Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi

Rancang kewangan anda dengan bijak menggunakan Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi yang jelas dan mudah diikuti. Ketahui jumlah bayaran bulanan, tempoh pembiayaan dan kadar faedah terkini. Muat turun jadual anda sekarang dan semak kelayakan pinjaman secara percuma!

Perkara asas yang pertama sekali dilakukan oleh potential clients untuk membuat loan selepas mendapat maklumat promosi melalui hebahan di media social ataupun melalui penyebaran flyers adalah untuk melihat repayment loan.

Melihat dan membanding-bandingkan interest rate dan juga bayaran bulanan adalah perkara yang sangat mustahak supaya kehidupan kita tidak menjadi sukar setelah membuat pinjaman peribadi. Manakan tidak, kita akan menanggung hutang yang perlu dibayar sedikit demi sedikit setiap bulan dan melihat jadual pembayaran adalah cara supaya anda tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang berat.

Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi

Pengenalan

Perkara asas yang pertama sekali dilakukan oleh potential clients untuk membuat loan selepas mendapat maklumat promosi melalui hebahan di media social ataupun melalui penyebaran flyers adalah untuk melihat table of repayment loan. Melihat dan membanding-bandingkan interest rate dan juga bayaran bulanan adalah perkara yang sangat mustahak supaya kehidupan kita tidak menjadi sukar setelah membuat pinjaman peribadi. Manakan tidak, kita akan menanggung hutang yang perlu dibayar sedikit demi sedikit setiap bulan.

Pada masa dahulu sekitar tahun 2008, banyak iklan pinjaman kewangan di dada-dada akhbar yang turut menyorot mengenai jadual pembayaran bulanan pinjaman. Tidak kurang juga beberapa koperasi dan bank yang menyelitkan helaian flyers loan dalam setiap akhbar arus perdana yang menyatakan mengenai kadar keuntungan dan bayaran installment pinjaman beserta nombor pegawai yang perlu dihubungi.

Terdapat juga beberapa orang agen yang sanggup bangun pada jam 3 pagi untuk pergi ke pusat pengumpulan dan pengagihan akhbar (distribution center) di bangunan bangkok bank Kuala Lumpur untuk membayar perkhidmatan menyelit risalah pembiayaan peribadi di setiap naskah surat khabar.

Dan apabila naskah surat khabar sampai ke tangan pengguna, mereka akan membaca dan seterusnya menghubungi nombor yang tertera pada pamplet loan disamping melihat jadual yang diselitkan. Dikhabarkan ada antara agen jualan koperasi yang sanggup mencetak belasan ribu helai flyers setiap hari untuk diedarkan dan diselitkan ke dalam surat khabar. Bahagian depan promosi terkini pembiayaan dan bahagian belakang adalah jadual pembayaran.

Zaman berubah mengikut arus zaman. Dari pengedaran risalah secara fizikal kepada edaran melalui maya atau virtual. Cara baru ini tidaklah semahal seperti mencetak dan fotostat risalah loan kerana fotostat setiap helai dalam kuantiti yang pukal akan dikenakan RM0.05 (5 sen) sehelai. Bayangkan jika setiap hari kami fotostat dalam 5 ribu flyers.

Memang kering poket dibuatnya. Apa yang penting adalah kandungan dalam flyers seperti interest rate, installment samada fix atau floating mestilah tepat, benar dan tidak menipu customer. Tidak ketinggalan juga disertakan jadual pembayaran untuk memudahkan pelanggan melakukan pertimbangan sebaiknya.

Kini sejak munculnya aplikasi telefon bimbit dengan kewujudan apps dan populariti tahun 2014 di platform OS Android seperti Google Apps Store, IOS Apple Store dan Microsoft Market Store, kaedah promosi secara fizikal menjadi semakin berkurang dan kurang digemari. Ini kerana perkhidmatan apps seperti Whatsapp dan Telegram dapat menyalurkan maklumat berkaitan loan secara terus kepada pengguna dengan percuma.

Apa yang anda mesti ada adalah sambungan internet dengan dataplan bulanan, mobile hotspot ataupun hotspot di coffee shop. Anda bebas menghantar promosi loan terkini, mendapatkan jadual pembayaran dan boleh mendapatkan feedback yang cepat dari pemohon yang berminat.

Perkara Penting

Ramai yang sangat khuatir mengenai bayaran bulanan kerana risau cash flow atau kecairan tunai akan berkurang setelah sesuatu pembiayaan itu dibuat. Tidak kurang juga ada yang mengira berapa banyak pihak bank atau financial institute dapat mengaut keuntungan jika bayaran bulanan yang dibayar digandakan dengan jumlah tahun tempoh pembiayaan.

Tetapi ada pula yang tidak mengendahkan mengenai bayaran ansuran ini kerana hanya memikirkan bayaran bulanan yang perlu dibayar adalah tidak terlalu tinggi. Contohnya ansuran bulan RM100 tidak begitu diambil peduli oleh pemohon kerana pemohon lebih fokus mengenai jumlah pinjaman maksima yang boleh buat mengatasi bayaran bulanan. Selain dari itu juga, pemohon hanya memberi tumpuan terhadap ke mana duit akan digunakan apabila koperasi atau pihak bank telah mengkreditkan ke dalam akaun gaji atau akaun bank pemohon.

Di laman web kami, kami akan memastikan anda dapat jadual pembayaran sebelum anda memohon pembiayaan koperasi dengan kami.

Sebilangan besar dari warga yang membuat pinjaman hanya memikirkan tentang membayar hutang bila permohonan pinjaman lulus. Jadi gangguan seperti agen pengutip hutang yang sangat kerap menelefon dan menyuruh untuk membayar outstanding installment akan berkurang. Para peminjam hanya memikirkan bahawa jika kurang gangguan dari pihak mengutip hutang dari collection department maka masalah akan selesai. Sebenarnya cara berfikir begitu meleset sama sekali.

Cash-in Hand Ketika Kecemasan

Kita juga sering membayangkan akan mendapat sedikit cash ini hand jika dapat melunaskan baki tertunggak (arrears) yang sudah berbulan-bulan tidak dibayar, dan hasil dari cash in hand yang ada dapat digunakan untuk membuat saving ataupun hanya disimpan dalam akaun bank. Hanya apabila masa-masa tertentu seperti waktu kecemasan dan nak pakai sangat duit maka barulah duit baki pinjaman yang ada itu akan digunakan.

Kita sering membuat tanggapan bahawa dengan adanya wang lebihan dari pembiayaan yang dibuat maka ringanlah beban kewangan jika berlaku hal-hal kecemasan yang telah disebutkan di atas tanpa memikirkan dengan lebih mendalam mengenai akibat dari tidak melihat jadual pembayaran dengan menyeluruh.

Namun hakikatnya cara yang begitu adalah tidak boleh digunakan kerana pada dasarnya, apabila kita telah membuat permohonan pembiayaan, kita harus memikirkan bahawa kita akan menanggung komitmen baru iaitu akan ada bayaran bulanan tambahan yang perlu dibayar. Ini menjadikan kecairan wang tunai (cash flow) menjadi sedikit. Sekiranya kadar kecairan kita berkurangan, secara automatik kita akan menggunakan duit lebihan tunai yang kita mohon itu untuk tujuan menampung kekurangan tunai.

Jadi kesimpulannya, setiap bulan kita akan menanggung beban kewangan yang tidak sudah-sudah akibat dari pengurangan kecairan wang natijah dari permohonan pembiayaan. Tidak salah untuk membuat pinjaman berdasarkan pertimbangan individu tersebut.

Kami sangatlah berbesar hati jika tuan/puan dapat membuat loan dengan kami. Disini kami menyediakan jadual pembayaran untuk anda membandingkan mana satu pembiayaan yang bersesuaian dengan situasi semasa pemohon.

Jadual Pembayaran

Sila klik gambar dibawah untuk melihat bayaran ansuran loan koperasi. Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule tersebut adakalanya tidak termasuk yuran bulanan koperasi Rm30 dan caj angkasa fee 2%. Ada juga jadual yang sudah dicampur kesemuanya.

  1. Jadual Kopusamaju 2019 Pembayaran Koperasi Pusamaju 2019.
  2. Kowamas 4.99%-5.15% Repayment table personal loan.
  3. Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule  Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) 6.88% dan 7.88%: Yayasan Ihsan 6.88% & 7.88% repayment schedule loan
  4. Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule Yayasan Perlis (RCE): Yayasan Perlis RCE 6.88% & 7.88%
  5. Coshare repayment table interest 7.50%: Coshare 7.50% schedule of repayment
  6. Jadual Pembayaran Kowamas 5.20%: Kowamas repayment schedule 5.20%
  7. Jadual Coshare Kuwait Finance 3.99% 100% payout. Coshare~Kuwait Finance 3.99%
  8. Jadual Pembayaran MBSB MBSB table of payment personal financing-i
  9. Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis RCE (YYP) 4.99%.
  10. Jadual ansuran Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis RCE (YYP) 5.99%. Sila klik disini
  11. Schedule of payment Kobena 4.99% sila klik disini
  12. Schedule of payment Kekal 4.99% sila klik disini
  13. Jadual pembayaran MBSB: MBSB XChange-i 3.99% Early Bird
  14. MBSB pakej XChange-i 4.3%: MBSB XChange-i 4.3%
  15. Petronesa Kuwait Finance installment table: Petronesa 5.00% KFH
  16. Petronesa HDM 5.99% (Hwang DBS) Petronesa 5.99% HDM
  17. Petronesa Kuwait Finance (KFH) repayment table: Petronesa 3.99% KFH
  18. Kogemilang Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule: kogemilang5.99
  19. Coshare Kuwait Finance House 3.99% 100% payout: Coshare/IDSB 3.99% KFH
  20. Koperasi Pekerja (Kospek) Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule: Kospek Tetap 4.99%-5.65%
  21. Koperasi Pekerja (Kospek) Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule kontrak staf: Kospek Kontrak 6.99%

 #JadualPembayaran 

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!