Koperasi Kobeta
Jangan biarkan rekod kewangan menghalang anda! Koperasi Kobeta menawarkan pinjaman peribadi patuh Syariah kepada pemohon dengan CTOS tinggi, blacklist, dan CCRIS – masih layak untuk memohon. Dengan kadar faedah berpatutan, bayaran bulanan fleksibel, dan kelulusan pantas, anda boleh capai keperluan kewangan anda tanpa tekanan. Mohon sekarang dan semak kelayakan anda secara percuma – peluang kedua bermula di sini!
Pengenalan
KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan. Pada peringkat awalnya, KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.
Penstrukturan
Pada 28 Jun 2003, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi meneruskan aktiviti koperasi dengan lebih berdaya maju. Sebagai langkah ke arah itu ia telah menukar namanya semula kepada KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD (KOBETA) bagi membolehkannya beroperasi diseluruh negara dan penggunaan nama “KOBETA” mula digunakan pada logo secara menyeluruh.
Kemajuan
Pada tahun 2004, KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004.
Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.
Hartanah
Unihome The Loft@Zetapark
Pada tahun 2012, KOBETA telah melangkah setapak lagi dalam bidang hartanah dengan pembelian satu blok 26-unit apartmen servis The Loft @ Zetapark yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Hartanah ini terletak di lokasi 8 KM dari Pusat bandar Kuala Lumpur cukup strategik di tengah bandar Setapak dan berhampiran dengan Pusat Perniagaan Platinum Walk, Hospital Columbia Asia Medical Centre dan beberapa universiti tempatan.
The Loft @ Zetapak adalah sebuah kediaman jenis apartmen servis yang dibina di atas pusat membeli-belah ‘Setapak City’ dimana terdapat 3 syarikat ternama seperti Parkson, Econsave dan MBO Cinema. Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartmen 3 + 1 bilik tidur dan 3 bilik air yang berkeluasan 1,401 kaki persegi termasuk sebuah ruang tamu dan dapur yang dilengkapi dengan kabinet dapur, penghawa dingin dan mandian air panas.
The Loft @ Zetapark ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renanang, 1 KM trek jogging, bilik sauna/jakuzi, gimnasium dan dewan serbaguna bagi kemudahan penghuni mengadakan majlis keramaian. Selain dari itu, gelanggang futsal dan badminton juga ada disediakan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan berkumpulan. Bangunan ini mempunyai tahap keselamatan yang ketat dimana ianya dikawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan.
Unit-unit kediaman ini juga di lengkapi dengan sistem interkom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan keselamatan.
Maxim Citylight
Maxim Citylight adalah Servis Apartment yang terletak di daerah Sentul, Kuala Lumpur. Hartanah ini didirikan di atas tanah seluas 90.59 ekar di mana ianya cukup strategik bersebelahan dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur, hanya 2KM daripada stesen LRT Sentul. Maxim Citylight boleh diakses melalui DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway), Sentul Link, Middle Ring 2 (MRR2) dan hanya mengambil masa 15 minit ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartment 3 + 1 bilik tidur dan bilik air yang berkeluasan bermula daripada 943kps hingga 1095 kps, setiap blok mempunyai 3 Lif. Maxim Citylight dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, landskap yang luas, gimnasium, kedai dobi, pasar mini, dewan serbaguna, kawasan mencuci kereta, surau dan satelit MATV.
Bangunan Maxim Citylight mempunyai tahap keselamatan yang ketat di mana ianya di kawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan. Unit-unit kediaman ini juga dilengkapi dengan system intercom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan.
Villa Wedding
Lake View Villa @ Titiwangsa dahulunya dikenali sebagai Villa Ukhwah. Sebuah villa berkeluasan 17,940.83 kaki persegi yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik bersebelahan Taman Tasik Titiwangsa dan kurang dari 1KM dari stesen LRT dan Monorel Titiwangsa. Villa Wedding menawarkan ruang acara yang pelbagai bergantung kepada penganjuran majlis. Majlis latihan korporat dan seminar yang melibatkan jumlah yang kecil sehingga besar, acara tahunan keluarga, pelancaran produk, berbuka puasa, rumah terbuka hari raya dan perkahwinan.
Seminar Korporat menawarkan harga yang berpatutan untuk penganjur lengkap bersama kit seminar dan refreshment. Majlis perkahwinan merupakan majlis dimana para tetamu boleh berkumpul dan menikmati suasana acara tradisi perkahwinan. Pakej perkahwinan kami termasuk bermalam selama 3 malam sepanjang majlis berlangsung. Ianya memudahkan bagi pihak keluarga dan saudara mara kerana tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat penginapan yang lain.
Ahli keluarga juga boleh meluangkan masa bersama sebelum dan selepas majlis berlangsung dengan selesa kerana penginapan kami turut dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya disamping kolam renang untuk ahli keluarga beriadah bersama. Pakej perkahwinan adalah tawaran utama kami kepada anda. Pakej lengkap perkahwinan bermula dengan harga RM59.90/pax ini termasuk menyediakan hidangan sarapan pagi, makan malam atau makan tengahari dan makan semasa majlis kenduri perkahwinan.
Pakej ini juga menyediakan perkhidmatan pelamin eksklusif, katering, dan fotografi serta khidmat anggota RELA pada hari majlis berlangsung.
Pembiayaan
Penubuhan koperasi ini pada tahun 1993 yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Bersatu Tenaga Melaka Berhad dan ditukar kepada Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). Berita baik kepada pemohon yang bermasalah kerana pihak kami menawarkan pembiayaan kepada pemohon yang mempunyai rekod bankruptcy. Semua produk pembiayaan adalah patuh syariah dan mengikut prinsip syariah antarabangsa.
Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja. Buat masa ini terdapat dua (2) pakej baru dikenali sebagai Kobeta KC2 (Fast Cash) dan C1 (Normal).
Dana Pinjaman

Terdapat 2 dana yang ditawarkan iaitu dari CIMB dan Bank Rakyat. Terma pembiayaan seperti berikut:
- Pemohon tidak boleh mempunyai CTOS jika dana dari CIMB Bank tetapi boleh ada rekod CTOS jika melalui Bank Rakyat.
- Pemohon mesti memberikan buku akaun Maybank atau penyata muka depan yang di print di branch untuk tujuan bank in duit loan ke dalam akaun. Selain dari akaun Maybank tidak diterima.
- Kadar interest 4.99%. Payout 81% tolak RM1,080 yuran 3 tahun dan tolak deposit 2 bulan. dan yuran RM30. Proses kelulusan AG: 10 hari bekerja, State: 14 hari bekerja. Bank in duit mengambil masa kerana melalui bank.
- Jawatan tetap sahaja. Bagi kakitangan kontrak yang ingin memohon (contract staff), sila ke halaman koperasi untuk pekerja kontrak.
Pinjaman Peribadi Popular
KC2 Fast Cash
Bagi yang inginkan proses kelulusan loan dengan cepat dan mudah digalakkan untuk memohon pakej pinjaman peribadi Kobeta KC2 Fast Cash. Terma seperti beriikut:
- Terbuka kepada kakitangan awam (AG) berjawatan tetap dan Polis dengan interest 4.99% setahun. Selain dari itu kadar interest adalah 5.99% (bagi slipgaji universiti awam, majlis daerah, dewan bandaraya dsb.)
- Kriteria terbaik: Pemohon yang mempunyai rekod blacklist melebihi RM30k juga layak memohon.Bagi amaun CTOS melebihi Rm30k, kadar interest menjadi 6.99%. Payout 82% tolak Rm440 fees deducted tolak advance 2 bulan.
- (Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh pinjaman peribadi bagi semua permohonan pinjaman Kobeta telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia).
- Amaun pinjaman sehingga RM200 ribu. Yuran koperasi RM30. Baru bekerja 6 bulan layak memohon. Kelulusan sangat cepat iaitu 8 hari bekerja kerana menggunakan dana sendiri.
Untuk mengetahui jadual pembayaran Cash-i, sila rujuk jadual kobeta cash-i5.99
KC1 Normal
Produk yang dikenali sebagai Kobeta KC1 Normal menggunakan dana dari Bank Rakyat. Payout 92% tolak RM840 fees deducted tolak advance 2 bulan. Yuran koperasi RM30 setiap bulan sebagai caruman ahli. Manakala tempoh proses 3-4 minggu bergantung kepada berapa banyak permohonan yang masuk ke bahagian processing. Kriteria lain adalah sama seperti KC2 (Fast Cash). Untuk mengetahui jadual pembayaran Kobeta Cash-i, sila klik sini
Menggunakan dana dari Bank Rakyat. Untuk bank in duit loan pemohon mesti membuka akaun simpanan atau akaun semasa Bank Rakyat.
Bankruptcy
Produk pembiayaan peribadi ini adalah yang paling popular kerana pemohon yang mempunyai masalah sehingga bankrupts (muflis) boleh memohon dengan mudah sekali. Interest 6.99%, payout 88% nett. Matlamat pakej ini adalah menyelesaikan kesemua amaun bankruptcy yang direkodkan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).
Pihak kami akan menghubungi pemohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang terkini seperti slipgaji. Contohnya sekiranya memohon pinjaman bulan 9, perlu menyediakan slipgaji untuk bulan 9,8 dan 7 masing-masing sebanyak 3 salinan setiap satu. Dari semasa ke semasa sehingga bulan 12, pemohon dikehendaki mendapatkan salinan slipgaji terkini bulan 10,11 dan 12 (disahkan).
Proses yang lambat iaitu memakan masa 3 bulan kerana proses yang amat sukar dan lambat untuk membuat pinjaman. Tetapi, KOBETA membenarkan pinjaman peribadi kepada yang bankruptcy tetapi harus menunggu tempoh seperti yang ditetapkan.
Penting: pemohon perlu menghubungi Jabatan Insolvensi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai butiran kebankrapan dan mendapatkan pegawai berkenaan. Pemohon perlu memperolehi surat berkaitan kebankrapan dari Jabatan Insolvensi dan juga dari bank yang mengenakan status bankruptcy kepada pemohon.
Cash-i
Ciri-ciri:
- Pembiayaan: RM2,000.00 (minimum) – RM250,000.00 (maksimum)
- Tempoh Pembiayaan: 2 tahun (24 bulan) – 10 tahun (120 bulan)
Keistimewaan:
- Tiada penjamin diperlukan.
- Rebat untuk pembayaran awal.
- Pilihan pembiayaan yang fleksibel mengikut kapasiti pembayaran anda.
Speed-i
Ciri-ciri:
- Pembiayaan: RM2,000.00 (minimum) – RM250,000.00 (maksimum)
- Tempoh Pembiayaan: 10 tahun (120 bulan)
Keistimewaan:
- Tiada penjamin diperlukan.
- Rebat untuk pembayaran awal.
Kelebihan
Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda boleh nikmati apabila memohon pinjaman peribadi dengan Koperasi Kobeta:
- Kadar keuntungan yang kompetitif – Lebih rendah daripada pinjaman konvensional.
- Proses kelulusan yang cepat – Pinjaman boleh diluluskan dalam 3-5 hari bekerja.
- Jumlah pembiayaan maksimum – Sehingga RM250,000.
- Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun – Memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam pembayaran.
- Pinjaman baru – Membenarkan pinjaman baru tanpa komitmen terdahulu.
- Boleh membuka akaun kedua, ketiga, dan seterusnya – Tanpa perlu membuat pinjaman bertindan.
- Tiada penyata penyelesaian awal diperlukan – Memudahkan proses permohonan.
- Lebih jimat melalui gabungan pinjaman – Rebat yang tinggi bagi penggabungan pinjaman, mengurangkan kos.
- Pemohon yang disenarai hitam diterima – Rekod CCRIS atau CTOS juga boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.
https://kobeta.com.my, https://koperasi.info
#koperasi #pinjamanperibadi #KOBETA
Hubungi KOBETA
- IBU PEJABAT
NO. 12-1 JALAN BB19
TAMAN BACHANG BARU
JALAN TUN FATIMAH
75350 MELAKA. - Tel: 06-3346998
- Fax: 06-3346899
- info@kobeta.com.my
- PEJABAT URUSAN
KOBETA BUSINESS SUITE
NO.27, TINGKAT 1 & 3 JALAN MEDAN TUANKU
50300 KUALA LUMPUR. - Tel: 03-26929511
- info@kobeta.com.my
- Fax: 03-26985111
- PEJABAT CAWANGAN SABAH
MOHD FAQUZREE BIN SALIM
LOT 5, 2ND FLOOR
TAMAN JUMBO COMMERCIAL CENTRE PETAGAS
88200, KOTA KINABALU SABAH. - Tel: 088-761611
- faquzree@kobeta.com.my
- PEJABAT CAWANGAN SARAWAK
TINGKAT BAWAH, LOT 435
JALAN RUBBER 3A
93400 KUCHING SARAWAK. - Tel: 082-418676
- info@kobeta.com.my
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…
-
delete
Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…
-
delete
Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…
-
delete
Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam! Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
delete
Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…
-
delete
Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…