KOPANISZA: Koperasi Alumni UniSZA Terengganu

Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (KOPANISZA)

Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (Malaysia) Berhad atau nama singkatannya KOPANISZA ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan dan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota.

Pengenalan

Sejarah

Permohonan untuk menubuhkan KOPANISZA telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 24/07/2013 dan Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan pada 27/07/2013 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dan diresmikan oleh Profesor Dr. Yahya Bin Ibrahim.

Sembilan (9) orang Anggota Lembaga Koperasi telah dipilih semasa Mesyuarat Agung

Permulaan adalah seperti berikut :-

Fungsi Utama

Fungsi utama KOPANISZA ialah perkhidmatan dan aktiviti yang didaftarkan buat masa sekarang ialah pemasaran, pendidikan, ICT, penganjuran acara, program promosi, latihan dan lain aktiviti yang akan diputuskan kemudian nanti.

Pejabat operasi ialah di 510A, Diamond Complex, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Keanggotaan

Keanggotaan KOPANISZA terbuka kepada lepasan pelajar KUSZA, UDM dan UNISZA. Modal syer minima untuk setiap anggota yang telah didiluluskan di dalam Mesyuarat Agung

Permulaan ialah RM100.00 dan Yuran Masuk RM20.00.

Oleh kerana keanggotaan KOPANISZA melibatkan seluruh Malaysia, Mesyuarat Agung Tahunan akan menggunakan kaedah perwakilan.

Kawasan perwakilan terbahagi kepada zon A dan zon B.

Pada masa sekarang pihak koperasi telahpun memajukan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk didaftarkan.

Perjalanan aktiviti dan pendaftaran anggota KOPANISZA hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada SKM.

Hubungi Kami

Alumni UniSZA
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu.

Tel: 09-6687934

*Source: alumni.unisza.edu.my official website

Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad (KOPANISZA)

More posts

error: Content is protected !!