Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop)
Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop) menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. Terletak di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan. Dapatkan info lanjut di sini!
Pengenalan
IMCoop menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. IMCoop Kedai Harga Patut Johor
Produk
Kedai Harga Patut Johor
JOHOR BAHRU: IMCoop menyasarkan pembukaan 20 Kedai Harga Patut Muafakat Johor tahun ini, tertumpu di lokasi berpotensi dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata langkah itu sejajar dengan langkah memperluaskan perkhidmatan kedai konsep berkenaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat negeri itu.
Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini. “Langkah untuk mengembangkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini juga bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih rendah daripada pasaran.
“Ketika ini, kami sedang menilai 10 koperasi yang akan membuka cawangan kedai berkenaan dalam fasa pertama, dan 10 lagi dalam fasa kedua bermula dari Julai ini sehingga akhir tahun. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor bersempena program My Farm Outlet di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi IMCoop, Syed Salim Syed Mohamed. Cawangan terbaharu itu adalah usahasama imCoop dengan Unit Strategi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian (MOA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014. Md Jais berkata, IMCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.
*Source: https://www.bharian.com.my
Hubungi Kami
- Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop
NO 78, 78-01, 78-02,
JALAN ECO-CASCADIA 6/2, TAMAN SETIA ECO CASCADIA
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia - Call Center: 07-364 3229
