Koperasi Tentera KT (KATMB)
Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang. Dapatkan maklumat pinjaman, tatacara, nombor telefon koperasi, dan maklumat lain hanya di halaman kami!
Berita baik kepada anggota tentera kita dengan pengumuman terbaik kenaikan gaji skim SSPA. Kini, koperasi ada menyediakan pakej pembiayaan terbaik kepada anda.
Pengenalan
Selamat datang ke Koperasi Tentera (KT) atau KATMB! Kami adalah koperasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai kemudahan kewangan khusus untuk anggota tentera dan penjawat awam di bawah Kementerian Pertahanan.
Sejarah
Ditubuhkan pada tahun 1960, Koperasi Tentera (KT) telah berkembang pesat dari sebuah koperasi kecil untuk penjimatan dan pinjaman anggota tentera, menjadi salah satu koperasi kredit terbesar di Malaysia. Sehingga kini, kami berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 154,933 anggota, termasuk anggota ATM dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan.
Kami juga berusaha untuk menjadi Bank Koperasi Sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (CCM), bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan yang lebih luas melalui produk dan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip Islam dan patuh Syariah.
Keahlian
Koperasi Tentera terbuka kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan penjawat awam di Kementerian Pertahanan, termasuk pesara. Menjadi ahli Koperasi Tentera membolehkan anda menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk:
- Skim pembiayaan yang menarik.
- Pakej insurans yang eksklusif.
- Pajak gadai serta bantuan kebajikan.
Pinjaman Peribadi Popular
Kami menawarkan pelbagai pakej pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan anggota ATM dan penjawat awam. Anda boleh memilih sama ada pinjaman dengan atau tanpa penjamin, bergantung pada situasi anda.
Dengan Penjamin
- Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM200,000
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
- Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan: Hanya 5 hari bekerja
Kelayakan
- Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar pemohon atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.
- Pemohon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM10 (RM20 untuk penyertaan semula), modal saham minimum RM100, dan yuran 6 bulan sebanyak RM180.
Syarat Penjamin
- Pembiayaan sehingga RM15,000: Seorang penjamin diperlukan.
- Pembiayaan lebih dari RM15,001: Dua penjamin diperlukan.
- Penjamin mesti ahli koperasi dan masih aktif bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Yuran Bulanan
- Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
- Pembiayaan RM15,001 hingga RM200,000: RM40 sebulan
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan baharu: RM10
- Pembiayaan bertindih: RM50
- Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
- Duti setem: RM5 setiap RM1,000
Tanpa Penjamin
- Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM100,000
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan
- Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan: 5 hari bekerja
Kelayakan
- Terbuka kepada anggota ATM atau penjawat awam di Kementerian Pertahanan yang memegang jawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
- Pemohon mestilah memegang keahlian koperasi selama lima tahun atau berpangkat Lans Koperal dan ke atas.
- Jumlah pinjaman tidak melebihi 20 kali ganda pendapatan kasar atau 60% daripada jumlah potongan yang dibenarkan.
Yuran Bulanan
- Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
- Pembiayaan RM15,001 hingga RM100,000: RM40 sebulan
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan baharu: RM10
- Pembiayaan bertindih: RM50
- Cek CTOS/CCRIS: RM5 / RM7
- Duti setem: RM5 setiap RM1,000
Pembiayaan Yuran
Selain pinjaman peribadi, kami juga menawarkan pembiayaan berdasarkan yuran terkumpul yang dibayar oleh ahli koperasi. Ini adalah pilihan yang baik untuk mereka yang telah membayar yuran secara berterusan.
- Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 hingga RM100,000 atau 90% daripada jumlah yuran terkumpul (mana yang lebih rendah).
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga 120 bulan.
- Kadar Keuntungan: 5.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan: 3 hari bekerja
Yuran Bulanan
- Pembiayaan sehingga RM15,000: RM30 sebulan
- Pembiayaan RM15,001 ke atas: RM40 sebulan
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan baharu: RM10
- Pembiayaan bertindih: RM50
- Duti setem: RM5 setiap RM1,000
Pinjaman Ekspres 1
Spesifikasi
- Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 sehingga maksimum RM20,000
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 96 bulan
- Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja
Kelayakan
- Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.
Syarat Pembayaran Balik
- Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan Baharu: RM10
- Pembiayaan Bertindih: RM20
- Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.
Pinjaman Ekspres 2
Spesifikasi
- Jumlah Pembiayaan: Dari RM500 sehingga maksimum RM10,000
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 60 bulan
- Kadar Keuntungan: 3.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja
Kelayakan
- Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.
Syarat Pembayaran Balik
- Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan Baharu: RM10
- Pembiayaan Bertindih: RM20
- Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.
Pinjaman Ekspres 3
Spesifikasi
- Jumlah Pembiayaan: Dari RM600 sehingga maksimum RM6,000
- Tempoh Pembiayaan: Dari 6 bulan hingga maksimum 48 bulan
- Kadar Keuntungan: 4.25% setahun
- Tempoh Pemprosesan: 1 hari bekerja
Kelayakan
- Tempoh perkhidmatan pemohon mestilah melebihi tempoh pembayaran balik pinjaman.
Syarat Pembayaran Balik
- Pembayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (menggunakan konsep Al Kafalah).
Caj Perkhidmatan
- Pembiayaan Baharu: RM10
- Pembiayaan Bertindih: RM20
- Duti Setem: RM5 bagi setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya.
Hubungi Koperasi Tentera KT (KATMB)
Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Peribadi Ekspres dan pilihan pembiayaan yang tersedia, hubungi Koperasi Tentera KT (KATMB) menggunakan maklumat berikut:
Alamat:
Koperasi Tentera KT (KATMB)
1, Jalan 2/65c, Pekeliling
50786 Kuala Lumpur
Telefon:
1-300-8000-58

*Source: katmb.com.my official website
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB): Lubuk Pembiayaan Hebat
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974…
-
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI): Kuasakan Pinjaman Peribadi Anda
Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) terus melangkah ke hadapan dengan tawaran pembiayaan Islamik dan pinjaman peribadi yang fleksibel…
-
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (KOBANAS): Dapatkan Sekarang!
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) adalah koperasi terbaik yang menawarkan banyak perkhidmatan pembiayaan kepada anggotanya. Dapatkan…
-
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia (KOPEN): Pelbagai Pembiayaan Terbaik
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) menawarkan pelbagai pembiayaan kepada anggota koperasi seperti pinjaman peribadi bai al-inah, pembiayaan pengguna…
-
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS): Pembiayaan Terbaik
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi koperasi terbaik dan lain-lain produk. Sila dapatkan cara memohon disini. Pengenalan…
-
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI menjalankan promosi pinjaman peribadi dan perkhidmatan koperasi lain. Dapatkan ianya sekarang!…