kami juga mempunyai sebuah van Toyota Hiace untuk khidmat sewa kepada ahli dan juga bukan ahli dengan harga yang berpatutan. Untuk keterangan lebih lanjut anda bolehlah menghubungi kami di talian dibawah.

    Pinjaman Peribadi

    Skim Mikro Kredit

    Pinjaman Peribadi Koperasi Sg. Besi Kobesi Kuala Lumpur Berhad. Koperasi yang menawarkan produk pembiayaan sekitar tahun 2017 dan ke atas (membuka keahlian sebagai agen berdaftar). Ramai juga penjawat awam yang bertanyakan mengenai pinjaman koperasi ini. Jadi mohonlah personal loan anda dengan kami. Kami akan menjamin proses permohonan secara telus dan melindungi data pemohon. Dibawah disenaraikan perkhidmatan selain dari kegiatan pembiayaan peribadi Koperasi Kobesi.

    BERITA BAIK untuk semua kakitangan Kerajaan, kami telah menawarkan SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI dan MIKROKREDIT untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan atau anda ingin mengembangkan perniagaan anda yang sedia ada kepada yang lebih produktif. In Shaa Allah, kami memberi peluang kepada anda untuk merealisasikan kehendak anda.

    Kelayakan dan Dokumen

    Kelayakkan untuk memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
    • Kakitangan kerajaan yg sudah berkhidmat 6 bulan ke atas
    • Skim potongan gaji
    • Peniaga
    • Kakitangan swasta juga kami pertimbangkan

    Dokumen (individu):

    1.  Salinan K/P
    2. Slip gaji 3 bulan terkini
    3. Bil elektrik/Air
    4. Salinan Surat Tawaran/Pengesahan Majikan
    5. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri
    6. Salinan Penyata gaji suami/isteri
    7. Borang BPA1/79
    8. Borang Arahan Bank (bagi kakitangan swasta)

    Dokumen bagi pinjaman Mikrokredit (peniaga):

    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan MMA/Borang 13/Borang 24/Borang 32A/Borang 44/Borang 49 (bg syarikat Sdn Bhd)
    3. Salinan Pendaftaran Perniagaan bagi syarikat pemilik tunggal/perkongsian
    4. Salinan penyata akaun 3 bulan terkini
    5. Salinan lesen-lesen berkaitan yang masih berkuatkuasa
    6. Perjanjian sewa beli atau salinan perjanjian sewa premis perniagaan
    7. Bil elektrik/air/telefon bagi premis perniagaan

    Pinjaman bermula dari RM5,000 hingga RM50,000 sahaja selama minimum 1 tahun hingga maksimum 7 tahun sahaja. Kadar interest 12% setahun. Sekiranya anda berminat, anda boleh tinggalkan email anda di ruangan ‘comments’ dan kami akan email borang permohonan dan jadual pinjaman kepada anda secepat mungkin. Anda isi borang tersebut dan faxkan kepada kami di talian dibawah. Di situ kami akan proses dan anda ketahui keputusannya. Permohonan anda dialu-alukan.

    Perkhidmatan

    Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan selain dari perkhidmatan pinjaman peribadi.

    • D Pulau Tibang Camp & Chalet: Pelbagai tempoh • RM65.00 – RM180.00
    • Van for rental (Toyota Hiace) with 9 passengers: Pelbagai tempoh • RM250.00 – RM350.00. Customer must pay deposit according to rental amount.
    • Motel Kobesi: Pelbagai tempoh • RM60.00 – RM110.00. Open 24 hours. Facilities including tv(Astro), WIFI and Aircond. Check in 12.00 pm. 

    https://koperasi.info, https://koperasikobesi.blogspot.com

    Pinjaman Peribadi Koperasi Kobesi Kuala Lumpur Berhad

    Hubungi Kami

    Ibu Pejabat

    • 60-2, Wisma Kobesi,
      Jalan Gangsa, Off, Jalan Suasa 6, Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur
    • Tel: 03-9055 3388
    • Fax: 03-90582261

    Bahagian Pinjaman

    • No. 60-2, Wisma Kobesi, Jalan Gangsa, Sungai Besi,
    • 57000, Kuala Lumpur
    • Telefon: 03-9058 5263
  • Koperasi KOBENA: Pinjaman Peribadi Terhebat

    Koperasi KOBENA: Pinjaman Peribadi Terhebat

    Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA)

    Dapatkan pinjaman peribadi patuh Syariah daripada Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) dengan kadar faedah serendah 4.99% setahun. Sesuai untuk kakitangan kerajaan dan GLC yang mencari pembiayaan mudah, cepat, dan selamat. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – bantu capai keperluan kewangan anda dengan lebih yakin!

    Pengenalan

    Sejarah Penubuhan

    Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) ditubuhkan pada 26 November 1976 di bawah Akta Koperasi 1948. Koperasi ini lahir hasil daripada keputusan Majlis Perundingan Belia Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1975 dan disokong oleh Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penubuhan ini turut dipimpin oleh YAB Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, yang dilantik sebagai pengerusi pertama KOBENA.

    Matlamat utama KOBENA adalah untuk membantu golongan belia meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui sektor koperasi, serta membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran niaga tempatan dan global. Selain menyediakan latihan kemahiran asas, KOBENA berfungsi sebagai platform untuk menggabungkan modal dan melaksanakan aktiviti perniagaan yang memberi pulangan saksama kepada ahli.

    Koperasi ini kini beroperasi dari ibu pejabat lima tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, dan telah berkembang dengan menyertai pelbagai sektor perniagaan. Ini termasuk skim pinjaman peribadi, pembangunan hartanah, pembinaan, latihan kemahiran, pergudangan, teknologi maklumat, insurans, serta pengurusan majlis dan acara untuk jabatan kerajaan.

    Visi dan Misi

    KOBENA berusaha untuk menjadi koperasi contoh yang mencapai kecemerlangan dalam industri perkongsian negara. Dalam usaha ini, koperasi ini turut mensasarkan perancangan perniagaan yang berfokus kepada pembangunan belia dan peningkatan kualiti hidup. Dengan YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Mat Din sebagai Pengerusi Eksekutif, KOBENA terus maju sebagai koperasi yang berdaya saing dan berjaya di pasaran tempatan.

    Penginapan

    Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

    KOBENA telah mengadakan perjanjian dengan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur untuk menawarkan diskaun atau kadar korporat khas kepada ahli yang menginap di hotel ini. Hotel yang terletak di Jalan Raja Abdullah, berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru, menawarkan penginapan selesa di pusat bandar Kuala Lumpur dengan kadar yang lebih rendah berbanding bukan ahli.

    Dengan ini, ahli KOBENA dapat menikmati penginapan berkualiti pada harga yang lebih berpatutan, menjadikan Tamu Hotel & Suites pilihan ideal untuk penginapan perniagaan atau percutian.

    Pengamalan Sebagai Agen

    KOBENA adalah salah satu pilihan pembiayaan terbaik untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun, dengan kadar keuntungan yang kompetitif kepada semua penjawat awam yang layak Koperasi ini bukan sahaja menawarkan pembiayaan yang memenuhi syarat syariah (shariah-compliant) dan beroperasi dengan potongan biro angkasa, malah turut menawarkan rebat apabila anda melakukan pembayaran sekaligus (mengikut terma dan syarat).

    Sejarah Populariti

    Pinjaman peribadi dari KOBENA pernah menjadi sangat popular pada tahun 2012 dan 2013, di mana permohonan diterima dalam jumlah yang tinggi. Akibatnya, bahagian pemprosesan terpaksa menutup sementara (freeze permohonan baru) untuk memberi ruang bagi memproses permohonan yang sudah diterima.

    Kini, pinjaman ini masih menawarkan peluang pembiayaan peribadi dengan kadar rendah kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Skim Pembiayaan Peribadi KOBENA (SPPK)

    KOBENA menawarkan skim pinjaman peribadi yang fleksibel dan berdaya saing, terutamanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Berikut adalah maklumat penting mengenai skim ini:

    • Kadar Faedah: Serendah 5.99%.
    • Pembiayaan Maksimum: RM100,000.
    • Tiada Penjamin: Tidak memerlukan penjamin.
    • Tiada Cagaran: Pembiayaan tanpa cagaran.
    • Proses Kelulusan Cepat & Pantas: Pembiayaan yang mudah dan cepat.
    • Kelayakan: Terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.
    • Overlap Pinjaman Lama: Pemohon boleh menggunakan pembiayaan untuk menggantikan pinjaman sedia ada.

    Skim ini menawarkan kemudahan kewangan untuk ahli KOBENA yang ingin menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, membolehkan mereka mendapat pembiayaan dengan kadar faedah rendah dan kelulusan yang pantas.

    Pembiayaan 4.99%

    Syarat Permohonan

    Untuk memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

    1. Pemohon: Terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja. Guru Kafa yang berstatus kontrak tidak layak untuk memohon.
    2. Pembiayaan:
      • Kadar faedah serendah 4.99% setahun untuk AG dan Polis.
      • Kadar 5.5% untuk badan berkanun, majlis, dan lain-lain.
      • Payout: 94% hingga 92% selepas tolak advance selama 3 bulan.
      • Amaun pembiayaan: Sehingga RM200,000 tanpa penjamin.
    3. Tempoh Pembiayaan:
      • Tempoh maksimum adalah 10 tahun (berkuatkuasa sejak Julai 2013).
      • Pembiayaan sehingga RM200,000 untuk mereka yang layak.
    4. Proses Permohonan:
      • Proses kelulusan biasanya mengambil masa sekitar 4-6 minggu dari tarikh penghantaran borang permohonan.
      • Pemohon yang mempunyai blacklist boleh memohon, tetapi amaun blacklist tidak boleh melebihi RM30,000.

    Pembayaran dan Berhenti Yuran

    Jika anda sudah menyelesaikan pinjaman peribadi KOBENA, anda boleh berhenti membayar yuran keahlian koperasi. Untuk menghentikan pembayaran, anda perlu menghubungi ibu pejabat untuk memohon refund yuran yang dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh koperasi.

    Hubungi Kami

    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai skim pinjaman peribadi atau mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila hubungi KOBENA melalui:

    Alamat:

    • Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA)
      No. 26, Persiaran 65C,
      Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat,
      53000 Kuala Lumpur.

    Nombor Telefon:

    • 03 4031 8640

    Email:

    • info@kobena.com.my

    *Source: Maklumat Agen official website

  • Koperasi KOPKEM: Pinjaman Peribadi Mudah Lulus

    Koperasi KOPKEM: Pinjaman Peribadi Mudah Lulus

    Koperasi Kemas Melaka Bhd (KOPKEM)

    Mohon KOPKEM sekarang – pembiayaan patuh Syariah sehingga RM200,000, dengan kadar faedah rendah dan kelulusan pantas. Sesuai untuk kakitangan kerajaan & GLC. Semak kelayakan anda hari ini dan dapatkan tunai segera untuk keperluan kewangan anda!

    Pengenalan

    Pinjaman Peribadi Koperasi Kemas Melaka Bhd KOPKEM

    Andakah anda layak jika ada CTOS, CCRIS, blacklist dan bankruptcy? Anda muflis? Sudah habis cara dan ikthiar? Bankrap boleh mohon pembiayaan dengan KOPKEM? Pemohon blacklist RM25k, CTOS serta muflis/ bankrap layak. Berbaloi-baloi untuk selesaikan masalah blacklist penjamin, bankcruptcy insolvensi, settle tarik kereta & kredit kad. KOPKEM adalah pilihan ramai yang yang berjawatan status kontrak bersambung-sambung.

    Promosi pembiayaan peribadi KOPKEM. Ini juga adalah berita baik bagi pemohon yang mempunyai rekod Bankrap boleh memohon (bagi yang bankrap pinjaman 5 tahun maksimum 10 ribu sahaja. Harap maklum bahawa tiada promosi terkini dan buat masa ini. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

    Pinjaman Peribadi

    Kadar 5.2%

    Apakah terma dan syarat pembiayaan peribadi KOPKEM ini?

    • Interest rate 5.2% berdasarkan kepada syarat-syarat seperti interest rendah: Iaitu 5.2% setahun.
    • Tiada yuran koperasi dan payout 60%.
    • Tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun.
    • Amaun pembiayaan sehingga RM100 ribu (overlap tak dibenarkan).
    • Pembiayaan peribadi tanpa penjamin.
    • Mudah dan cepat: Tempoh pemprosesan dalam masa tujuh (7) hari bekerja dapat duit.

    Pemohon boleh menyemak status bankrapsi di Jabatan Insolvensi Malaysia dan semakan certificate boleh dipos ke alamat kediaman pemohon. Pemohon juga boleh menyemak status komitmen dan blacklist di website ctos.com.my. Anda boleh mendaftar dan boleh mendapatkan laporan kewangan dari ctos. Selain itu pemohon boleh menyemak rekod dengan syarikat Ramci kredit report. Semak dulu sebelum mohon bagi mengelakkan kedukaan kerana permohonan ditolak oleh bank, koperasi atau insitusi kewangan

    Sistem OCCIS dan Spika juga boleh membantu anda untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai status loan anda yang lama tertunggak. Kami berharap info yang diberikan ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna untuk lebih memikirkan mengenai komitmen dan masalah pembayaran hutang dapat diselesaikan.

    Hubungi Kami

    • KOPERASI KEMAS MELAKA BHD. (KOPKEM)
      No. 9, Jalan SP1, Taman Semabok Perdana,
      75050 Melaka
    • Tel: 06-286 6799 / 2866798
    • Fax: 06-286 6797
  • Koperasi KEKAL: Mohon Online, Proses Express

    Koperasi KEKAL: Mohon Online, Proses Express

    Koperasi Pembangunan Usahawan Berhad (KEKAL)

    Mohon pinjaman peribadi Koperasi KEKAL hari ini – pembiayaan patuh Syariah sehingga RM200,000 dengan kadar faedah rendah dan tempoh bayaran fleksibel. Sesuai untuk kakitangan kerajaan & GLC. Semak kelayakan anda sekarang dan dapatkan tunai segera untuk keperluan kewangan anda!

    Pengenalan

    Falsafah

    Meningkatkan ekonomi anggota mengikut prinsip Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam serta menjadi pengerak dan pemangkin utama ekonomi ummah.

    VISI

    Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T dan anggota KOPERASI KEKAL.

    MISI

    Menjadi sebuah koperasi bumiputra Islam yang cemerlang, sukses dan mantap

    NILAI

    Ikhlas, Amanah, Adil dan Cermat.

    Objektif

    • Meningkatkan jenis dan jumlah perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota dan masyarakat umum.
    • Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, rebat dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
    • Meningkatkan projek-projek pembangunan dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi dan keluarga anggota.
    • Menjana pulangan yang konsisten, stabil lagi baik melalui usaha-usaha pelaburan.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Pinjaman Peribadi Koperasi Kekal Personal Loan Koperasi Pembangunan Usahawan Berhad

    Peraturan Am

    Skim ini hanyalah disediakan bagi anggota. Terbuka kepada semua individu-individu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    Kelayakan

    Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

    1. Gaji minima RM1500 dan berkhidmat 6 bulan keatas (tertakluk kepada penyerahan surat pengesahan daripada majikan masing-masing semasa permohonan).
    2. Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas.
    3. Tidak melebihi 60 tahun (semasa tamat pinjaman).
    4. Mesti anggota KOPERASI KEKAL yang masih aktif dan tidak luput.
    5. Status kerja tetap.
    6. BPA (potongan melalui Biro Angkasa) Potongan bulanan (termasuk potongan bulanan lain) tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan(termasuk kemudahan pembiayaan ini).
    7. Pendapatan gaji tidak termasuk bonus.
    8. Tidak muflis.
    9. Ctos tidak melebihi dari RM30, 000.00.
    10. Tiada tindakan mahkamah.

    Borang/Dokumen/Lampiran

    1. Borang permohonan mestilah dilengkapkan.
    2. Status pekerja dinyatakan dan disemak samaada tetap atau kontrak.
    3. Slip Gaji Asal 1 bulan terkini (e-payslip perlu disahkan Majikan dan 3 salinan).
    4. 3 salinan Slip Gaji setiap bulan (terkini).
    5. 3 Salinan IC disahkan majikan.
    6. Surat pengesahan majikan.
    7. Salinan buku Bank Rakyat.
    8. Surat Opsyen bersara atau Borang T228 – 4 salinan **(bagi pemohon negeri Sabah & Sarawak).
    9. Slip gaji pemohon disahkan oleh Unit Pergajian, Pejabat Bendahari.
    10. Borang BPA 1/79 (2 salinan).

    Pinjaman Peribadi Popular

    Pembiayaan 5.79%

    • Had minima pembiayaan ialah RM3,000 dan maksima RM100,000 (tertakluk kepada kelayakan).
    • Potongan ialah 60%** atau 50%** daripada pendapatan gaji anggota . **Tertakluk kpd Unit Jabatan masing-masing.
    • Jangkamasa pembiayaan ialah 24 – 120 bulan.
    • Kadar faedah ialah 5.79% bagi kakitangan kerajaan dan 5.99% bagi kakitangan Badan Berkanun.

    Agihan Pembayaran

    • Dokumen yang lengkap ,panggilan akad dilakukan untuk persetujuan perjanjian pembiayaan.
    • Pemindahan wang pembiayaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun anggota (setelah permohonan lulus).

    KEKAL 5.40%

    Pembiayaan Kekal 5.4%. (proses lambat). Sebaiknya mohon pinjaman lain seperti Kowamas dan Yayasan Ihsan Rakyat). Syarat pembiayaan untuk mendapatkan interest rate 5.4% adalah seperti Interest rendah: Untuk tempoh pembiayaan 10 tahun kadar interest menjadi 5.4%. Jika 2 tahun sahaja interest 4.99%.

    Payout sekarang ini 95.5% tolak processing fees Rm920 tolak personal insurans RM299 dan tolak advance 3 bulan. Interest 5.99% untuk badan berkanun, Polis, majlis dan lain-lain. Tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun.

    (Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh pinjaman peribadi bagi semua permohonan KEKAL telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia).

    Amaun pembiayaan sehingga RM200 ribu. Pembiayaan peribadi tanpa penjamin. Tempoh pemprosesan 4 minggu. Amaun blacklist mestilah tidak melebihi RM30,000.

    Duit akan dimasukkan hanya ke dalam akaun Bank Rakyat pemohon. Jadi pemohon perlu ada/perlu buka akaun bank rakyat (Akaun selain dari Bank Rakyat tidak akan diterima).

    Jadual pembayaran Koperasi Kekal 4.99%

    Suatu Ketika Dahulu

    Pinjaman Peribadi Koperasi Kekal Personal Loan Koperasi Pembangunan Usahawan Berhad

    Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad ataupun singkatannya Koperasi Kekal menawarkan kadar payout & interest yang kompetitif buat masa ini. Dana (fund) adalah dari Bank Rakyat. Jadi tuan/puan bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan pembiayaan Koperasi Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad.

    Ingin dimaklumkan bahawa pada masa ini dana Koperasi Kekal tidak stabil jadi proses tergendala selama beberapa bulan walaupun loan sudah approve.

    Jika loan tuan/puan ditolak oleh pihak Bank atas alasan senaraihitam atau DSR yang tinggi, sila maklumkan masalah tersebut kepada kami sebelum borang dihantar. Ini untuk memastikan proses tidak ditolak setelah borang diproses

    Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja. Kakitangan swasta, tentera, pesara kerajaan, peniaga kecil-kecilan dan pelajar tidak layak memohon personal loan Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad.

    Jadual

    Sila klik jadual pembayaran dibawah. 

    Personal Loan Schedule of Payment

    Memohon Penyata

    Anda boleh terus menghubungi bahagian untuk mendapatkan full settlement dan boleh lah menyertakan penyata tersebut bersama-sama apabila menghantar epenyatagaji ke nombor tertera dibawah.

    Hubungi Kami

    Ibu Pejabat

    • KLSC, No. 25-4,
      Seksyen, 5, Jalan Wangsa Delima 5,
      Pusat Bandar Wangsa Maju,
      53300 Kuala Lumpur
    • Tel: 03-4149 8886
    • Fax: +603-4142 6886
    • E-mel: info.kekal@gmail.com

    Informasi

    Pejabat Berdaftar
    No. 62, Jalan Kweng Hitam
    18500 Machang
    Kelantan Darul Naim

    Pejabat Urusan

    Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad
    Lot 2034, Jalan Ismail Petra
    17500 Tanah Merah
    Kelantan Darul Naim

  • Pinjaman Kakitangan HUSM: Express Tunai

    Pinjaman Kakitangan HUSM: Express Tunai

    Pinjaman Kakitangan HUSM

    Kakitangan HUSM kini layak memohon pinjaman peribadi sehingga RM200,000 melalui bank dan koperasi. Pembiayaan patuh Syariah, proses mudah dan pantas untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

    Personal Loan HUSM Staff Pinjaman

    Pengenalan

    Unit Pengurusan Pinjaman USM adalah unit yang menguruskan hal ehwal kemudahan Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer & Telefon Pintar (Smartphones). Unit pengurusan pinjaman juga membantu menyelaraskan urusan permohonan Pinjaman Perumahan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

    Fungsi Pinjaman

    Memproses permohonan, kelulusan dan pembayaran Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer & Telefon Pintar (Smartphones).

    Adakah Anda Layak?

    Personal Loan HUSM Staff

    Ya, kakitangan di Hospital USM layak membuat permohonan pinjaman peribadi dengan pihak kami. Kami menawarkan personal loan HUSM Staff berdasarkan Islamic financing prinsip bai al-inah dengan adanya proses akad jual beli melalui telefon.

    Untuk melayakkan pemohon untuk memohon pinjaman peribadi ini, anda boleh hantar mesej kepada nombor telefon Whatsapp seperti yang tertera di bawah. Setelah persetujuan nilai pembiayaan diterima, anda bolehlah melengkap borang permohonan pembiayaan. Borang yang lengkap akan diproses oleh pihak koperasi. Pihak koperasi akan melakukan pengesahan majikan terlebih dahulu sebelum sesuatu permohonan loan diluluskan oleh koperasi.

    Anda boleh memohon Personal Loan HUSM Staff bank dan koperasi yang terdapat dalam laman web kami dan tertakluk kepada promosi dan dana yang dikeluarkan oleh bank kepada koperasi. Terdapat banyak koperasi yang anda boleh memohon dengan kadar interest yang menarik dan tidak membebankan situasi kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah CCRIS atau CTOS dan ingin tahu secara lebih mendalam, anda boleh membaca artikel ini

    1. Apakah itu CCRIS Bank Negara Malaysia BNM?
    2. Apakah itu CTOS?

    Mohon Sekarang!

    Kami menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi koperasi (Jika ada) dan bank untuk kemudahan anda yang bekerja di HUSM. Berhubung dengan kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat seperti pakej promosi terkini, kadar keuntungan terkini dan jumlah maksimum pembiayaan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

    1. Pinjaman peribadi baru: Kiraan had kelayakan pinjaman berdasarkan kepada kekuatan slipgaji anda iaitu gaji pokok, elaun tetap dan jumlah potongan dalam slipgaji dan potongan 60%, 50% atau 40% dari jumlah pendapatan. Anda boleh membuka akaun pertama kali dengan bank atau koperasi, akaun kedua, akaun ketiga dan seterusnya.
    2. Pinjaman peribadi overlap: Dikenali sebagai pinjaman bertindih di mana anda menggunakan akaun pembiayaan sediada dan memohon untuk mendapat tunai ditangan secara in-house overlap atau ambil penyata penyelesaian awal dan overlap di bank/ koperasi lain. Anda mungkin menambah/ tidak menambah bayaran ansuran bulanan atau jumlah pembiayaan asal.

    Kakitangan Hospital HUSM juga boleh memohon pinjaman peribadi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Perlis (YYP), pembiayaan Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), Koperasi Kekal, Koperasi Gemilang (Kogemilang), Al-Rajhi Bank, Alliance Bank, Koop Bank Pertama, MBSB Bank dan lain-lain. 

    https://koperasi.info, https://bursary.usm.my

  • Pinjaman Polis KPDRM: Selamat & Dipercayai

    Pinjaman Polis KPDRM: Selamat & Dipercayai

    Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM)

    Dapatkan info tawaran hebat pinjaman peribadi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM) seperti pembiayaan tanpa penjamin dan express financing yang popular. Dapatkan info disini.

    KPDRM sentiasa mengutamakan kemudahan kepada anggota iaitu menyediakan kemudahan pembiayaan dan megurangkan beban kewangan anggota. Bagi tujuan tersebut, koperasi menyediakan kemudahan pembiayaan seperti berikut:

    • Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin
    • Pembiayaan Berpenjamin
    • Pembiayaan Ekspres
    • Pembiayaan ASBi-KOP
    • Pembiayaan Konsumer
    • Pembiayaan Atas Yuran

    Pengenalan

    Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta.

    KPD dikenali sebagai “SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM
    NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD”. KPD dipelopori oleh 42 anggota polis, antaranya ialah: –

    • SM SHEQ MOHAMAD
    • SM KULA SINGH

    Pada 12 Julai 1976 penamaan baru iaitu “KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPD)” diperkenalkan. KPD juga mengembangkan sayapnya dengan terlibat secara langsung di dalam industri seperti berikut:

    • Pembinaan
    • Kejuruteraan
    • Komputer
    • Perhotelan
    • Hartanah
    • Industri Penerbangan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan

    KPD merupakan salah satu dari empat institusi kewangan diikhtiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputra. Tiga institusi yang lain melibatkan Permodalan Nasional Berhad(PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

    Pinjaman Peribadi Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM) Berhad

    Koperasi Polis DiRaja Malaysia – KPDRM Berhad ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta.

    Insentif & Insurans

    Insentif Pelajaran

    Kelayakan dan syarat-syarat permohonan Insentif Pelajaran

    • Insentif Pelajaran adalah terbuka untuk Anggota dan anak-anak Anggota Koperasi Polis sahaja.
    • Anak anggota yang telah berkahwin tidak layan memohon.
    • Keanggotaan Ibu bapa/Penjaga dan Anggota yang memohon mestilah tidak kurang 5 tahun berturut-turut pada keanggotaan pertama dan tidak kurang 3 tahun berturut-turut pada keanggotaan kedua dari tarikh tutup iklan permohonan.
    • Bekas anggota yang telah berhenti dengan sebab bersara atau meninggal dunia serta memenuhi syarat di para (1), anak-anak mereka layak memohon. Anggota yang berhenti dengan sebab peribadi tidak akan dipertimbangkan.

    Insentif Pendidikan

    Insentif Pendidikan : Insentif Pelajaran Rendah dibuka kepada pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan semasa.

    Insentif Pelajaran Tinggi hanya dibuka untuk pemohon Tahun Akhir sahaja. Telah disahkan lulus untuk mendapat Diploma/Ijazah mengikut syarat kelayakan seperti di jadual dan tamat pengajian mengikut tahun semasa. Kursus-kursus pengajian yang diikuti di IPTS perlu mendapat pengesahan / pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara(LAN).

    Bayaran Insentif Pelajaran diberi hanya sekali sahaja bagi setiap kategori. Tarikh tutup permohonan ialah tiga bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

    Nota: Kadar dan Kelayakan Akademik diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi pada 29 Mac & 28 September 2017.

    Tarikh kuatkuasaan kelayakan akademik mulai tahun peperiksaan tahun 2017 diputuskan pada 29 September 2017.

    Insurans

    Insurans : Skim Takaful Kematian & Kemalangan Diri Dan Keluarga Berkelompok, Skim Insurans KOP Perubatan – Anggota KPDRM

    Pinjaman Peribadi Popular

    Tanpa Penjamin

    • Profit rate is calculated based on a fixed rate (flat rate).
    • Maximum amount of financing of RM150,000.00 subject to eligibility.
    • Maximum financing period of 10 years (120 months)
    • This product is a Shariah -compliant personal financing product the concept of Tawarruq.
    • The interest rate charged is 4.50% calculated annually at a fixed rate (flat) according to the approved financing period.
    • Profit calculation is based on the method of “Rule 78” or “Sum of the Years” Digits ”.
    • Sinking Fund 1.0% for financing of RM 20,000 or 2.0% for financing in excess of RM 20,000. Funds are an internal mechanism as an alternative to
      Takaful.
    • Processing Charge of RM 100.00 for each approved funding application.
    • 2 months initial installment is taken for financing over a period of 60 months. Installment subsequently made through pay cuts.

    Guaranteed

    • Profit rate is calculated based on a fixed rate (flat rate).
    • Maximum amount of financing of RM 10,000.00 only or 12 months salary principal + accrued fees, subject to whichever is lower.
    • Maximum financing period of 05 years (60 months).

    Express / Easy Financing

    • Profit rate is calculated based on a fixed rate (flat rate).
    • Total financing is between RM1,000.00 to RM2,000.00 as well subject to the total fees accumulated by members in KPDRM.
    • Maximum financing period of 01 years (12 months).

    Hubungi Kami

    • Tel: 03-2260 8888 / +603 2260 8999
    • Koperasi PDRM Berhad,
      Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap,
      50000 Kuala Lumpur
    • Opening Hours: 8.45am-4.30pm Monday to Friday
    • Fax: +603 2273 2162 / +603 2273 0552

  • Pinjaman KARISMA: Pilihan Tepat Anggota RISDA

    Pinjaman KARISMA: Pilihan Tepat Anggota RISDA

    Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA)

    Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad ataupun KARISMA ada membuat urusniaga lain selain dari memberi pinjaman kepada Ahli. Ingin tahu apakah perkhidmatan lain yang disediakan? Sila baca selanjutnya disini.

    Tentang Kami

    KARISMA ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan pada 02 Januari 1997 dan didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. KARISMA merupakan sebuah koperasi kerjasama yang mana perniagaan atau aktiviti utama koperasi adalah memberi khidmat pinjaman kewangan kepada anggota atau ahli yang berkelayakan berdasarkan undang-undang Kecil KARISMA.

    Di samping itu, KARISMA juga ada membuat urusniaga lain selain dari memberi pinjaman kepada Ahli. Diantara Urusniaga yang di ceburi KARISMA adalah seperti berikut.:-

    • Membekal Baja dan Bahan Kimia Kepada Agensi Kerajaan
    • Membekal Alat Menoreh Getah
    • Membekal semua Jenis Alat Pertanian
    • Membekal Lembu Daging/Makanan Lembu Fidlot
    • Membekal Baju Korporat
    • Membekal Buku dan Bahan bacaan
    • Membekal Semua Jenis Alat Tulis & Dairi Pejabat
    • Menyedia Khidmat Membekal Makanan bermasak Islam Kepada Asrama / Institut
    • Bagi tahun 2013 hingga 2017, KARISMA telah Berjaya mendapatkan tender perkhidmatan menyediakan bekalan makanan bermasak (makan & minum) bagi peserta kursus/mesyuarat dan lain aktiviti di IKPK KELANTAN, BUKIT SIREH, KELANTAN. IKPK KELANTAN merupakan IKPK kedua (2) yang telah diberi kepercayaan oleh pihak RISDA kepada Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad selepas IKPK PADANG RENGAS, PERAK yang mana tempoh perkhidmatannya telah disambung untuk tahun kedua.
    • KARISMA juga telah mendapat tawaran untuk mengecat dan mengindahkan bangunan RISDA yang terletak di Jalan Ampang.

    Pinjaman Peribadi

    Tawarruq-i


    Kriteria

    Pinjaman Peribadi Tawarruq-i ini seperti berikut:-

    • BAI AL INAH TUKAR NAMA KEPADA TAWARRUQ-I
    • PROSES HANYA 5 HARI WAKTU BEKERJA BAGI PERMOHONAN LENGKAP
    • WAJIB DI SERTAKAN SEORANG PENJAMIN

    *TERTAKLUK TERMA DAN SYARAT

    Pinjaman Kecemasan

    Selain dari Pinjaman Peribadi Tawarruq-i, ciri-ciri pinjaman kecemasan adalah seperti berikut:-

    • BANJIR TUKAR KEPADA BENCANA ALAM
    • RAWATAN PERUBATAN
    • PEMBELIAN RUMAH (PERTAMA KALI)
    • MENUNAIKAN IBADAH HAJ (PERTAMA KALI)
    • MENDAPAT CAHAYA MATA
    • MEMPERBAIKI KERETA DAN MEMPERBAHARUI CUKAI JALAN
    • LAIN-LAIN KEPERLUAN BERGANTUNG KELULUSAN KARISMA

    *WAJIB DI SERTAKAN SEORANG PENJAMIN *TERTAKLUK TERMA DAN SYARAT

    Pembiayaan Barangan Pengguna

    • DI ISI BORANG PEMBIAYAAN SEMASA PERMOHONAN BARNAGAN
    • PROSES PERMOHONAN 3 HINGGA 5 HARI WAKTU BEKERJA
    • PINJAMAN MAKSIMUM SEHINGGA RM 10,000.00

    *WAJIB DI SERTAKAN SEORANG PENJAMIN *TERTAKLUK TERMA DAN SYARAT

    Kebajikan Anggota

    Kepada semua ahli, mengikut terma & syarat yg telah di tetapkan iaitu :-

    Sumbangan Pelajar Cemerlang

    • UPSR – 5A
    • PMR – Minimum 7A
    • SPM – Minimum 6A

    Sumbangan Hospital

    • Masuk wad RM 20 semalam maksimum 5 malam
    • Pembedahan RM 100

    Sumbangan Fardhu Haji ( Sekali sumur hidup )

    Sumbangan Persaraan ( Sekali seumur hidup )

    Sumbangan Kematian Ahli ( Meninggal dunia semasa masih menjadi ahli )

    Perkhidmatan Lain

    Baju Korporat

    • Ready Made Design, jahitan logo, sulam nama, saiz S, M, L, XL dan XXL. Untuk lelaki dan wanita
    • Jenis kain : VISCOSE atau MINI DRILL, OXFORD – CVC 55/45 (warna biru).
    • Ahli karisma boleh buat bayaran melalui potongan gaji.
    • Tempahan juga di buka kepada yang bukan ahli dengan membuat bayaran 50% untuk pendahuluan.

    Minyak Pelincir Kereta Dan Motor

    Kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO).

    Pembekalan Alatan Pertanian

    Kutip (alat pengutip buah sawit lerai), Set peralatan menoreh getah (PPG), Cuka getah dan rangsangan lateks dan Rejuvenator.

    • Beras dan Gula
    • Pembekalan Baja Pertanian Dan Racun Rumpai
    • Pembekalan Alatan Menulis/Kertas A4 & Dairi Korporat
    • Pembekalan Lembu Fidlot
    • Perkhidmatan Insurans

    Hubungi Kami

    • Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA)
      W-6-0275 No. 3A, Blok 3 (Tingkat 2),
      City Garden Commercial Center, Taman Nirwana,
      68000 Ampang, Selangor
    • Tel: 03 – 9202 3232 / 03 – 9202 3222
    • Fax: 03 – 9226 6111
  • Pinjaman Kospeta: Mohon Segera & Mudah

    Pinjaman Kospeta: Mohon Segera & Mudah

    Koperasi Kospeta Malaysia Berhad

    Terhebat dan terbaik pinjaman peribadi Koperasi Kospeta Malaysia Berhad dengan meliputi pinjaman bercagar dan pembiayaan kecemasan. Anda boleh memohon pembiayaan motosikal dan overlap pinjaman sediada. Dapatkan sekarang!

    Pengenalan

    Koperasi Kospeta mempelbagai dan mempertingkatkan kebajikan anggota, meningkatkan sosio ekonomi anggota dan menggalakkan penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi. Selain itu juga meningkatkan ilmu pengetahuan wargakerja secara berterusan dan mengaplikasikan teknologi maklumat untuk kepentingan anggota.

    Keanggotaan

    Syarat

    Syarat-syarat ingin menjadi ahli Koperasi KOSPETA hendaklah dari Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan berstatus tetap sahaja.

    Sesiapa yang belum menjadi ahli dialu-alukan menghantar borang permohonan keanggotaan di laman web ini. Sila hubungi ibu pejabat sekiranya ingin membuat pertanyaan secara lanjut.

    Produk Dan Insurans

    SYARIKAT ANEWCOM TRADING
    Telefon Bimbit
    Barang Elektrik

    SYARIKAT KVK MULTIMEDIA
    Komputer

    YU ELEKTRIK(S.ALAM)
    Barang Elektrik

    BAN HOO ELECTRICAL (A.STAR)
    Barang Elektrik dan Perabut

    BENTHOLOGY MALAYSIA SDN BHD
    Penapis Air Diamond

    SYARIKAT MOTOSIKAL
    SOON WENG TRADING (S.ALAM)
    MOTOR SHEN (S.ALAM)
    CHIN HIN (MERGONG) SDN BHD (A.STAR)
    BAN TUAN THYE (K.LUMPUR)
    SIN HOONG HIN MOTOSIKAL (K.LUMPUR)
    KOK HWA MOTOR (J.BAHRU)
    HAP TIONG SDN BHD (K.TERENGGANU)
    FORTEH GLOBAL (N.SEMBILAN)

    Mesin I-Quran
    CINTAI HOLIDAYS (M) SDN BHD

    Pelancongan
    WARISAN MUKMIN SDN BHD

    Penulisan Wasiat
    INSURAN MOTOR
    ETIQA TAKAFUL
    KURNIA INSURANS
    TAKAFUL IKHLAS
    MCIS ZURICH KELOMPOK
    MCIS ZURICH IKHTIARI

    Pinjaman Peribadi Popular

    Berjamin (4201)

    Amaun pembiayaan RM 80,000.00 dibawah skim ini adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji pemohon dicampur dengan jumlah modal yuran yang telah dibayar dan DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk skim pembiayaan bercagar.

    Anggota adalah layak membuat permohonan ini tertakluk dengan syarat-syarat sepertri berikut:-

    1. Tidak mempunyai baki hutang skim pembiayaan 90% atau skim pembiayaan segera.
    2. Memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin adalah samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan berkenaan).
    3. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 120 bulan.
    4. Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5.2% setahun.
    5. Bayaran balik pembiayaan bagi tujuan membuat permohonan pembiayaan baru boleh dilakukan dengan syarat dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM10.00.
    6. Penyata gaji asal dan terkini.
    7. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
    8. Anggota tidak layak membuat permohonan pembiayaan baru sehingga pembiayaan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya.

    Pembiayaan 90% (4202)

    Skim ini layak dipertimbangkan kepada anggota tertakluk dengan syarat-syarat seperti berikut:-

    1. Amaun pembiayaan adalah tidak melebihi 90% daripada jumlah modal yuran anggota.
    2. Anggota tidak mempunyai baki pembiayaan berjamin atau pembiayaan segera.
    3. Tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
    4. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 60 bulan.
    5. Penyata gaji asal dan terkini.
    6. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
    7. Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5% setahun.

    Pembiayaan Kecemasan (4204)

    Amaun pembiayaan kecemasan dari KOSPETA adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali skim pembiayaan bercagar atau RM5,000.00 tertakluk mana yang kurang.

    Anggota layak membuat pembiayaan ini dengan syarat:-

    1. Sekurang-kurangnya 1 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan).
    2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Kospeta dengan menyatakan alasan keperluan pembiayaan.
    3. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 36 bulan.
    4. Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 4.99% setahun.
    5. Penyata gaji asal dan terkini.
    6. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
    7. Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan ini adalah layak dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.

    Pembiayaan Motosikal – Konvensional (4209)

    Anggota layak membuat permohonan ini dengan syarat:-

    1. Membeli motorsikal baru yang diuruskan oleh koperasi
    2. Had pembiayaan adalah 100% harga sebenar motorsikal termasuk insuran dan cukai jalan tidak melebihi had maksima RM10,000.00
    3. Amaun pembiayaan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pembiayaan bercagar.
    4. Penjamin sekurang-kurangnya 3 orang anggota yang berkelayakan. (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan)
    5. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 48 bulan.
    6. Bayaran perkhidmatan pembiayaan adalah 6% setahun.
    7. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang sediakan oleh koperasi dan pemohon perlu menandatangani semua borang berkaitan termasuk pindahmilik.
    8. Perakuan pendaftaran motorsikal akan diwasikan tuntutan hakmilik oleh koperasi sehingga peminjam menyelesaikan bayaran balik pembiayaan sepenuhnya.
    9. Bagi tahun pertama, jumlah pembiayaan adalah dikira berdasarkan harga sebenar motorsikal termasuk harga insuran comprehensive dan cukai jalan.
    10. Bagi tahun kedua dan seterusnya sehingga pembiayaan selesai, pembaharuan insuran comprehensive dan cukai jalan hendaklah dibuat melalui skim pembiayaan insuran dan cukai jalan yang disediakan oleh koperasi.
    11. Penyata gaji asal dan terkini.
    12. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.

    Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan motorsikal ini adalah layak untuk dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.

    Pembiayaan Bertindih (Overlap)

    Pembiayaan Bertindih ini bertujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan walaupun pembiayaan terdahulu belum diselesaikan bayaran sepenuh.

    1. Kelayakan maksima pembiayaan boleh diberikan secara satu permohonan anggota atau dibuat secara berperingkat.
    2. Sekiranya pembiayaan dibuat secara berperingkat maka kelayakan maksima adalah ditentukan berasas kepada permohonan yang pertama.
    3. Pembiayaan boleh dibuat kepada skim Pembiayaan Berjamin atau Pembiayaan 90% atas modal syer.
    4. Pembiayaan terdahulu telah diselesaikan melebihi 50% dengan bayaran dibuat melalui potongan gaji.
    5. Penyata gaji asal dan terkini.
    6. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.

    Secured Loan

    • 5.20%/p.a
    • Max financing RM80,000
    • 30 months payment
    • Open to permanent and contract staff

    Overlap Loan

    • 90% Financing
    • Must settle 50% existing loan
    • Popular choice

    TPTP (4201TP)

    Pembiayaan Peribadi – TPTP (4201TP) bertujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan tanpa membebankan penjamin yang lain.

    1. Mempunyai jumlah syer minimum RM3,000.00.
    2. Tempoh bayaran sehingga 120 bulan.
    3. Tiada penjamin dan berkelayakan kepada ahli berstatus Tetap.
    4. Pengesahan daripada Majikan serta 2 orang saksi.
    5. Caj TPTP adalah 3% dari jumlah pembiayaan.
    6. Penyata gaji asal terkini.
    7. Layak mengambil pembiayaan Kecemasan sebanyak RM2,000.00 sahaja.
    8. Tidak layak memohon lain-lain pembiayaan TPTP.
    9. Penyata gaji asal dan terkini.
    10. Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.

    Hubungi Kami

    • Tel: 03-61366097 / 03-61360564
    • kop.peta@streamyx.com / kospeta@tm.net.my
    • Fax: 03-61384463
    • Koperasi KOSPETA MALAYSIA BERHAD
      no. 10 & 12 Tingkat 1
      Jalan 6/3A KM12
      Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara
      68100 Kuala Lumpur
  • Koperasi KAKIB: Sertai & Mohon Pembiayaan

    Koperasi KAKIB: Sertai & Mohon Pembiayaan

    Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB)

    Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) mendapat anugerah Sijil Pematuhan Syariah oleh Biro Angkasa. Jom apply personal loan berlandaskan shariah compliant di sini!

    Pengenalan

    KAKIB ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota.

    KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang.

    Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.

    Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.

    Selari dengan moto KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara.

    Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.

    Keanggotaan

    Permohonan

    Borang permohonan untuk menjadi anggota KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.

    Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

    Syarat-Syarat

    Syarat-syarat seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia
    • Telah mencapai umur lapan belas tahun
    • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai hartatanah atau bekerja dalam Negeri Perak
    • Bukan seorang yang tidak berupaya dari segi mental atau bankrap
    • Berjawatan Tetap
    PERKARABAYARAN MINIMA
    YuranRM60
    SyerRM 200.00 (10 BULAN X RM20)
    Insurans BerkelompokRM10.00
    Simpanan Khas(HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI)

    Pinjaman Peribadi Popular

    PEMBIAYAAN PERIBADI 3.90% /p.a

    • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 150,000
    • Had umur adalah tidak melebihi 54 tahun dan tiada penjamin
    • Memerlukan sekurang-kurangnya 2 Penjamin untuk mereka yang berumur 54 tahun ke atas
    • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
    • Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun
    • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan

    PEMBIAYAAN KREDIT 3.50% /p.a

    • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 150,000
    • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
    • Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
    • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan
    • Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan seperti kereta, peralatan elektrik dan juga pengubahsuaian rumah

    PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN 3.50% /p.a

    • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 30,000
    • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
    • Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
    • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan

    PEMBIAYAAN PELBAGAI 3.90% /p.a

    • Pembiayaan ini disediakan bagi membaharui Insurans Am, cukai jalan, peralatan kenderaan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan koperasi
    • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 5,000
    • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
    • Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun

    Perkhidmatan

    Kebajikan

    Derma Pelajaran Anak

    Kelayakan memohon

    1. Menjadi anggota tidak kurang dari 3 tahun.
    2. Anak Kandung Anggota.
    3. Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
    4. Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.

    Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun

    Khairat Kematian

    Kadar bayaran dan kelayakan

    • RM 1500.00 atas kematian anggota KAKIB. Dibayar kepada waris yang sah
    • RM 1000.00 atas kematian suami/isteri anggota
    • RM 500.00 atas kematian ibu/bapa anggota
    • RM 500.00 atas kematian anak berumur diantara 2 minggu hingga 18 tahun

    Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada KAKIB .

    Dividen Tahunan

    KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-

    • DIVIDEN 2019 = 7.1%
    • DIVIDEN SIMPANAN KHAS 2019= 8%

    Pajak Gadai Islam Ar Rahnu

    Ar- Rahnu Kakib merupakan subsidiari milik penuh KAKIB yang menjalankan pajak gadai Islam. Ar Rahnu ini menawarkan pinjaman tunai segera yang bercagarkan barangan kemas sahaja.

    KELAYAKANWarganegara Malaysia 18 Tahun ke atas
    UPAH SIMPANRM0.80 untuk setiap nilai
    NILAI SIMPANANMaksima sehingga RM 25000 untuk setiap transaksi
    MARGIN PEMBIAYAANSehingga 80% daripada nilai marhun
    TEMPOH GADAIANSelama 6 bulan dan boleh diperbaharui
    JENIS BARANGAN KEMASEmas yang bermutu 18K sehingga 24K

    Pelancongan

    KAKIB SAFAR TRAVEL & TOURS (KSTT) merupakan subsidiari dan telah dirasmikan pada 4 Disember 2018 oleh Encik Mohd Hizaz Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perak. KSTT menyediakan pakej umrah dan pelancongan luar dan dalam negara pada harga berpatutan. Selain itu harga istimewa juga turut diberikan kepada anggota-anggota KAKIB.

    KAKIB juga turut menyediakan pembiayaan khas bagi pakej umrah dan pelancongan yang ditawarkan oleh KSTT untuk kemudahan para anggota. Para anggota yang berminat boleh menghubungi nombor dibawah:

    Tel: 05-5252998 / 016-4216471 FB: KAKIBSAFARTRAVEL

    “KAMI REALISASIKAN IMPIAN ANDA”

    https://www.kakib.my

    Hubungi Kami

    • KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
      NO. 111-B, TINGKAT 1 JALAN DATO’ ONN JAAFAR
      30300 IPOH PERAK
    • Opening Hours: 8am-5.30pm (Monday-Friday)
    • Tel: 05-2540707 / 05-2535369
error: Content is protected !!