Koperasi Iman Fidlot Ladang Ternakan Koiman Farm
Koperasi Iman KOIMAN Summary
- Bank Koperasi Name: Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad
- Abbreviation / Code Name: Koiman
- Bank Koperasi Promotion Name: Product and Services
Perkhidmatan Sembelihan dan Penghantaran Koperasi Iman KOIMAN
i-Man Farm Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad Koiman mempunyai rumah sembelihan diladang. Ini bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dan kambing.
Pekerja-pekerja yang menyembelih ternakan lembu dan kambing juga telah diiktiraf dan telah menyertai Kursus Penyembelihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Sekiranya terdapat pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dalam kuantiti yang banyak, i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN akan menggunakan Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan. Ini kerana, Rumah Sembelihan di i-Man Farm tidak dapat memenuhi keperluan sembelihan yang banyak.
i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke kawasan lembah klang sahaja dan Melaka, Negeri Sembilan dan johor bergantung kepada jumlah pesanan dengan jumlah minima pembelian lembu sebanyak 5 ekor I-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN juga mengalu–alukan kehadiran individu perseorangan dan berkumpulan untuk membuat lawatan di ladang I-Man Farm.
Antara kunjungan yang pernah dilawati di ladang I-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN ialah sekumpulan pelajar dari Universiti Putra Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia dan Agensi kerajaan.
Serunding iMan Farm Koperasi Iman KOIMAN
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad KOPERASI IMAN KOIMAN menjadi pengeluar produk serunding atau ‘Floss’ yang dikeluarkan di bawah jenama i-Man Farm.
Produk Serunding Koperasi Iman KOIMAN ini disahkan halal oleh JAKIM dan mendapat sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdapat 4 jenis produk serunding i-man FARM® seperti berikut;
- Serunding Ayam
- Serunding Daging
- Serunding Tuna
- Serunding Ketam
Terdapat 2 jenis pembungkusan bagi produk ini iaitu 80gram dan pembungkusan industrial (1kg, 12kg dan 30kg). Pembungkusan 80gram amat sesuai untuk dijadikan hamper atau hadiah dan jualan secara runcit.
Manakala pembungkusan industri turut disediakan bagi belian secara pukal oleh pihak kedai roti, hotel atau kafeteria bagi penyediaan masakan.
KEISTIMEWAAN PRODUK SERUNDING I-MAN FARM Koperasi Iman KOIMAN
Bahan Mentah
- Daging Lembu- hanya menggunakan bahagian topside dan knuckle. Mempunyai logo veterinar (VHM) dan diimport dari Australia.
- Daging ayam- tanpa tulang, lemak dan kulit dan mempunyai logo veterinar (VHM). Menggunakan bahagian dada sahaja dari jenis ayam penelur.
- lkan tuna- menggunakan ikan yang mempunyai berat lebih dari 15kg kerana isi yang lebih padat dan pejal. Diambil secara segar dari Sabah.
- Ketam- menggunakan isi ketam yang segar diambil dari Sabah.
- Tekstur: Halus, kering gebu dan tidak berminyak sesuai untuk topping bun, roti, pizza, sushi dan sup.
Jangka Masa
- Serunding ayam & daging- 1 tahun 6 bulan dari tarikh dikilang.
- Serunding tuna & ketam- 2 tahun dari tarikh dikilangkan.
Kegunaan
- Menjadi makanan tambahan atau pelengkap sesuatu hidangan seperti bubur, soto, nasi/nasi goreng dan sup.
- Bersifat makanan tersedia ‘ready to eat’ boleh dibawa ke mana sahaja (untuk tujuan riadah, perkhemahan dan snek ringan).
Sekiranya berminat untuk menjadi sub-pengedar atau ingin membeli boleh berhubung Koperasi Iman KOIMAN di talian 03-6187 3386 atau Whatsapp 019-2898 936
Sekiranya berminat untuk menjadi sub-pengedar atau ingin membeli boleh berhubung dengan Whatsapp O19-289 8936.
Ladang Ternakan Iman Farm Koperasi Iman KOIMAN
Pusat Ternakan i-Man Farm Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad Koiman kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010.
Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 350 ekor lembu pada satu-satu masa.
Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman KOIMAN yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada. i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru.
Selain itu pelan jangka panjang Koperasi Iman KOIMAN sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.
Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar.
Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan pengurusan dan pengawasan operasi.
Logo i-man FARM Koperasi Iman KOIMAN digunakan untuk semua produk hasilan ternakan. i-man FARM telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Trade Mark) pada 9/9/2008; di bawah Kelas 1 (Fertilizer-Manure), 29 (Goods & Services-Meat, Poultry) dan 31 (Goods & Services-Agriculture Products).
Ternakan Lembu Fidlot Koperasi Iman KOIMAN
Lembu di pastikan agar sihat sentiasa dan ditentukan penambahan berat setiap hari. Setiap lembu yang berada di fidlot digredkan dan di lekatkan nombor tag untuk menentukan spesifikasinya.
Lembu pedaging merupakan Produk utama i-Man Farm dibawah Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad Koiman. i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN mempunyai dua jenis lembu pedaging tempatan dan import iaitu baka KK dan Brahman Cross. i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN menggunakan kaedah penternakan secara Fidlot iaitu penternakan secara kurung dengan memberi makanan berterusan.
Antara produk lembu pedaging yang dipasarkan adalah secara bulat (lembu hidup) dan Carcass. Jualan secara bulat(lembu hidup) lebih tertumpu kepada penjual–penjual dipasar, pembekal daging (pemborong) , penternak tempatan dan individu perseorangan.
Jualan lembu hidup juga lebih mendapat sambutan terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah. Permintaan pada musim perayaan lebih tertumpu pada masjid–masjid dan surau–surau terutama pada musim perayaan Hari Raya Qurban.
Selain itu juga, permintaan carcass lebih tertumpu kepada pengusaha-pengusaha restoran dan catering. Harga yang i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN tawarkan juga amat berpatutan bergantung kepada saiz lembu dan baka lembu.
JENIS TERNAKAN LEMBU
Lembu K.K Cross
Ciri–ciri ternakan lembu K.K. Cross adalah mempunyai purata berat badan diantara 80kg sehingga 230kg. Proses kenaikan berat badan yang diperolehi diantara 500–800gram sehari mensasarkan pemeliharaan lembu selama 90 hari. Pasaran utama lembu ini adalah semasa perayaan.
Lembu Brahman Cross
Ciri–ciri ternakan lembu Brahman Cross ini mempunyai berat badan antara 250 kg sehingga 300kg. Sasaran utama penjualan lembu ini adalah tertumpu kepada perseorangan yang menjalankan aktiviti kenduri dan musim perayaan hari raya qurban.
https://koiman.com.my
Hashtag / Keywords
Contact Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad KOIMAN
- Tel: 03 6187 3386
- Fax- 03 6187 3385
- Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad,
No 17, Jalan SG 3/4, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100, Batu Caves, Selangor.