Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB)
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad atuapun singkatannya KPJB adalah sebuah koperasi yang menjalankan pelbagai aktiviti yang proaktif selain pembiayaan peribadi. Dapatkan info mengenai semua koperasi di Malaysia.

About
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad mula ditubuhkan pada 1 Disember 1973 sebagai sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama syarikat Pinjam Meminjam Dan Jimat Cermat Kakitangan Lembaga Pelauhan Johor. Pendaftaran keahliannya bermula pada 1 Januari 1974 dengan ahli seramai 45 orang.
Di dalam Mesyuarat Agong Pertama (sementara) yang diadakan pada 7 Febuari 1976 mesyuarat telah bersetuju supaya nama syarikat ditukar kepada Koperasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor Berhad (KKLPJB) dan pendaftarannya telah diluluskan pada 22 Januari 1977.
Pada Mesyuarat Agung yang diadakan pada 30 November 1996 KKLPJJB menukar namanya kepada Koperasi Pelabuhan Johor Berhad. Pertukaran nama ini dilakukan adalah bersabit dengan fenomena perubahan pengswastaan yang berlaku di Lembaga Pelabuhan Johor bersama Johor Port Berhad. Pendaftaran pertukaran nama KPJB telah diluluskan pada 26 Febuari 1997.
Anggota-anggota Koperasi Pelabuhan Johor Berhad
Keahlian KPJB adalah terdiri daripada Kakitangan tetap Johor Port Berhad, JP Logistics Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Johor. Keahlian terkini adalah seramai 950 ahli.
Produk Dan Perkhidmatan
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB ada menyediakan pinjaman peribadi kepada ahli-ahli Koperasi Pelabuhan Johor Berhad. Pihak kami yakin dengan adanya kemudahan ini dapat membantu ahli-ahli dan pembangunan koperasi juga. Kemudahan pembiayaan yang selesa dan membantu ekonomi negara. Antara pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB adalah seperti berikut:
1. Pembiayaan Berjamin
2. Pembiayaan Kecemasan
3. Pembiayaan Insurans dan Cukai Jalan

Stesen Minyak
Stesen terletak di Jalan Baja, Pasir Gudang ini mula beroperasi semenjak 15 November 1988. Selain dari penjualan minyak secara tunai kepada umum ia memberi kemudahan kredit kepada kenderaan-kenderaan rasmi JPB, JPL, syarikat-syarikat swasta dan juga kepada ahli Koperasi. Caltex Mart menawarkan pelbagai makanan, minuman serta barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Minyak Caltex Techron bermutu tinggi dan sesuai untuk semua jenis kenderaan.
Sewaan Rumah Kedai
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB memiliki 3 buah rumah kedai di persekitaran Pasir Gudang yang disewakan kepada penyewa. Maklumbalas daripada pihak penyewa adalah sangat menggembirakan pihak Koperasi. Selain sewa bulanan dengan harga yang berpatutan, layanan dari pihak pejabat Koperasi memuaskan hati penyewa. Kami berhasrat untuk memberi peluang peniaga-peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan selesa. Peluang untuk menyewa ruang kedai atau pejabat dengan keselesaan yang dijamin.
Wakil Insuran Takaful
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB adalah wakil insuran Takaful Malaysia yang sah. Pihak kami ada menyediakan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat. Koperasi memberikan pulangan (rebate) 5% kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami untuk pembaharuan insurans. Pelanggan yang dihormati akan berpuas hati dengan layanan kami dan usaha pembaikan akan dipantau dari masa ke semasa. Pulangan 5% untuk setiap pembaharuan insurans dan cukai jalan.
Pembekal Pekerja dan Barang
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad menyediakan perkhidmatan pembekal pekerja dan barang selaras dengan pembangunan negara. Perkhidmatan ini akan membantu Koperasi bergerak lebih jauh serta memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada pembekal. Barang-barang yang turut dibekalkan seperti baju pekerja (Johor Port, JPL dan lain-lain), pakaian seragam polis, kasut, t-shirt, safety helmet juga barang-barang keperluan lain. Pihak kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami yang dihormati. Menyediakan pekerja yang berdedikasi dan barangan yang berkualiti.
*Source: https://koopjb.com
#koperasi #KoperasiServices #KPJB
Contact KPJB
- Tel: 07-2510819
- Fax: 07-2517714
- Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB
No. 14, Jalan 10/17, Perjiranan 8,
81707 Pasir Gudang Johor
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
UM Cooperative Bookshop Ltd: Buy Books with Koperasi Now!
UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…
-
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPATB): Maklumat Keanggotaan
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…
-
Koperasi KOSMAS Selangor: Maklumat Pelaburan Terbaik!
Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Best Product and Services!
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Koperasi Ladang Berhad (KLB) is a leading cooperative in Malaysia, specializing in high-quality fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. Want to find…
-
Koperasi Iman (KOIMAN): Sektor Perladangan dan Rumah Penyembelihan
Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…
-
delete
Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad KOASMARA
Koperasi Anak Sains MARA Berhad KOASMARA Koperasi Anak Sains MARA Berhad KOASMARA was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…