Tag: KoperasiTNB

  • Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB): Sejarah & Perkhidmatan

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB): Sejarah & Perkhidmatan

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB)

    Dapatkan info produk Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) seperti takaful insurans, pembiayaan dan perkhidmatan Hotel dan lain-lain. Baca info disini untuk keterangan lanjut.

    Pengenalan

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad ataupun singkatannya KOPTNB telah membuat mesyuarat pertama yang diadakan pada awal tahun 1951, dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan. Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

    Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951. Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

    Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara. Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

    Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

    Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

    Perkhidmatan

    Takaful Insurans Berkelompok – Skim Pilihan

    Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB yang mana pelan Takaful Mutiara Plus 1 ini Julung Kali di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

    Faedah

    • Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal TANPA sambungan tambahan.
    • Elaun harian kemasukan ke wad / hospital bagi tempoh minima 6 jam.
    • Sumbangan ehsan (perbelanjaan pengebumian) RM 1,000 untuk pasangan dan RM 500 (anak-anak – maksimum 4 orang).
    • Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.
    • Perlindungan keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan.
    • Pasangan dan anak-anak boleh menyertainya

    Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

    Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

    Ciri Ciri Utama dan Premium Bulanan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1

    Insurans Berkelompok Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

    Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM15,000 ke RM100,000.

    Faedah

    • Simpanan dikembalikan beserta keuntungan.
    • Isteri / suami yang bukan anggota boleh menyertainya.
    • Pampasan kehilangan keupayaan.
    • Pampasan berganda atau
    • Perbelanjaaan pengebumian.

    Keistimewaan

    • Anggota yang menyertai skim ini boleh membuat pembiayaan tanpa perlu menyediakan penjamin.
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Perlindungan dan pampasan bagi 36 penyakit kritikal dengan premium yang rendah.
    • Perlindungan 24 jam yang merangkumi seluruh dunia

    Takaful / Insurans Motor Kenderaan & Cukai Jalan

    1. Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan.
    2. 5 (lima) kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.
    3. Pembiayaan termasuk Takaful / Insurans kenderaan dan cukai jalan.

    Nota perlindungan dikeluarkan dengan serta merta. Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke rumah anda.

    Kebajikan

    Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal

    Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal. Dibahagikan kepada 3 bahagian

    1. Sekolah Rendah
    2. Sekolah Menengah
    3. Universiti / Profesional

    Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak

    1. Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
    2. Bayaran balik RM150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
    3. Anak anggota layak memohonnya.
    4. Dua orang penjamin.

    Sumbangan untuk Anggota Setia

    1. Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.

    Pencarum terbaik.

    1. Keanggotaan terbaik.
    2. Pendidikan
    3. Seminar Keanggotaan

    Anugerah

    1. Anugerah anak cemerlang
    2. Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

    Khairat Kematian

    Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

    Wasiat

    Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

    • KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Amanah Raya Berhad, syarikat amanah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memberi perkhidmatan penulisan Wasiat atau ‘Will’ kepada semua anggota Koperasi TNB dengan kos yang berpatutan. Faedah Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad
    • Pelantikan Wasi (pemegang amanah) untuk mentadbirkan harta pusaka selepas kematian. Memudahkan proses pentadbiran harta pusaka. Memudahkan pengagihan harta pusaka kepada waris yang tinggal. Mengelakkan harta pusaka dibekukan dan mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
    • Mengelakkan perbalahan di kalangan ahli keluarga
    • Penulisan Wasiat atau ‘Will’ ini boleh dibuat dengan mudah, cepat dan ringkas dengan kos sebanyak RM210.00 seorang sahaja.

    Kemudahan pembayaran

    1. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji untuk anggota KOPTNB. Ciri-ciri utama Wasiat atau ‘Will’

    Dokumen

    1. Sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil dan waras
    2. Pewasiat menandatangani Wasiat atau ‘Will’ dalam keadaan waras
    3. Pelantikan Amanah Raya Berhad sebagai Wasi (pemegang amanah)
    4. Hubungi pegawai kami En. Zulfaqhar 03-22823670 atau 019-3558119 untuk penerangan lanjut. Boleh juga merujuk laman web www.moreclass.com.my untuk maklumat lanjut.

    Koptown Hotel Address

    KopTown Hotel Kuala Lumpur
    NO 68, Wisma Pantai
    Jalan Pantai
    59200, Bangsar Kuala Lumpur
    Malaysia

    CONTACT

    Tel. No: +603 2202 2722
    Fax No: +603 2201 2251

    E-mail: kualalumpur@koptown.com.my
    koptown.com.my

    Pembiayaan Peribadi Popular

    Bai’ Al-‘Inah

    Definisi

    Pembiayaan Bai’ Al-‘Inah merupakan salah satu produk kewangan yang ditawarkan oleh KOPTNB. Skim ini bertujuan menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak perniagaan jual beli dan bayaran tertangguh dengan prinsip syariah. Pembiayaan ini sesuai untuk anggota yang ingin mendapatkan wang tunai bagi tujuan peribadi dengan syarat dan terma yang jelas dan adil menurut hukum syariah.

    Koperasi TNB menawarkan beberapa jenis pembiayaan Bai’ Al-‘Inah dengan ciri dan syarat yang berbeza, sesuai dengan keperluan anggota. Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan yang boleh dipohon oleh anggota:

    Bai’ Al-Inah Berjamin

    Pembiayaan Bai’ Al-Inah berjamin adalah jenis pembiayaan yang memerlukan penjamin untuk kelulusan. Berikut adalah terma utama pembiayaan ini:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM35,000
    • Penjamin: Minimum 2 orang penjamin diperlukan
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 84 bulan
    • Levi Pembiayaan: RM5 bagi setiap RM1000 pembiayaan

    Bai’ Al-Inah Yuran

    Jenis pembiayaan ini ditawarkan berdasarkan yuran yang dikenakan kepada anggota koperasi. Syarat utama adalah seperti berikut:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: 90% daripada jumlah yuran
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 84 bulan

    Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin

    Bagi anggota yang tidak mempunyai penjamin, Bai’ Al-Inah tanpa penjamin menawarkan pembiayaan dengan syarat tertentu:

    • Jumlah Maksimum Pembiayaan: RM15,000
    • Kadar Perkhidmatan: 5.9% setahun (sama rata)
    • Tempoh Bayaran Ansuran: 48 bulan
    • Kewajipan: Anggota wajib mencarum
    • Takaful/Insurans: Minimum RM20 sebulan

    Pembiayaan Qard

    Selain Bai’ Al-Inah, Koperasi TNB juga menawarkan pembiayaan Qard yang bertujuan membantu anggota untuk tujuan peribadi seperti perayaan, perubatan, kemalangan, persekolahan anak, dan pengebumian. Berikut adalah terma dan syarat untuk pakej pembiayaan ini:

    • Jumlah Pembiayaan Minimum: RM1000
    • Jumlah Pembiayaan Maksimum: RM3000 (dalam gandaan RM100)
    • Bayaran Proses:
      • RM50 untuk pembiayaan RM1000 – RM1500
      • RM75 untuk pembiayaan RM1600 – RM2000
      • RM125 untuk pembiayaan RM2100 – RM3000
    • Tempoh Bayaran Ansuran:
      • 12 bulan untuk pembiayaan RM1000 – RM2000
      • 18 bulan untuk pembiayaan RM2001 – RM3000
    • Tanpa Penjamin: Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin

    Kelebihan Pembiayaan

    Kadar Perkhidmatan Kompetitif

    Kadar perkhidmatan yang ditawarkan adalah 5.9% setahun (sama rata), yang sangat kompetitif berbanding dengan produk pembiayaan lain yang ada di pasaran.

    Tempoh Bayaran Yang Fleksibel

    Pembiayaan ini menawarkan tempoh bayaran ansuran yang fleksibel antara 48 hingga 84 bulan, memudahkan anggota menguruskan kewangan mereka.

    Pembiayaan Tanpa Penjamin

    Pembiayaan Bai’ Al-Inah Tanpa Penjamin membolehkan anggota yang tidak mempunyai penjamin untuk memohon pembiayaan sehingga RM15,000.

    Kewajipan Mencarum

    Anggota yang mengambil pembiayaan ini diwajibkan untuk mencarum, yang memberi faedah tambahan dalam jangka masa panjang.

     #koperasi #KoperasiServices #KoperasiTNB 

    Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

    Hubungi KOPTNB

    • Tel: 03–22824660
    • membersmail@ktnb.com.my
    • Fax: 03–22827680
    • Koperasi Tenaga Nasional Berhad
      96, Jalan Bangsar
      59200 Kuala Lumpur

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

    • delete

      UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…

      Teruskan membaca

    • delete

      Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…

      Teruskan membaca

    • delete

      Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…

      Teruskan membaca

    • Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions

      Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…

      Teruskan membaca

    • delete

      Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…

      Teruskan membaca

    • delete

      Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…

      Teruskan membaca

    • Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes

      Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…

      Teruskan membaca

    • Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia

      Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…

      Teruskan membaca

error: Content is protected !!