Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI menjalankan promosi pinjaman peribadi dan perkhidmatan koperasi lain. Dapatkan ianya sekarang!
Pengenalan
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada tahun 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92.
Keanggotaan terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.
Perkhidmatan
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu, global dan berekonomi tinggi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
Skim Perlindungan Insurans Berkelompak
Setiap ahli yang mencarum secara tidak langsung merupakan ahli insurans Great Eastern. Great Eastern menawarkan beberapa insurans menarik yang dapat membantu ahli KOTANI.
Kiosk KOTANI
Perniagaan
Untuk memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama
Kiosk Wisma Tani Putrajaya
Penubuhan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak koperasi selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini.
Kiosk ini telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, kami turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian.
Sehingga kini, pihak koperasi masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk KOTANI.
Kedai Ar-Rahnu
Penubuhan Kedai Ar-Rahnu KOTANI merupakan salah satu gerbang kejayaan yang amat bermakna. Bersesuaian dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah.
Kini Kedai Ar-Rahnu telah berjaya memasuki tahun ke sembilan operasi dengan peningkatan bilangan pelanggan dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan perniagaan Ar-Rahnu KOTANI.
Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 telah meluluskan pegangan saham bernilai 3.5 juta untuk dimiliki oleh anggota dan kakitangan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad iaitu AKAUN SIMPANAN KHAS AL-MUDHARABAH (ASKA).
ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, Koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan mengikut jumlah pelaburan dan masih lagi dibuka kepada semua anggota tertakluk kepada syarat-syarat pelaburan.
Resort Travel & Tours
KOTANI Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) diperbadankan di Malaysia sebagai anak syarikat Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang menumpukan kepada pemasaran dan pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negara, khususnya pelancongan agro. KRTT juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No Pendaftaran Kew: KKKP 2820 (287119-K)
Pakej Pelancongan
- Ibadah dan ziarah – Umrah
- Dalam negeri – Pulau Redang, Kuching, Sabah, etc.
- Luar Negara – Phuket Thailand, Beijing China, Padang Indonesia, etc.
- Menganjurkan seminar, team building, dan kursus.
Pembekalan Barang dan Perkhidmatan
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad juga membekalkan barang-barang keperluan jabatan dan agensi mahupun swasta.
Kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan No Rujukan : 357-01011157 untuk melaksanakan aktiviti di atas.
Antara barangan ataupun perkhidmatan yang kami sediakan adalah menerima tempahan dan membekal barangan seperti:
- Barangan alatulis pejabat
- Barangan perabut untuk keperluan pejabat
- Permaidani / ambar
- Topi dan t-shirt beserta sulaman, pakaian sukan, tuala dan barang-barang berjahit
- Barangan elektrik/ mesin untuk keperluan pejabat
- Alat dan sistem cegah kebakaran
- Pakaian / alat keselamatan
- Alat perhubungan, GPS
- Kanopi beserta peralatan kanopi untuk tujuan majlis
- Beg seminar, cenderahati atau barangan premium
- Barangan minuman dan penapis air
- Diesel dan minyak pelincir
- Baja pertanian, racun perosak dan akuarium
- Bahan binaan
- Peralatan sukatan makmal dan ukuran
- Kenderaan dan jentera berat serta aksesori termasuk peralatan marin
- Kelengkapan bengkel, motor dan alatubah
- Alat hawa dingin
- Stesyen janakuasa letrik dan peralatan generator serta alat ganti
- Mechanisation system (conveyor, lift dll)
- Penyediaan pameran / pentas serta tenaga pengajar kursus
- Penyediaan taman / ladang / tempat letak kereta
- Hiasan jalan / kawasan, cuci bangunan dan kolam renang
Pembiayaan Popular
Al-Bainah
Koperasi KOTANI menawarkan pinjaman peribadi untuk membantu anggotanya mendapatkan wang tunai bagi pelbagai tujuan. Pinjaman ini, yang diberikan melalui pembiayaan Al-Bainah, menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan mengikut keperluan individu. Dengan kadar keuntungan yang berpatutan dan syarat pembayaran yang fleksibel, KOTANI menyasarkan untuk membantu anggota mereka mengatasi masalah kewangan dengan lebih mudah.
Jumlah Maksima Pembiayaan
Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh KOTANI boleh mencecah sehingga RM 50,000. Jumlah yang layak diterima oleh pemohon bergantung pada dua faktor utama:
- Gaji Pokok Pemohon – Pinjaman maksimum adalah sebanyak 16 kali gaji pokok pemohon.
- Modal Yuran Terkumpul – Jika jumlah ini lebih rendah, maka jumlah pinjaman yang layak diberikan akan ditentukan oleh jumlah modal yuran terkumpul yang dimiliki oleh anggota.
Had Pembiayaan Berdasarkan Gaji
- Gaji Pokok adalah asas dalam menentukan had pinjaman, yang mana 16 kali gaji pokok akan menjadi had maksimum pembiayaan.
Tempoh Pembiayaan
KOTANI menawarkan pelbagai pilihan tempoh bayaran balik, bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan:
- RM5,000 dan ke bawah: Tempoh bayaran balik adalah 60 bulan.
- RM5,001 hingga RM10,000: Tempoh bayaran balik adalah 72 bulan.
- RM10,001 hingga RM50,000: Tempoh bayaran balik adalah 120 bulan.
Pembayaran ansuran dimulakan sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan, dan anggota diharapkan untuk mematuhi jadual bayaran balik.
Pinjaman Bertindih (Overlap)
Definisi
Pinjaman bertindih atau overlap merujuk kepada pembiayaan tambahan yang diberikan selepas pemohon telah membuat 6 kali bayaran ansuran pinjaman pertama.
- Baki pembiayaan lama akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan.
Kadar Pengambilan
Kadar keuntungan bagi pinjaman peribadi KOTANI berbeza-beza berdasarkan tempoh pembiayaan yang dipilih. Berikut adalah kadar keuntungan yang dikenakan:
Tempoh Pembiayaan | Kadar Pengambilan Keuntungan |
---|---|
6 hingga 18 bulan | 6% setahun |
24 hingga 30 bulan | 6.25% setahun |
36 hingga 42 bulan | 6.50% setahun |
48 hingga 54 bulan | 6.75% setahun |
60 hingga 120 bulan | 7% setahun |
Kadar Keuntungan
- Tempoh pembiayaan pendek (6 hingga 18 bulan) dikenakan kadar keuntungan lebih rendah (6% setahun).
- Tempoh pembiayaan panjang (60 hingga 120 bulan) akan dikenakan kadar keuntungan lebih tinggi (7% setahun).
Al-Inah Kecemasan
Untuk menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan pembiayaan segera, Pinjaman Al-Inah Kecemasan membolehkan anggota mendapatkan bantuan kewangan dengan cepat.
Al-Inah Pendidikan
KOTANI juga menawarkan Pembiayaan Al-Inah Pendidikan untuk membantu anggota membayar yuran pengajian mereka atau keperluan pendidikan lainnya. Ini adalah pilihan yang ideal untuk keluarga yang ingin memastikan pendidikan anak-anak mereka berjalan lancar tanpa gangguan kewangan.
Pembiayaan Pelancongan
Pinjaman Pelancongan ditawarkan kepada anggota yang ingin menunaikan percutian atau perjalanan. Dengan pinjaman ini, anggota dapat menikmati pengalaman pelancongan tanpa perlu bimbang tentang kos yang tinggi.
Bantuan Khas Perayaan
Bantuan Khas Perayaan membolehkan anggota mendapatkan pinjaman bagi tujuan membiayai perbelanjaan semasa musim perayaan. Pembiayaan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan anggota semasa perayaan utama di Malaysia.
Bai’ Bithaman Ajil / Barangan
Untuk pembelian barangan atau peralatan, Bai’ Bithaman Ajil membolehkan anggota membeli barangan tertentu dengan cara ansuran. Ini memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin membuat pembelian secara berperingkat.
Insurans dan Cukai Jalan
KOTANI turut menyediakan pembiayaan untuk insurans kenderaan dan cukai jalan. Ini memastikan bahawa anggota dapat memenuhi kewajipan kewangan mereka untuk kenderaan tanpa rasa terbeban.
#koperasi #pinjamanperibadi #KoperasiServices #KOTANI

Hubungi KOTANI
- Tel: 03-90564730 / 03-90564731
- pengurus@kotani.com.my
- Fax: 03-90564729
- No. 33-1, Wisma KOTANI
Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…
-
delete
Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…
-
delete
Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…
-
delete
Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam! Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…
-
delete
Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…