Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI)

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) terus melangkah ke hadapan dengan tawaran pembiayaan Islamik dan pinjaman peribadi yang fleksibel serta patuh Syariah. Sesuai untuk belia yang mencari sokongan kewangan beretika dan berbaloi.

Dapatkan maklumat lengkap dan lihat bagaimana KBI boleh membantu anda capai matlamat kewangan dengan lebih mudah.

Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad

Pengenalan

Latar Belakang

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah.

Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI.

Sepanjang operasinya, koperasi telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi bagi kategori “Koperasi Model” pada tahun 1985 dan “Anugerah Kualiti” pada tahun 1993.

Misi dan Visi

Matlamat :Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

Konsep : Bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta’awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.

Visi

Menjadi sebuah Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

Misi

Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

Nilai

  • Ikhlas
  • Amanah
  • Adil
  • Kasih Sayang
  • Cemerlang
  • Bermakna

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu jual-beli yang akan menyelamatkan kamu dari penyeksaan yang perit? Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kamu berjuang dijalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang baik untuk kamu sekiranya kamu benar-benar tahu!” ( as-saff:10-13 )

Keanggotaan

Skim pembiayaan KBI mengikut prinsip dan kaedah syariah. Setiap anggota yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon skim pembiayaan berikut:

  • Al-Qardhul Hassan
  • Peribadi (Bai al-Inah)
  • IPT
  • Kenderaan
  • Tanah
  • Ubahsuai rumah
  • Pembelian atau pembinaan rumah.

Tabung Kebajikan

Berdasarkan konsep khairat kematian; anggota akan memperoleh sumbangan bagi kes kematian, kemalangan, perubatan dan musibah am mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KBI. Melalui tabung kebajikan juga KBI menawarkan sumbangan Insentif Anak Cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

Kursus

Kursus dan latihan anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi; selain kursus meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain. Semua kursus dan latihan adalah anjuran Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA. Menikmati peluang perniagaan anak syarikat dan subsidiari melalui bidang perniagaan seperti pelaburan dan hartanah, anggota berpeluang ditawarkan pembelian unit-unit rumah dan bangunan atau menyertai skim pelaburan melalui anak syarikat dan subsidiari.

Tabungan sambil memperoleh pulangan mendidik anggota KBI menabung melalui caruman saham dan simpanan, dengan kelebihan anggota boleh memperoleh pulangan (berdasarkan prestasi tahunan KBI dan anak syarikat) dengan pembayaran dividen, saham bonus atau bonus simpanan.

Bersama memperkasa ekonomi ummah cita-cita dan komitmen KBI untuk ‘memperkasa ekonomi ummah’ seharusnya disambut dengan penyertaan aktif anggota melalui caruman baik dalam bentuk saham, simpanan mahupun Tabung Kebajikan. Wang yang terkumpul tentunya dibelanjakan untuk manfaat anggota, ummah dan perjuangan menegakkan kekuatan ekonomi umat Islam.

Permohonan

Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.
  • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM110.00.
  • Bulanan caruman minimum RM35.00.
  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
  • Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari laman web ini.
  • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
  • Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
  • Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.

Kelayakan

Kelayakan untuk menjadi anggota koperasi ialah:-

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia beragama Islam yang berstatus kerja tetap mahupun kontrak.
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah:-
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Berumur lapan belas tahun ke atas.
  5. Beragama Islam.
  6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam Koperasi.
  7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Perkhidmatan

Simpanan dan Pelaburan

Terdapat 3 pakej simpanan dan pelaburan iaitu Skim Simpanan Tahayyu’ (tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah), Dana Pelaburan Al-Husna dan Simpanan Khas.

Infaq dan Kebajikan

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah tabung kebajikan dan Dana Tabarru’ Al-Ehsan (Berkonsepkan Infaq & Jariah).

Lain-Lain

Selain dari produk dan perkhidmatan yang seperti di atas, KBI juga memberi perkhidmatan lain seperti Jual beli Dinar & kepingan Emas, Agen Takaful iaitu menyediakan perkhidmatan Takaful, Pengurusan dan Perancangan Harta Pusaka Islam (Wasiyyah Shoppe Berhad).

Selanjutnya, perkhidmatan lain seperti Pendidikan peringkat Diploma di Kolej Dar Al- Hikmah dan Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif dan Bakeri di Pusat Latihan Kemahiran KBI-Caltech

Pinjaman Peribadi Popular

Inginkan pembiayaan murah dan mudah Koperas KBI? Dengan kadar interest rendah yang mangkagumkan anda, anda pasti akan memohon dengan mudah sekali.

Dana Bank Rakyat

Selain itu, koperasi KBI menyediakan pembiayaan peribadi khas dana Bank Rakyat dengan jumlah RM3,000 minimum sehingga RM150,000 maksimum dan tidak ketinggalan pembiayaan peribadi Warga Emas dengan amaun loan RM5,000 maksimum.

Produk pembiayaan lain yang ditawarkan oleh kepada anggota adalah pembiayaan tanah, pembiayaan Al-Qardhul Hassan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan perumahan (Belian & Ubahsuai), pembiayaan pendidikan untuk anak yang ke IPT juga pembiayaan Mawaddah iaitu pembiayaan perkahwinan. Pembiayaan Saham ESOS/IPO juga ditawarkan kepada anggota yang layak.

Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI
Jom mohon Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI dan pelbagai pilihan kopeasi dan bank yang ada. Hanya di sini tempatnya.

Skim Pinjaman Peribadi Khas

Tujuan

Pembiayaan untuk tujuan Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI.

Kaedah

  • Bai Al Inah atau;
  • Tawarruq

Jumlah Pembiayaan

Maksimum jumlah adalah RM150,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Ribu sahaja)

Kelayakan

  1. Umur minima 18 tahun hingga 58 tahun sahaja.
  2. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap, mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA dan disahkan jawatan. Syarikat swasta tersebut perlu menjadi panel angkasa sekurang-kurangnya setahun;
  3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
  4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
  5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
  6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.
  7. Telah berkhidmat selama satu (1) tahun.

Keuntungan

Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

Tempoh Bayaran Balik

Tidak melebihi Satu Ratus Lapan Puluh (180) bulan atau jumlah maksimum yang dipersetujui oleh institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan.

Cagaran

Sekirannya pemohon tidak mempunyai penjamin, pemohon perlu mengemukakan cagaran asset. Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman, duti setem dan takaful ditanggung oleh pemohon.

Penjamin

  1. Sektor Awam:- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai pendapatan tetap dan ada kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA.
  2. Sektor swasta :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM50,000Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM50,000 ke atas.
  3. Bagi bekerja Swasta/Sendiri yang tidak mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (Sekirannya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)
  4. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000.
  5. Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.

Pembiayaan Semula

  • Pembiayaan semula hanya untuk jenis rumah yang boleh dicagarkan atas nama koperasi ini.
  • Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan nilai harga semasa rumah (dibuat oleh penilai yang sah)dan penyata baki hutang di bank terdahulu.

Dokumen

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
  3. Segala bukti sokongan termasuk salinan geran tanah, surat perjanjian jual beli dan yang berkaitan dengannya hendaklah dikemukakan bagi tujuan pembiayaan ini. (Yang telah
  4. Geran tanah yang dikemukakan hendaklah menyatakan nama penjual.
  5. Salinan bil letrik
  6. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
  7. Salinan penyata KWSP
  8. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

Caj Yang Akan Ditolak

  • Takaful – mengikut jadual
  • Bayaran caj proses RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus)
  • Lain-lain caj yang diputuskan oleh Lembaga / dibenarkan oleh SKM.

Kenderaan

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli kenderaan baru atau terpakai dengan usia tidak melebihi 180 bulan (15 tahun).

Kaedah Pembiayaan

  • Murabahah
  • Bai Bithaman Ajil

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Maksimum jumlah pinjaman kenderaan adalah RM45,000 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Ribu Sahaja).

Rumah & Ubahsuai Rumah

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli, membina, atau mengubahsuai rumah.

Kaedah Pembiayaan

  • Al-Bai Bithaman Ajil
  • Musyarakah Mutanaqisah
  • Bai Al Inah
  • Tawarruq

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

  • RM100,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi pembelian rumah dengan cagaran/penjamin.
  • RM45,000 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Ribu Sahaja) bagi tujuan ubahsuai rumah dengan penjamin.

Pinjaman IPT

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai pengajian anggota dan tanggungan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah. Keutamaan diberi kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), KBI Caltech, atau Kolej Instech.

Kaedah Pembiayaan

  • Bai Al Inah
  • Tawarruq

Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

Maksimum jumlah pinjaman pelajaran adalah RM30,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu Sahaja).

Skim Pembiayaan Tanah

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli tanah.

Kaedah Pembiayaan

  • Al-Bai Bithaman Ajil
  • Musyarakah Mutanaqisah
  • Murabahah

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Maksimum jumlah pembiayaan untuk tanah adalah RM65,000 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Lima Ribu Sahaja).

Skim Mawaddah (Pembiayaan Perkahwinan)

Tujuan

Pembiayaan ini disediakan untuk tujuan perkahwinan.

Kaedah Pembiayaan

  • Bai Al Inah
  • Tawarruq

Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

Maksimum jumlah pinjaman untuk perkahwinan adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja).

Al Qardhul Hassan (Skim Kebajikan)

Tujuan

Pembiayaan ini bertujuan untuk keperluan kebajikan anggota.

Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

Maksimum jumlah pinjaman adalah RM3,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).

Saham ESOS/IPO

Pembiayaan Saham Secara Syariah

Di KBI, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan peluang dan produk yang berasaskan prinsip syariah untuk kebaikan ummah.

Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah adalah produk terbaru kami yang memberi kemudahan pembiayaan kepada individu yang berminat untuk membeli saham-saham tersenarai di Bursa Malaysia. Skim ini khususnya ditujukan untuk pekerja di syarikat-syarikat tersenarai awam (Public Listed Companies) yang layak mendapat peruntukan Skim ESOS (Employee’s Share Option Scheme).

Jika anda berminat untuk memohon pembiayaan ini, kami mengalu-alukan pertanyaan dan permohonan anda.

Hubungi KBI

Pembiayaan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

Ibu Pejabat

KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO. 10, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
GOMBAK 53100
KUALA LUMPUR

Email: kbihq@kbi.com.my

Urusan Jual Beli emas & perak

basariah@kbi.com.my
No. Telefon:603- 4147 2143 603- 4147 2145 603- 4147 2142
No. Fax: 603- 4147 4942

Waktu berurusan

Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat di bulan Ramadhan 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Bank urus niaga KBI

Maybank – 564061102115
Bank Islam Malaysia Berhad – 14014010002564
Bank Muamalat Malaysia – 14140002661712
Bank Simpanan Nasional Berhad – 1410029000004560

Nota: Segala urusniaga atas nama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Sila call hq KBI terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan.

 #koperasi #KBI 

Hubungi KBI

  • Tel: 03-41472143 / 03- 4147 2145 / 03- 41472142
  • Fax: 03- 4147 4942
  • Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad
    No 12, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang,
    53100 Kuala Lumpur

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • delete

    Pinjaman Peribadi IDSB RHB Pinjaman peribadi IDSB, melalui i-Destinasi / Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd, adalah pinjaman patuh syariah dengan kadar interest serendah 3.99%. Dengan proses…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Perkasa (KOPERKASA) KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan kewangan dan peluang kepada ahli-ahli koperasi. Dapatkan pinjaman peribadi, pelaburan, dan manfaat lain untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb (UKM) Koperasi UKM menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar interest rendah dan mampu milik. Terbuka kepada semua anggota koperasi, dapatkan pinjaman peribadi…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi Ukhwah: Pinjaman Peribadi Terhebat Penjawat Awam!   Maklumat Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Hubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad (KUTMB) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan maksimum RM150,000. Mohon pinjaman…

    Teruskan membaca

  • Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres

    Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…

    Teruskan membaca

  • delete

    Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI): Mohon Sekarang! Dapatkan pinjaman peribadi dari Koperasi Pertanian KOTANI dengan kadar faedah yang istimewa dan syarat yang fleksibel. Nikmati kemudahan…

    Teruskan membaca

  • delete

    Koperasi TNB: Pinjaman Peribadi Anggota Mohon pinjaman peribadi Koperasi TNB Bai Al Inah dan Qard tanpa penjamin, dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan syarat yang…

    Teruskan membaca

error: Content is protected !!