Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (KOOP DBP)
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (KOOP DBP) adalah sebuah mercu tanda Kuala Lumpur yang mempunyai banyak cawangan antaranya di Melaka, Perak dan lain-lain. Dapatkan info mengenai koperasi disini.
Pengenalan
Sejarah
KOOP DBP telah didaftarkan pada 14 April 1972 di bawah Ordinan Sharikat Bekerjasama-sama Tahun 1948 dengan nama Sharikat Kerjasama Serbaguna Dewan Bahasa dan Pustaka Berhad dengan nombor pendaftaran 4715. Syarikat beroperasi di bangunan kantin DBP & perniagaan berasaskan pinjam-meminjam dan jimat-cermat.
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP Tarikh ditubuhkan 14 April 1972 | Bil. Pendaftaran Koperasi 4715 | No. Pendaftaran Kementerian Kewangan 327-00014900
JUMLAH MODAL KOOP DBP (sehingga 31 Disember 2014) | Modal Saham Anggota RM467,251 | Modal Yuran Anggota RM5,119,375 | Simpanan Khas Anggota RM815,978 | Jumlah Aset RM13,869,870
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:-
- 15 September 1983 – KOOP DBP menyewa rumah kedai di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebagai pusat operasi
- 1 Oktober 1983 – Telah dilantik menjadi pengedar buku DBP untuk SPBT dan pasaran terbuka
- 10 November 1983 – Membeli rumah kedai 3 tingkat di Taman Nirwana, Ampang dengan harga RM232,500.00
- 11 Julai 1984 – Membeli satu unit kedai di tingkat satu, Safuan Plaza, Kuala Lumpur dengan harga RM400,200.00
- 31 Julai 1984 – KOOP DBP beroperasi di lobi bangunan lama DBP
- 1 April 1988 – Pejabat pentadbiran dan kewangan berpindah ke bangunan sendiri di Taman Nirwana manakala kedai buku beroperasi di bahagian hadapan bangunan lama berhampiran Bilik Latihan DBP
- 27 November 1996 – Menukar nama kepada KOOP DBP melalui pindaan Undang-Undang Kecil
- 1 Mac 2001 – Menerima Anugerah Kualiti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia
- 7 Julai 2004 – Keseluruhan operasi berpindah ke bangunan baharu DBP
- 24 Jun 2005 – Menerima Anugerah Khas Aktiviti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia
- 15 Ogos 2007 – Membeli rumah kedai 2 tingkat di Taman Tasik Utama, MITC, Melaka dengan harga RM237,12.36
- 7 Mac 2010 – Diberikan penarafan 3 bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tersenarai di tempat ke-78 dalam senarai 100 Koperasi terbaik Malaysia
- 28 Jun 2009 – Menukar nama kepada Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad selaras dengan pengembangan operasi ke Sabah dan Sarawak
- 27 November 2008 – Membeli rumah kedai 4 tingkat di Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi dengan harga RM1.67 juta
- 1 Ogos 2011 – Menguruskan pengedaran keseluruhan BTSP terbitan DBP ke pengedar-pengedar di seluruh negara yang merangkumi urusan penerimaan daripada pencetak, pengeluaran mengikut keperluan negeri dan pengedaran melalui darat, laut dan udara yang melibatkan 14.8juta naskhah buku dengan nilai hampir RM98 juta
- 12 November 2012 – Membeli gudang dengan keluasan keseluruhan 10,990 kaki persegi dengan harga RM3.3 juta
- 1 Februari 2013 – Membuka kedai buku mini cawangan Melaka di bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
- 15 April 2013 – Menganjurkan Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja untuk mendapatkan manuskrip yang sesuai untuk diterbitkan
- 1 Oktober 2013 – KOOP DBP membuka kedai buku di Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
- 30 November 2013 – Telah tersenarai ditempat ke-73 dalam Kumpulan 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2013 & menerima Anugerah Khas Koperator Tahun 2013 daripada JPAN Wilayah Persekutuan.
- Selain itu, Koperasi DBP juga telah menerima Anugerah Koperator Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan daripada JPAN Wilayah Persekutuan
- 2 September 2014 – Menerbit dan melancarkan 10 judul novel kanak-kanak dan remaja yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM
- 31 Disember 2014 – Mempunyai 707 orang anggota yang terdiri daripada staf dan pesaran DBP.
- Di peringkat pentadbiran pula, KOOP DBP mempunyai 33 orang kakitangan yang terdiri daripada 13 orang eksekutif dan 20 orang bukan eksekutif.
Hubungi Kami
BANK Bank Islam (M) Berhad
Cawangan Jalan Tun Razak
Menara Lembaga Tabung Haji
50450 KUALA LUMPUR
RHB Bank Berhad
Cawangan Kenanga Wholesale
City Jalan San Peng
50460 KUALA LUMPUR
JURU AUDIT Zhal Ghani & Co (AF 1452)
2766-C, Jalan Changkat Permata
Taman Permata
53300 KUALA LUMPUR
PANEL PEGUAM Tetuan Mohamed Noor, Amran & Yoon
No. 20-3B, Jalan Suria Setapak
Batu 4 1/2, Jalan Gombak
53000 KUALA LUMPUR
Pusat Operasi
Pejabat & Kedai Buku Utama
Aras Bawah, Bangunan Lama DBP
Jalan Dewan Bahasa
50460 KUALA LUMPUR
E-mel: support@koopdbp.com.my
Tel: 03 – 2145 5501
Faks: 03 – 2145 5505
Emel: kedaibuku@koopdbp.com.my
Kedai Buku Cawangan Melaka
No. 86. Jalan TU 42, Taman Tasik Utama
75950 MELAKA
Tel./Faks: 06 – 232 5655
Kedai Buku Cawangan Bangi
B-G-08, Jalan Medan PB5
Seksyen 9, Paragon Point
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR
Tel./Faks: 03 – 8920 9555
Kedai Buku Cawangan Teluk Intan
No. 30, Aras Bawah
Pusat Komersial Sentral Intan
Jalan Sekolah
33000 Teluk Intan
PERAK
Tel./Faks: 05 – 620 3996
Stor & Pengedaran
No. 11, Jalan Besi 1/1
Kawasan Perindustrian Sungai Purun
43500 Semenyih
SELANGOR
*Source: koopdbp.com.my official website
