Koperasi Shamelin Berhad (KSB)

Koperasi Shamelin Berhad menawarkan pelbagai manfaat kepada ahli termasuk Tabung Skim Khairat Kematian, Tabung Pendidikan, dan Tabung Kebajikan. Dengan dividen tahunan yang kompetitif, KSB diiktiraf sebagai salah satu koperasi paling dipercayai di Malaysia.

Kami juga menyediakan maklumat lengkap tentang semua koperasi di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Klik untuk info lanjut dan sertai KSB hari ini!

Koperasi Shamelin Berhad KSB

Pengenalan

Koperasi Shamelin Berhad (KSB) adalah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Sehingga Disember 2012, KSB telah mempunyai anggota seramai 22,424 orang dengan syer terkumpul sebanyak RM9,835,153.55.

Sejak ditubuhkan KSB telah melalui beberapa pengelaman pahit getir dalam cubaan untuk mencari dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhan.

Antara beberapa cubaan perniagaan yang ceburi yang paling menonjol pada tahun-tahun 70an ialah usaha untuk mengadakan rangkaian kedai runcit diseluruh negara, tetapi kurang berjaya.

Pada awal tahun 80an, KSB berjaya memperolehi sebidang tanah seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai sebuah taman yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan, yang dikenali sebagai Taman Shamelin Perkasa. Kejayaan memperolehi tanah ini telah memberi peluang kepada KSB untuk melonjak jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi negara ketika itu.

Pada peringkat awalnya KSB berjaya mengendalikan perniagaan memajukan hartanah ini dengan baik, namun pada pertengahan tahun 80an, ianya mula menghadapi masalah dan seterusnya projek pembangunan ini terbengkalai.

Ekoran daripada ini lain-lain perniagaan yang diceburinya turut menghadapi masalah dan KSB diambang muflis.

Keanggotaan

Kelebihan

Selain dari pinjaman peribadi yang ditawarkan, di antara kelebihan Keanggotaan Koperasi Shamelin Berhad akan diteliti dan ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan anggota dan kemampuan KSB. Anggota KSB, akan menikmati kemudahan seperti :

  • Menikmati keuntungan tahunan berbentuk dividen.
  • Berpeluang menyertai Pakej Pengurusan Kewangan Keluarga secara berkelompok.
  • Kemudahan pembiayaan/ pinjaman jangka pendek/ panjang secara Islam.
  • Faedah daripada tabung-tabung kebajikan:
    • Tabung Skim Khairat Kematian Takaful Keluarga Berkelompok.
    • Tabung Pendidikan dan Kebajikan.

Perkhidmatan

Tabung Kebajikan

Tujuan tabung kebajikan ini diwujudkan ialah untuk memberi sumbangan kepada anggota-anggota yang ditimpa musibah atau penyakit kronik bagi meringankan bebanan yang ditanggung dan bukannya ganti rugi ke atas kehilangan harta benda atau penyakit yang dialami dan sebagainya serta sumbangan ikhlas sebagai program amal jariah Koperasi.

Tabung Pendidikan

Tujuan ia ditubuhkan untuk memberi hadiah dan sumbangan kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak.

Hadiah cemerlang akademik dalam peperiksaan :

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (“PT3”);
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Menengah Agama (SMA)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan
  • Matrikulasi; dan
  • Program Asasi

Tabung Khairat Kematian

Tujuan skim ini ialah untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada anggota atau waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas anggota atau waris anggota itu sendiri.

Perniagaan

Perkhidmatan Insurans Takaful (Takaful Ikhlas)

IKHLAS MOTOR

Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga.

IKHLAS FIRE

Menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang berpunca daripada kebakaran dan kilat.

IKHLAS HOUSEOWNER

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.

IKHLAS P.A.

Takaful IKHLAS menawarkan kedua-dua Pelan Perlindungan Kemalangan Individu dan Kemalangan Diri Berkumpulan.

IKHLAS BURGLARY

Memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan harta-benda yang dilindungi akibat pecah masuk ketika berada dalam premis perniagaan atau perdagangan. Perlu terdapat tanda-tanda nyata menunjukkan kemasukan secara kekerasan di luar premis.

IKHLAS EMPOYERS LIABILITY

Untuk melindungi/menggantirugi peserta (majikan) bila dikehendaki untuk membayar kepada kerosakan. Untuk membayar kos – kos pembelaan perundangan yang dikenakan semasa tuntutan-tuntutan pembelaan.

IKHLAS MOTORIST P.A.

Anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak Koperasi Shamelin Berhad di talian 03 – 9285 2155 atau emel 03-92852155

Rumah Penginapan Airbnb

Koperasi Shamelin Berhad(“KSB”) kini mengusahakan perniagaan rumah penginapan di bawah jenama Airbnb bagi tiga(3) unit kondominium di Shamelin Star.

Shamelin Star terletak dilokasi yang amat strategik untuk akses kepada kemudahan awam seperti kemudahan LRT, pasar raya, taman awam dan pusat membeli belah.Ketiga-tiga unit Airbnb KSB ini mempunyai keluasan 979 kaki persegi sehingga 1164 kaki persegi.

Antara kemudahan yang terdapat di Shamelin Star ialah gimnasium, kolam renang, tempat barbeque, taman permainan kanak-kanak,bilik permainan, sauna, bilik karaoke dan studio yoga. Kadar sewa untuk setiap unit adalah berbeza bermula daripada RM350 sehingga RM390 satu malam dan kadar sewa ini adalah amat berpatutan jika dibandingkan dengan kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami di talian 03 – 9285 2155 dan bercakap dengan pegawai kami Encik Fakhruddin Afiq / Cik Hazilawati.

 #koperasi #KoperasiServices #KSB 

Hubungi Koperasi Shamelin

  • Tel: 03-9285 2155
  • Fax: 03-9285 5606
  • Koperasi Shamelin Berhad
    Bangunan Shamelin, No. 38, 6-4, Jalan 4/91,
    Taman Shamelin Perkasa,
    56100 Kuala Lumpu
  • Opening Hours: 8.30am-6pm (Monday-Friday)

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…

    Teruskan membaca

  • Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions

    Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…

    Teruskan membaca

  • delete

    Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…

    Teruskan membaca

  • Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes

    Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…

    Teruskan membaca

  • Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia

    Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!