Tag: KoperasiIskandarMalaysiaBerhad

  • Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop): Peneraju Kedai Harga Patut

    Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop): Peneraju Kedai Harga Patut

    Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop)

    Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCoop) menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. Terletak di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan. Dapatkan info lanjut di sini!

    Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Kedai Harga Patut Muafakat Johor

    Pengenalan

    Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor. Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Kedai Harga Patut Johor

    Produk

    Kedai Harga Patut Johor

    JOHOR BAHRU: Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) menyasarkan pembukaan 20 Kedai Harga Patut Muafakat Johor tahun ini, tertumpu di lokasi berpotensi dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata langkah itu sejajar dengan langkah memperluaskan perkhidmatan kedai konsep berkenaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat negeri itu.

    Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini. “Langkah untuk mengembangkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini juga bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih rendah daripada pasaran.

    “Ketika ini, kami sedang menilai 10 koperasi yang akan membuka cawangan kedai berkenaan dalam fasa pertama, dan 10 lagi dalam fasa kedua bermula dari Julai ini sehingga akhir tahun. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor bersempena program My Farm Outlet di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad imCoop, Syed Salim Syed Mohamed. Cawangan terbaharu itu adalah usahasama imCoop dengan Unit Strategi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian (MOA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

    Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014. Md Jais berkata, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.

    *Source: https://www.bharian.com.my

     #koperasi #KoperasiServices #KoperasiIskandarMalaysiaBerhad 

    Hubungi IMCoop

    • Call Center: 07-364 3229
    • Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop
      NO 78, 78-01, 78-02,
      JALAN ECO-CASCADIA 6/2, TAMAN SETIA ECO CASCADIA
      81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!