Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaburkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.
Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan KGMMB masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran.
Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang telah digariskan.
Pengenalan
Keanggotaan
Keanggotaan koperasi terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.
Syarat-Syarat
- Warganegara Malaysia.
- Berumur lapan belas tahun ke atas.
- Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Pinjaman Peribadi
Jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah tanpa penjamin dan fleksibel.
Pembiayaan Khas
Pembiayaan khas ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM10,000 kepada anggota.
Pembiayaan Tunai
Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM100,000 kepada anggota.
Pembiayaan Pengguna
Pembiayaan ini menawarkan pembelian barangan pengguna sehingga RM50,000 kepada anggota.
Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota
Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota atau nama singkatannya TPKA telah diujudkan pada Januari 2014 bagi memberi manfaat tambahan kepada anggotanya.
Faedah TPKA
| Melanjutkan Pelajaran | Anggota/Suami/Isteri : PHD: RM1,500 SARJANA: RM1,000 IJAZAH/DIPLOMA RM500 Anak: PHD/SARJANA/IJAZAH/DIPLOMA RM300 |
|---|---|
| Kecemerlangan Dalam Pelajaran | Anak: STPM/STAM (3.0) RM250 TAHFIZ RM250 SPM(6A)RM200 PT3(8A)RM150 UPSR(5A)RM100 |
| Kematian | ANGGOTA RM1,000 SUAMI/ISTERI ANGGOTA RM1,000 IBUBAPA/MERTUA RM200 ANAK RM300 |
| BENCANA ALAM (Tertakluk kelulusan Mesyuarat A.Lembaga) | RM1,000(Maksima) |
| FAEDAH HOSPITAL (Masuk wad 3 hingga 20 hari dalam tahun semasa) | RM30 sehari |
| FAEDAH BERSARA | Hubungi kami untuk perjelasan |
Perniagaan
Hotel Mutiara
Selamat Datang Ke Hotel Mutiara KGMMB
Sebuah hotel milik penuh KGMMB yang mempunyai 31 bilik beserta 7 dorm. Hotel ini boleh memuatkan 130 orang pengunjung dalam sesuatu masa. Hotel ini dilengkapi bilik berhawa dingin dan juga mempunyai satu dewan yang boleh memuatkan 110 orang.
Hubungi Hotel Mutiara
No 14, Jalan Bpm 2
Taman Bukit Piatu Mutiara,
75150 Melaka.
06-2819073, 013-6761500
kgmmb@yahoo.com
Hubungi Kami
- Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad,
Wisma KGMMB, 88, Wisma KGMMB, Jalan Dato Haji Eusoff,
Kompleks Damai, Jalan Datuk Haji Eusoff, Titiwangsa Sentral,
50400 Kuala Lumpur, - Tel: 03-4041 7633 / 03-4041 1723
- admin@kopkgmmb.com.my
