Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaburkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan KGMMB masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran.

Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang telah digariskan.

Pengenalan

Keanggotaan

Keanggotaan koperasi terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

Syarat-Syarat

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur lapan belas tahun ke atas.
  3. Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
  4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Pinjaman Peribadi Popular

Jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah tanpa penjamin dan fleksibel.

Pembiayaan Khas

Pembiayaan khas ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM10,000 kepada anggota.

Pembiayaan Tunai

Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM100,000 kepada anggota.

Pembiayaan Pengguna

Pembiayaan ini menawarkan pembelian barangan pengguna sehingga RM50,000 kepada anggota.

Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota

Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota atau nama singkatannya TPKA telah diujudkan pada Januari 2014 bagi memberi manfaat tambahan kepada anggotanya.

Faedah TPKA

Melanjutkan Pelajaran

Anggota/Suami/Isteri :

PHD
RM1,500

SARJANA
RM1,000
IJAZAH/DIPLOMA RM500

Anak:

PHD/SARJANA/IJAZAH/DIPLOMA
RM300

Kecemerlangan Dalam Pelajaran

Anak:

STPM/STAM (3.0) RM250
TAHFIZ RM250
SPM(6A)RM200
PT3(8A)RM150
UPSR(5A)RM100

KematianANGGOTA RM1,000
SUAMI/ISTERI ANGGOTA RM1,000
IBUBAPA/MERTUA RM200
ANAK RM300
BENCANA ALAM (Tertakluk kelulusan Mesyuarat A.Lembaga)RM1,000(Maksima)
FAEDAH HOSPITAL (Masuk wad 3 hingga 20 hari dalam tahun semasa)RM30 sehari
FAEDAH BERSARA 

Perniagaan

Hotel Mutiara KGMMB

Selamat Datang Ke Hotel Mutiara KGMMB

Sebuah hotel milik penuh Koperasi Kesatuan Guru Guru Melayu Malaysia Barat Berhad yang mempunyai 31 bilik beserta 7 dorm. Hotel ini boleh memuatkan 130 orang pengunjung dalam sesuatu masa. Hotel ini dilengkapi bilik berhawa dingin dan juga mempunyai satu dewan yang boleh memuatkan 110 orang.

Hubungi Hotel Mutiara

No 14, Jalan Bpm 2
Taman Bukit Piatu Mutiara,
75150 Melaka.

06-2819073, 013-6761500
kgmmb@yahoo.com

 #pinjamanperibadi #koperasi #KGMMB 

Hubungi Kami

  • Tel: 03-4041 7633 / 03-4041 1723
  • admin@kopkgmmb.com.my
  • Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad 88,
    Wisma KGMB, 88, Wisma KGMB, Jalan Dato Haji Eusoff,
    Kompleks Damai, Jalan Datuk Haji Eusoff, Titiwangsa Sentral,
    50400 Kuala Lumpur,

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!