Dana Bank Rakyat

Ingin mengetahui mengenai pinjaman peribadi dana Bank Rakyat? Jika gagal mendapat pembiayaan Bank Rakyat, anda boleh mencuba dengan Koperasi dana bank.

Pinjaman Peribadi Dana Bank Rakyat

Pengenalan

Adakah anda boleh memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat sekiranya telah berdaftar dengan AKPK?

Jawapannya tidak dibenarkan untuk memohon dengan mana-mana institusi kewangan ataupun koperasi kerana pihak AKPK sendiri sudah membuat penstrukturan semula keseluruhan hutang anda.

Jadi sebarang permohonan baru pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, permohonan kredit kad tidak boleh dilakukan. Tetapi ada sesetengah kes di mana terdapat kelulusan bagi pemohon yang mempunyai AKPK.

Jadi peluang untuk lulus tetap ada. Jadi mohon sekarang!

Koperasi Popular Dana Bank Rakyat

Terdapat beberapa koperasi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat antaranya dari Koperasi Kekal (Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad), Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (Kogemilang), Koperasi Perdanajaya Berhad dan Koperasi Kobena.

Komitmen luar yang tinggi dan rekod ccris ataupun ctos yang tinggi menyukarkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dana dari Bank Rakyat kerana skema kelulusan adalah mengikut ketetapan dari bank manakala proses kelulusan menjadi lambat kerana perlu proses menyaring di bahagian koperasi dan bank.

Koperasi Terlibat

Berikut adalah serba sedikit koperasi yang menjalankan kegiatan pinjaman peribadi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat

  1. Koperasi Kekal
  2. Koperasi Gemilang kogemilang
  3. Koperasi Perdanajaya
  4. Koperasi Kobena

Gagal Permohonan

Sekiranya tidak berjaya, apa yang anda harus lakukan?

Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah blacklist / senaraihitam bolehlah memohon untuk mendapatkannya tetapi harus diingat proses kelulusan mengambil masa yang agak lama kerana permohonan harus diproses oleh pihak koperasi dan bank.

Sekiranya tidak boleh menunggu kerana desakan dan keperluan kewangan yang meruncing, anda disarankan untuk memohon dengan koperasi lain yang menggunakan dana sendiri tanpa melalui mana-mana bank.

Koperasi Yang Dibenarkan

Penjawat awam (kakitangan kerajaan dan badan berkanun terpilih) masih mempunyai ruang untuk memohon sekiranya anda gagal mendapatkan pembiayaan peribadi menggunakan dana Bank Rakyat.

Terdapat beberapa institusi kewangan yang menguruskan dana sendiri tanpa melalui dana bank seperti Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Perlis RCE (YYP) dan Petronesa.

Kami akan dikemaskini dalam entri yang lain sekiranya terdapat beberapa koperasi yang menjalankan khidmat pembiayaan peribadi menggunakan dana sendiri.

Kategori Yang Layak

Kategori yang layak memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat

  1. Kerajaan berjawatan tetap sahaja.
  2. Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
  3. Badan berkanun terpilih sahaja.
  4. Swasta, peniaga, pelajar, mahasiswa, surirumah, anggota tentera (askar) tidak layak sama sekali

Penyelesaian

MBSB Waslah

Sekiranya tuan/puan sudah menerima surat dari MBSB yang menyatakan bahawa MBSB sudah membuat booking in-transit lebih awal dari tahun sebenar peningkatan ansuran bulanan (contohnya ansuran baru tahun 2018 tetapi telah diblok tahun ini), maka cara yang boleh dilakukan oleh pemohon buat masa ini adalah dengan pergi ke ibu pejabat Angkasa dan dapatkan surat Angkasa 2/79 yang menyatakan dengan jelas bila MBSB akan membuat pemotongan baru.

Pemohon masih boleh membuat pinjaman baru (fresh loan) dengan mana-mana koperasi tetapi dihadkan untuk tahun yang belum ada peningkatan bayaran bulanan MBSB Waslah.

Contohnya tempoh pinjaman selama 4 tahun sahaja dari max 10 tahun (tempoh pembiayaan yang dibenarkan max 10 tahun sepatutnya sehingga tahun 2024 tetapi diluluskan sehingga tahun 2018 sahaja kerana selepas dari tahun 2018 akan berlaku peningkatan dalam bulanan pinjaman Waslah.

Permohonan Selepas Hari Raya Aidilfitri 2014

Pemohon yang mempunyai pinjaman MBSB Waslah sebelum ini akan menghadapi sedikit kesulitan untuk membuat pembiayaan peribadi bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 kerana pihak MBSB sudah block booking in-transit dalam Angkasa.

Sebagai contoh, sekiranya potongan ansuran MBSB Waslah yang baru akan dipotong dalam tahun 2017, bermakna semua permohonan baru dengan koperasi tidak boleh sehingga max 10 tahun lagi kerana diambil dari perbezaan tahun pembayaran ansuran baru dengan tahun semasa.

Jadi dalam contoh di atas, pemohon layak meminjam untuk tempoh pembiayaan selama 3 tahun (yakni 2017 tolak 2014 tahun semasa).

Jadi jumlah pembiayaan akan berkurangan disebabkan tempoh pembiayaan yang pendek. Harap maklum.

 #pinjamanperibadi #BankRakyat 

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!