Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA)
KOPKETA adalah nama singkatan kepada Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad yang telah didaftarkan pada tahun 1973 dibawah seksyen 7, Ordinan Syarikat-syarikat Kerjasama 1948. Dalam usia penubuhannya selama 41 tahun, KOKETA kini lebih matang dan kompetitif dalam menentukan hala tuju gerakan koperasi selaras dengan kehendak Akta dan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi.
Pengenalan
Melalui cetusan idea yang bernas dan keberanian serta kesungguhan yang tinggi, maka pada Mac 1997, pihak KOPKETA telah bersepakat untuk mengambil alih serta mengurus sendiri ladang kelapa sawit koperasi dari pihak EPA.
Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad membantu anda mencari tempat yang anda inginkan. KOPKETA telah berusahasama dengan Syarikat Pemaju Perumahan Matrix Concepts Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan perumahan awam yang dinamakan Bandar Seri Impian.
Sejarah
Rancangan Kemajuan Tanah Anggota Polis Pangkat Rendah Johor Berhad. Ia ditubuhkan bagi menguruskan ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh anggota asal atas tanah kurnia seluas 3,125 ekar. Tanah kurnia ini telah dianugerahkan bagi mengenang jasa bekas anggota polis yang telah berkhidmat dan menjaga kepentingan awam di Negeri Johor khasnya.
Atas faktor ini, mantan Menteri Besar ketika itu YAB Allahyarham Dato’ Othman Saad telah menyokong permohonan mereka bagi mendapat perkenan Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Mereka semua telah dikurniakan tanah seluas ± 2,000 ekar tanah pada peringkat pertama dan ±1,125 ekar pada peringkat kedua. Pada awal penubuhan seramai 322 orang telah menganggotai koperasi tetapi kini KOPKETA hanya mempunyai anggota seramai 311 orang sahaja.
Projek dan Perkhidmatan
Tanaman Kelapa Sawit
Pendapatan utama koperasi adalah daripada aktiviti perladangan iaitu kelapa sawit. Pada asalnya KOPKETA mempunyai seluas 3000 ekar tanah di daerah Kluang. Namun setelah terlibat dengan pembangunan, tanah yang tinggal untuk tanaman kelapa sawit adalah seluas 1571 ekar yang terbahagi kepada 9 blok.
Sewaan Bangunan Komersial
- Bangunan Wisma Kopketa dan 9 pintu rumah kedai di sekitar Bandar kluang johor.
- Empat belas pintu rumah kedai di Bandar Seri Impian, kluang Johor untuk disewakan.
- 2 buah banggunan kedai dan pejabat di Impianan Square Bandar Seri Impian dalam binaan untuk disewakan.
- 6 buah banglow disewakan
Pembangunan Perumahan
Pembangunan hartanah bersama Matrix Concept telah dimulakan dengan keluasan tanah 900 ekar tanah ladang. Ianya telah dibangunkan dengan perumahan bercampur pada awal tahun 2005. Pada masa ini 2017 hampir 85 % telah berjaya dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.
Petron Bandar Seri Impian, Kluang
KOPKETA melakar sejarah manis apabila muncul satu satunya koperasi yang berani dan berjaya menceburi bidang perniagaan membuka Stesen Minyak PETRON di Bandar Seri Impian Kluang Johor.
Pelaksanaan kerja-kerja stesen Minyak Petron itu dimulakan pada 1 April tahun lalu dan siap sepenuhnya hari ini (25 Ogos 2020) .
Sejajar dengan misinya menjadikannya sebuah Koperasi yang kompeten dan berdaya saing, anggota Ahli Lembaganya yang diketuai pengerusi Haji Mohd Ariffin Ismail bekerja keras ke arah mencapai misi dan visi yang digariskan.
Menurut haji Mohd Ariffin dengan pembukaan Petron ini ,ia diharap dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan Kopketa selain perolehan keuntungan menerusi bidang perladangan, pembangunan hartanah dan pelaburan.
Katanya Kopketa dijangka akan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM360,000.00 pada tahun pertama operasinya yang bermula hari ini. Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad menjangkakan keuntungan meningkat pada tahun tahun seterusnya. Dengan peningkatan keuntungan itu ia sekali gus akan dapat dimanfaatkan oleh setiap ahli. Beliau menyatakan demikian semasa Pra Perasmian PETRON Bandar Seri Impian di Kluang.
Menurut haji Mohd Ariffin kunci utama untuk menjayakan sesuatu termasuk membina stesen minyak itu ,ia perlu dengan ‘amanah ‘yang betul. Katanya usaha Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad tidak berhenti setakat itu, beberapa perancangan lain sedang dilaksanakan.
Hubungi KOPKETA
Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA
No 8, Jalan Dato Ismail Hassan
Kampung Masjid Lama
86000 Kluang, Johor
Tel: 07-776 4076 / 07-7764890

*Source: kopketa.com official website
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…
-
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS): Penginapan Mampu Milik
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) Kobemas ataupun nama penuhnya Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad mempunyai sebuah hotel koperasi yang sangat popular di Melaka iaitu…
-
Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI): Affordable Personal & Education Loans
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) Discover smarter financial solutions with Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) — Malaysia’s leading cooperative for higher education loan schemes. Whether…
-
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju): Permohonan Keanggotaan & Fi Masuk
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju) Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.…
-
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi (COOPALTAQWA KATKLB)
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariat Islam. Kami…
-
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan…