Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
Mohon pinjaman peribadi anda hari ini dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad – pilihan utama kakitangan kerajaan dan badan berkanun! Potongan gaji melalui biro ANGKASA dan perlindungan takaful insuran tersedia. Layari laman rasmi kami untuk maklumat lanjut dan permohonan segera.
Pengenalan
Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD (KoopTK) telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.
KoopTK percaya kepada nilai etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan mengambil berat kepada orang lain dan masyarakat. Koperasi bertujuan untuk menyediakan dan membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan kekayaan dan ekonomi peribadi mereka.
Koperasi ini juga dimiliki oleh ahli-ahlinya, di mana keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengurusan dan aktiviti harian dilaksanakan oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 9 orang ahli, yang dipilih oleh anggotanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan setiap tahun. Seperti semua koperasi berdaftar yang lain,
KoopTK dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.
KoopTK adalah koperasi ke-3 terbesar di Sabah dengan ahli-ahli terkumpul 25,233 dari seluruh Malaysia.

Anak Syarikat Koperasi
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat (subsidiary) Koperasi ini dan telah berdaftar dengan Surhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nombor pendaftaran Keramat Kinabalu Travel & Tours adalah 1090023X dengan tarikh pendaftaran 21 April 2014. Keramat Kinabalu Travel & Tours juga telah memperolehi lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), syarikat ini telah diberi kebenaran oleh Koperasi Tanjong Keramat Kinabalu Bhd untuk ditempatkan di pejabat beralamat:
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah
Pinjaman Peribadi Popular
Pembiayaan Kewangan
Pinjaman peribadi KoopTK ini terbuka untuk kakitangan kerajaan negeri / badan berkanun yang ada potongan BPA (Angkasa). Potongan melalui BPA (Biro Angkasa).
Opsyen bersara sehingga 60 tahun & Perlindungan Insurans Takaful.
Produk dan Perkhidmatan
Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu
Pajak gadai Islam tunai segera. Tulus dan patuh syariah yang pertama di Malaysia. Harga gadaian yang tinggi sehingga 80% dari nilai marhun dan juga upah simpah yang rendah dan berpatutan.
Medicare
Program Manfaat Penjagaan dan Perlindungan Kesihatan, Kemalangan dan Hayat “Sayangi Hidupku Medicare”. Program ini juga terbuka kepada golongan B40 untuk mendaftar mengikut kemampuan masing-masing.
Travel & Tours
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah perkhidmatan swasta yang menyediakan perkhidmatan pelancongan dan pelancongan yang berkaitan kepada orang awam bagi pihak pembekal seperti aktiviti, pakej pelancongan, sewa kereta dan banyak lagi.
e-Dagang MYSINBAD
PORTAL e-Dagang koperasi pertama negara MYSINBAD memberikan manfaat kepada lebih 14,000 koperasi di seluruh negara.
Kewujudan kemudahan ini sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup sejajar dengan hasrat kerajaan terutama membantu golongan B40.
#koperasi #KoperasiServices #KoopTK
Contact Koperasi Tanjong Keramat
- Tel: 0327189167 / 088-734 950
- Fax: 03-27189166
- Koperasi Tanjung Keramat
Blok B-03-09-06 Designer Office
Lingkaran SV sunway velocity
55100 Kuala Lumpur - Opening Hours: 8.30am-5.30pm (Monday-Friday)
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…
-
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS): Penginapan Mampu Milik
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) Kobemas ataupun nama penuhnya Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad mempunyai sebuah hotel koperasi yang sangat popular di Melaka iaitu…
-
Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI): Affordable Personal & Education Loans
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) Discover smarter financial solutions with Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) — Malaysia’s leading cooperative for higher education loan schemes. Whether…
-
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju): Permohonan Keanggotaan & Fi Masuk
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju) Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.…
-
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi (COOPALTAQWA KATKLB)
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariat Islam. Kami…
-
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan…