Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (CoopUSMA)
Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (CoopUSMA) menyediakan perkhidmatan kewangan dan keusahawanan kepada ahli komuniti USM Kelantan. Sertai kami untuk manfaat simpanan, pembiayaan, dan pembangunan ekonomi bersama.
Pengenalan
Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) ditubuhkan pada 12 Jun 2000 (No. pendaftaran D-3-0261). Mesyuarat agung permulaan telah dilaksanakan pada 16 Nov 2000 iaitu merupakan Mesyuarat Agung Pertama adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh koperasi ditubuhkan. Pada awal penubuhan COOPUSMA di daftar dengan nama Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan dipinda nama kepada Koperasi Warga USM Kelantan Berhad pada tahun 2002.
Kemudian telah ditukarkan kepada “Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KWUSMKB)” semasa mesyuarat agung ke 2 tahun 2002. No. pendaftaran dengan Jabatan Pembangunan Koperasi ialah D-3-0261, No. Keahlian ANGKASA 2754/KN219. Kini ia dijenamakan semula sebagai COOPUSMA.
Pada tahun 2000 hingga 2016, fungsi utama koperasi adalah memberi KEMUDAHAN KREDIT dan telah dipinda kepada fungsi PERKHIDMATAN dalam Mesyuarat Agung Khas pada 29 November 2016. Keanggotaan terbuka kepada semua staf Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan sahaja. Bilangan anggota seramai 3086 orang anggota sehingga 2019.
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada staf USM yang mempunyai semangat koperasi yang tinggi dan lebih mementingkan kebajikan daripada keuntungan serta berdedikasi dan sangat berpengalaman dalam mentadbir urus. Koperasi Warga USM Kelantan Berhad terus bergerak maju untuk menjadikan COOPUSMA sebagai koperasi yang paling berdaya saing di Malaysia dalam usaha untuk memenuhi kehendak anggota dan para pelanggan Koperasi.
COOPUSMA terdiri daripada 170 orang staf yang di pimpin oleh seorang pegawai eksekutif yang berkaliber.
CoopUSMA Koperasi Warga USM Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan secara keseluruhannya menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
- Kemudahan Kredit (Pinjaman Bai Al-Einah)
- Coop Mart (Peruncitan)
- Kopitiam Lestari (Makanan)
- Kompleks Perkembangan Kanak-kanak (ECCE)
- Perkhidmatan Kesihatan (Ambulan, Sports Rehab & Home Care)
- Penyewaan Bangunan
- Kilang Air Osmosis Lestari
- Kays Exclusive Motel
- E-Coopmart (E-Dagang)
- Hartanah
- Penyewaan Bangunan
- Subsidiari
- Pusat Dialysis Lestari (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
- Farmasi Lestari Sdn. Bhd (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
- Telipot Medical Centre (TMC) Sdn. Bhd. (51% milik COOPUSMA)
- Pelaburan Modal: Pusat Dialisis Nephrolife (Pelaburan Modal 49% koperasi 51% perseorangan)
Produk & Perkhidmatan
Coop Mart
- Menjalankan perkhidmatan jualan runcit. Pengurusan Coopmart adalah di bawah seliaan seorang Penolong Pengurus Runcit.
- Masa operasi premis jualan ini adalah dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam.
- Lokasi premis terletak bersebelahan kedai Kopitiam Lestari yang juga milik KWUSMKB
Kopitiam Lestari
-Tiada info-
Unit Rakan Bayi (URB)
Mula beroperasi pada Mac 2003 di Unit Rakan Bayi HUSM. Staf seramai 6 orang pengasuh yang bekerja dari jam 8.00 pagi – 5.00ptg. Anak-anak asuhan berumur 2 minggu hingga 2 tahun. – ext: 09-7673804
Kompleks ECCE (Taska, Tadika & Transit-KAFA)
Hubungi Ext: 09-7673805 untuk sebarang pertanyaan.
Kilang Air
-Tiada info-
Kays Exclusive Motel
Kays Motel terletak berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Cawangan Kelantan, dibangunan belakang Syarikat Muda Osman (SMO). Tamu hanya perlu berjalan kaki (selama kurang dari 5 minit) ke hospital USM dan memasuki kawasan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan , Asrama Pelajar dan Kompleks Sukan USM
Kemudahan Kays Exclusive Motel
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan berikut:
- Penyaman Udara
- Bilik air dan kelengkapan air panas ( hot and cold shower)
- Wi Fi percuma
- Talian ASTRO
- Kemudahan minuman
- Dispenser air sejuk dan panas juga disediakan dalam lobi motel dengan percuma
Kadar sewaan bilik bergantung pada saiz bilik dan bermula dari RM60 satu malam (bilik bujang) sehingga RM165 satu malam (bilik keluarga yang boleh memuatkan 3 dewasa. Anak-anak kecil juga boleh ditempatkan dengan tilam tambahan. Terdapat 10 bilik-bilik lain yang berlainan saiz dan kadar sewaan.
Motel dilengkapi “Security Access Card ” yang berasingan bagi setiap tamu. Motel terletak disekitar kawasan membeli belah Bandar Baru Kubang Kerian seperti Pasar Raya Besar Mydin, Nirwana Maju, rangkaian bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, RHB, BSN serta restoran -restoran Platinum seperti Pizza Hut, Dominos, dan USM Cafe. Penginapan jangka sederhana dan jangka panjang boleh diuruskan dengan tawaran kadar istimewa
Contact Kays Exclusive Motel
Hubungi Pengurus : PUAN ASNIZA MOHD RAZALI (013 522 6817 atau 09 764 9127 dari 830 pagi hingga 4 petang). Emailkan pertanyaan anda kepada: kaysmotel@gmail.com
Pinjaman Peribadi Popular
Coopusma 6%
Syarat-syarat pembiayaan peribadi coopusma seperti berikut:
- Maksima pinjaman ialah RM 100 ribu.
- Untuk pinjaman sehingga 5 tahun – 4% setahun.
- Lebih 5 tahun sehingga 10 tahun – 6% setahun.
#koperasi #KoperasiServices #COOPUSMA

Hubungi COOPUSMA
- KOPERASI WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KELANTAN BERHAD,
Lot 8014, Tingkat 1, Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia - Tel: 09-765 6224
- Fax: 09-765 6224
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…
-
delete
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…
-
delete
Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
delete
Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…
-
delete
Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…