Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB adalah merupakan salah satu organisasi kewangan yang mengajak umat Islam bermu’amalah berlandaskan syari’ah. Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi Muslimin akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KMMB
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB
  • Produk/Perkhidmatan Koperasi Muslimin

    Terdapat tiga (3) produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi Muslimin kepada anggota koperasi meliputi:-

      1. Bai Bithaman Aajil
      2. Al Abrar
      3. Skim Al-Qardhul Hasan

Jenis Pembiayaan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.

Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB.

Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

Visi

Untuk menjadi koperasi Islam terunggul yang mendapat keredhaan ALLAH S.W.T
Misi

Menjalankan muamalah Islamiah secara berkoperasi dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan sebagai ibadah.

Matlamat

Penglibatan secara bersama dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan dengan tujuan melaksanakan syariat dan mengharap keredhaan Allah S.W.T

Objektif

Melaksanakan amanah dengan memenuhi objektif pemegang kepentingan (Stakeholders)

Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB meliputi pinjaman Rumah/Tanah iaitu pembiayaan, membeli tanah, membeli rumah dan membina rumah atau mengubahsuai rumah. Nilai pembiayaan sehingga RM300,000 (kaveat / PA).

Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi yang kedua meliputi pembiayaan kenderaan iaitu pembiayaan, membeli kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai dan amaun pinjaman yang dibenarkan adalah Pembiayaan sehingga RM100,000.

Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang ketiga meliputi pembiayaan Peralatan. Pinjaman peralatan yang dibenarkan adalah pembiayaan, membeli perabot, membeli barangan elektrik / komputer, membaiki / alat ganti kenderaan dan membaiki / alat ganti rumah.

Selain itu pembiayaan peralatan yang disediakan adalah seperti membeli peralatan persekolahan, membeli peralatan perniagaan, membeli barangan perniagaan dan amaun Pembiayaan sehingga RM25,000.

Pembiayaan Perkahwinan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi bagi tujuan pembiayaan Pakej Perkahwinan adalah seperti perunding perkahwinan, tempahan kad jemputan, katering, khemah / Kanopi, Dewan / Hotel, jurugambar profesional dan sewaan P.A sistem. Perkara lain yang dibolehkan adalah mestilah perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan syara’.

Pembiayaan sehingga RM30,000

Pembiayaan Umrah Ziarah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB adalah pakej Umrah, pakej Pelancongan, pakej Seminar / Mesyuarat dan pakej Hotel

Skim Al-Qardhul Hasan

Pinjaman Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB sehingga RM5000 dengan tujuan pendidikan & perubatan tanpa caj keuntungan.

Kelayakan bergantung kepada gaji & tempoh persaraan

Skim Bantuan dan Produk Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

Terdapat banyak skim bantuan dan juga produk koperasi sediakan khusus untuk anggota-anggotanya. Ini dapat diterangkan seperti dibawah:

Al Abrar Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang

Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang

Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB pula meliputi kategori seperti Hafiz Al-Quran – 30 Juzu’ RM2,000, PhD – Anggota sahaja RM2000, Ijazah Sarjana – Anggota sahaja RM1,500, Ijazah Kepujian Kelas Pertama RM1000 dan Diploma / Matrikulasi RM300

Untuk kecemerlangan di peringat sekolah adalah STPM (4A) / STAM (Mumtaz) RM300, SPM (9A+ / A) / SMU (Mumtaz) RM200, PMR (8A / 9A) & PMRU RM100 dan UPSR (5A)) RM50.

Pemohon mesti menyertakan lampiran seperti Sijil / Ijazah & Transkrip yang berkaitan (Salinan disahkan), salinan kad pengenalan pemohon & anak dan salinan sijil nikah (Suami / Isteri)

Skim Bantuan Khairat Kematian

Kategori

Skim bantuan Khairat Kemation terdiri dari3 kategori. Bagi anggota koperasi, anggota akan mendapat sumbangan sehingga RM5,000. Bagi suami / isteri akan mendapat sumbangan RM500 dan anak (Lelaki <= 18 / Perempuan belum berkahwin (RM300).

Bagi ibu / bapa anggota akan mendapat RM200.

Anggota atau pemohon perlu menyediakan lampiran bersama-sama ketika membuat permohonan iaitu sijil kematian / permit perkuburan, salinan sijil kelahiran pemohon (jika ibu yang meninggal) dan salinan sijil nikah (suami / isteri). Selain itu, anggota perlu menyertakan salinan kad pengenalan penerima sumbangan

Skim Bantuan Musibah

Kategori

  • Kemalangan yang kritikal
  • Bencana Alam
  • Kebakaran
  • Penyakit Kronik

Kelulusan & Kadar

Berdasarkan tahap kerugian yang ditanggung

https://koperasimuslimin.com.my

Contact Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB

error: Content is protected !!