Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop)
Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop) menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. Terletak di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan. Dapatkan info lanjut di sini!
Pengenalan
Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Kedai Harga Patut Johor
Produk
Kedai Harga Patut Johor
JOHOR BAHRU: Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) menyasarkan pembukaan 20 Kedai Harga Patut Muafakat Johor tahun ini, tertumpu di lokasi berpotensi dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata langkah itu sejajar dengan langkah memperluaskan perkhidmatan kedai konsep berkenaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat negeri itu.
Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini. “Langkah untuk mengembangkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini juga bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih rendah daripada pasaran.
“Ketika ini, kami sedang menilai 10 koperasi yang akan membuka cawangan kedai berkenaan dalam fasa pertama, dan 10 lagi dalam fasa kedua bermula dari Julai ini sehingga akhir tahun. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor bersempena program My Farm Outlet di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad imCoop, Syed Salim Syed Mohamed. Cawangan terbaharu itu adalah usahasama imCoop dengan Unit Strategi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian (MOA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014. Md Jais berkata, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.
*Source: https://www.bharian.com.my
#koperasi #KoperasiServices #KoperasiIskandarMalaysiaBerhad

Hubungi IMCoop
- Call Center: 07-364 3229
- Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop
NO 78, 78-01, 78-02,
JALAN ECO-CASCADIA 6/2, TAMAN SETIA ECO CASCADIA
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Koperasi Ladang Berhad: Smart Farming Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
Koperasi Anak Sains MARA: Smart Programme Growth
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Kobanter Baru Bandung: Koperasi Pilihan Anda
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…
-
KOBEMAS Melaka: Pilihan Bijak Penginapan Anda
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) Kobemas ataupun nama penuhnya Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad mempunyai sebuah hotel koperasi yang sangat popular di Melaka iaitu…
-
Koperasi Jayadiri: Smart Personal & Study Loans
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) Discover smarter financial solutions with Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) — Malaysia’s leading cooperative for higher education loan schemes. Whether…
-
Komaju Kelantan: Permohonan Keanggotaan Mudah
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju) Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.…
-
COOPALTAQWA Langkawi: Koperasi Dipercayai
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariat Islam. Kami…
-
Koperasi KUISB: Solusi Produk & Bekalan Bijak
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan…
