Koperasi Iman (KOIMAN)
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) menyediakan pelbagai kemudahan kewangan termasuk pinjaman peribadi, ar-rahnu, dan pembiayaan lain yang mudah diakses oleh kakitangan kerajaan, GLC, dan individu yang memerlukan sokongan kewangan segera. Proses permohonan yang ringkas, kadar faedah berpatutan, dan kelulusan pantas menjadikan KOIMAN pilihan yang dipercayai. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – bantu capai matlamat kewangan anda dengan lebih tenang dan yakin.

Pengenalan

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’) telah diperbadankan pada 21hb Julai, 1981 dengan Modal syer sebanyak RM27,244-00 dengan keanggotaan seramai 272 orang. Pada peringkat awal penubuhan, Koperasi Iman menjalankan aktiviti dalam perniagaan ‘trading’ secara kecil-kecilan dan runcitan. Kemudian aktiviti tersebut telah dipertingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemasukan Anggota Lembaga yang berpengalaman dari berbagai latar belakang, yang dinamik serta berdaya maju.
Dalam mempergiatkan aktiviti perniagaannya ke arah yang lebih maju lagi, Koperasi Iman telah memperkenalkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik) kepada anggota-anggotanya dengan membeli produk yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya. Produk pengguna yang dijual oleh adalah seperti barangan elektrik (seperti TV, peti ais, air-cond, dll), komputer, hi-fi, perabut, barangan kesihatan, motorsikal berjenama MODENAS dan lain-lain.Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002.
Bermula pada tahun 2005, Koperasi Iman telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya. Aktiviti daripada skim ini telah memberi sumbangan yang utama kepada pendapatan. Ia juga memainkan peranan bermula daripada pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit. Pembiayaan ini digunakan untuk menyalurkan pembiayaan peribadi tunai kepada anggota-anggota.
Yuran
Sehingga 31hb Disember, 2009; Modal Syer dan Yuran Anggota telahpun meningkat kepada RM3,586,960.01 dengan jumlah keanggotaan seramai 10,682 orang. Keanggotaan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad KOPERASI IMAN ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat; terutamanya dari kalangan kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan GLC (Government Link Companies).
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad KOPERASI IMAN juga adalah ahli kepada ANGKASA (Badan Puncak Gerakan Koperasi) yang mengendalikan khidmat potongan gaji untuk kakitangan Kerajaan dan khidmat Latihan.
Produk & Perkhidmatan
Pinjaman Peribadi
Berikut adalah kelayakan dan syarat yang perlu untuk memohon pinjaman peribadi Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad seperti dibawah:-
- Untuk kakitangan Kerajaan I Badan Berkanun I Majlis Daerah I IPTA.
- Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6 bulan. Berusia 19 – 58. Pembiayaan sehingga RM200,000.00.
- Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan (10 tahun). Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA).
- Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji asas dan elaun Untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) I GOC I Swasta.
- Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6 bulan. Berusia 19 – 58. Pembiayaan sehingga RM200,000.00. Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan@ 10 tahun.
- Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA). Potongan gaji tidak melebihi 50% atau 60% daripada gaji asas dan elaun
Promosi Terkini
Kempen keanggotaan sedang giat dijalankan dengan anda dapat menikmati keistimewaan pembiayaan seperti berikut:
- Skim Perlindungan Kredit
- Skim Khairat
- Skim Pengurusan Wasiat
- Mendapat Dividen ke atas Syer
- Kadar Keuntungan pembiayaan yang berpatutan
- Proses yang Telus, Cepat dan Tepat. Berlandaskan Syariah Islam sepenuhnya.
DOKUMEN
Kepada pemohon yang berminat untuk membuat pinjaman peribadi Koperasi Iman ini, anda perlu menyediakan dokumen seperti 1 Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh majikan, 1 Penyata gaji asal yang terbaru dan 1 Salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan disahkan oleh majikan, cop nama, jawatan dan alamat majikan pada Borang BPA 1/79 (ANGKASA).
1 Salinan akaun bank (Muka surat Butiran Peribadi). 1 Salinan penyata bank untuk kemasukan 3 bulan gaji. 1 Salinan surat pengesahan jawatan daripada majikan. 1 Salinan surat tawaran lantikan. 1 Salinan penyata KWSP.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Ar Rahnu X’Change
Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi Iman dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dibuka pada 16hb Mei, 2008. Pajak Gadai dari Koiman ini di namakan Ar-Rahnu X’Change dibawah konsep francais dari kumpulan Bank Rakyat. Kedai ini terletak berdekatan dengan Pejabat Urusan Koperasi Iman di Bandar Sri Gombak. Kedai Ar-Rahnu X’Change ini telah dibuka dan perasmiannya oleh Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Mansor bin Saad; dalam tahun 2008.
Tujuan
- Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera. Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.
Kelebihan
- Pinjaman bebas riba.
- Upah simpan yang rendah berbanding konvesional.
- Proses lelongan yang telus.
- Perlindungan insuran.
Konsep Syariah
KONSEP PRODUK | Qardhul Hasan Pinjaman kebajikan tanpa faedah. Wadiah yad Dhamanah Simpanan dengan jaminan keselamatan. Ujrah Upah simpan barang gadaian. |
---|---|
JENIS – JENIS PRODUK | AR – RAHNU AZ ZAHAB CIRI – CIRI PRODUK |
CIRI – CIRI PRODUK | KELAYAKAN: Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. Berumur dari 18 tahun dan ke atas. Tidak muflis. |
HAD PINJAMAN | SKIM AR – RAHNU 65 % atas nilai marhun. Maksimum RM10,000.00 bagi setiap gadaian sehari. Maksimum RM50,000.00. SKIM AZ ZAHAB 65 % atas nilai marhun atau maksimum RM100,000.00 bagi setiap gadaian. |
TEMPOH GADAIAN | SKIM AR – RAHNU Maksimum enam bulan. Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan. SKIM AZ ZAHAB Pelanggan diberi pilihan:- Maksimum 3 tahun bagi tempoh bayaran secara ansuran. Bagi pelanggan yang membayar secara sekaligus tempoh pinjaman adalah seperti berikut:- Lanjutan 2 bulan terakhir dengan syarat menjelaskan upah simpan. |
KEKERAPAN GADAIAN | SKIM AR – RAHNU Jumlah pinjaman sehari tidak melebihi RM10,000.00. Jumlah pinjaman terkumpul tidak melebihi RM50,000.00 (tidak temasuk upah simpan). SKIM AZ ZAHAB Gadaian RM10,001.00 keatas. Jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000.00. |
GADAIAN SEMULA | Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula. |
CARA BAYARAN BALIK | SKIM AR – RAHNU Bayaran balik boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat. SKIM AZ ZAHAB Bayaran balik adalah ansuran bulanan atau sekaligus. |
Takaful e-Covernote
Koperasi Sebaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) merupakan agent takaful berdaftar yang sah untuk produk Takaful lkhlas & Etiqa Takaful. Kami juga menawarkan perkhidmatan kepada anggota melalui pelbagai produk takaful yang patuh Syariah dan menjimatkan masa. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan dan pembaharuan cukai jalan tanpa caj tambahan dikenakan kepada peserta.
Tujuan
- Memberi perlindungan kepada peserta dan anggota.
- Melindungi harta benda.
- Meringankan beban kepada peserta apabila ditimpa musibah.
Jenis-Jenis
- Takaful Kenderaan Bermotor.
- Takaful Khairat Kematian.
- Takaful Kebakaran.
- Takaful Mutiara Plus.
Kelebihan
- Berlandaskan Syariah.
- Tiada unsur Maisir (Judi), Gharar (ketidakpastian), dan Riba.
- Sebut Harga PERCUMA!
- Sumbangan Serendah RM 10.00.
- Diskaun bagi produk Mutiara Plus kepada peserta dan anggota.
- Tidak perlu ke JPJ dan pejabat pos.
- Perkhidmatan yang mesra, menjimatkan masa dan pantas.
- Kelulusan tuntutan segera.
- Jumlah perlindungan mengikut harga pasaran.
- Cukai jalan dihantar terus ke rumah atau pejabat.
- Khidmat bantuan jalanraya 24 jam dengan kos penundaan percuma* (tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Etiqa & Takaful).
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna
Dalam mempergiatkan aktiviti perniagaannya ke arah yang lebih maju lagi, Koperasi Iman telah memperkenalkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik) kepada anggota-anggotanya dengan membeli produk Koperasi yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya. Produk pengguna yang dijual adalah seperti barangan elektrik (seperti TV, peti ais, air-cond, dll), komputer, hi-fi, perabut, barangan kesihatan, motorsikal berjenama MODENAS dan lain-lain.Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002.
Skim Pembiayaan Tunai
Bermula pada tahun 2005, Koperasi telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya. Aktiviti daripada skim ini telah memberi sumbangan yang utama kepada pendapatan koperasi. Disamping itu, Koiman juga memainkan peranan bermula daripada pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit.
Pembiayaan ini digunakan untuk menyalurkan pembiayaan peribadi tunai kepada anggota-anggota koperasi. Selain daripada perkhidmatan Skim pembiayaan tunai kepada anggota-anggotanya,
Lembu Fidlot
Koperasi Iman juga terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu ternakan lembu fidlot dan kambing. Selain itu juga, sebagai nilai tambah aktiviti tersebut, Koperasi Iman juga menghasilkan baja organik dengan jenama sendiri iaitu i-Man Farm.
Pusat Ternakan i-Man Farm kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 250 ekor lembu dan 200 ekor kambing pada satu-satu masa. Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada.
Pinjaman Peribadi Popular
Koiman 4.99%
Syarat Kelayakan:
Untuk Kakitangan Kerajaan | Badan Berkanun | Majlis Daerah | IPTA:
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
- Berusia antara 19 hingga 58 tahun
- Pembiayaan sehingga RM200,000
- Kadar faedah bermula dari 4.99%
- Tempoh bayaran balik sehingga 120 bulan (10 tahun)
- Gaji dan elaun tetap tidak kurang daripada RM1,500
- Skim potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji asas dan elaun
Untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) | Swasta:
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
- Berusia antara 19 hingga 58 tahun
- Pembiayaan sehingga RM200,000
- Kadar faedah bermula dari 8.99%
- Tempoh bayaran balik sehingga 120 bulan (10 tahun)
- Gaji dan elaun tetap tidak kurang daripada RM1,500
- Skim potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Potongan gaji tidak melebihi 50% atau 60% daripada gaji asas dan elaun
Dokumen yang Diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh majikan
- Penyata gaji asal yang terkini
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini yang disahkan oleh majikan (termasuk cop nama, jawatan, dan alamat majikan pada Borang BPA 1/79)
- Salinan akaun bank (muka surat Butiran Peribadi)
- Salinan penyata bank 3 bulan terkini untuk pengesahan gaji
- Salinan surat pengesahan jawatan daripada majikan
- Salinan surat tawaran lantikan
- Salinan penyata KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Sektor Swasta & GLC
- Pembiayaan: Maksimum RM200,000
- Kadar Faedah: Bermula dari 8.99%
- Kelulusan Cepat: Dalam 5 hari bekerja
- Potongan Gaji: Melalui Biro Angkasa
- Kemuflisan: Tidak diterima
#koperasi #KoperasiServices #KOIMAN
Hubungi KOIMAN
Ibu Pejabat
- Tel: 03 6187 3386
- Fax- 03 6187 3385
- Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad,
No 17, Jalan SG 3/4, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100, Batu Caves, Selangor.
Cawangan
- Gombak: 0361894387
- Seri Kembangan: 03-89421177
- Unit pemasaran dan pembiayaan: 03-61873384 / 03-61853343
- Damansara Damai: 03-61581132
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…
-
delete
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…
-
delete
Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
delete
Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…
-
delete
Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…