Tag: KOOPDBP

  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka (KOOP DBP): Dapatkan Buku ‘Best Seller’ Disini

    Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka (KOOP DBP): Dapatkan Buku ‘Best Seller’ Disini

    Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka (KOOP DBP)

    Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka (KOOP DBP) adalah sebuah mercu tanda Kuala Lumpur yang mempunyai banyak cawangan antaranya di Melaka, Perak dan lain-lain. Dapatkan info mengenai koperasi disini.

    Pengenalan

    Sejarah

    KOOP DBP telah didaftarkan pada 14 April 1972 di bawah Ordinan Sharikat Bekerjasama-sama Tahun 1948 dengan nama Sharikat Kerjasama Serbaguna Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad dengan nombor pendaftaran 4715. Syarikat beroperasi di bangunan kantin DBP & perniagaan berasaskan pinjam-meminjam dan jimat-cermat.

    Tarikh Penting

    Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:-

    • 15 September 1983 – Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP menyewa rumah kedai di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebagai pusat operasi
    • 1 Oktober 1983 – Telah dilantik menjadi pengedar buku DBP untuk SPBT dan pasaran terbuka
    • 10 November 1983 – Membeli rumah kedai 3 tingkat di Taman Nirwana, Ampang dengan harga RM232,500.00
    • 11 Julai 1984 – Membeli satu unit kedai di tingkat satu, Safuan Plaza, Kuala Lumpur dengan harga RM400,200.00
    • 31 Julai 1984 – Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP beroperasi di lobi bangunan lama DBP
    • 1 April 1988 – Pejabat pentadbiran dan kewangan berpindah ke bangunan sendiri di Taman Nirwana manakala kedai buku beroperasi di bahagian hadapan bangunan lama berhampiran Bilik Latihan DBP
    • 27 November 1996 – Menukar nama kepada Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad melalui pindaan Undang-Undang Kecil
    • 1 Mac 2001 – Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP menerima Anugerah Kualiti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia
    • 7 Julai 2004 – Keseluruhan operasi berpindah ke bangunan baharu DBP
    • 24 Jun 2005 – Menerima Anugerah Khas Aktiviti Pengguna dari Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia
    • 15 Ogos 2007 – Membeli rumah kedai 2 tingkat di Taman Tasik Utama, MITC, Melaka dengan harga RM237,12.36
    • 7 Mac 2010 – Diberikan penarafan 3 bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tersenarai di tempat ke-78 dalam senarai 100 Koperasi terbaik Malaysia
    • 28 Jun 2009 – Menukar nama kepada Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad selaras dengan pengembangan operasi ke Sabah dan Sarawak
    • 27 November 2008 – Membeli rumah kedai 4 tingkat di Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi dengan harga RM1.67 juta
    • 1 Ogos 2011 – Menguruskan pengedaran keseluruhan BTSP terbitan DBP ke pengedar-pengedar di seluruh negara yang merangkumi urusan penerimaan daripada pencetak, pengeluaran mengikut keperluan negeri dan pengedaran melalui darat, laut dan udara yang melibatkan 14.8juta naskhah buku dengan nilai hampir RM98 juta
    • 12 November 2012 – Membeli gudang dengan keluasan keseluruhan 10,990 kaki persegi dengan harga RM3.3 juta
    • 1 Februari 2013 – Membuka kedai buku mini cawangan Melaka di bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
    • 15 April 2013 – Menganjurkan Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja untuk mendapatkan manuskrip yang sesuai untuk diterbitkan
    • 1 Oktober 2013 – Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP membuka kedai buku di Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
    • 30 November 2013 – Telah tersenarai ditempat ke-73 dalam Kumpulan 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2013 & menerima Anugerah Khas Koperator Tahun 2013 daripada JPAN Wilayah Persekutuan.
    • Selain itu, Koperasi DBP juga telah menerima Anugerah Koperator Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan daripada JPAN Wilayah Persekutuan
    • 2 September 2014 – Menerbit dan melancarkan 10 judul novel kanak-kanak dan remaja yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM
    • 31 Disember 2014 – Mempunyai 707 orang anggota yang terdiri daripada staf dan pesaran DBP.
    • Di peringkat pentadbiran pula, Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP  mempunyai 33 orang kakitangan yang terdiri daripada 13 orang eksekutif dan 20 orang bukan eksekutif.

    Hubungi KOOP DBP

    Maklumat Am

    Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP Tarikh ditubuhkan 14 April 1972 | Bil. Pendaftaran Koperasi 4715 | No. Pendaftaran Kementerian Kewangan 327-00014900

    JUMLAH MODAL Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka KOOP DBP (sehingga 31 Disember 2014) | Modal Saham Anggota RM467,251 | Modal Yuran Anggota RM5,119,375 | Simpanan Khas Anggota RM815,978 | Jumlah Aset RM13,869,870

    support@koopdbp.com.my

    BANK Bank Islam (M) Berhad
    Cawangan Jalan Tun Razak
    Menara Lembaga Tabung Haji
    50450 KUALA LUMPUR

    RHB Bank Berhad
    Cawangan Kenanga Wholesale
    City Jalan San Peng
    50460 KUALA LUMPUR

    JURU AUDIT Zhal Ghani & Co (AF 1452)
    2766-C, Jalan Changkat Permata
    Taman Permata
    53300 KUALA LUMPUR

    PANEL PEGUAM Tetuan Mohamed Noor, Amran & Yoon
    No. 20-3B, Jalan Suria Setapak
    Batu 4 1/2, Jalan Gombak
    53000 KUALA LUMPUR

    Pusat Operasi

    Pejabat & Kedai Buku Utama
    Aras Bawah, Bangunan Lama DBP
    Jalan Dewan Bahasa
    50460 KUALA LUMPUR

    Tel: 03 – 2145 5501
    Faks: 03 – 2145 5505
    Emel: kedaibuku@koopdbp.com.my

    Kedai Buku Cawangan Melaka
    No. 86. Jalan TU 42, Taman Tasik Utama
    75950 MELAKA

    Tel./Faks: 06 – 232 5655

    Kedai Buku Cawangan Bangi
    B-G-08, Jalan Medan PB5
    Seksyen 9, Paragon Point
    43650 Bandar Baru Bangi
    SELANGOR

    Tel./Faks: 03 – 8920 9555

    Kedai Buku Cawangan Teluk Intan
    No. 30, Aras Bawah
    Pusat Komersial Sentral Intan
    Jalan Sekolah
    33000 Teluk Intan
    PERAK

    Tel./Faks: 05 – 620 3996

    Stor & Pengedaran
    No. 11, Jalan Besi 1/1
    Kawasan Perindustrian Sungai Purun
    43500 Semenyih
    SELANGOR

     

    KOOP DBP Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka



    *Source: koopdbp.com.my official website

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!