Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Koperasi Perkasa KOPERKASA telah ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 124 orang. Sehingga kini keanggotaan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad telah berkembang sehingga hampir mencecah 25,000 orang anggota dengan milikan aset bernilai kira-kira RM237 juta yang bersamaan dengan kira-kira 50% daripada jumlah aset di seluruh koperasi di negeri Sarawak.

Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Perkasa Sarawak Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KOPERKASA
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA
  • Kenapa anda perlu memilih pembiayaan kenderaan oleh Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA untuk anggotanya?

    Selain pinjaman peribadi yang menjadi produk terhangat Koperasi Perkasa, pembiayaan kenderaan juga merupakan salah satu produk pembiayaan yang menjadi rebutan. Menggunakan konsep Bai Al-Inah, interest rate adalah 5% setahun. Tempoh pembiayaan boleh menjadi 10 tahun.

Pembiayaan Kenderaan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Pembiayaan kenderaan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA bertujuan untuk memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli kenderaan serta memohon wang tunai dalam satu masa.

KONSEP Bai Al-Inah

  • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM60,000
  • KADAR KEUNTUNGAN 5% untuk pembiayaan RM10,000 dan ke bawah. 6% untuk pembiayaan RM10,001 hingga RM60,000
  • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 5 tahun untuk pembiayaan RM10,000 dan ke bawah. Maksimum 10 tahun untuk pembiayaan RM10,001 hingga RM60,000
  • JAMINAN Daftar hak milik adalah atas nama peminjam dan hak milik dituntut oleh koperasi sepanjang tempoh pembiayaan.
  • INSURAN & CUKAI JALAN Insuran Comprehensive hendaklah diambil menerusi koperasi, sepanjang tempoh pembiayaan.

SYARAT-SYARAT

  1. Anggota Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
  2. Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
  3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
  4. Jumlah layak dibiaya adalah berdasarkan had potongan gaji dan tertakluk kepada kedudukan kewangan koperasi.

DOKUMEN

  1. Surat penjelasan mengenai kelulusan pinjaman daripada Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA bersama-sama inbois.
  2. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
  3. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan)

Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anggota untuk membeli alat dan barangan keperluan rumah secara bayaran ansuran.

KONSEP Bai Al-Inah

  • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM20,000
  • KADAR KEUNTUNGAN 5.99%
  • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 8 tahun
  • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

SYARAT-SYARAT

  1. Anggota Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
  2. Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
  3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
  4. Jumlah layak dipinjam berdasarkan had potongan gaji.

DOKUMEN

  1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan).
  2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan.

Pembiayaan Pendidikan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Pembiayaan Peribadi Pendidikan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anggota bagi pembiayaan pendidikan anak-anak atau anggota itu sendiri.

KONSEP Bai Al-Inah

  • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM5,000 untuk peringkat sekolah rendah / menengah >> RM30,000 untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
  • KADAR KEUNTUNGAN 5%
  • TEMPOH BAYARAN BALIK sehingga 5 tahun untuk peringkat sekolah rendah / menengah >> sehingga 15 untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
  • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

SYARAT-SYARAT

  1. Anggota Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
  2. Anggota telah genap 3 bulan menjadi anggota dan potongan gaji untuk Modal Yuran Bulanan telah dimulakan.
  3. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.

DOKUMEN

  1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).
  2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleha majikan anggota).
  3. Salinan sijil kelahiran anak (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).
  4. Surat tawaran IPT, jika berkenaan (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan anggota).

Pembiayaan Kebajikan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Pembiayaan Kebajikan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad bertujuan untuk memberikan kepada anggota dalam urusan berikut:

  1. Kematian keluarga terdekat;
  2. Ketika ditimpa mala petaka seperti kebakaran, banjir, ribut taufan dan kemalangan serius lain;
  3. Rawatan Kesihatan / Rawatan doktor pakar / pembelian produk kesihatan.

KONSEP Bai Al-Inah

  1. JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM10,000
  2. PERATUS KEUNTUNGAN serendah 5%
  3. TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
  4. JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

SYARAT-SYARAT

  1. Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan kepada Peraturan Kewangan Jabatan/Majikan.
  2. Anggota telah genap 3 bulan menjadi anggota dan potongan gaji untuk Modal Yuran Bulanan telah dimulakan.

DOKUMEN

  1. Dokumen-dokumen asal yang sah seperti Laporan Polis, syor dan sokongan Doktor atau Doktor Pakar, resit atau Sijil Kematian sebagai bukti kejadian yang berlaku,
  2. Salinan asal slip gaji pemohon,
  3. Salinan MyKad Pemohon.

Pembiayaan Pelancongan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA

Pembiayaan Pelancongan Koperasi Perkasa Sarawak Berhad bertujuan memberikan kemudahan kepada anggota untuk membeli tiket penerbangan luar atau dalam negara dan penambahan wang saku semasa pemergian. Pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk tujuan UMRAH.

KONSEP Bai Al-Inah

  • JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN RM10,000
  • KADAR KEUNTUNGAN 6%
  • TEMPOH BAYARAN BALIK Maksimum 10 tahun
  • JAMINAN TIADA penjamin diperlukan

SYARAT-SYARAT

  • Anggota Koperasi Perkasa Sarawak Berhad KOPERKASA yang mempunyai potongan aktif.
  • Anggota yang baru mendapat kelulusan keanggotaan boleh terus memohon pembiayaan.
  • Gaji pemohon layak dipotong berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
  • Permohonan hendaklah tidak kurang dari 45 hari bekerja daripada tarikh keberangkatan.
  • Anggota hendaklah mendapatkan Pakej Umrah daripada Syarikat yang dilantik oleh koperasi.

DOKUMEN

  1. Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
  2. Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan)
  3. Dokumen-dokumen sokongan lain yang diperlukan.

koperkasa.com.my

Contact Koperasi KOPERKASA Sarawak

error: Content is protected !!