Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB)
Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dikenali sebagai koperasi terbaik di Malaysia, menawarkan pelbagai produk kewangan dan pinjaman peribadi daripada koperasi dan bank terkemuka. Dapatkan maklumat lengkap sekarang dan mulakan permohonan anda hari ini untuk menikmati manfaat eksklusif sebagai anggota KTHB!

Pengenalan
KTHB atau lebih dikenali sebagai KOPERASI TABUNG HAJI BERHAD ditubuhkan pada 23 Disember 2000 yang dianggotai oleh kakitangan di Lembaga Tabung Haji, anak Syarikat Tabung Haji dan Syarikat bersekutu Tabung Haji.
KTHB sebuah koperasi serbaguna (multipurpose) dan telah mengorak langkah ke arah yang lebih dinamik sehingga ke hari ini.
Objektif utama adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota LTH. Selepas 17 tahun penubuhannya telah mencapai jumlah keanggotaan seramai lebih 1400 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM7,409,045.60 .
KTHB juga telah mencatatkan pegangan aset terkumpul sebanyak RM43,386,093 sejak ia mula ditubuhkan.
Prestasi kewangan juga telah mencatatkan perkembangan yang membanggakan apabila terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada anggotanya.
Dalam tempoh 10 tahun (2008-2017), telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM2,474,154 dan RM1,725,208 juta telah dipulangkan kepada anggota dalam bentuk bayaran dividen tunai pada kadar purata 10% setahun.
Koperasi terus berkembang pesat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggotanya dengan membuat pelaburan hartanah di seluruh Malaysia.
Keahlian
Selepas 17 tahun penubuhannya telah mencapai jumlah keanggotaan seramai lebih 1400 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM7,409,045.60. Koperasi Tabung Haji Berhad juga telah mencatatkan pegangan aset terkumpul sebanyak RM43,386,093 sejak ia mula ditubuhkan.
Perkhidmatan
Pembiayaan Peribadi
KTHB menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anggotanya seperti pembiayaan berlandaskan syariah – peribadi dan Insurans – Skim Takaful Berkelompok .
Pelaburan
Beberapa aktiviti pelaburan yang strategik bagi menjana keuntungan dan pengekalan modal dengan mengambil kira keseimbangan tahap risiko dan pulangan yang sepadan. Pelaburan strategik terbesar KTHB adalah di dalam Pelaburan Hartanah, tender, jualan keperluan dan kelengkapan Haji.
Dari segi pengiktirafan pula telah dianugerahkan Sijil Penarafan Bintang iaitu tiga bintang daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2015. Hala tuju KTHB seterusnya adalah untuk menjadi sebuah Koperasi lebih maju.
Dalam usaha untuk merealisasikan usaha ini telah merangka pelbagai pelan pembangunan baharu di bawah Projek Transformasi KTHB yang bertujuan untuk mencapai dan merealisasikan visi ini dalam jangka masa terdekat.
Penyewaan
Haqqi: 603-5523 4306
info@haqqi.com.my
*Sumber: koperaslth.com.my
#koperasi #KTHB
Hubungi KTHB
- Tel: 03-2161 9637
- koperasith@lth.gov.my
- Fax: 03-2164 4135
- Koperasi Tabung Haji Berhad
Lantai 15, Bangunan Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…
-
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS): Penginapan Mampu Milik
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) Kobemas ataupun nama penuhnya Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad mempunyai sebuah hotel koperasi yang sangat popular di Melaka iaitu…
-
Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI): Affordable Personal & Education Loans
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) Discover smarter financial solutions with Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) — Malaysia’s leading cooperative for higher education loan schemes. Whether…
-
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju): Permohonan Keanggotaan & Fi Masuk
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju) Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.…
-
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi (COOPALTAQWA KATKLB)
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariat Islam. Kami…
-
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan…