Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju)

Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Pengenalan

Koperasi Jaya Maju Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 November 2017 apabila diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran D-5-0850.

Dengan semangat yang tinggi serta daya juang yang berkobar-kobar daripada puluhan orang yang pernah belajar di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, maka tertubuhlah koperasi ini.

Perjumpaan mesyuarat permulaan untuk penubuhan telah diadakan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharapkan penubuhan ini akan memartabatkan ekonomi anak bangsa dan umat Islam, sekaligus memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Setakat ini, KOMAJU akan memberi fokus kepada perniagaan peruncitan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Matlamat penubuhan utama Komaju ialah untuk menjana ekonomi ahli melalui pengibatan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan. Aktiviti utama komaju ialah perniagaan Tadika, Hartanah, Kedai Runcit dll.

Keanggotaan

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Untuk menjadi anggota, sila dapatkan syarat seperti berikut:-

  1. Pelajar atau bekas pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan sekurang-kurangnya memiliki Diploma di UiTM Cawangan Kelantan, pasangannya serta ahli keluarganya
  2. Kakitangan koperasi dan subsidiari-subsidiarinya.
  3. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-
  4. Warganegara Malaysia
  5. Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun
  6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau berkerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
  7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan manamana koperasi dalam tempoh satu tahun.

 

Permohonan

Permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi dan di alamatkan kepada Ketua Setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Fi masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima puluh). Fi Masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit: dua ratus).

Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika permohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akuan untung rugi.

 #koperasi #KOMAJU 

Hubungi Komaju Kelantan

  • E-Mel: koperasikomaju@gmail.com
  • Alamat: Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad
    Lot 1416, Kampung Kor
    Batu 8 1/4, Jalan Kuala Krai
    16010 Kota Bharu Kelantan

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!