Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB)
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) mendapat anugerah Sijil Pematuhan Syariah oleh Biro Angkasa. Jom apply personal loan berlandaskan shariah compliant di sini!

Pengenalan
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd (KAKIB) ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota.
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang.
Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.
Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.
Selari dengan moto KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara.
Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.
Keanggotaan

Permohonan
Borang permohonan untuk menjadi anggota KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.
Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).
Syarat-Syarat
Syarat-syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur lapan belas tahun
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai hartatanah atau bekerja dalam Negeri Perak
- Bukan seorang yang tidak berupaya dari segi mental atau bankrap
- Berjawatan Tetap
| PERKARA | BAYARAN MINIMA |
|---|---|
| Yuran | RM60 |
| Syer | RM 200.00 (10 BULAN X RM20) |
| Insurans Berkelompok | RM10.00 |
| Simpanan Khas | (HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI) |
Pinjaman Peribadi Popular
PEMBIAYAAN PERIBADI 3.90% /p.a
- Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 150,000
- Had umur adalah tidak melebihi 54 tahun dan tiada penjamin
- Memerlukan sekurang-kurangnya 2 Penjamin untuk mereka yang berumur 54 tahun ke atas
- Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
- Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun
- Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan
PEMBIAYAAN KREDIT 3.50% /p.a
- Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 150,000
- Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
- Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
- Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan
- Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan seperti kereta, peralatan elektrik dan juga pengubahsuaian rumah
PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN 3.50% /p.a
- Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 30,000
- Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
- Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
- Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan
PEMBIAYAAN PELBAGAI 3.90% /p.a
- Pembiayaan ini disediakan bagi membaharui Insurans Am, cukai jalan, peralatan kenderaan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan koperasi
- Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 5,000
- Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
- Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun
Perkhidmatan
Kebajikan
Derma Pelajaran Anak
Kelayakan memohon
- Menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad tidak kurang dari 3 tahun.
- Anak Kandung Anggota.
- Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
- Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.
Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun
Khairat Kematian
Kadar bayaran dan kelayakan
- RM 1500.00 atas kematian anggota KAKIB. Dibayar kepada waris yang sah
- RM 1000.00 atas kematian suami/isteri anggota
- RM 500.00 atas kematian ibu/bapa anggota
- RM 500.00 atas kematian anak berumur diantara 2 minggu hingga 18 tahun
Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada KAKIB .
Dividen Tahunan
KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-
- DIVIDEN 2019 = 7.1%
- DIVIDEN SIMPANAN KHAS 2019= 8%
Pajak Gadai Islam Ar Rahnu
Ar- Rahnu Kakib merupakan subsidiari milik penuh koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) yang menjalankan pajak gadai Islam. Ar Rahnu ini menawarkan pinjaman tunai segera yang bercagarkan barangan kemas sahaja.
| KELAYAKAN | Warganegara Malaysia 18 Tahun ke atas |
|---|---|
| UPAH SIMPAN | RM0.80 untuk setiap nilai |
| NILAI SIMPANAN | Maksima sehingga RM 25000 untuk setiap transaksi |
| MARGIN PEMBIAYAAN | Sehingga 80% daripada nilai marhun |
| TEMPOH GADAIAN | Selama 6 bulan dan boleh diperbaharui |
| JENIS BARANGAN KEMAS | Emas yang bermutu 18K sehingga 24K |
Pelancongan
KAKIB SAFAR TRAVEL & TOURS (KSTT) merupakan subsidiari dan telah dirasmikan pada 4 Disember 2018 oleh Encik Mohd Hizaz Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perak. KSTT menyediakan pakej umrah dan pelancongan luar dan dalam negara pada harga berpatutan. Selain itu harga istimewa juga turut diberikan kepada anggota-anggota KAKIB.
KAKIB juga turut menyediakan pembiayaan khas bagi pakej umrah dan pelancongan yang ditawarkan oleh KSTT untuk kemudahan para anggota. Para anggota yang berminat boleh menghubungi nombor dibawah:
Tel: 05-5252998 / 016-4216471 FB: KAKIBSAFARTRAVEL
“KAMI REALISASIKAN IMPIAN ANDA”
https://www.kakib.my
#pinjamanperibadi #KoperasiServices #KAKIB #koperasi
Hubungi KAKIB
- Tel: 05-2540707 / 05-2535369
- KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
NO. 111-B, TINGKAT 1 JALAN DATO’ ONN JAAFAR
30300 IPOH PERAK - Opening Hours: 8am-5.30pm (Monday-Friday)
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…
-
delete
Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…
-
delete
Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…
-
delete
Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam! Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…
-
delete
Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…