Koperasi UNIKEB: Pinjaman & Perkhidmatan

Koperasi UNIKEB Berhad

Koperasi UNIKEB Berhad menawarkan pembiayaan Bai Al Inah dan pembiayaan ekspress disaat memerlukan adalah produk yang sangat popular.

Pengenalan

Sejarah

Mulai tahun 2010, perkembangan dan pembangunan perniagaan Koperasi UNIKEB Berhad semakin meningkat dan ia merupakan era yang mencatatkan sejarah dalam lembaran hayat. Tahun demi tahun melakar sejarah yang membanggakan. Pada tahun 2016 Koperasi UNIKEB Berhad telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Koperasi Terbaik di dalam Sektor Pemborongan & Peruncitan Negeri Selangor. Terkini telah diiktiraf sebagai Koperasi Terbaik Ke 17 di dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan ini juga, Koperasi UNIKEB Berhad adalah terbaik #1 di Selangor dan #1 di kalangan koperasi Universiti Awam Tempatan. Ini adalah berkat usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh Anggota, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan pekerja untuk terus membangun dan menyokong aktiviti koperasi ke arah yang lebih cemerlang.

Perkhidmatan

Di Koperasi UNIKEB Berhad ada menyediakan beberapa perkhidmatan bukan hanya sekadar untuk anggota sahaja bahkan kepada bukan anggota juga boleh menikmati perkhidmatan kami.

  1. Kasut kesihatan dan Insurans Kenderaan
  2. Pinjaman peribadi dengan pembiayaan sehingga RM150K khas untuk anggota sahaja
  3. Bilik seminar dan latihan

Kami juga ada menyediakan modul latihan khusus untuk sesiapa yang berminat. Kami juga mempunyai dobi layan diri di bandar puteri bangi dan mempunyai 1 umart di wisma unikeb,3 umart di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan 1 umart di Kampus Kuala Lumpur UKM.

Unit Pembiayaan

Objektif Perkhidmatan Unit Pembiayaan

Unit Pembiayaan bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis pembiayaan, termasuk kewangan, barangan, dan perkhidmatan. Kami memberi fokus kepada pembiayaan yang patuh syariah, adil, dan tidak membebankan ahli koperasi. Ini bertujuan untuk mengelakkan ahli daripada terjebak dalam aktiviti pembiayaan yang tidak sah atau daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.

Pembiayaan ini adalah melalui potongan gaji majikan UKM, manakala pembayaran balik dilakukan dengan mudah dan efisien. Sebagai anggota koperasi, anda layak untuk memohon kemudahan pembiayaan yang kami tawarkan.

Jenis Pembiayaan

Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb menawarkan pelbagai jenis pembiayaan untuk memenuhi keperluan kewangan ahli koperasi.

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon pembiayaan peribadi Unikeb:

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan slip gaji terkini, MyKad, dan dokumen sokongan lain.
  2. Hubungi pegawai kami di Unit Pembiayaan untuk mendapatkan bantuan lanjut.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan serahkan ke pejabat kami.
  4. Jika diperlukan, dapatkan surat full settlement untuk penyelesaian awal atau reloan pinjaman sedia ada.

Siapa Yang Layak Memohon?

Pembiayaan di Koperasi Unikeb hanya tersedia untuk anggota koperasi yang memenuhi syarat-syarat berikut:

Pastikan anda memenuhi semua syarat kewangan yang ditetapkan oleh koperasi untuk memastikan permohonan anda diluluskan.

Pinjaman Peribadi

Unit Pembiayaan bagi tahun 2019 terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan secara keseluruhannya. Unit Pembiayaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pembiayaan Wang, Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan dan Perkhidmatan Potongan Gaji.

Bagi memenuhi keperluan dan kehendak anggota, penawaran produk pembiayaan telah dipelbagaikan. Produk-produk yang terdapat di Unit Pembiayaan ialah :

Jadi hubungi dengan segera jika ada pertanyaan dan kemuskilan mengenai apa sahaja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bai Al Inah

Pembiayaan Ekspres

Merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan anggota . Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan maksimum berjumlah RM 20,000 berjaya mencatatkan bilangan tinggi.

Pembiayaan Ekspres Warga Emas

Pembiayaan Hari Raya

Kami juga menawarkan Pembiayaan Aidilfitri khusus untuk membantu meringankan beban kewangan para anggota supaya dapat menyambut lebaran dengan lebih ceria disamping keluarga. Kami dalam perancangan untuk mempelbagaikan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan anggota.

Persekolahan

Kami amat prihatin dengan keperluan para anggota dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat dan mencabar. Pembiayaan Persekolahan mula ditawarkan pada Disember 2015 khusus untuk membantu para anggota dalam menangani keperluan persekolahan anak-anak.

Barangan & Perkhidmatan

Perkhidmatan

Unit Hartanah

Perkhidmatan Sewaan

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Unit Hartanah Koperasi Unikeb Berhad bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.

Selain daripada itu, Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.

PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;

Hubungi Kami Sekarang di 03-8925 2540 ext 105

Unit Ar-Rahnu

Produk yang ditawarkan adalah Skim Pajak Gadai Islam. Dapatknn perkhidmatan ini sekarang.

OBJEKTIF

Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Wadiah yad DhamanahSimpanan dengan jaminan keselamatan
UjrahUpah simpan barang gadaian

HAD PEMBIAYAAN

SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI

  1. Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas
  3. Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)

KELEBIHAN

Berikut adalah kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu yang dikendalikan oleh koperasi seperti berikut:

  1. Mematuhi Garis Panduan Syariah
  2. Bebas Daripada Unsur Riba
  3. Kadar Upah Simpan Yang Rendah
  4. Tiada Semakan CCRIS & CTOS
  5. Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
  6. Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
  7. Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai

Unit Kedai Emas

Mulai tahun 2016 kami menawarkan Pembiayaan Emas untuk kemudahan para anggota memiliki emas di Kedai Emas. Sepanjang tahun 2019, anggota telah menggunakan kemudahan ini untuk memiliki emas yang ditawarkan di Kedai Emas secara potongan gaji

Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)

PERKHIDMATAN

  1. Menjual barang kemas 916
  2. Membeli barang kemas terpakai
  3. Membaiki emas putus, patah dan rosak
  4. Menilai gred emas
  5. Mencuci emas dan perak
  6. Menjual barang kemas secara potongan gaji

Hubungi Kami Sekarang

03-8922 2619 / 03-8741 3936 Kajang

Ar-Rahnu & Kedai Emas- Wisma
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor
NomborTelefon : 03-8722 2619

Waktu Perniagaan

9.00pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.00pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup

Ar-Rahnu & Kedai Emas – Kajang

C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Nombor Tel : 03-8741 3936

Waktu Perniagaan

9.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
9.30pagi – 2.00ptg | Sabtu
Ahad & Cuti Umum – Tutup

Unit Dagang & Pemasaran

Pemasaran

UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan Koperasi Unikeb.

Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.

Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan

PRODUK & PERKHIDMATAN

  1. Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
  2. Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
  3. Kasut Kesihatan jenama Footlink
  4. Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
  5. Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
  6. Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
  7. Pakej Pelancongan dan Umrah
  8. Kaunter pembayaran bil utiliti

Hubungi Kami Sekarang di talian 03-8921 4022/ 4026/ 4037

Stesyen Minyak

Perkhidmatan

UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB

Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan turut mencebur diri dalam perniagaan Steseen Minyak.

Sebuah steseen minyak Petronas di bawah pengurusan Koperasi Unikeb telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.

PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA

SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN

  1. Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
  2. Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
  3. Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
  4. Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.

Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.

Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%

Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota

Hubungi Kami Sekarang di talian telefon: 03-89269921, 03-8912 7866

Hubungi Kami

Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb

Alamat:
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor

Telefon:
03-8921 4031

Waktu Pejabat

Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia Koperasi UKM

More posts

error: Content is protected !!