Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS)

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) adalah koperasi terbaik yang menawarkan banyak perkhidmatan pembiayaan kepada anggotanya. Dapatkan pembiayaan insurans takaful diri dan kenderaan. Anda boleh menginap di Homestay Kobanas dengan harga yang berpatutan dan lain-lain aktiviti perniagaan dengan nilai hebat kepada anggota.

KOBANAS Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad Perkhidmatan

Pengenalan

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad atau ringkasnya KOBANAS telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993. Idea penubuhan koperasi ini telah dipelopori oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Berhad ketika itu iaitu Dato’ Mohd Kassa Abd. Aziz. Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhanya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat.

Sehubungan dengan itu pihak Bank telah membantu dalam bentuk pembiayaan bagi membolehkan KOBANAS menjalankan aktiviti yang meliputi pemberian pinjaman kepada anggota.

Jumlah Ahli

Jumlah keahlian pada masa penubuhan adalah seramai 2000 orang dan bilangan tersebut terus meningkat sehingga 3580 orang pada masa ini.

Perkhidmatan

Pelan Insurans Takaful

Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional KOBANAS Personal Loan
Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional KOBANAS Personal Loan

Dimaklumakan bahawa KOBANAS ada menyediakan perkhidmatan insurans/takaful terutama untuk kemudahan anggota-anggota.

Jenis-Jenis

Terdapat dua jenis perniagaan takaful/insurans utama yang dikendalikan oleh pihak KOBANAS:

  • Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
  • Takaful/Insurans Kenderaan
  • Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
  • Takaful ini terbahagi kepada beberapa pelan berkelompok iaitu:
  • Pelan Takaful Mutiara Plus
  • Pelan Takaful Kredit Berkelompok

Pelan Takaful Mutiara Plus

Tujuan

Diwujudkan bagi membantu anggota KOBANAS disamping mempunyai insurans perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.

Syarat-Syarat

  • Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan.
  • Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada hari jadi akan datang.
  • Umur matang peserta tidak akan melebihi 60 tahun.

Jumlah Sumbangan & Perlindungan

Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000.

Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.

Jadual Perlindungan Takrif Keilatan

  • Kehilangan kedua-dua belah tangan.
  • Kehilangan kedua-dua belah kaki.
  • Kehilangan sebelah tangan dan kaki.
  • Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya.
  • Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan.
  • Kehilangan kedua-dua belah mata.
  • Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya.

Jumlah Simpanan

Daripada jumlah sumbangan ini 43% akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57% akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru.

Simpanan 43% ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun.

Pembahagian Keuntungan Pelaburan

Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat insurans.

Pengecualian Pemeriksaan Kesihatan

Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa.

Cara Penyertaan

Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS.

Pihak kami akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional Berhad. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui.

Pihak kami akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan.

Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional Berhad.

Cara Membuat Tuntutan

Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan/ketua bahagian (bagi kematian).
  • Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
  • Salinan resit hospital (bagi tuntutan hospital).
  • Kad pengenalan awris/penuntut.
  • Surat pengesahan penuntut.

Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional Berhad akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.

Pelan Takaful Kredit Berkelompok

Tujuan

Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi KOBANAS sebagai pemberi pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan di KOBANAS.

Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin.

Ciri-Ciri Am Pelan

Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pembiayaan daripada KOBANAS.

Tarikh penyertaan pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir.

Penyertaan pelan ini dilindungi selama 24 jam sehari seluruh dunia.

Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Anggota yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjaman daripada KOBANAS.
  2. Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM50,000 mengikut kelulusan.
  3. Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 60 tahun.
  4. Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama 10 tahun.

Manfaat Takaful

  1. Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.

Takrif Keilatan Meyeluruh

  • Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata.
  • Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
  • Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
  • Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.

Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful

Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada:

  1. Umur akan datang.
  2. Tempoh kemudahan pembiayaan pinjaman.
  3. Jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Cara-Cara Penyertaan

Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pembiayaan anggota melebihi RM1,000.

Cara Pembayaran

Bagi pembiayaan tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pembiayaan yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Bagi pembiayaan barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Cara Membuat Tuntutan

  1. Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  2. Salinan sijil kematian peserta.
  3. Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
  4. Jumlah baki pembiayaan yang masih belum berbayar.

Setelah ianya lengkap diterima pihak KOBANAS akan membuat pelarasan baki pembiayaan anggota dengan Tabung Takaful Kredit Berkelompok.

Takaful Insurans Kenderaan

Tujuan

Takaful/Insurans kenderan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.

Wakil Takaful/Insurans

Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful/insurans motor ini. Syarikat takaful/ insurans tersebut adalah seperti berikut:

  1. Allianz Insurans: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara konvensional.
  2. Etiqa Takaful: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara Islamik.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful/insurans motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:

Pembelian melalui tunai

Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.

Pembelian melalui Skim Pembiayaan Jangka Pendek. Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.

Cara Permohonan Pembelian Secara Tunai

Perkhidmatan takaful/insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar.

Pengiraan Premium Takaful/Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Takaful/Insuran dan harga pasaran semasa.

Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut :

  1. Salinan geran kenderaan.
  2. Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful/insuran sebelum pengiraan dibuat.
  3. Dokumen i,ii hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.

Cara Permohonan Melalui Pembiayaan

  1. Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja.
  2. Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
  3. Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
  4. Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/ cawangan.
  5. Pengiraan insurans yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insurans.
  6. Salinan kad pengenalan penjamin.
  7. Polisi insurans yang lama.
  8. Salinan geran kenderaan.
  9. Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.

Perkhidmatan Homestay

Dimaklumkan bahawa KOBANAS telahpun mempunyai empat(4) buah homestay yang sedia untuk diduduki/ditempah oleh anggota-anggota pada kadar sewaan yang amat berpatutan.

Senarai homestay adalah sepertimana berikut:

Bil1
LokasiNo. 24, Lorong Batu Hitam 13 Taman Mewah Sri Bayu, Batu Hitam, 26100 Beserah, Pahang
Jenis KediamanRumah Berkembar 3 bilik
Kadar sewa AnggotaRM50.00
Pegawai BertugasNoor Aznieta Ibrahim – 019-9801196Nur Syazwini Zakaria – 019-3300585 KOBANAS – 03 -42521293
Bil2
Lokasi

Jalan Solehah 3C, PT 28874, Taman Desa Solehah, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Jenis KediamanRumah Berkembar 3 bilik
Kadar sewa AnggotaRM50.00
Pegawai BertugasAhmad Fauzi Yusof – 012-9010049 Mohd Hadafi Ali – 012-9567495 KOBANAS – 03 -42521293
Bil3
Lokasi

No. 7, Jalan Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya, 75150 Bukit Baru Melaka

Jenis KediamanRumah Teres dua Tingkat 3 bilik
Kadar sewa AnggotaRM50.00
Pegawai BertugasAl Naim Jenal -017-6798892 Jeffri Kamaruddin – 011-38085830 Jainal Muhidan – 017-6057155 Mohd Faizal Hashim – 012-2792422 Fatimah Salleh – 019-6588069 KOBANAS – 03 -42521293
Bil4
Lokasi

Marina Court, D3-08, Blok D, Tingkat 3, Kota Kinabalu, Sabah

Jenis KediamanApartment 3 bilik
Kadar sewa AnggotaRM120.00
Pegawai BertugasMohd Ahyar Ahmad – 019-8015939 Roseni Stephen – 013-8666275 Judy D Satiwang – 013-8808471 Jaounah Ompongoh – 010-2216362 Junaidi Ali – 013-8517176 Asmadi Sidin – 016-8032101 Ali Salleh – 016-8029096 KOBANAS – 03 -42521293

Pembiayaan Peribadi Popular

Pelancongan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk pelancongan.

Kelayakan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan

  1. Jumlah pembiayaan pelancongan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).
  2. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.

Dokumen sokongan

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.

Pengesahan Perwakilan

Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Kecemasan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk kecemasan dapat diterangkan seperti dibawah.

Kelayakan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan

Jumlah yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

  1. Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  2. Sokongan: Setiap pembiayaan kecemasan mestilah mempunyai alasan bagi menyokong pembiayaan tersebut seperti kematian, perubatan, bersalin dan lain-lain alasan yang difikir munasabah.
  3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Insuran/ Cukai Jalan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.

Kelayakan

Mestilah anggota yang masih aktif lagi.

Had Kelayakan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit). Jumlah pembiayaan diluluskan hanya berdasarkan kepada jumlah premium insurans dan cukai jalan pada tahun terkini. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

  1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Kebajikan

Had Kelayakan

Jumlah pembiayaan Kebajikan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 10 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

Penjamin

  • Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Potongan Jimat Cermat (CJC): Kadar potongan CJC adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan dan ianya dipotong terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. CJC boleh dikeluarkan setelah pembiayaan selesai dan CJC akan diselaras dengan pembiayaan sekiranya anggota membuat penjelasan awal.

Takaful

  • Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun Pembiayaan.
  • Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  • Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Konsumer

Pembiayaan yang seterusnya adalah pembiayaan jualan dengan bayaran tertangguh (Barangan Pengguna)

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Had Kelayakan

Jumlah yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM15,000.00 (Lima belas Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah Pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga barangan yang hendak dibeli samada daripada pembekal yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Perayaan

Had Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk perayaan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

  1. Penjamin Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  3. Pengesahan Perwakilan. Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Persekolahan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan untuk persekolahan:

Had Kelayakan

  1. Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit).
  2. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-Syarat Lain

  1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

#KoperasiServices #koperasi #KOBANAS 

Hubungi KOBANAS

  • Tel: (+06) 03 – 4252 1293
  • koperasibsn@gmail.com
    kobanaskredit@yahoo.com
  • Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
    Wisma KOBANAS, Jalan Jelatek 2,
    Jelatek Business Park,
    54200 Kuala Lumpur, Selangor

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!