Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK)
KOPESADIK menyediakan pelbagai kemudahan kewangan termasuk pinjaman peribadi, pembiayaan patuh Syariah, dan sokongan ekonomi untuk kakitangan kerajaan, GLC, dan pekerja sektor swasta. Dengan proses permohonan yang mudah, kadar faedah kompetitif, dan kelulusan pantas, KOPESADIK membantu anda mencapai kestabilan kewangan dengan yakin. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – masa depan kewangan anda bermula di sini!

Mengapa memilih Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad?
Ini antara sebab mengapa wajib memilik Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad seperti berikut:-
- DIPERCAYAI: Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
- MUDAH: Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
- TELUS: Permohonan diproses secara telus dan jujur
- CEPAT: Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja
Pengenalan
Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah didaftarkan dibawah subsekyen 18(3) Akta Koperasi 1993 pada 2 Mei 1972. Ia pada asalnya dinamakan Koperasi Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Anggota pada ketika itu hanyalah terhad kepada perkhidmatan kakitangan kerajaan dalam sektor pendidikan.
Pada 10 Mei 1998, nama Koperasi Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Pendidikan telah ditukarkan kepada Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK) dimana anggota dibuka kepada semua kakitangan berumur 18 tahun keatas yang bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta. Kawasan operasi Koperasi ialah diseluruh Malaysia.
Misi dan Visi
MISI: Membina asas kemajuan Koperasi melalui aset dan kemudahan kredit.
VISI: Peneraju dalam urusan pembiayaan kredit dengan membantu Anggota menyelesaikan masalah kewangan.
OBJEKTIF: Untuk menjadikan Koperasi antara salah satu Koperasi yang mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
MATLAMAT: Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya mengikut prinsip Koperasi.
Mengapa KOPESADIK?
- Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
- Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
- Permohonan diproses secara telus dan jujur
- Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja
Dipercayai Sejak 1972
Kami menyediakan kemudahan perkhidmatan Pembiayaan Berkonsepkan Syariah Al-Tawarruq khas untuk penjawat awam, badan berkanun dan swasta. Pelbagai perkhidmatan lain seperti penyewaan unit kondominium dan rumah kedai, pembekal barangan kesihatan, kecantikan dan banyak lagi.
Melancong Dulu Bayar Kemudian
Jangan risau, Kopesadik boleh membantu masalah kewangan anda untuk meluangkan masa bersama keluarga. Jom mohon pembiayaan pelancongan di Kopesadik! Melancong dulu baru bayar tau. Banyak manfaat nya, Inshaallah
Pembiayaan untuk Perniagaan
Setiap orang mempunyai cita-cita untuk memulakan perniagaan yang boleh membantu mendapatkan pendapatan sampingan. Sesetengah perniagaan memang memerlukan modal permulaan yang agak besar. Kami di sini bersedia menyelesaikan masalah kewangan anda. Pembiayaan peribadi kami yang cepat dan tidak rumit boleh mempercepatkan proses perniagaan anda.
Shopee – Kopesadikshop
Sekarang anda boleh buat pembelian di Shopee Kopesadikshop kami! Dapatkan barangan face mask, hand sanitizer, dan Unico base cream di sini. Banyak lagi product yang bakal menanti anda! Tunggu okay? Layari: www.shopee.com.my/kopesadikshop. Terima kasih sudi menyokong Kopesadik
Aset dan Bangunan
Pejabat Kopesadik
Pejabat Kopesadik mula beroperasi pada tahun 1972 sehingga kini. Ia merupakan ibu pejabat rasmi Warga Kopesadik menjalankan operasi harian dan Anggota yang mahu berurusan dengan pihak Pegawai Koperasi. Waktu Operasi dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat sahaja. Tidak dibenarkan berurusan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum.
Sri Impian Kondominium, Brickfields
Koperasi memiliki 2 unit aset rumah di Sri Impian Kondominium, Brickfields. Kondominium ini berkeluasan 1,500 persegi, 4 bilik dan 2 bilik air. Kondomnium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, trek jogging, dewan squash dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan KL Sentral, Kuil, Sekolah, The Little India, Gereja, Mid Valley Megamall dan Stesen LRT Bangsar. Terdapat banyak kemudahan awam seperti LRT, MRT, ETS, Bas Rapid KL , KL Monorail, Kedai Serbaneka, Restoran dan juga Dobi.
Danau Murni Kondominium
Koperasi memiliki 3 unit aset rumah di Danau Murni Kondominium. Kondominium ini berkeluasan 714 persegi, 3 bilik dan 2 bilik air. Kondominium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, taman permainan dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti KTM dan Bas Rapid KL
Bangunan Bangsar Utama
Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan Bangsar Utama. Bangunan Bangsar Utama ini terletak berdekatan dengan Etika, Dataran Maybank, The Little India, Brickfields, KL Sentral, KTM Komuter Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, Angkasapuri dan Bangsar South. Kemudahan awam juga mudah didapati di sini seperti LRT, KTM, KLIA EXPRESS, KL Monorail, Rapid KL Bus dan Shuttle Bus.
Bangunan MITC, Melaka
Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan di MITC Melaka. Keluasan bangunan ini ialah 148 persegi. Bangunan MITC Melaka ini terletak berdekatan dengan MITC Melaka, Restoran, Taska, kedai haiwan peliharaan, kedai percetakan, spa dan banyak lagi. Kawasan ini merupakan tumpuan penduduk Ayer Keroh, Melaka.
Keanggotaan

Kelayakan terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan pekerja swasta.
Syarat
Syarat menjadi anggota
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan Koperasi
- Bebas dari berkuatkuasa sabitan bagi kesalahan boleh daftar, bankrap atau pernah dibuang daripada keanggota mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun
Kelebihan
Kelebihan menjadi anggota:
- Sumbangan Kematian ahli keluarga Anggota Koperasi (Ibu, Bapa, Anak, Isteri dan Suami)
- Sumbangan Anggota yang telah bersara mencukupi umur 55 tahun dan keatas
- Sumbangan Pendidikan
- Pembayaran dividen mengikut keuntungan Koperasi
- Sumbangan Kematian Anggota
*Tertakluk pada terma & syarat
Pengalaman Sebagai Agen
Pada masa lalu, pembiayaan Kopesadik atau KOMAJU ini sangat popular bagi kebanyakan penjawat awam di seluruh negara. Pada masa itu, walaupun banyak koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan, tetapi Koperasi Kopesadik masih lagi menjadi pilihan utama di kotak fikiran penjawat awam untuk memohon pinjaman kewangan.
Nama panjang koperasi adalah Koperasi Usahawan Maju Johor Berhad. Berdasarkan pengalaman peribadi, Koperasi Kopesadik ini banyak sekali menjadi tumpuan warga kerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pejabat koperasi yang terletak berhampiran dengan tempat kerja pemohon.
Lama-kelamaan pinjaman peribadi Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad ini menjadi semakin popular dan ramai pemohon sektor kerajaan yang membuat pinjaman baru dan selepas itu melakukan transaksi overlap loan lama dan buka akaun baru. Pada masa dahulu, tiada istilah buka akaun kedua atau ketiga ataupun beberapa akaun dalam satu koperasi kerana tiada kemudahan sebegitu rupa disediakan. Tidak seperti sekarang ini di mana hampir semua koperasi boleh menawarkan pinjaman peribadi tanpa overlap loan terdahulu.
Rancak Bisnes
Memang rancak bisnes menjadi perunding kewangan profesional pinjaman peribadi Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad KOMAJU pada masa dulu kerana kebanyakan kakitangan kerajaan yang ditemui masih ada banyak kelayakan dalam slipgaji mereka. Jadi amat mudah bagi mereka untuk memohon sesuai dengan kelayakan potongan gaji yang mereka ada. Mereka boleh memilih untuk membuat loan seminima RM10k sehingga RM200k. Ramai pemohon yang mengatakan bahawa sebab mereka memohon pembiayaan peribadi KOMAJU – KOPESADIK adalah kerana ingin memulakan bisnes / perniagaan kecil-kecilan.
Tidak kurang juga untuk menambah modal perniagaan mereka. Jadi begitulah sedikit sebanyak gambaran yang dapat diberikan pada masa yang lalu. Berdasarkan pengalaman sendiri juga, ramai pemohon yang ingin membuat overlap untuk tutup terus akaun pinjaman Koperasi KOMAJU/ KOPESADIK dan membuka akaun baru dari koperasi baru. Contohnya membuka akaun baru dari Koperasi Wawasan Malaysia atau Kowamas. Kowamas menjadi antara koperasi yang teratas sebab interest ratenya rendah. Jadi ramai agen jualan/ wakil koperasi yang berpindah untuk menghantar borang ke Koperasi Kowamas.
Sedikit info: Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad ataupun dalam bahasa Inggerisnya The Employee’s Economy Progress Co-operative Society Ltd dikenali sebagai Kopesadik atau nama lain KOMAJU telah didaftarkan dibawah akta Koperasi 1948, Bill Daftar 4721/02.05.72. Berpejabat di Rumah Kopesadik 2, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar dan Jalan Abdullah Kuala Lumpur. Koperasi ini telah lama ditubuhkan. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.
Pinjaman Peribadi Popular
Interest Rate Serendah 8.99%

Berikut merupakan maklumat yang perlu diketahui untuk pinjaman peribadi Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad KOMAJU:
- Interest rate personal financing KOMAJU ini 8.99% flat rate.
- Tempoh pembiayaan minima 2 tahun sehingga 10 tahun.
- Yuran ahli koperasi Rm30.
- 2 keping borang biro angkasa original perlu disahkan.
- Payslip tidak boleh discan cop dan pengesahan dari pegawai/ majikan.
Borang boleh di download, tidak perlu original form. Perlu mendapat kebenaran penzahiran maklumat kredit individu dari Angkasa melalui SPGA (sistem potongan gaji Angkasa), RAM kredit info (agensi pelaporan kredit) atau CCRIS termasuk bank dan institusi kewangan. Organisasi yang disebutkan tidak bertanggungjawab secara lansung atau tidak lansung di atas pendedahan sedemikian.
Low Interest 8.99% (Contract staff)
Harap maaf pinjaman peribadi Koperasi KOMAJU KOPESADIK untuk contract staff telah tamat. Kadar keuntungan 8.99%. Tetapi anda masih boleh apply loan koperasi lain.
#pinjamanperibadi #koperasi #KOPESADIK
Hubungi Koperasi KOMAJU
- Rumah Kopesadik
2, Jalan Kemuja Bangsar,
59000 Kuala Lumpur - Tel: 03-2282 3933 / 03-2282 1884
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…
-
delete
Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…
-
delete
Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…
-
delete
Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam! Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…
-
delete
Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…