Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

Dapatkan maklumat Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP seperti perkhidmatan dan pinjaman peribadi terbaik untuk anggota dan penjawat awam. Mohon sekarang dengan rebat tertinggi!

Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP Summary

  • Koperasi Name: Koperasi UniMAP Perlis Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KOUNIMAP
  • Bank Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi UniMAP Perlis Berhad
  • Apakah jenis perniagaan yang ditawarkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP?

    Mengikut laman web rasmi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP, koperasi ini menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti membekalkan alat tulis dan stationary serta unit kewangan yang menguruskan hal-ehwal kewangan dan pinjaman peribadi.

About Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993.

Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP.

Sejarah Penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP

Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis Berhad lebih dikenali ramai dengan nama singkatannya KoUNIMAP seperti di atas.

Pada mulanya, Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut, kami telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain.

Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli koperasi telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

Justeru, Koperasi UniMAP Perlis Berhad telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi.

Unit Koperasi

Terdapat tiga unit yang berada di bawah pengurusan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP iaitu KOUNIMAP TADBIR yang menyelia aktiviti koperasi secara menyeluruh, KOUNIMAP KEWANGAN yang menguruskan perkhidmatan kredit serta kewangan kepada anggota dan KOUNIMAP BISNES yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sampingan selain dari aktiviti kredit.

MISI

  • Memperkasakan permuafakatan untuk memastikan imej koperasi terjamin
  • Melaksanakan pengurusan berkualiti, berkesan, beramanah dan bertanggungjawab
  • Menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
  • Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti

VISI

Visi yang utama adalah menjadi sebuah koperasi peneraju yang berjaya dan mengutamakan kebajikan anggotanya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Koperasi Malaysia.

OBJEKTIF

  • Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kebajikan anggota
  • Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti
  • Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota
  • Menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat
  • Bertindak secara proaktif dalam meninjau peluang perniagaan yang berdaya saing
  • Berusaha menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan stabil
  • Mengamalkan budaya muafakat yang jitu
  • Memantapkan jalinan kerjasama dengan pihak UniMAP dan agensi luar

Perkhidmatan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir

Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir

No 30,Tingkat 1 & 2,
Persiaran Putra, Taman Putra Utama,
01000 Kangar Perlis

No tel : 019-4800936

Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dalam usaha untuk melicinkan hal ehwal pentadbiran Koperasi.

Hal ini bagi memudahkan urusan hal ehwal pentadbiran di Koperasi UniMAP Perlis Berhad dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat caruman bolehlah berurusan dengan pihak KoUNIMAP Tadbir. Pihak KoUNIMAP Tadbir akan menguruskan segala maklumat berkaitan dengan:

  • Pengurusan syer dan juga caruman ahli-ahli koperasi.
  • Pendaftaran keahlian baru serta penamatan keahlian.

Berikut adalah merupakan maklumat secara terperinci berkenaan dengan syarat keahlian untuk menjadi anggota koperasi:

(SYARAT KEAHLIAN)

PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

Pemohon yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah mengisi borang rasmi koperasi dan diserahkan kepada Kounimap Tadbir.

Borang ini perlu ditandatangani oleh pemohon dan dikepilkan bersama 1 salinan kad pengenalan.

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

Keanggotaan koperasi adalah terbuka kepada:

  • Semua kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetap/kontrak
  • Bekas kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
SYARAT KEANGGOTAAN BARU

Setiap anggota baru perlu menjelaskan bayaran Fi masuk sebanyak RM50 dan syer anggota minimum RM100 sewaktu pendaftaran

  • Fi Masuk adalah caj yang dikenakan kepada ahli bagi memproses pendaftaran dan tidak akan dikembalikan.
  • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
    ANGGOTA BARU
  • UUK 13 (1) – Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00. Fi masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  • BEKAS ANGGOTA
  • UUK 13 (2) – Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 70.00.
  • Syer adalah bahagian dalam modal syer koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota di dalam koperasi. Syer minimum ditetapkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad adalah sebanyak RM100.00. Syer ini akan dipulangkan apabila anggota menamatkan keanggotaannya.
  • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
  • UUK 16 – Menurut Seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00, syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung dalam undang-undang kecil.
  • Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada Koperasi UniMAP Perlis Berhad berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. Justeru, untuk menjadi ahli aktif, seseorang itu hendaklah mempunyai share sekurang-kurangnya RM100. Sebagai syarat untuk menjadi ahli aktif, maka yuran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM30.
YURAN

Yuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang kecil apabila tamat keanggotaannya.

Setiap anggota wajib mencarum dengan koperasi sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan selagi mana masih menjadi ahli koperasi. Yuran bulanan ini tidak boleh dikeluarkan selagi mana anggota masih terikat dengan peraturan koperasi.

Yuran ini akan dikembalikan setelah anggota tamat keanggotaannya.

Walaubagaimanapun, yuran ini boleh dikeluarkan sebagai ‘’pinjaman kecemasan’’ (rujuk bahagian kecemasan) dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Berpandukan undang-undang kecil koperasi UniMAP Perlis Berhad

UUK 55 – Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan.

Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat cermat dan pinjam meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan Mesyuarat Agung.

DIVIDEN

Dividen adalah bahagian keuntungan koperasi ini yang dibahagikan dii kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer yuran yang dipegang oleh mereka.

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Memberi bantuan kewangan kepada waris dan anggota kerana kematian anggota, ibu dan bapa atau suami/isteri dan anak bagi perbelanjaan mengurus jenazah.

WANG KEBAJIKAN AM

Memberi bantuan kepada anggota-anggotanya di waktu kesusahan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Kebakaran rumah

Banjir

Tanah runtuh

Kemalangan

https://kounimap.com

Contact Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

error: Content is protected !!