Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB mendapat anugerah Sijil Pematuhan Syariah oleh Biro Angkasa. Jom apply personal loan berlandaskan shariah compliant di sini!

Pinjaman Peribadi Koperasi KAKIB Mikro Kredit

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KAKIB
  • Koperasi Promotion Name: General Info
  • Personal Loan Promotion Period: Refer here
  • Open to: Government
  • Max Loan Amount: RM100k

About Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad - KAKIB

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad pada 30 Mei 2019. Ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan produk-produk KAKIB adalah berlandaskan syariah agar perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada anggota-anggota koperasi. Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6,000 anggota.

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang. Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan, kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.

Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK. Selari dengan moto Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara. Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan koperasi.

Keanggotaan Koperasi KAKIB

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB)

Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Permohonan

Borang permohonan untuk menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad – KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.

Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

Syarat-syarat Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun
  • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai hartatanah atau bekerja dalam Negeri Perak
  • Bukan seorang yang tidak berupaya dari segi mental atau bankrap
  • Berjawatan Tetap
PERKARABAYARAN MINIMA
YuranRM60
SyerRM 200.00 (10 BULAN X RM20)
Insurans BerkelompokRM10.00
Simpanan Khas(HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI)

Kebajikan Anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Derma Pelajaran Anak Anggota KAKIB

Kelayakan Memohon

  1. Menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad tidak kurang dari 3 tahun.
  2. Anak Kandung Anggota.
  3. Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
  4. Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.

Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun

Khairat Kematian Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Kadar Bayaran dan Kelayakan

  • RM 1500.00 atas kematian anggota KAKIB. Dibayar kepada waris yang sah
  • RM 1000.00 atas kematian suami/isteri anggota
  • RM 500.00 atas kematian ibu/bapa anggota
  • RM 500.00 atas kematian anak berumur diantara 2 minggu hingga 18 tahun

Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Dividen Tahunan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-

  • DIVIDEN 2019 = 7.1%
  • DIVIDEN SIMPANAN KHAS 2019= 8%

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad Personal Loan Interest Rate / Profit Rate

PEMBIAYAAN PERIBADI 3.90% /p.a

  • Jumlah maksimum pembiayaan personal loan adalah RM 150,000
  • Had umur adalah tidak melebihi 54 tahun dan tiada penjamin
  • Memerlukan sekurang-kurangnya 2 Penjamin untuk mereka yang berumur 54 tahun ke atas
  • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
  • Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan

PEMBIAYAAN KREDIT 3.50% /p.a

  • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 150,000
  • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
  • Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan
  • Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan seperti kereta, peralatan elektrik dan juga pengubahsuaian rumah

PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN 3.50% /p.a

  • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 30,000
  • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
  • Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 Bulan

PEMBIAYAAN PELBAGAI 3.90% /p.a

  • Pembiayaan ini disediakan bagi membaharui Insurans Am, cukai jalan, peralatan kenderaan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan koperasi
  • Jumlah maksimum pembiayaan adalah RM 5,000
  • Kelayakan maksimum tidak melebihi dari 60% daripada pendapatan bulanan
  • Kadar keuntungan adalah 3.9% setahun

https://www.kakib.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Contact Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB)

error: Content is protected !!