Cari Pinjaman Peribadi Lain?
Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang KOPERDA
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Summary
- Koperasi Name: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
- Abbreviation / Code Name: PERDA
- Koperasi Promotion Name: General Info
About Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang KOPERDA
KOPERASI PERDA PULAU PINANG BERHAD ditubuhkan pada 28 Oktober 2016 dengan No. Daftar P-5-0778. Misi – Menjadikan Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang sebagai koperasi termaju. Visi – Menyediakan perkhidmatan dan pulangan yang terbaik bagi menaiktaraf hidup anggota. Meneroka peluang-peluang perniagaan yang berdaya maju dan memberi pulangan terbaik. Mewujudkan pengurusan yang cekap, progresif, telus, berdisiplin dan berdaya saing.
Laporan Korporat Koperasi KOPERDA
Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang terdari dari 12 anggota Lembaga Pengarah yang berperanan dalam merangka dan mengelola hal-hal ehwal koperasi yang diamanahkan dan sama-sama meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Anggota Koperasi KOPERDA berjumlah 219 orang. Fungsi utama koperasi adalah mengadakan skim pinjaman dan kemudahan kredit kepada anggota disamping menjalankan aktiviti perkhidmatan bekalan makanan, perkhidmatan, pelancongan dan pembekalan bahan binaan disamping aktiviti kebajikan dan pendidikan untuk manfaat anggota.
Perkhidmatan Kami - Perumahan
Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang KOPERDA telah melaksanakan dua projek perumahan iaitu Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1 yang terletak di Seberang Perai Selatan dan Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang yang terletak di Daerah Barat Daya.
Projek Perumahan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1 daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang adalah terdiri daripada Rumah Teres 2 Tingkat yang mempunyai empat (4) bilik tidur dan tiga (3) bilik air. Ianya berada pada kedudukan 5.213447 (Latitude) dan 100.501477 (Longitude) dan berstatus Hakmilik Kekal. Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya
Industri Kecil Sederhana (IKS)
Kilang Bimbingan dan Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Kilang Bimbingan dan Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dibangunkan oleh Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang KOPERDA dengan matlamat untuk mewujudkan aktiviti industri asas tani di satu kawasan yang lengkap serta selesa dan mengadakan ruang untuk pembesaran. Merupakan satu program pembangunan usahawan secara bersepadu dalam aspek :
- Penyediaan Infranstruktur bangunan serta kemudahan yang lengkap;
- Pembangunan modal insan;
- Pembangunan produk; dan
- Pembangunan penjenamaan dan promosi.
Syarat Asas Permohonan Sewaan Kilang IKS
Syarikat menghasilkan produk makanan / minuman;
- Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
- Syarikat Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Keutamaan diberikan kepada syarikat yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang.
- Mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh; dan
- Mempunyai rancangan perniagaan yang baik.
Tujuan penyediaan premis adalah untuk memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan memajukan kawasan setempat. Penyediaan premis adalah selaras dengan fungsi Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang iaitu memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan PERDA. Premis-premis tersebut disewa kepada golongan sasar dengan kadar sewaan minimum.
KOPERDA Food Park (PFP)
Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Food Park (PFP) di Kubang Menerong Tasek Gelugor merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan industri pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian di negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, 28-unit bangunan kilang IKS di PFP yang telah dibangunkan oleh Koperasi KOPERDA untuk disewakan di atas tapak berkeluasan 150 ekar.
Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang KOPERDA - Tech
Institut Kemahiran Tinggi atau Advanced Technical Institute KOPERDA – TECH) merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Kod Berdaftar P/IPK/39/A [001] dan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kod Pendaftaran K09007. PERDA-TECH telah mula beroperasi sebagai Pusat Latihan sejak tahun 1987 dengan keluasan seluas 88 ekar.
Pada 16 Disember 2007, Pusat Latihan Koperasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi dengan penyusunan semula ke atas kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai institut pengajian yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Dan Diploma Kemahiran Malaysia menawarkan kursus yang mendapat dari pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Selain itu, sebagai nilai tambah kepada graduan program-program di PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti CISCO untuk bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.
https://perda.gov.my
Hashtag / Keywords
Contact Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- Tel: 04-314 1100
- webmaster@perda.gov.my
- Fax: 04-310 3178
- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
1, Lorong Kampung Gajah 2, Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang - Opening Hours: Monday to Friday 9.00am-5.00pm