UiTMKoop Berhad: Pinjaman Peribadi Selamat

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UitmKoop) menyediakan pinjaman peribadi dengan pembiayaan 25 bulan gaji pokok atau RM150,000. Interest rendah. Dapatkan maklumat pembiayaan anda disini.

Mengenai

Sejarah Penubuhan

KKUiTM Koop telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425.

Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.

Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.

Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Keanggotaan terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17 orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.

KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.

Matlamat

Ditubuhkan untuk meningkat kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Disamping itu,koperasi juga ditubuhkan bagi membantu kakitangan UiTM yang menganggotai koperasi. Oleh itu, koperasi telah menyediakan satu rangkaian aktiviti yang membolehkan setiap anggotanya menikmati kemudahan serta perkhidmatan dalam bentuk kebajikan atau tanggungan mudah.

Fungsi

Fungsi utama koperasi ini adalah untuk menjalankan aktiviti :-

Prinsip

Prinsip keanggotaan adalah : –

Faaedah

Faedah yang di perolehi oleh ahli adalah :-

Keanggotaan

Keanggotaan Ahli

Terbuka kepada kakitangan UiTM bergaji tetap dan kakitangan koperasi termasuk kakitangan di dalam subsidiarinya

Syarat Menjadi Ahli

Mestilah warganegara Malaysia, bermastautin dalam kawasan operasi koperasi, tiada sabitan kesalahan serta upaya daripada segi mental.

Permohonan dan Bayaran

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 10.00 dan bekas anggota yang memohon menjadi ahli semula dikenakan bayaran RM 50.00.

Pembiayaan Popular

Pembiayaan Tunai Berjamin

Pembiayaan tunai berjamin ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.

Kelayakan

Bagi pembiayaan tunai berjamin, kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.

Pembiayaan Pengguna (Barangan)

Pembiayaan ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.

Kelayakan

Kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.

Pembiayaan Tunai 90% Caruman

Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin tetapi jaminan adalah di atas caruman anggota yang meminjam. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi.

Kelayakan

Pinjaman IPT

Pinjaman IPT ni disediakan untuk anggota atau tanggungan yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi

Kelayakan

Pinjaman Kecemasan

Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.

Perkhidmatan Lain

Kebajikan dan Sosial

Terdapat beberapa sumbangan dan perkhidmatan yang diwujudkan kepada anggotanya dengan tujuan hanyalah membantu mereka.

Perkhidmatan Takaful Kenderaan

UitmKoop menyediakan perkhidmatan takaful kenderaan kepada anggota dan juga bukan anggota koperasi

Ar-Rahnu

Pihak UitmKoop juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu dan terbuka kepada semua anggota dan bukan anggota.

Hubungi Kami

14, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

*Source: uitmkoop.my official website

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UitmKoop)

More posts

error: Content is protected !!