Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI Summary
- Koperasi Name: Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
- Abbreviation / Code Name: KOPUTRI
- Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
Kenapa Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI menjadi pilihan anda?
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad ataupun KOPUTRI semestinya menjadi pilihan ramai untuk menjadi anggota koperasi adalah kerana terdapat banyak manfaat yang anda perolehi seperti manfaat perubatan dengan adanya COOP Medical Centre, penginapan di lokasi strategik dalam negara, kemudahan pembiayaan pendidikan serta perkhidmatan insurans perjalanan dan bantuan kecemasan yang dikenali sebagai COOP Assist.
- Selain itu manfaat kebajikan juga dapat anda nikmati seperti khairat kematian, perkahwinan dan melahirkan anak.
- Dan jika anda gemar melancong, koperasi ini menyediakan pakej menarik untuk percutian individu ataupun secara berkumpulan.
- Dan yang terakhir jika anda memerlukan pinjaman peribadi, dapatkan dengan kadar interest yang menarik
About Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
Diterajui oleh YB Dato’ Noraini Ahmad, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI merupakan sebuah koperasi berdaftar yang terletak di No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Koperasi ini mula beroperasi pada Mac 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan.
Kini, pencapaian pinjaman peribadi Koperasi Koputri Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad semakin maju baik dalam bidang perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad juga kini mampu memiliki hartanah sendiri yang terletak di kawasan-kawasan elit seperti di Kuala Lumpur.
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 0993 sebagai suatu koperasi asa dengan liability terhad.
Sejarah Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
Pada awalnya Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan berkembang sehingga Disember 2012 seramai 22118 anggota berdaftar.
Kekuatan utama kewangan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad ini adalah dengan jumlah keanggotaan yang besar yang dimiliki oleh koperasi. Koperasi menerima pendapatan bulanan tetap yang besar dari kutipan yuran simpanan dan yuran kebajikan daripada anggota-anggota yang mencarum setiap bulan secara tetap.
Pada tahun 2008, Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh CIMB bank untuk memasarkan produk kewangan Islam Sektor Awam – I kepada rakyat Malaysia. Dengan itu Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad sudah mula memperolehi peningkatan pendapatan yang lebih memuaskan selain daripada pendapatan caruman anggota.
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad juga akan melancarkan kelab kebajikan dalam masa terdekat ini, dengan tujuan sebagai ‘added value’ kepada ahli yang terlibat dengan gerakan koperasi.
Antara yang masih dalam perbincangan ialah ingin memberi biasiswa dan dermasiswa kepada anak-anak anggota yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, penyediaan taska dan pakej melancong kepada anggota yang terpilih. Faedah ini disediakan bagi menarik kesetiaan atau ‘loyalty’ anggota-anggota koperasi.
Kemudahan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI -Perubatan
Salah satu dari kelebihan menjadi anggota KOPUTRI Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad adalah dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kemudahan ini disediakan adalah sebagai tanda penghargaan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI terhadap kesetiaan anggota terhadap koperasi ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, dapat memberikan keselesaan kepada anggota. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:
PERUBATAN COOP Medical Centre (CMC)
COOP Medical Centre telah dibuka untuk membolehkan anggota KOPUTRI Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad mendapatkan servis perubatan pada harga minimum. Tiada yang lebih baik kerana KOPUTRI akan menganggung sehingga 50% kos perubatan anggotanya. Pusat perubatan ini juga terkenal kerana memiliki kemudahan wad bersalin, teater pembedahan dan lain- lain.
Sejajar dengan matlamat koperasi, KOPUTRI akan melancarkan skim perubatan yang banyak kelebihannya kepada anggota. Antaranya ialah Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI telah memperkenalkan Skim Khairat Kesihatan yang berfungsi sebagai perlindungan perubatan. Selain itu Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI juga telah melancarkan COOP Medical Card bagi memudahkan anggotanya membuat pendaftaran di kaunter apabila mendapatkan perkhidmatan COOP Medical Centre.
Penginapan
Untuk memberikan anda pengalaman yang cukup selesa dalam penginapan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, KOPUTRI telah menyediakan tempat- tempat penginapan seperti banglo- banglo dan hotel- hotel kepada anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad. Tempat penginapan ini boleh dinikmati dilokasi- lokasi strategik seperti berikut:
- Taman Tasik Titiwangsa
- Penginapan @ Bandar Sunway
- Seven Residence @ Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Semua kemudahan ini disediakan kepada anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad dengan harga yang murah dan berpatutan. Kemudahan penginapan ini disediakan kepada anggota-anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad yang datang melawat bandaraya Kula Lumpur terutamanya anggota dari luar Kuala Lumpur yang datang ke sini untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing.
Pendidikan
Pendidikan merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjana minda yang cerdas dan efektif. Di zaman ini, pendidikan memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan. Di sebalik kecemerlangan yang dikecapi, pendidikan juga turut memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri dan membentuk disiplin yang mantap.
Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil di Negara ini, kos pendidikan yang di tanggung oleh rakyat Malaysia semakin meningkat terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad amat perihatin terhadap masalah yang sedang dialami oleh semua rakyat di Negara ini. Oleh itu Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad telah memperkenalkan skim pendidikan bagi menghargai kesetiaan semua anggotanya.
Skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu dan meringankan beban anggota yang kurang mampu untuk menampung kos pendidikan anak- anak mereka terutamanya untuk ke institusi pengajian tinggi. Dengan skim ini, anak- anak anggota yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pembelajaran mereka. Skim ini hanya diberikan kepada anggota yang layak sahaja.
Rasulullah s.a.w bersabda yang Maksudnya:
“Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” – Riwayat al- Bazzar
Perkhidmatan Coop Assist
INSURAN PERJALANAN DAN BANTUAN KECEMASAN
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) telah menyediakan kemudahan Insuran Perjalanan dan bantuan Kecemasan atau dikenali sebagai “COOPAssist” bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika di dalam perjalanan. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli koperasi untuk mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya kenderaan bermasalah. Antara
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
- PERKHIDMATAN PUSAT PANGGILAN : Tele-perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma untuk ahli-ahli. Bantuan tele-marketing adalah dengan syarat.
- YURAN HOSPITAL : Bayaran RM100 setiap hari maksimum 2 hari. Diberi sekiranya anda mengalami kemalangan semasa memandu kenderaan dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.
- PERKHIDMATAN MENUNDA : Perkhidmatan menunda adalah percuma sehingga RM300 per kes dan kenderaan berikut boleh dihantar ke bengkel terdekat yang disahkan atau bengkel pilihan anggota. Perkhidmatan menunda kenderaan yang mengalami kemalangan adalah percuma (tidak terhad).
- PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BATERI : Penghantaran percuma dan perkhidmatan pemasangan disediakan untuk mengganti bateri di rumah pemilik atau pejabat. Kos bateri di caj mengikut harga pasaran bergantung kepada jenama dan jenis.
- PERKHIDMATAN ALTERNATIF KE RUMAH SELEPAS KEMALANGAN : Pengangkutan percuma ke rumah jika pemandu kenderaan penunda menggunakan laluan yang sama ketika pergi atau selepas pulang dari tempat kemalangan.
- PERKHIDMATAN SEMASA KECEMASAN : Perkhidmatan pengangkutan ke pusat kesihatan, ambulan ataupun lain-lain kenderaan boleh dirunding kepada kemampuan pemilikm kenderaan.
- PERPINDAHAN MAKLUMAT SEMASA KECEMASAN : Percuma perpindahan maklumat kepada pemilik kenderaan serta merta ketika berlaku kecemasan di seluruh Negara.
- PERKHIDMATAN PERUNDANGAN : Nasihat perundangan untuk kemalangan dan penggunaan jalanraya adalah percuma tetapi kos mengupah peguam bagi kes-kes mahkamah adalah tidak termasuk dalam pakej.
- PERKHIDMATAN SEWA KERETA : Bantuan percuma untuk menyewa kereta daripada firma menyewa kereta terbesar pada kadar harga diskaun.
- INSURAN PERJALANAN : Diwujudkan khas untuk menyediakn kemudahan dan bantuan kecemasan yang melibatkan kecederaan tubuh badan. Polisi perlindungan kemalangan diri daripada CoopAssist membolehkan permohonan dalam masa 24 jam keatas kemalangan nyawa walau di serata dunia, kecacatan seluruh tubuh badan kekal / kurang upaya, kecacatan seluruh tubuh badan separa / kecacatan fizikal / kurang upaya, dan juga kos perubatan / surgeri.
** Mengikut Terma & Syarat
Kebajikan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
Sebahagian kelebihan menjadi anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad adalah dengan kebajikan yang telah disediakan kepada ahlinya. KOPUTRI amat menitik beratkan setiap kebajikan anggotanya kerana ianya merupakan penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggotanya kepada koperasi.
Antara kebajikan yang disediakan adalah:
- KHAIRAT KEMATIAN : Skim Khairat Kematian telah diperkenalkan bagi mmberi bantuan kepada ahli yang kehilangan anggota keluarganya. Sumbangan akan dihulurkan kepada anggota yang telah meninggal dunia.
- PERKAHWINAN : Bagi setiap anggota yang akan melangsungkan perkahwinan, KOPUTRI akan memberi ganjaran bagi menghargai kesetiaan mereka kepada KOPUTRI.
- KELAHIRAN ANAK : KOPUTRI amat prihatin terhadap perkembangan semasa anggotanya. Sekiranya ada di kalangan anggota yang mendapat kelahiran baru, mereka akan mendapat sumbangan dari KOPUTRI sebagai tanda penghargaan.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. – Riwayat Muslim
** Mengikut Terma & Syarat
Agensi Pelancongan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
UKHWAH TRAVEL & TOURISM
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) telah maju setapak lagi ke hadapan dengan penubuhan agensi perlancongan iaitu UQ Holidays Sdn Bhd. Penubuhan agensi perlancongan ini adalah untuk mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan sama ada percutian secara peribadi atau berkumpulan kepada anggota koperasi dan orang awam. UQ Holidays juga bersedia untuk menguruskan perkhidmatan penempahan tiket, penginapan, seminar, konvokesyen dan ibadah (haji dan umrah) untuk para pelanggan.
Kami juga telah menyediakan berbagai pakej percutian yang menarik dengan kadar harga yang amat berpatutan untuk anda. Pakej yang kami sediakan ini merupakan pakej yang lengkap termasuk penginapan dan kemudahan perjalanan.
Dengan pakej percutian serta kemudahan yang disediakan, kami berharap percutian yang bakal anda nikmati menjadikannya satu pengalaman yang istimewa di dalam hidup anda.
** Mengikut Terma & Syarat
https://koputri.com.my
Hashtag / Keywords
Contact Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI
- Tel: 03 - 2694 1511 - Ida
- Fax: 03 - 2693 1511
- Ibu pejabat KOPUTRI
No. 22 – 24, Wisma KOPUTRI,
Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.