Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Summary
- Koperasi Name: Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Abbreviation / Code Name: KOSWIP
- Bank Koperasi Promotion Name: General Info about Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
About Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
Pinjaman peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Al-Murabahah dan Bai Al-Inah dengan kadar keuntungan 4.30% setahun sahaja. KOSWIP MERUPAKAN SEBUAH KOPERASI KREDIT YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN, GLC SERTA BADAN BERKANUN.
KOSWIP MENAWARKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAMIK BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KEPADA ANGGOTANYA
Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.
Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.
Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .
Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu.
Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.
PEMBIAYAAN Al-Murabahah Koperasi Koswip
Tujuan Pembiayaan Al-Murabahah Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Pelancongan dengan jumlah pembiayaan berkumpulan yang diluluskan mengikut kelayakan. Membuat pelaburan di dalam mana-mana Koperasi dengan kebenaran Lembaga.
- Skim pembekalan barang-barang pengguna yang dijalankan atau dianjurkan oleh Koperasi.
- Pembiayaan untuk membeli motosikal
- Bayaran insuran kereta /motor dan cukai jalan
- Mengecat, mengetuk dan servis kereta.
- Lain-lain tujuan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Bayaran balik pinjaman peribadi bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
- Amaun pinjaman peribadi RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
- Manakala amaun pinjaman peribadi yang dibenarkan RM5,001.00 hingga RM 7,000.00 – 72 bulan.
Kadar Pengambilan Keuntungan Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-
Tempoh Pinjaman Peribadi dan Kadar Pengambilan Untung
- 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
- 37 bulan – 72 bulan 4.99% setahun
AL Qardul Hasan
Tujuan Pembiayaan Koperasi Koswip Malaysia Berhad
Skim pinjaman peribadi ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti berikut :-
- Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mertua, anak dan adik beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
- Sakit – anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
- Bersalin – anggota atau isterinya.
- Bencana alam – kebakaran, banjir, ribut taufan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.
- Persediaan Persekolahan anak – Persediaan pendidikan anggota, anak dan anak angkat anggota yang mempunyai surat akuan yang sah.
- Perayaan – Hari Raya Puasa atau Haji, Deepavali, Tahun Baru China dan Krismas.
- Dan keperluan-keperluan lain yang syar’i sifatnya.
Had Pemberian Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Jumlah Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad yang boleh diluluskan pada satu-satu masa ialah tidak melebihi RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).
- Anggota layak membuat pinjaman peribadi dua kali atau lebih dari tarikh kelulusan pinjaman selama tiga puloh enam (36) bulan, selagi ianya belum mencapai tahap maksima RM 3,000.00. Tempoh Bayaran Balik
- Tempoh bayaran balik pinjaman peribadi ini tidak melebihi tiga puloh enam bulan dan ansuran mestilah bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan/cek dikeluarkan.
- Semua jenis pinjaman peribadi dikenakan tiga (3) bulan bayaran ansuran pokok terdahulu dan akan ditolak daripada pinjaman yang telah diluluskan sebelum potongan BPA.
KOSWIP Al-Murabahah
4.30%
/p.a
- Low interest rate 4.30% only
- Up to 72 months
- To repair vehicle, roadtax renewal, body and paint etc.
- Max loan RM7,000
AL Qardul Hasan
N/A
/p.a
- For emergency purposes
- Max loan RM3,000
- Up to 36 months repayment
- Biro Angkasa deduction
Bai Al Inah
4.30%
/p.a
- Max loan RM150,000
- Multi-purpose loan
- Very low interest rate 4.30%
- Loan up to 120 months
Bai Al Inah
Tujuan Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad dengan Bai Al-Inah adalah seperti berikut:-
- Menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.
- Antara keperluan tunai anggota adalah adalah seperti :
- Perjalanan keluar negeri.
- Pelajaran di peringkat tinggi anggota dan tanggungan.
- Membina, membeli atau memperbaiki rumah.
- Membeli tanah.
- Perbelanjaan untuk maksud agama /perayaan Hari Kebesaran.
- Perbelanjaan perubatan anggota dan tanggungan.
- Perbelanjaan perkahwinan anggota dan tanggungan.
- Pembelian perabut dan kelengkapan rumah.
- Maksud-maksud lain yang dipertimbangkan oleh Lembaga.
Had Pembiayaan Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 150,000.00.
- Pembiayaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
- Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
- Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
- Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.
- Pembiayaan Bertindih (overlap): Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran. Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Kadar Pengambilan Keuntungan
Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-
Tempoh Pembiayaan Kadar Pengambilan Keuntungan
- 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
- 37 bulan – 96 bulan 4.99% setahun
- 97 bulan – 120 bulan5.35% setahun
*sumber: koswip official website
Hashtag / Keywords
Contact Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Tel: 03-22735422
03-88884011 /4014 (putrajaya)
Sambungan: 103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan
112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit
115/116 – Unit Kawalan Kredit
215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset
210/217/214/205 – Bahagian Kewangan
202 – Bahagian Insurans - koswip@gmail.com
- Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
No. 66 Jalan Padang Belia
Off Jalan Tun Sambanthan
50706 Kuala Lumpur