Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (KOPANISZA)

Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (Malaysia) Berhad atau nama singkatannya KOPANISZA ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan dan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota.

Pengenalan

Sejarah

Permohonan untuk menubuhkan KOPANISZA telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 24/07/2013 dan Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan pada 27/07/2013 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dan diresmikan oleh Profesor Dr. Yahya Bin Ibrahim.

Sembilan (9) orang Anggota Lembaga Koperasi telah dipilih semasa Mesyuarat Agung

Permulaan adalah seperti berikut :-

  • EN. HUSSIN BIN GHANI – Pengerusi
  • EN. MOHD NASURDIN BIN ABDUL MUBIN – Setiausaha
  • EN. KIRAWAN ZEISWAR BIN KAMAROLZAMAN – Bendahari
  • HJ. MOHAMAD SAHAR BIN MAT DIN – Anggota Lembaga Koperasi
  • EN. MUHAMAD HAIZUAN BIN ROZALI – Anggota Lembaga Koperasi
  • EN. AHMAD SHUKRI BIN NGAH – Anggota Lembaga Koperasi
  • EN. WAN MAKHTAR BIN WAN KADIR – Anggota Lembaga Koperasi
  • EN. MORAD BIN AWANG – Anggota Lembaga Koperasi
  • EN. WAN SUHAIKIM BIN WAN SAIDI – Anggota Lembaga Koperasi

Fungsi Utama

Fungsi utama KOPANISZA ialah perkhidmatan dan aktiviti yang didaftarkan buat masa sekarang ialah pemasaran, pendidikan, ICT, penganjuran acara, program promosi, latihan dan lain aktiviti yang akan diputuskan kemudian nanti.

Pejabat operasi ialah di 510A, Diamond Complex, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Keanggotaan

Keanggotaan KOPANISZA terbuka kepada lepasan pelajar KUSZA, UDM dan UNISZA. Modal syer minima untuk setiap anggota yang telah didiluluskan di dalam Mesyuarat Agung

Permulaan ialah RM100.00 dan Yuran Masuk RM20.00.

Oleh kerana keanggotaan Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad KOPANISZA melibatkan seluruh Malaysia, Mesyuarat Agung Tahunan akan menggunakan kaedah perwakilan.

Kawasan perwakilan terbahagi kepada zon A dan zon B.

  • ZON A – KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK.
  • ZON B – SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, SABAH, SARAWAK

Pada masa sekarang pihak koperasi telahpun memajukan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk didaftarkan.

Perjalanan aktiviti dan pendaftaran anggota KOPANISZA hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada SKM.

Hubungi KOPANISZA

Alumni UniSZA
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu.

Tel: 09-6687934

KOPANISZA Koperasi Alumni UniSZA


*Source: alumni.unisza.edu.my official website

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!