Koperasi TNB: Perkhidmatan Dipercayai

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB)

Dapatkan info produk Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) seperti takaful insurans, pembiayaan dan perkhidmatan Hotel dan lain-lain.

Pengenalan

Koperasi Tenaga Nasional Berhad ataupun singkatannya KOPTNB telah membuat mesyuarat pertama yang diadakan pada awal tahun 1951, dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan. Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951. Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara. Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Perkhidmatan

Takaful Insurans Berkelompok – Skim Pilihan

Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota KOPTNB yang mana pelan Takaful Mutiara Plus 1 ini Julung Kali di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

Faedah

Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota KOPTNB selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

Ciri Ciri Utama dan Premium Bulanan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1

Insurans Berkelompok Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM15,000 ke RM100,000.

Faedah

Keistimewaan

Takaful / Insurans Motor Kenderaan & Cukai Jalan

  1. Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan.
  2. 5 (lima) kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.
  3. Pembiayaan termasuk Takaful / Insurans kenderaan dan cukai jalan.

Nota perlindungan dikeluarkan dengan serta merta. Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke rumah anda.

Kebajikan

Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal

Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal. Dibahagikan kepada 3 bahagian

  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah
  3. Universiti / Profesional

Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak

  1. Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
  2. Bayaran balik RM150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
  3. Anak anggota layak memohonnya.
  4. Dua orang penjamin.

Sumbangan untuk Anggota Setia

  1. Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.

Pencarum terbaik.

  1. Keanggotaan terbaik.
  2. Pendidikan
  3. Seminar Keanggotaan

Anugerah

  1. Anugerah anak cemerlang
  2. Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

Khairat Kematian

Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

Wasiat

Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

Kemudahan pembayaran

  1. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji untuk anggota KOPTNB. Ciri-ciri utama Wasiat atau ‘Will’

Dokumen

  1. Sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil dan waras
  2. Pewasiat menandatangani Wasiat atau ‘Will’ dalam keadaan waras
  3. Pelantikan Amanah Raya Berhad sebagai Wasi (pemegang amanah)
  4. Hubungi pegawai kami En. Zulfaqhar 03-22823670 atau 019-3558119 untuk penerangan lanjut. Boleh juga merujuk laman web www.moreclass.com.my untuk maklumat lanjut.

Koptown Hotel Address

KopTown Hotel Kuala Lumpur
NO 68, Wisma Pantai
Jalan Pantai
59200, Bangsar Kuala Lumpur
Malaysia

CONTACT

Tel. No: +603 2202 2722
Fax No: +603 2201 2251

E-mail: kualalumpur@koptown.com.my
koptown.com.my

Pembiayaan Peribadi

Bai’ Al-‘Inah

Definisi

Pembiayaan Bai’ Al-‘Inah merupakan salah satu produk kewangan yang ditawarkan oleh KOPTNB. Skim ini bertujuan menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak perniagaan jual beli dan bayaran tertangguh dengan prinsip syariah. Pembiayaan ini sesuai untuk anggota yang ingin mendapatkan wang tunai bagi tujuan peribadi dengan syarat dan terma yang jelas dan adil menurut hukum syariah.

Koperasi TNB menawarkan beberapa jenis pembiayaan Bai’ Al-‘Inah dengan ciri dan syarat yang berbeza, sesuai dengan keperluan anggota. Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan yang boleh dipohon oleh anggota:

Bai’ Al-Inah Berjamin

Pembiayaan Bai’ Al-Inah berjamin adalah jenis pembiayaan yang memerlukan penjamin untuk kelulusan. Berikut adalah terma utama pembiayaan ini:

Bai’ Al-Inah Yuran

Jenis pembiayaan ini ditawarkan berdasarkan yuran yang dikenakan kepada anggota koperasi. Syarat utama adalah seperti berikut:

Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin

Bagi anggota yang tidak mempunyai penjamin, Bai’ Al-Inah tanpa penjamin menawarkan pembiayaan dengan syarat tertentu:

Pembiayaan Qard

Selain Bai’ Al-Inah, Koperasi TNB juga menawarkan pembiayaan Qard yang bertujuan membantu anggota untuk tujuan peribadi seperti perayaan, perubatan, kemalangan, persekolahan anak, dan pengebumian. Berikut adalah terma dan syarat untuk pakej pembiayaan ini:

Kelebihan Pembiayaan

Kadar Perkhidmatan Kompetitif

Kadar perkhidmatan yang ditawarkan adalah 5.9% setahun (sama rata), yang sangat kompetitif berbanding dengan produk pembiayaan lain yang ada di pasaran.

Tempoh Bayaran Yang Fleksibel

Pembiayaan ini menawarkan tempoh bayaran ansuran yang fleksibel antara 48 hingga 84 bulan, memudahkan anggota menguruskan kewangan mereka.

Pembiayaan Tanpa Penjamin

Pembiayaan Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin membolehkan anggota yang tidak mempunyai penjamin untuk memohon pembiayaan sehingga RM15,000.

Kewajipan Mencarum

Anggota yang mengambil pembiayaan ini diwajibkan untuk mencarum, yang memberi faedah tambahan dalam jangka masa panjang.

Hubungi Kami

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB)

More posts

error: Content is protected !!