Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UitmKoop) menyediakan pinjaman peribadi dengan pembiayaan 25 bulan gaji pokok atau RM150,000. Interest rendah. Dapatkan maklumat pembiayaan anda disini.
Mengenai
Sejarah Penubuhan
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad – KKUiTM Koop telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425.
Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.
Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.
Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi KKUiTMB semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Keanggotaan KKUiTMB terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17 orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.
KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.
Matlamat
Koperasi Kakitangan UiTM Berhad ini ditubuhkan untuk meningkat kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Disamping itu,koperasi juga ditubuhkan bagi membantu kakitangan UiTM yang menganggotai koperasi. Oleh itu, koperasi telah menyediakan satu rangkaian aktiviti yang membolehkan setiap anggotanya menikmati kemudahan serta perkhidmatan dalam bentuk kebajikan atau tanggungan mudah.
Fungsi
Fungsi utama koperasi ini adalah untuk menjalankan aktiviti :-
- Kredit
- Pengguna
- Perkhidmatan
Prinsip
Prinsip keanggotaan adalah : –
- Keanggotaan sukarela dan terbuka
- Kawalan demokratik oleh anggota
- Penglibatan ekonomi oleh anggota
- Autonomi dan kebebasan
- Pendidikan, latihan dan maklumat
- Kerjasama antara koperasi
- Mengambil berat terhadap masyarakat
Faaedah
Faedah yang di perolehi oleh ahli adalah :-
- Mewujudkan tabungan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
- Menyimpan sebahagian dari pendapatan dan memberi pinjaman bagi maksud yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan kepada anggota.
- Menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan / termasuk fungsi pengguna.
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendiri, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih.
- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta.
- Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat-syarikat swasta dan menjadi anggota Koperasi lain.
- Menjalankan aktiviti insuran kepada anggota dan bukan anggota.
Keanggotaan
Keanggotaan Ahli
Terbuka kepada kakitangan UiTM bergaji tetap dan kakitangan koperasi termasuk kakitangan di dalam subsidiarinya
Syarat Menjadi Ahli
Mestilah warganegara Malaysia, bermastautin dalam kawasan operasi koperasi, tiada sabitan kesalahan serta upaya daripada segi mental.
Permohonan dan Bayaran
Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 10.00 dan bekas anggota yang memohon menjadi ahli semula dikenakan bayaran RM 50.00.
Pembiayaan Popular
Pembiayaan Tunai Berjamin
Pembiayaan tunai berjamin ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.
Kelayakan
Bagi pembiayaan tunai berjamin, kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.
Pembiayaan Pengguna (Barangan)
Pembiayaan ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.
Kelayakan
Kelayakan adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.
Pembiayaan Tunai 90% Caruman
Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin tetapi jaminan adalah di atas caruman anggota yang meminjam. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi.
Kelayakan
- 90% daripada jumlah caruman terkumpul.
- Kadar faedah 4% dan 5%
- Pengiraan Kelayakan = Jumlah Caruman x 90% = Kelayakan
Pinjaman IPT
Pinjaman IPT ni disediakan untuk anggota atau tanggungan yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi
Kelayakan
- Kelayakan memohon adalah sehingga RM2,500.00.
- Setiap anggota layak memohon sekali bagi seorang anak sahaja.
- Kadar faedah 4% setahun.
Pinjaman Kecemasan
Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.
Perkhidmatan Lain
Kebajikan dan Sosial
Terdapat beberapa sumbangan dan perkhidmatan yang diwujudkan kepada anggotanya dengan tujuan hanyalah membantu mereka.
Perkhidmatan Takaful Kenderaan
Koperasi kakitangan UiTM Berhad menyediakan perkhidmatan takaful kenderaan kepada anggota dan juga bukan anggota koperasi
Ar-Rahnu
Pihak Koperasi Kakitangan UiTM Berhad juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu dan terbuka kepada semua anggota dan bukan anggota.
Hubungi Koperasi Kakitangan UiTM
Lokasi Pejabat
14, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Nombor Telefon dan Faks
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui nombor telefon berikut:
- +603 5519 5912
- +603 5510 4512
- +603 5512 0689
Sekiranya anda perlu menghantar sebarang dokumen, sila gunakan faks kami di:
- +603 5513 0540
E-mel
Anda boleh menghantar sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut kepada kami melalui e-mel di:
- info@uitmkoop.com.my

*Source: uitmkoop.my official website
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB): Lubuk Pembiayaan Hebat
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974…
-
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI): Kuasakan Pinjaman Peribadi Anda
Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) terus melangkah ke hadapan dengan tawaran pembiayaan Islamik dan pinjaman peribadi yang fleksibel…
-
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (KOBANAS): Dapatkan Sekarang!
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) adalah koperasi terbaik yang menawarkan banyak perkhidmatan pembiayaan kepada anggotanya. Dapatkan…
-
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia (KOPEN): Pelbagai Pembiayaan Terbaik
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) menawarkan pelbagai pembiayaan kepada anggota koperasi seperti pinjaman peribadi bai al-inah, pembiayaan pengguna…
-
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS): Pembiayaan Terbaik
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi koperasi terbaik dan lain-lain produk. Sila dapatkan cara memohon disini. Pengenalan…
-
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI menjalankan promosi pinjaman peribadi dan perkhidmatan koperasi lain. Dapatkan ianya sekarang!…