Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas)

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad menawarkan produk pinjaman peribadi dengan kadar yang istimewa. Dana diperolehi dari Maybank. Pihak Kowamas akan membuat semakan melalui OCCIS sebelum pinjaman diluluskan. Sekiranya pemohon mempunyai rekod blacklist dari mana-mana bank juga blacklist Maybank wajib untuk settle blacklist.

Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Malaysia Berhad Kowamas Personal Loan

Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja. Mohonlah dengan agen kami sekarang.

Pengenalan

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas), (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.

Pada penghujung 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi.

Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.

Kowamas, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.

Disamping itu, kami juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.

Tarikh

3 Januari 2018: Pengumuman terkini pinjaman peribadi kowamas. Sekarang ini pihak kami tidak dapat meneruskan urusan permohonan kerana tidak mendapat mandat dari Kowamas urusan permohonan loan baru.

Anda boleh merujuk dengan pinjaman koperasi yang lain yang menawarkan pembiayaan yang lebih baik.

Sila baca halaman laman sesawang kami di laman web ini ataupun di laman web yang lain seperti personalfinancingloan.com untuk mendapatkan informasi terbaik loan dari koperasi dan institusi kewangan yang lain.

Untuk mendapatkan baki terkini dan surat full settlement, sila berhubung terus dengan HQ Koperasi Kowamas terletak di Kelana Jaya, Selangor.

Kelebihan

Dividen dan Keanggotaan

Keanggotaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa.

Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

Kowamas diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Keanggotaan Kowamas seperti berikut:

  • Anggota Setakat 2008 – 1,355 Anggota
  • Anggota Setakat 2009 – 5,576 Anggota
  • Anggota Setakat 2010 – 5,183 Anggota
  • Anggota Setakat 2011 – 1,589 Anggota
  • Anggota Setakat 2012 – 2,016 Anggota
  • Anggota Setakat 2013 – 2,279 Anggota
  • Anggota Setakat 2014 – 10,107 Anggota
  • Anggota Setakat 2015 – 4,930 Anggota
  • Anggota Setakat 2016 – 5,225 Anggota
  • Anggota Setakat 2017 – 667 AnggotaJumlah Anggota Setakat 2017 – 38,441 Anggota

Dividen

Dividen Kowamas adalah tertakluk kepada Kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui pengistiharan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT).

Skim Persaraan

Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa.

Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Bantuan Pengajian Tinggi

Bantuan Pengajian Tinggi Kowamas ini adalah merupakan bantuan pengajian kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam pengajian mereka.

Dan dengan bantuan ini, anak-anak anggota dapat melanjutkan pengajian mereka di universiti tempatan atau luar negara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad.

Pinjaman Peribadi Popular

New Rates: 5.95% p.a

3 August 2016: Pengumuman terkini pinjaman peribadi Kowamas. Ya ini adalah kadar interest baru. Interest baru 5.95%. Kiraan: Payout 90% tolak advance 5 bulan. Dana dari mbsb, ctos tinggi akan reject.

Boleh buka akaun kedua tidak perlu overlap pinjaman sedia ada. Terbuka kepada kakitangan awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Peringatan penting: Sila pastikan salinan IC 3 copy yang disahkan benar-benar jelas. Jika kowamas mendapati tidak jelas, maka pemohon perlu mengesahkan semula 3 salinan ic dan ini tentunya akan membuang masa.

Jika masa hendak membuat semula salinan IC berlaku antara 20 haribulan ke atas, anda digalakkan untuk mengesahkan juga penyata gaji bulan berikutnya. Contohnya 20hb Julai 2016, sebaik-baiknya ada menunggu empat atau lima hari lagi untuk mencetak penyata gaji ogos 2016 dan dihantar sekaligus (salinan ic 3 copy disahkan dan penyata gaji ogos 2016 sebanyak 3 copy disahkan).

New Rates: 5.85%

29 January 2016: Pengumuman terkini pinjaman peribadi kowamas. Maaf sekarang ini susah untuk approve kerana mengikut rules and regulation dari Bank Negara (BNM) seperti jika alamat ic di bandar, maka gaji bersih selepas kelulusan permohonan mestilah RM1,500. Pemohon harus disertakan payslip pasangan 3 bulan untuk combine gaji bersih kerana mengikut sistem DSR dan proses mengambil masa yang lama untuk lulus. Ramai pemohon gagal kerana prosedur yang ketat dan mereka beralih dengan memohon dengan Kobeta pula.

Prosedur Pembiayaan

1 January 2016: Permulaan tahun baru dari Koperasi Wawasan Malaysia Berhad yang agak ketat prosedurnya. Salam sejahtera, bermula Januari 2016, promosi pinjaman peribadi kowamas adalah seperti kadar interest sama iaitu 5.85%, kadar payout menjadi 90% tolak Rm360 tolak advance 3 bulan.

Mestilah mempunyai akaun dengan maybank (akaun simpanan, akaun semasa dan lain0lain). Proses dalam 3-4 minggu. Dalam 1-2 minggu jika dokumen lengkap akan dapat panggilan akad dari koperasi. Komitmen tinggi layak.

Kriteria terbaharu: Sila maklumkan jika alamat pada kad pengenalan anda beralamat di bandar atau kampung kerana buat masa ini Personal Loan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad akan mengambil kira jika alamat bandar maka selapas membuat loan gaji bersih mestilah tidak kurang dari Rm1,000 manakala bagi pemohon bukan alamat bandar maka gaji bersih selepas buat loan mestilah tidak kurang dari Rm700.

Berasaskan patuh syariah (shariah compliant). Sekiranya pemohon ingin duit dengan kadar cepat bolehlah memohon dengan loan Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).

Promosi 2016 Payout 93%

Ya promosi terkini dari Kowamas telah berlansung sekarang ini. Nikmati kadar keuntungan syariah dari 5.85% dan pinjaman selama 10 tahun maksima. Kini, permohonan pembiayaan ini menggunakan dana Bank Muamalat dan bukannya dari Maybank lagi.

Setakat ini payout adalah seperti 93% payout tolak processing fee RM530. Proses dalam sebulan dapat duit. Jadi mohonlah sekarang. Anda boleh memohon pinjaman peribadi Yayasan Ihsan Rakyat bersama-sama dengan Kowamas pada masa yang sama.

Caranya adalah memohon yayasan ihsan dahulu dan selepas itu anda mempunyai pilihan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi dengan Kowamas pula sekiranya anda memerlukan lebih banyak duit lagi.

Komawas 4.99% – 5.15%

Antara faedah menjadi anggota Kowamas: 

  1. Pulangan dividen yang tinggi
  2. Derma khairat kematian bagi kematian anggota, isteri/suami serta anak-anak anggota.
  3. Derma untuk meringankan beban sara hidup anggota di timpa bencana alam.
  4. Bantuan melanjutkan pelajaran (further study) kepada anggota atau anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tertentu.

Kemudahan pembiayaan peribadi berlandaskan konsep syariah. Promosi terkini ini didatangkan dengan kriteria seperti berikut iaitu:

  • Dikhaskan Kerajaan (AG dan non-AG) serta badan berkanun GLC terpilih sahaja
  • Berjawatan tetap dan kontrak layak memohon. (Kontrak di Jabatan Kebajikan Masyarakat diterima. Selain dari itu setakat ini tidak dibenarkan).
  • Bagi tempoh pembiayaan sekarang ini selama 10 tahun. Cara bayaran balik melalui potongan gaji menggunakan potongan biro angkasa.
  • Kadar keuntungan serendah 4.99% untuk tempoh 2 tahun pembiayaan. Jika tempoh pinjaman melebihi 2 tahun, maka interest rate automatically menjadi 5.15% flat rate.
  • Kelulusan segera 2-4 minggu tertakluk kepada bahagian processing dan reimburse sistem batch dari bank. Permohonan yang lulus akan masuk ke dalam batch number bagi tujuan bank in duit. Ini bermakna pemohon mendapat duit pinjaman selepas pembayaran batch number pemohon.

Untuk mendapatkan jadual pembayaran personal loan yang terbaharu dari Kowamas, sila klik Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi Koperasi.

Kowamas 5.2%

Kriteria pembiayaan peribadi seperti dibawah:-

  1. Kadar keuntungan tetap 1-2 tahun 4.99% dan 3-10 tahun adalah 5.2%.
  2. Tempoh pembiayaan (Loan tenure) sehingga 10 tahun max.
  3. Payout 80%.
  4. Berpendapatan Rm1,500 dan ke atas.
  5. Pembiayaan maksima sehingga RM200,000.
  6. Tempoh proses 6-8 minggu. Jika ada blacklist perlu diselesaikan atau sebarang pinjaman@komitmen dengan Maybank, permohonan akan ditolak.
  7. Yuran RM30 tolak Angkasa fee 0.6%.
  8. Mestilah berkhidmat setahun ke atas.

Sekiranya tidak mahu menunggu lama boleh cuba memohon dengan Koperasi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dan Yayasan Perlis RCE masing-masing dengan promosi hebat untuk semua.

Kowamas 5.60% 20 Tahun

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan pinjaman peribadi Koperasi Kowamas.

  1. Interest ada beberapa klasifikasi iaitu 4.99% untuk 2 tahun, 5.20% 3-10tahun, 5.40% untuk 11-15 tahun dan 5.60% untuk 16-20 tahun.
  2. Payout 94% untuk pinjaman peribadi sehingga 10 tahun, 93% sehingga 15 tahun dan 92% untuk 20 tahun.
  3. Tempoh pembiayaan panjang iaitu sehingga 20 tahun.
  4. Amaun pembiayaan maksima RM200 ribu.
  5. Pembiayaan peribadi tanpa penjamin.

Kakitangan Pos Malaysia juga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sangat dialu-alukan untuk membuat pinjaman peribadi dengan Kowamas.

Buat masa ini tempoh pemprosesan adalah 10 hari bekerja tertakluk kepada dokumen mestilah lengkap. Kakitangan awam, state, Majlis Perbandaran serta lain-lain GLC tidak terkecuali untuk membuat Personal Loan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad.

 #pinjamanperibadi #koperasi #KOWAMAS 

Hubungi Kowamas

  • Tel: 03-78044244 / 4426
  • Kelana Jaya Business Centre,
    207, Jalan SS 7/2, Kelana Business Centre,
    47301 Petaling Jaya, Selangor
  • Opening Hours:
    8.30am-6pm (Monday-Friday)

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!