KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad adalah sebuah koperasi terbaik yang mempunyai perniagaan stesen minyak Shell, sewaan papan iklan dan juga pelaburan risiko rendah. Dapatkan maklumat mengenai koperasi ini dan koperasi lain di Malaysia. Berdaftar menjadi anggota sekarang!

Harap maaf. Laman web ini tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pinjaman peribadi untuk Koprojaya. Kami hanya menyediakan maklumat asas koperasi untuk tuan/puan sebagai tanda kami menyokong semua koperasi di Malaysia. Laman web ini adalah bagi memudahkan sebarang urusan tuan/ puan dengan Koprojaya.

Sekian harap maklum.

KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Profesional Putrajaya Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KOPROJAYA
  • Bank Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

About Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

NILAI KAMI BERSAMA

LOYALTY Setia Koperasi Profesional Putrajaya Berhad are genuinely loyal to the country and cooperative
INTEGRITY Integriti We are honest in conducting our affairs, reflected in good governance of the cooperative and respect towards each other
COMPETENCY Kompetensi At all times, we strive to attain and maintain excellence both individually and collectively.

KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD merupakan satu jenama baharu untuk kerjasama profesional muda di dalam perkhidmatan awam yang mendukung aspirasi untuk meningkatkan keupayaan rantaian ekonomi negara melalui gerakan koperasi. KOPROJAYA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 21 Jun 2013 dengan nombor pendaftaran B-4-1203.

KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad telah diiktiraf sebagai patuh syariah oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA pada 1 Mac 2017 dan juga telah dianugerahkan Sijil ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) (CERT. NO. : QMS 03156).

OBJEKTIF

Meningkatkan tahap profesionalisme penjawat awam yang menjadi ahli KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad melalui penganjuran acara berskala besar, sesi perkongsian ilmu teatime, peluang mengikuti pelbagai kursus di Maktab Kerjasama Malaysia & ANGKASA secara percuma, akses kepada pembiayaan pendidikan yang disediakan Yayasan Bank Rakyat serta Yayasan ANGKASA dan power networking melalui program Teh Tarik bersama ALK;

Menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi ahli melalui insurans takaful berkelompok percuma, Kad Diskaun, Baucer Buku (BERBUKA), Tabung Amal (TAMAR) yang meliputi bantuan kematian/rawatan pembedahan/kerugian bencana & insentif perkahwinan/kelahiran/ kecemerlangan; dan
Memberi pulangan dividen yang tinggi dengan sasaran sebanyak 10 peratus (selepas zakat) setiap tahun.

VISI Menyertai Indeks 100 Koperasi Terbaik Menjelang 2020

MISI Menggerakkan model kerjasama yang menyatukan idea, tenaga dan sumber penjawat awam muda demi kepentingan bersama

MOTTO Wadah Kerjasama Penjawat Awam Muda

DASAR KUALITI

KOPROJAYA komited bagi memastikan urusan pendaftaran dilaksanakan dengan lancar dan akan senantiasa meninjau mana-mana peluang penambah-baikan dalam melaksanakan proses-proses berikut supaya para penjawat awam yang membuat permohonan keahlian berpuas hati dengan urusan tersebut:

  • permohonan keahlian;
  • pemberitahuan tentang keputusan penerimaan keahlian; dan
  • makluman kesediaan kad ahli bagi mereka yang diterima sebagai ahli.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Sistem aplikasi keahlian boleh dicapai sekurang-kurangnya 90% sepanjang tahun.
  2. Keputusan permohonan keahlian dibuat dalam masa 40 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  3. Pemakluman keahlian dibuat dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja selepas keputusan melalui mesyuarat ALK.
  4. Bayaran pemulangan yuran dibuat dalam masa 1 hingga 4 hari bekerja selepas keputusan melalui mesyuarat ALK dan maklumat lengkap diperolehi bagi mereka yang tidak berjaya menjadi ahli.
  5. Makluman pengambilan kad ahli dalam masa 3 hari bekerja selepas kad siap dicetak.
  6. Sasaran indeks kepuasan pelanggan sehingga 90%.

Aktiviti Perniagaan dan Perkhidmatan KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

Sehingga kini, Koprojaya telah memiliki sebidang tanah di Presint 18 Putrajaya yang sedang dijalankan perniagaan stesen minyak Shell. Kami turut menjalankan perniagaan sewaan papan iklan elektronik di Kuala Lumpur dan terlibat dalam memberikan perkhidmatan pengurusan acara. Selain itu, kami turut melabur dalam saham Bank Rakyat dan simpanan tetap yang memberikan pulangan yang kompetetif dengan risiko yang minima.

https://koprojaya.com.my

Contact KOPROJAYA Koperasi Profesional Putrajaya Berhad

error: Content is protected !!