Koperasi Kopusamaju

Dapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah tetap dan proses pantas melalui kerjasama eksklusif bersama Alliance Bank. Sesuai untuk kakitangan kerajaan dan swasta yang inginkan kelulusan mudah dan pembayaran fleksibel. Koperasi Kopusamaju adalah pilihan terbaik anda untuk pembiayaan yang dipercayai. Klik untuk mohon sekarang dan mulakan perjalanan kewangan anda!

Pengenalan

Sejarah Penubuhan

Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad – Koperasi Pusamaju ini telah ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan yang dikuatkuasa mulai 16 September 1993. Koperasi ini telah pun didaftarkan dengan mengikut kehendak Seksyen 7(1) sebagai satu koperasi asas dengan liabiliti terhad dan Undang-undang Kecil Koperasi yang diluluskan oleh mesyuarat agung permulaan dan telah didaftarkan bertarikh 4 Julai 2002

Merujuk undang-undang kecil seksyen 5 dan memenuhi kehendak asas koperasi 1993 perenggan 26(c) kawasan operasi ini ialah daerah Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudi, Kudat, Keningau, Tenom, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Daerah Kecil Putatan, Tamparuli, Membakut dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Walaubagaimanapun, pada 29 september 2008, kawasan operasi Koperasi Pusamaju sudah meliputi seluruh Malaysia. Kelulusan rujukan MECD: PK(KOP)SOK/1(70).

Produk dan Perkhidmatan

Berikut adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad KOPUSAMAJU:

  • Program TUKAR & ATOM
  • Kedai Alat Ganti Kenderaan
  • Pemasaran Perumahan & Bangunan Komersil
  • Pengurusan & Penyelenggaraan Bangunan
  • Dewan Serbaguna (Mesyuarat, Latihan & Seminar)
  • Pelaburan Hartanah / Saham: Koperasi juga melabur dalam Bursa Saham, mempunyai 110,000-unit saham Bumi Armada Bhd.
  • Pengedaran Barang-Barang Kawalan: Tepung, Gula, Minyak

Sejarah Menjadi Agen

Anda dapati banyak fylers mengenai KOPUSAMAJU ~ Alliance Bank berlegar-legal di lobi masuk pintu utama bangunan kerajaan dan ada juga yang diletakkan di bakul atau raga motosikal, di depan cermin kereta ataupun di tempat handle pintu pemandu. Ramai sekali agen atau wakil jualan koperasi yang begitu giat mempromosikan pembiayaan peribadi dari Alliance Bank~ Kopusamaju ini. Hampir disetiap pelusuk negara flyer ini ditaburkan. Terdapat juga agen atau wakil jualan koperasi yang betul-betul berani dengan mengedar flyers pinjaman di hadapan masjid-masjid sesudah solat Jumaat. Ini dapat dilihat contohnya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur dan di Masjid Putrajaya.

Dengan berbekalkan interest yang sangat menarik iaitu hanya 3.99% FLAT RATE selama 20 tahun, mana tidaknya begitu banyak permohonan diterima sampai bahagian memproses borang tidak cukup tangan untuk mengendalikan proses semakan dan kelulusan. Kadang-kala proses permohonan yang sepatutnya sekitar 2 minggu telah menjadi 4-6 minggu disebabkan kesesakan borang permohonan di bahagian semakan.

Boleh dikatakan gabungan antara koperasi dan bank ini menampakkan kejayaan yang luar biasa sama seperti kejayaan sebelum ini yang pernah dikecapi oleh Koperasi KPUNB dengan usahasama Al-Rajhi Bank. Tidak ketinggalan juga pusat kewangan seperti Coshare dan Ikhtiar Destinasi (dikenali dengan idsb /i-destinasi) bekerjasama dengan Kuwait Finance House Bank.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa KOPUSAMAJU telah lama beroperasi sejak dari tahun 2002. Ibupejabat di Sabah dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat di Kuching, Sarawak. Sangat popular suatu masa dahulu kerana flyers sangat banyak di kenderaan penjawat awam dan di letter box kuarters kerajaan. Anda juga dapat melihat hampir saban hari flyer diletakkan di kenderaan parkir di Klinik Tanglin Kuala Lumpur.

Seperkara lagi yang menarik perhatian ramai warga kerajaan untuk memohon adalah pamplet Pusamaju yang berwarna. Kebiasaannya flyer yang berunsurkan pinjaman peribadi tidak berwarna iaitu hitam putih. Tetapi fylers bagi koperasi ini menggunakan kertas tebal dan cetakan berwarna menunjukkan perniagaan agen koperasi sedang berkembang pesat. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.

Pinjaman Peribadi Popular

Pusamaju 3.40%-4.99%

Kriteria bagi pembiayaan kewangan ini adalah seperti berikut:-

  • Kadar keuntungan 3.4% dan 4.8%.
  • Tempoh pinjaman selama 20 tahun.
  • Payout yang tinggi 94% tolak advance 3 bulan.
  • Proses dalam 3-4 minggu. Ccris/ Ctos layak memohon.
  • Bayaran ansuran bulanan melalui Biro Angkasa (potongan gaji).

Untuk pengetahuan, promosi KOPUSAMAJU ini ditutup buat sementara waktu. Sila layari laman web ini dari semasa ke semasa untuk promosi terkini dan terbaru dari kami. Koperasi ini dibuka semula pada tahun 2019 dan ditutup setelah fund sudah habis. Sila ke laman web utama untuk memohon pinjaman peribadi yang lain dengan tawaran promosi pembiayaan dan menarik. Pembiayaan ini adalah Islamic dan patuh syariah.

Hubungi Kami

Koperasi Kopusamaju

KOPUSAMAJU KOPERASI KOPUSAMAJU
Lot 2-02, Block J, Platinium Plaza
Jln Putatan, Bandar Putatan
88869 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-734 358

Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad - Koperasi Pusamaju




 

*Source: Maklumat Agen official website

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!