Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI)

Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dengan interest rate terbaik sekarang dengan tawaran mickro kredit dan skim bai al-inah yang boleh merubah kehidupan anda. Segera dapatkan info dan mohon pembiayaan anda sekarang!

Personal Loan KOPUBI Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd

Pengenalan

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. Dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa persatuan maka gerak kerja untuk menubuhkan koperasi ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017.

Sehubungan itu penubuhan koperasi telah diluluskan secara rasminya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta sijil penubuhan telah dikeluarkan pada 15hb Disember 2017 dengan nombor pendaftaran, A-5-1611.

Kini KOPUBI Perak Bhd telah mula bergerak dan menyasarkan seramai 1,000 anggota akan menyertai koperasi ini pada tahun 2018 ini. Yuran masuk dikenakan adalah sebanyak RM150.00 dan 1 unit saham koperasi dijual pada harga RM150.00 sahaja. Saham maksima dihadkan sehinggga 25 unit untuk setiap anggota. Tiga aktiviti utama yang bakal dijalankan oleh koperasi adalah Pinjaman Mikro Kredit kepada anggota, Perniagaan di dalam bidang pemasaran serta Pelaburan di dalam bidang hartanah.

Semoga KOPUBI Perak Bhd ini berjaya menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya dan disegani di Negeri Perak serta menjadi contoh kepada koperasi-koperasi yang lain.

Pinjaman Peribadi Popular

Mikro Kredit

Pembiayaan Peribadi (Mikro Kredit) KOPUBI dapat membantu anggota yang memerlukan bantuan kewangan tertutamanya di dalam usaha untuk memantapkan perniagaan masing-masing atau memerlukan modal tambahan. Anggota yang ingin memulakan perniagaan juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi ini.

Pada peringkat awal penubuhan koperasi ini, Ahli Lembaga Koperasi telah meluluskan peruntukkan untuk memberi pinjaman di antara RM1,000 sehingga RM5,000 kepada anggota dan jumlah pinjaman ini dijangka akan meningkat apabila prestasi kewangan koperasi semakin kukuh serta memiliki modal yang lebih besar.

Ahli Lembaga Koperasi juga mensasarkan pinjaman ini ditingkatkan kepada RM250,000 apabila prestasi kewangan koperasi mencapai satu tahap yang benar-benar menyakinkan serta koperasi pula mencatatkan keuntungan yang berlipat ganda.

i-Mikro Bai’ Al-Inah

Pinjaman i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI adalah merupakan berita baik untuk semua warga Negeri Perak. Sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan skim pembiayaan peribadi i-Mikro kini dibuka kepada semua.

Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.

Anda boleh memohon pembiayaan peribadi mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan
  2. Telah membayar Modal Syer sekurang sekurang-kurangnya RM 150.00 berserta fi masuk sebanyak RM150.00
  3. Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan
  4. Had maksima pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada 10x nilai saham dan jumlah maksima pembiayaan peribadi ini adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.
  5. Mempunyai seorang penjamin yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi
  6. Melengkapkan permohonan melalui sistem iKoop serta membekalkan maklumat serta dokumen yang diperlukan.

*Nota: Pihak KOPUBI berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pemohon.

Syarat-syarat Penjamin

Syarat-syarat menjadi penjamin:-

  1. Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan.
  2. Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.
  3. Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.
  4. Penjamin bukan dari kalangan ahli keluarga anggota yang meminjam dan bukan pasangan kepada anggota tersebut.
  5. Penjamin hanya bertindak sebagai pengutip hutang pinjaman dan BUKAN bertindak sebagai pembayar hutang (jika peminjam gagal membayar bayaran pinjaman yang sepatutnya).
  6. Demi menjaga kepentingan anggota-anggota Koperasi dan keupayaan kawalan modal yang positif maka pihak koperasi menetapkan syarat pembiayaan peribadi sebanyak RM2,000 ke atas memerlukan seorang penjamin dari kalangan anggota KOPUBI Perak Bhd.

 #koperasi #pinjamanperibadi #KOPUBI 

Contact KOPUBI

  • Tel: 05-322 7297
  • 57B, Susunan Stesen 18, Station 18,
    31650 Ipoh, Perak
  • Opening Hours: Monday to Friday 9.00am-5.30pm

Hot & Trending Topic

Looking to take control of your loans and spend smarter? We’ve got you covered with practical tips on handling bank loans, co-op financing, and managing your money with ease.

Ready to make better financial choices? Tap here to start your journey toward smarter spending.

error: Content is protected !!