Payout
Kenali apakah itu payout dalam pinjaman peribadi dan bagaimana anda boleh mendapatkan 100% atau 80% dari jumlah pembiayaan yang diluluskan. Dapatkan juga info mengenai sinking funds koperasi dan bayaran pendahuluan yang perlu dipotong terlebih dahulu?
Pengenalan
Payout didefinisikan sebagai potongan ataupun pengurangan yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman yang dipohon. Ini bermakna jumlah yang akan pemohon dapat di tangan (net cash in hand) akan berkurang disebabkan potongan yang dikenakan oleh bank dan koperasi. Sebagai contoh, sekiranya pemohon ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 dan kadar potongan yang dikenakan adalah 80% dari jumlah pembiayaan, bermakna anda akan dapat bersih ditangan sebanyak RM80,000 dari jumlah pembiayaan yang diluluskan. Jadi, inilah yang dimaksudkan dengan payout bagi pinjaman peribadi.
Mengapa Diperlukan?

Payout diperlukan untuk menampung risiko kerana pinjaman peribadi daripada koperasi ini tidak memerlukan penjamin dan tanpa cagaran. Jadi risiko yang sangat tinggi ditanggung sepenuhnya oleh koperasi menyebabkan payout ini dinaikkan ataupun diturunkan. Semuanya bergantung kepada promosi yang diberikan oleh sesuatu bank atau koperasi. Perunding kewangan akan memberitahu anda mengenai perkara ini dan anda tidak perlu berasa malu untuk bertanya soalan mengenai perkara ini.
Payout Menentukan Kadar Proses
Ya. payout yang tinggi dan rendah biasanya mempengaruhi kadar memproses permohonan pinjaman peribadi. Tetapi mengikut pengamatan dan pengalaman pihak kami, payout yang tinggi akan menguntungkan pemohon kerana peminjam dapat lebih dan bayaran bulanan akan menjadi kurang kerana tempoh pembayaran balik dipanjangkan menjadi 15 atau 20 tahun. Ada sesetengah koperasi dan bank menawarkan pembiayaan untuk tempoh bayaran balik sehingga 25 tahun.
Begitulah sebaliknya bagi keadaan payout yang dibayar rendah. Ia kurang menguntungkan pemohon tetapi proses kelulusan application menjadi sangat cepat.
Bertanyalah kepada pihak kami untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini. Sekiranya pertanyaan terlalu teknikal, maka perlulah dirujuk kepada surat perjanjian pembiayaan peribadi untuk mendapatkan kepastian.
Sinking Fund And Advance Payment
Dalam pengiraan nett amount (pemohon dapat tunai bersih ditangan), biasanya koperasi akan mengenakan sinking funds dan caj-caj lain sebelum amaun bersih dikreditkan kepada pemohon. Caj-caj lain adalah seperti bayaran ansuran bulanan, caj perkhidmatan oleh Angkasa, yuran bulanan RM30 yang perlu dibayar sekaligus (lump-sum) untuk 2 tahun dan insurans takaful perlu diambilkira. Insurans Takaful adalah penting kerana jika berlaku sebarang masalah dikemudian hari seperti berlaku kematian, maka ansuran bulanan dan baki pinjaman tidak akan dikenakan kepada waris.
Secara otomatik sekiranya anda sudah memohon pembiayaan koperasi, anda akan menjadi ahli koperasi tersebut. Berhubunglah dengan mereka untuk apa-apa maklumat seperti pembatalan yuran, mengira yuran sebagai simpanan pemulangan simpanan dari fi saham.
Biasanya bayaran pendahuluan akan dikenakan kerana pemotongan oleh pihak Biro Angkasa agak lambat iaitu selepas 2 bulan dari tarikh lulus. Jadi pihak koperasi akan mengambil bayaran ini bagi menampung ansuran bulanan yang belum dipotong lagi oleh Angkasa. Harus diingat bahawa ansuran bulanan tidak memerlukan pemohon mengkreditkan duit, tetapi pihak koperasi akan membuat pemotongan dari amaun bersih yang dikreditkan ke akaun pemohon.
Biasanya bayaran ini tidak akan dikembalikan dalam bentuk rebat kepada pemohon dan akan memberikan rebat kepada tempoh pembiayaan.
Promosi Popular
100% Dapat Tunai
Suatu ketika dahulu semasa promosi pembiayaan sedang giat dijalankan, ada beberapa koperasi yang memberikan payout sehingga 100% (peminjam dapat penuh yakni pinjam RM10 ribu dapat RM10 ribu tanpa pengurangan satu sen pun). Tetapi tidak kurang juga ada institusi kewangan yang memberikan kurang sehingga 80% dan 70% dari jumlah pembiayaan bergantung kepada promosi yang dijalankan.
Perubahan Bergantung Kepada Promosi
Bagi menjawap persoalan di atas, jawapannya ya kerana ianya ditentukan oleh situasi kewangan semasa yakni apabila terdapat promosi terbaharu dari bank dan koperasi, maka kadar payout juga akan diselaraskan mengikut kehendak pasaran (permintaan dan penawaran). Penentuan dibuat berdasarkan banyak faktor seperti tempoh pinjaman (10 tahun loan tenure, 15 tahun atau 20 tahun maksima), kadar interest rate semasa (keuntungan dalam istilah syariah ataupun islamic financing), persetujuan lembaga pengarah koperasi, faktor ekonomi semasa dan lain-lain faktor. Jadi akan berubah mengikut promosi terkini.
50% Dapat Tunai
Buat masa ini, kadar payout menjadi semakin sedikit sehingga 50% dari jumlah pinjaman peribadi. Anda dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan promosi ini kerana ini akan mendatangkan kerugian yang amat besar kepada anda pada masa akan datang. Anda disarankan mengambil pinjaman peribadi koperasi dengan kadar yang standard di antara 80% dan ke atas walaupun anda akan mendapat tunai bersih ditangan yang sedikit. Fikirkan jika anda tidak mendapat separuh dari jumlah tunai yang anda pinjam dan anda harus membayar interest rate setiap tahun selama tempoh pembiayaan.
Walaubagaimanapun, keputusan akhir ditangan anda kerana anda berhak menentukan apa yang terbaik. Jika anda sanggup dengan mendapat separuh dari jumlah amaun yang diluluskan, anda juga harus menerima hakikat bahawa anda telah dikuasai oleh nafsu kewangan yang meruap-ruap. Tetapi amat memeranjatkan kerana, pinjaman 50% dapat tunai adalah pembiayaan yang sangat popular suatu ketika dahulu.
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Minda Jana Duit
Minda Jana Duit Perbezaan Mindset: Orang Ada Duit vs. Orang Takde Duit Bagaimana Orang Berduit Menjana Kekayaan Peluang Pelaburan dan Perniagaan Orang yang mempunyai wang…
-
Pengurusan Hutang: Rahsia Ketenangan Fikiran
Tips Pengurusan Hutang: Ketenangan Fikiran di Tengah Tuntutan Kewangan Dapatkan ketenangan fikiran dengan tips pengurusan hutang yang praktikal. Terangkan tekanan kewangan anda dan nikmati hidup…
-
Amalan Menabung dan Kelebihannya
Amalan Menabung dan Kelebihannya Menabung wang boleh menjadi amalan bijak yang membantu anda menyediakan masa depan anda, mengelakkan hutang terkumpul dan mengendalikan perbelanjaan yang tidak…
-
Kebankrapan Penjawat Awam – Punca dan Penyelesaian
Kebankrapan Penjawat Awam Penjawat awam tidak terkecuali daripada muflis. Malah, memfailkan kebankrapan boleh memberikan pelepasan daripada hutang kad kredit, bil perubatan, hutang cukai dan hutang…
-
Ketahui Punca Muflis: Pengurusan Kewangan Terbaik!
Apakah 10 Sebab Muflis? Kebankrapan atau muflis boleh disebabkan oleh pelbagai sebab seperti kehilangan pekerjaan, bil perubatan, hutang pengguna, kos sara hidup yang tinggi, penurunan…
-
Kebankrapan: Panduan Terbaik dari Pakar Kewangan!
Mengapa Kebankrapan Menyukarkan Hidup? Kebankrapan bukan sahaja memberi kesan kewangan, tetapi juga boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan seseorang. Antara sebab utama mengapa kebankrapan menyukarkan hidup…
-
Pendapatan Sampingan: Panduan Mudah untuk Sesiapa Sahaja!
Bagaimana Mendapatkan Pendapatan Sampingan dengan Mudah Sekali? Mendapat pendapatan sampingan tidak semestinya sukar. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan aliran pendapatan pasif yang berterusan, daripada memulakan…
-
Menambah Pendapatan: Panduan Terbaik Kini Dibongkar!
10 Cara Terbaik Menambah Pendapatan Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan anda! Cuba bekerja bebas, memulakan kerja sampingan atau mendapatkan pekerjaan kedua. Anda juga boleh…