Koperasi KAKIB: Sertai & Mohon Pembiayaan

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB)

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) mendapat anugerah Sijil Pematuhan Syariah oleh Biro Angkasa. Jom apply personal loan berlandaskan shariah compliant di sini!

Pengenalan

KAKIB ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota.

KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang.

Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.

Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.

Selari dengan moto KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara.

Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.

Keanggotaan

Permohonan

Borang permohonan untuk menjadi anggota KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.

Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

Syarat-Syarat

Syarat-syarat seperti berikut:

PERKARABAYARAN MINIMA
YuranRM60
SyerRM 200.00 (10 BULAN X RM20)
Insurans BerkelompokRM10.00
Simpanan Khas(HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI)

Pinjaman Peribadi Popular

PEMBIAYAAN PERIBADI 3.90% /p.a

PEMBIAYAAN KREDIT 3.50% /p.a

PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN 3.50% /p.a

PEMBIAYAAN PELBAGAI 3.90% /p.a

Perkhidmatan

Kebajikan

Derma Pelajaran Anak

Kelayakan memohon

  1. Menjadi anggota tidak kurang dari 3 tahun.
  2. Anak Kandung Anggota.
  3. Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
  4. Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.

Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun

Khairat Kematian

Kadar bayaran dan kelayakan

Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada KAKIB .

Dividen Tahunan

KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-

Pajak Gadai Islam Ar Rahnu

Ar- Rahnu Kakib merupakan subsidiari milik penuh KAKIB yang menjalankan pajak gadai Islam. Ar Rahnu ini menawarkan pinjaman tunai segera yang bercagarkan barangan kemas sahaja.

KELAYAKANWarganegara Malaysia 18 Tahun ke atas
UPAH SIMPANRM0.80 untuk setiap nilai
NILAI SIMPANANMaksima sehingga RM 25000 untuk setiap transaksi
MARGIN PEMBIAYAANSehingga 80% daripada nilai marhun
TEMPOH GADAIANSelama 6 bulan dan boleh diperbaharui
JENIS BARANGAN KEMASEmas yang bermutu 18K sehingga 24K

Pelancongan

KAKIB SAFAR TRAVEL & TOURS (KSTT) merupakan subsidiari dan telah dirasmikan pada 4 Disember 2018 oleh Encik Mohd Hizaz Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perak. KSTT menyediakan pakej umrah dan pelancongan luar dan dalam negara pada harga berpatutan. Selain itu harga istimewa juga turut diberikan kepada anggota-anggota KAKIB.

KAKIB juga turut menyediakan pembiayaan khas bagi pakej umrah dan pelancongan yang ditawarkan oleh KSTT untuk kemudahan para anggota. Para anggota yang berminat boleh menghubungi nombor dibawah:

Tel: 05-5252998 / 016-4216471 FB: KAKIBSAFARTRAVEL

“KAMI REALISASIKAN IMPIAN ANDA”

https://www.kakib.my

Hubungi Kami

Pinjaman Peribadi Koperasi KAKIB Mikro Kredit

More posts

error: Content is protected !!