Koperasi UNIKEB Berhad

Koperasi UNIKEB Berhad menawarkan pembiayaan Bai Al Inah dan pembiayaan ekspress disaat memerlukan adalah produk yang sangat popular. Dapatkan keterangan lanjut untuk mohon.

Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb - Koperasi UKM

Pengenalan

Sejarah

Mulai tahun 2010, perkembangan dan pembangunan perniagaan Koperasi UNIKEB Berhad semakin meningkat dan ia merupakan era yang mencatatkan sejarah dalam lembaran hayat. Tahun demi tahun melakar sejarah yang membanggakan. Pada tahun 2016 Koperasi UNIKEB Berhad telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Koperasi Terbaik di dalam Sektor Pemborongan & Peruncitan Negeri Selangor. Terkini telah diiktiraf sebagai Koperasi Terbaik Ke 17 di dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan ini juga, Koperasi UNIKEB Berhad adalah terbaik #1 di Selangor dan #1 di kalangan koperasi Universiti Awam Tempatan. Ini adalah berkat usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh Anggota, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan pekerja untuk terus membangun dan menyokong aktiviti koperasi ke arah yang lebih cemerlang.

Perkhidmatan

Di Koperasi UNIKEB Berhad ada menyediakan beberapa perkhidmatan bukan hanya sekadar untuk anggota sahaja bahkan kepada bukan anggota juga boleh menikmati perkhidmatan kami.

  1. Kasut kesihatan dan Insurans Kenderaan
  2. Pinjaman peribadi dengan pembiayaan sehingga RM150K khas untuk anggota sahaja
  3. Bilik seminar dan latihan

Kami juga ada menyediakan modul latihan khusus untuk sesiapa yang berminat. Kami juga mempunyai dobi layan diri di bandar puteri bangi dan mempunyai 1 umart di wisma unikeb,3 umart di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan 1 umart di Kampus Kuala Lumpur UKM.

Unit Pembiayaan

Objektif Perkhidmatan Unit Pembiayaan

Unit Pembiayaan di Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis pembiayaan, termasuk kewangan, barangan, dan perkhidmatan. Kami memberi fokus kepada pembiayaan yang patuh syariah, adil, dan tidak membebankan ahli koperasi. Ini bertujuan untuk mengelakkan ahli daripada terjebak dalam aktiviti pembiayaan yang tidak sah atau daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.

Pembiayaan ini adalah melalui potongan gaji majikan UKM, manakala pembayaran balik dilakukan dengan mudah dan efisien. Sebagai anggota koperasi, anda layak untuk memohon kemudahan pembiayaan yang kami tawarkan.

Jenis Pembiayaan

Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb menawarkan pelbagai jenis pembiayaan untuk memenuhi keperluan kewangan ahli koperasi.

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon pembiayaan peribadi di Koperasi Unikeb:

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan slip gaji terkini, MyKad, dan dokumen sokongan lain.
  2. Hubungi pegawai kami di Unit Pembiayaan untuk mendapatkan bantuan lanjut.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan serahkan ke pejabat kami.
  4. Jika diperlukan, dapatkan surat full settlement untuk penyelesaian awal atau reloan pinjaman sedia ada.

Siapa Yang Layak Memohon?

Pembiayaan di Koperasi Unikeb hanya tersedia untuk anggota koperasi yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Anggota Koperasi UNIKEB Berhad sahaja.
  • Penjamin: Boleh diambil daripada kalangan anggota koperasi.
  • Tanpa Penjamin: Bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pastikan anda memenuhi semua syarat kewangan yang ditetapkan oleh koperasi untuk memastikan permohonan anda diluluskan.

Maklumat Hubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pinjaman peribadi atau pembiayaan yang kami tawarkan, sila hubungi kami di:

Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb

Alamat:
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor

Telefon:
03-8921 4031

Waktu Pejabat

  • Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.45 petang – 5.00 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Pinjaman Peribadi Popular

Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb Berhad bagi tahun 2019 terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan secara keseluruhannya. Unit Pembiayaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pembiayaan Wang, Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan dan Perkhidmatan Potongan Gaji.

Bagi memenuhi keperluan dan kehendak anggota, penawaran produk pembiayaan telah dipelbagaikan. Produk-produk yang terdapat di Unit Pembiayaan ialah :

  • Pembiayaan Bai Al Inah berpenjamin
  • Pembiayaan Bai Al Inah tanpa penjamin
  • Pembiayaan Ekspress berpenjamin
  • Pembiayaan Ekspress tanpa penjamin
  • Pembiayaan Persekolahan
  • Pembiayaan Emas
  • Pembiayaan Aidilfitri
  • Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan

Produk Pembiayaan Ekspress Berpenjamin merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan anggota . Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan maksimum berjumlah RM 20,000 berjaya mencatatkan bilangan tinggi.

Kami amat prihatin dengan keperluan para anggota dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat dan mencabar. Pembiayaan Persekolahan mula ditawarkan pada Disember 2015 khusus untuk membantu para anggota dalam menangani keperluan persekolahan anak-anak.

Mulai tahun 2016 kami menawarkan Pembiayaan Emas untuk kemudahan para anggota memiliki emas di Kedai Emas. Sepanjang tahun 2019, anggota telah menggunakan kemudahan ini untuk memiliki emas yang ditawarkan di Kedai Emas secara potongan gaji

Kami juga menawarkan Pembiayaan Aidilfitri khusus untuk membantu meringankan beban kewangan para anggota supaya dapat menyambut lebaran dengan lebih ceria disamping keluarga. Kami dalam perancangan untuk mempelbagaikan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan anggota.

Jadi hubungi dengan segera jika ada pertanyaan dan kemuskilan mengenai apa sahaja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bai Al Inah

Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM150,000
Kadar Keuntungan: Mengikut prinsip Bai Al-Inah yang patuh syariah.
Tempoh Pembayaran: Sehingga 5 tahun.
Pinjaman ini memberi kemudahan kepada ahli koperasi dengan jumlah pembiayaan yang lebih besar untuk pelbagai keperluan peribadi.

Pembiayaan Ekspres

Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM20,000
Kadar Keuntungan: Berdasarkan prinsip syariah yang kompetitif.
Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
Pinjaman ekspres ini memudahkan ahli koperasi mendapatkan pembiayaan segera tanpa proses yang rumit.

Pembiayaan Ekspres Warga Emas

Jumlah Maksimum Pembiayaan: Sehingga RM10,000
Kadar Keuntungan: Sangat rendah dan mengikut syariah.
Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
Produk ini sesuai untuk warga emas yang memerlukan pembiayaan dengan syarat yang mudah dan faedah yang rendah.

Pembiayaan Hari Raya

Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM5,000
Kadar Keuntungan: Sangat rendah dan mengikut prinsip syariah.
Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 2 tahun.
Pinjaman ini memberi kemudahan kewangan untuk persiapan Hari Raya, memastikan anda boleh merayakan bersama keluarga tanpa tekanan kewangan.

Persekolahan

Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM5,000
Kadar Keuntungan: Kompetitif dan mengikut prinsip syariah.
Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 3 tahun.
Kami memahami pentingnya pendidikan. Pinjaman ini membantu pembiayaan keperluan persekolahan anak-anak.

Barangan & Perkhidmatan

Jumlah Maksimum Pembiayaan: Mengikut keperluan ahli.
Kadar Keuntungan: Berpatutan dan tidak membebankan.
Tempoh Pembayaran: Antara 1 hingga 5 tahun.
Pinjaman ini memberi kemudahan pembelian barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli koperasi.

Perkhidmatan

Unit Hartanah

Perkhidmatan Sewaan

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Unit Hartanah Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.

Selain daripada itu, Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.

PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;

  • Wisma UNIKEB (Ruang Legar, Lot Kedai di tingkat bawah dan 1 dan Kiosk)
  • Bangi Gateway (Bangi Street & Bilik Seminar)
  • Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 4, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 1, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 18, Ipoh (rumah kedai)
  • Southville City, Bangi (lot kedai – sedang dalam proses pembelian)

Hubungi Kami Sekarang di 03-8925 2540 ext 105

Unit Ar-Rahnu

Perkhidmatan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM yang ditawarkan adalah Skim Pajak Gadai Islam. Dapatknn perkhidmatan ini sekarang.

OBJEKTIF

Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Wadiah yad DhamanahSimpanan dengan jaminan keselamatan
UjrahUpah simpan barang gadaian

HAD PEMBIAYAAN

  • Pembiayaan Tunai yang diberikan adalah 70% atas nilai marhun.
  • Pembiayaan maksimun sehingga RM150,000 bagi setiap pelanggan.

SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI

  1. Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas
  3. Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)

KELEBIHAN

Berikut adalah kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu yang dikendalikan oleh koperasi seperti berikut:

  1. Mematuhi Garis Panduan Syariah
  2. Bebas Daripada Unsur Riba
  3. Kadar Upah Simpan Yang Rendah
  4. Tiada Semakan CCRIS & CTOS
  5. Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
  6. Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
  7. Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai

Unit Kedai Emas

Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)

PERKHIDMATAN

  1. Menjual barang kemas 916
  2. Membeli barang kemas terpakai
  3. Membaiki emas putus, patah dan rosak
  4. Menilai gred emas
  5. Mencuci emas dan perak
  6. Menjual barang kemas secara potongan gaji

Hubungi Kami Sekarang

03-8922 2619 / 03-8741 3936 Kajang

Ar-Rahnu & Kedai Emas- Wisma
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor
NomborTelefon : 03-8722 2619

Waktu Perniagaan

9.00pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.00pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup

Ar-Rahnu & Kedai Emas – Kajang

C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Nombor Tel : 03-8741 3936

Waktu Perniagaan

9.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
9.30pagi – 2.00ptg | Sabtu
Ahad & Cuti Umum – Tutup

Unit Dagang & Pemasaran

Pemasaran

UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM.

Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.

Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan

PRODUK & PERKHIDMATAN

  1. Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
  2. Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
  3. Kasut Kesihatan jenama Footlink
  4. Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
  5. Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
  6. Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
  7. Pakej Pelancongan dan Umrah
  8. Kaunter pembayaran bil utiliti

Hubungi Kami Sekarang di talian 03-8921 4022/ 4026/ 4037

Stesyen Minyak

Perkhidmatan

UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB

Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan turut mencebur diri dalam perniagaan Steseen Minyak.

Sebuah steseen minyak Petronas di bawah pengurusan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.

PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA

SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN

  1. Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
  2. Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
  3. Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
  4. Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.

Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.

Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%

Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota

Hubungi Kami Sekarang

Talian Telefon:03-89269921

Talian Telefon 03-8912 7866

 #koperasi #pinjamanperibadi #Unikeb 

Hubungi Koperasi UNIKEB

  • Tel: 03-8925 2540
  • lot 5, Wisma Unikeb,
    43600 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Opening Hours: Monday to Friday 8.30m-5.30pm

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!