Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menawarkan pinjaman peribadi kadar rata (flat rate) dengan amaun max RM100,000. Tiada caj terselindung. Dapatkan keterangan lanjut untuk mohon!
Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) merupakan sebuah koperasi yang bersifat nasional. Penglibatan ahli tidak terhad kepada sesebuah organisasi sahaja, tetapi ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara amnya.
Mengenai
Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosio ekonomi anggota khususnya dan umat Islam amnya, bertepatan dengan tuntutan “bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa”
Koperasi Islah Malaysia Berhad telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1994 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran Koop Nasional No 15.
Visi
Menjadi Koperasi Nasional Yang Unggul Berteraskan Syariah
Misi
- Menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan di kalangan anggota
- Melibatkan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui pengurusan yang amanah dan kompeten.
Keahlian
3 Langkah mudah untuk memohon keahlian Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB):
- Lengkapkan borang permohonan keanggotaan – Download Borang permohonan anggota atau isi secara online di borang_permohonan_ahli_kimb_2.0
- Kembalikan borang semula sama ada melalui :
Pos/hantar ke Pejabat KIMB di Lot 300.1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100, Kuala Lumpur, atau
Emel ke customer.service@kimb.com.my, atau
Fakskan borang ke 03-41086319 - Buat Bayaran permohonan keahlian sebanyak RM 530 (RM 500 Saham, RM 30 Yuran keahlian) boleh dibayar tunai atau bank-in ke akaun berikut atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD :
Maybank : 5622 0961 8419
Bank Islam : 1211 30100 24343
(Bukti pembayaran boleh diserahkan melalui emel atau faks seperti di atas, atau whatsapp ke 011.2078.5903)
Selepas diluluskan, kami akan menghantar surat pengesahan kelulusan beserta kad keanggotaan dan buku undang-undang kecil koperasi ke alamat yang diberi di dalam borang permohonan keanggotaan.
Syarat Keanggotaan
Keanggotaan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) terbuka kepada:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Berfikiran waras
- Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969″.
Setiap permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan keanggotaan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Yuran Keanggotaan RM 30 dan Modal Syer minima RM 500 (dilunaskan dalam tempoh 6 bulan selepas keanggotaan didaftarkan)
Perkhidmatan
Takaful Kenderaan & Cukai Jalan
Anda sibuk dengan tanggungjawab seharian? Tidak sedar takaful kereta dan cukai jalan anda tamat tempoh? Pening kepala bagaimana hendak menguruskannnya, sementelah dengan segala kelam-kabut kehidupan.
Jangan bimbang…. kami sentiasa di sisi anda, sedia berkhidmat dan mohon Takaful KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad!
KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan memperbaharui insuran kenderaan (takaful) dan cukai jalan secara ‘Perkhidmatan Terus Ke muka Pintu Anda – Door-Step Services!
Segala-galanya dihujung jari!
Di era digital ini segalanya amat mudah, tidak perlu ke kedai insuran, tidak perlu ke pejabat pos, tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan tidak perlu beratur menunggu giliran anda dan tidak perlu keluarkan keringat langsung!
CAJ YANG DIKENAKAN
- Bayaran dan caj perkhidmatan sangat berbaloi! Cuma ada 4 jenis bayaran sahaja yang dikenakan:
- Takaful Kenderaan – Bayaran memperbaharui takaful kenderaan – seperti yang dicaj oleh syarikat insuran/takaful atau pejabat pos
- Bayaran Cukai Jalan – Bayaran memperbaharui cukai jalan seperti yang dicaj oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
- Caj MYEG – termasuk perkhidmatan penghantaran (Lembah Klang RM 8.75, Luar Lembah Klang RM 10.75, Sabah & Sarawak RM 12.75)
- Caj Perkhidmatan KIMB – Bayaran untuk caj perkhidmatan cuma RM15.00 sahaja.
Penghantaran cukai jalan akan dibuat terus ke pintu anda!
Takaful Medic
- Pelaburan untuk manfaat aset penting syarikat anda.
- mySME Partner direka bagi menguruskan pelan manfaat pekerja dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana, terutamanya untuk 5 – 150 orang pekerja.
- Manfaat ini menawarkan perlindungan untuk keadaan yang tidak dijangka terutamanya dalam keadaan kos perubatan yang semakin meningkat.
Mengapa Pelan ini?
- Pengeluaran Surat Jaminan untuk kemasukan ke hospital.
- Rangkaian Penyedia Perubatan di Seluruh Negara – akses mudah, pillihan dan selesa.
- 24 Jam Pusat Panggilan – hanya satu panggilan.
- Reka Bentuk Pelan Yang Fleksibel – pilihan untuk perlindugan perubatan dan Takaful.
- Akses ke perkhidmatan kesihatan dan perubatan Tanpa Bayaran Tunai bagi penjagaan Pesakit Luar GP – perkhidmatan pilihan.
Takaful Kembara
- Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju.
- Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.
- Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful Kembara, salah satu produk takaful yang menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga adalah produk yang bersesuaian untuk anda yang mahukan ketenangan untuk pengembaraan,percutian atau program yang anda anjurkan.
Takaful Perlindungan Rumah
Takaful Houseowners & Householders adalah skim komprehensif untuk melindungi rumah, harta benda dan aset anda daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
- Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah
- Letupan
- Pesawat dan peralatan udara dan/atau artikel yang dijatuhkan
- Impak di mana-mana bangunan oleh kenderaan jalan raya, haiwan yang tidak bertuan atau bukan di bawah jagaan peserta atau keluarganya
- Pecahan atau limpahan tangki air, radas atau paip domestik
- Kecurian yang disebabkan oleh kemasukan ke dalam bangunan secara ganas dan paksaan
- Puting beliung, taufan, angin ribut
- Gempa bumi, letupan gunung berapi
- Banjir
Pembiayaan Runcit
Pembiayaan peribadi runcit ini dengan kadar rata (flat rate).
Margin Pembiayaan
Berdasarkan had kelayakan pinjaman peribadi dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM 1,000 dan amaun maksimum sebanyak RM 100,000
Tempoh Pembayaran
- Amaun RM 1,000 – RM 5,000: Maksimum 24 bulan (2 tahun)
- Amaun RM 5,001 – RM 100,000: Maksimum 60 bulan (5 tahun)
Kadar Keuntungan
Kadar rata pinjaman peribadi sebanyak 8% setahun untuk semua yang berkelayakan.
*Kadar ini boleh berubah bergantung kepada terma dan syarat, akan dimaklumkan melalui surat tawaran sekiranya permohonan diluluskan.
Kelayakan Permohonan
- Telah menjadi ahli KIMB sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Telah disahkan jawatan dan mempunyai pendapatan tetap.
- Mempunyai seorang penjamin.
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan yang diisi lengkap.
- Borang kebenaran penzahiran maklumat.
- Satu salinan kad pengenalan.
- 3 bulan slip gaji terkini.
- Surat pengesahan jawatan terkini.
- Dan sekurang-kurangnya satu daripada dokumen berikut :
- Penyata KWSP terkini ; atau
- Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC) ; atau
- Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji)
- Sebarang dokumen sokongan jika perlu.
Kaedah Pembayaran
Terdapat 2 kaedah pembayaran pembayaran pinjaman peribadi Koperasi Islah Malaysia Berhad seperti berikut:-
- Potongan Gaji.
- Arahan tetap daripada bank lain.
Manfaat
- Tanpa caj terselindung
- Harga jualan – tetap dan diketahui.
- Kadar pembiayaan yang kompetitif.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Simpanan Pelaburan Khas
SIMPANAN PELABURAN KHAS memberi peluang kepada anggota untuk melabur dalam projek-projek jangka pendek. Peluang pelaburan yang ditawarkan menawarkan potensi keuntungan yang berbeza, dengan kadar risiko yang berbeza.
Selaras dengan kontrak syariah, KIMB tidak menjanjikan keuntungan namun KIMB mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengurus risiko yang dikenalpasti.
Melalui skim ini kita menjayakan perniagaan anggota melalui kerjasama modal dan anggota yang melabur mempunyai potensi berkongsi keuntungan.
Ini adalah kaedah taawun menang-menang sesama anggota.
Produk Jualan
- Buku “Taawun Dalam Koperasi”
- Al-Quran & Terjemahan
- Tafsir Fi-Zilal-il-Quran (11 Jilid)
- The Higher Objective of Humanity
Hubungi Koperasi Islah
Koperasi Islah Malaysia Berhad
Lorong Selangor, Taman Melawati
53100 Ampang, Selangor
Tel: 03-4108 6339
E-Mail: customer.service@kimb.com.my

*Source: kimb.com.my official website
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…
-
delete
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…
-
delete
Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
delete
Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…
-
delete
Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…