Koperasi USM: Sertai & Nikmati Manfaat

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (CoopUSMA)

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (CoopUSMA) menyediakan perkhidmatan kewangan dan keusahawanan kepada ahli komuniti USM Kelantan. Sertai kami untuk manfaat simpanan, pembiayaan, dan pembangunan ekonomi bersama.

Pengenalan

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) ditubuhkan pada 12 Jun 2000 (No. pendaftaran D-3-0261). Mesyuarat agung permulaan telah dilaksanakan pada 16 Nov 2000 iaitu merupakan Mesyuarat Agung Pertama adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh koperasi ditubuhkan. Pada awal penubuhan COOPUSMA di daftar dengan nama Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan dipinda nama kepada Koperasi Warga USM Kelantan Berhad pada tahun 2002.

Kemudian telah ditukarkan kepada “Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KWUSMKB)” semasa mesyuarat agung ke 2 tahun 2002. No. pendaftaran dengan Jabatan Pembangunan Koperasi ialah D-3-0261, No. Keahlian ANGKASA 2754/KN219. Kini ia dijenamakan semula sebagai COOPUSMA.

Pada tahun 2000 hingga 2016, fungsi utama koperasi adalah memberi KEMUDAHAN KREDIT dan telah dipinda kepada fungsi PERKHIDMATAN dalam Mesyuarat Agung Khas pada 29 November 2016. Keanggotaan terbuka kepada semua staf Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan sahaja. Bilangan anggota seramai 3086 orang anggota sehingga 2019.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada staf USM yang mempunyai semangat koperasi yang tinggi dan lebih mementingkan kebajikan daripada keuntungan serta berdedikasi dan sangat berpengalaman dalam mentadbir urus. Koperasi Warga USM Kelantan Berhad terus bergerak maju untuk menjadikan COOPUSMA sebagai koperasi yang paling berdaya saing di Malaysia dalam usaha untuk memenuhi kehendak anggota dan para pelanggan Koperasi.

COOPUSMA terdiri daripada 170 orang staf yang di pimpin oleh seorang pegawai eksekutif yang berkaliber.

CoopUSMA Koperasi Warga USM Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan secara keseluruhannya menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

Produk & Perkhidmatan

Coop Mart

Unit Rakan Bayi (URB)

Mula beroperasi pada Mac 2003 di Unit Rakan Bayi HUSM. Staf seramai 6 orang pengasuh yang bekerja dari jam 8.00 pagi – 5.00ptg. Anak-anak asuhan berumur 2 minggu hingga 2 tahun. – ext: 09-7673804

Kompleks ECCE (Taska, Tadika & Transit-KAFA)

Hubungi Ext: 09-7673805 untuk sebarang pertanyaan.

Kays Exclusive Motel

Kays Motel terletak berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Cawangan Kelantan, dibangunan belakang Syarikat Muda Osman (SMO). Tamu hanya perlu berjalan kaki (selama kurang dari 5 minit) ke hospital USM dan memasuki kawasan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan , Asrama Pelajar dan Kompleks Sukan USM

Kemudahan Kays Exclusive Motel

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan berikut:

Kadar sewaan bilik bergantung pada saiz bilik dan bermula dari RM60 satu malam (bilik bujang) sehingga RM165 satu malam (bilik keluarga yang boleh memuatkan 3 dewasa. Anak-anak kecil juga boleh ditempatkan dengan tilam tambahan. Terdapat 10 bilik-bilik lain yang berlainan saiz dan kadar sewaan.

Motel dilengkapi “Security Access Card ” yang berasingan bagi setiap tamu. Motel terletak disekitar kawasan membeli belah Bandar Baru Kubang Kerian seperti Pasar Raya Besar Mydin, Nirwana Maju, rangkaian bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, RHB, BSN serta restoran -restoran Platinum seperti Pizza Hut, Dominos, dan USM Cafe. Penginapan jangka sederhana dan jangka panjang boleh diuruskan dengan tawaran kadar istimewa

Contact Kays Exclusive Motel

Hubungi Pengurus : PUAN ASNIZA MOHD RAZALI (013 522 6817 atau 09 764 9127 dari 830 pagi hingga 4 petang). Emailkan pertanyaan anda kepada: kaysmotel@gmail.com

Pinjaman Peribadi Popular

Coopusma 6%

Syarat-syarat pembiayaan peribadi coopusma seperti berikut:

  1. Maksima pinjaman ialah RM 100 ribu.
  2. Untuk pinjaman sehingga 5 tahun – 4% setahun.
  3. Lebih 5 tahun sehingga 10 tahun – 6% setahun.

Hubungi Kami

Koperasi Warga USM (CoopUSMA)

More posts

error: Content is protected !!