Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad (PKNS)
Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad (PKNS) adalah sebuah koperasi Malaysia yang memberikan banyak perkhidmatan dan pembekalan yang hebat. Ia juga memberikan perkhidmatan kredit sebagai nadi utama perniagaan.
Pengenalan
Sejarah
Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad telah ditubuhkan mengikut Akta 502 Koperasi 1993. Sebelum Ogos 1996 Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad telah dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Serbaguna PKNS Tanggungan Berhad yang ditubuhkan pada 14hb Julai 1972 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Tahun 1948.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Menggalakkan bidang kerjasama, bantu diri dan bantu bersama di kalangan ahli.
MATLAMAT PENUBUHAN
Meningkatkan kepentingan ekonomi ahli mengikut prinsip-prinsip koperasi. Memberikan perkhidmatan yang efisyen serta berkesan demi kesejahteraan ahli.
WAWASAN
Menjadi koperasi yang mantap dan teguh dari segi ekonomi, kemasyaratan, pendidikan, keagamaan dan kebajikan demi kepentingan ahli.
MISI
Melahirkan budaya kerjasama serta jimat cermat kearah kemantapan.
FALSAFAH
Pemuafakatan Semua Dinikmati Bersama.
Perkhidmatan
Banyak perkhidmatan yang diberikan oleh Koperasi PKNS Berhad membuatkan koperasi ini sangat aktif dan cemerlang. Diantara adalah seperti dibawah:-
- Pengurusan Acara
- Membekal dan Memasang Khemah dan Peralatan
- Membekal dan Membekal Peralatan Audio
- Membekal Air Mineral
- Perkhidmatan Kredit: Sebagai sebuah Koperasi, perkhidmatan kredit adalah antara perkhidmatan utama yang menjadi nadi utama dalam perniagaan
- Vending Machine
- Pengurusan Tandas
Hubungi Kami
- Koperasi PKNS Berhad
Tingkat 2 Kompleks PKNS,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,
Persiaran Tasik
40505 Shah Alam, Selangor - Tel: 03-5511 1775
- admin@koperasipkns.com
- Fax: 03 5511 1781
